|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Kat Mina pun ada juga unta..
Unta Arafah ikut Jemaah melontar kat Mina..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tempat Melontar Jamrat Bahagian Atas..
Dulu cuma 2 Tingkat aje..
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar dah jadi Mak Aji n Pak Aji..
Nak balik..kat Terminal Haji..
|
|
|
|
|
|
|
|
Makan jangan tak makan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Golek ..panas..panas..kat Airport Terminal Haji..
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 6-11-2009 06:21
Ramai jemaah lelaki hadapi kemurungan
MEKAH 5 Nov. - Kemurungan dan gangguan jiwa biasanya mudah dialami oleh kaum wanita tetapi di Mekah, lain pula halnya kerana ada kalanya banyak kes sedemikian dihadapi oleh jemaah haji lelaki.
Kes-kes itu berlaku setiap tahun dan kerana itu jugalah, Hospital Aziziah dan Hospital Sisya yang diuruskan oleh Tabung Haji di sini menyediakan doktor-doktor psiakitri bagi menangani pesakit berkaitan kejiwaan.
''Kita jangan pelik jika pada musim haji banyak jemaah yang menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa terdiri daripada jemaah lelaki.
''Biasanya berpuluh-puluh kes kemurungan dan gangguan jiwa dirujuk ke hospital pada musim haji dan sebab itu kita memberi perhatian serius kepada kes-kes sedemikian," kata Pengarah Hospital Aziziah, Dr. Mat Noh Karim (gambar) kepada pasukan media Tabung Haji di sini, hari ini.
Berdasarkan pengalaman lalu, jelas beliau, sebahagian besar kes kemurungan dan gangguan jiwa biasanya dihadapi oleh sesetengah jemaah beberapa hari sebelum dan selepas mereka berwukuf.
Pesakit yang menghadapi kemurungan, jelas beliau, ada kaitan dengan kebimbangan dan tekanan perasaan yang dihadapi oleh jemaah selain terlalu letih terutama dalam menghadapi hari wukuf di Padang Arafah.
Bagi kes gangguan jiwa pula, katanya, ada juga yang sudah mengalami keadaan itu di tanah air dan kerana tidak mengambil ubat-ubatan seperti ditetapkan termasuk sebelum ke tanah suci, penyakit mereka datang semula.
''Ramai juga jemaah yang tidak mengalami penyakit itu sebelum datang ke sini tetapi apabila di tanah suci, jiwa mereka tiba-tiba terganggu. Ini biasa berlaku melibatkan jemaah lelaki," ujarnya yang sudah tujuh tahun berkhidmat di hospital tersebut.
Mengenai persediaan petugas perubatan menghadapi hari wukuf, Dr. Mat Noh memberitahu, pihaknya akan turut membantu pesakit yang terlantar di wad untuk mengerjakan rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah.
Ini kerana, kata beliau, jika rukun haji itu ditinggalkan maka sia-sialah kehadiran mereka di tanah suci apalagi bagi pesakit yang bersusah-payah menyimpan bertahun-tahun dalam Tabung Haji.
''Berdasarkan musim haji sebelumnya, antara 10 hingga 15 jemaah Malaysia yang sakit terpaksa dibantu oleh pegawai perubatan untuk berwukuf. Memandangkan pegawai perubatan terhad, kita akan menutup sementara hospital jika ramai pesakit yang perlu dibantu," katanya.
Selaku pengarah hospital itu, Dr. Mat Noh turut melaksanakan tugas rutin pada musim haji ini untuk melawat hospital-hospital di Mekah bagi mengesan jika ada jemaah Malaysia yang menerima rawatan di situ.
Pada musim haji tahun ini, seramai 40 pegawai perubatan disediakan selain empat doktor pakar bagi menguruskan sebanyak 26,000 jemaah haji Malaysia.
''Sebenarnya 40 pegawai perubatan itu memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing termasuk psikiatri dan sebagainya," tambah beliau lagi.
Selain Hospital Aziziah dan Sisya, Tabung Haji turut menyediakan kemudahan klinik di semua 10 maktab penginapannya termasuk wad kecemasan.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras Perubatan Tabung Haji, Abdullah Talib berkata, sebanyak RM2 juta dibelanjakan untuk membeli ubat-ubatan sahaja bagi keperluan jemaah tahun ini.
Kata belian, sebanyak 18 buah ambulans disediakan di tiga lokasi iaitu di Mekah, Jeddah dan Madinah.
''Bagi ubat-ubatan seperti ubat batuk, ia hanya boleh dibeli di Arab Saudi dan tidak boleh dibawa dari Malaysia," katanya. - UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum ayahjoe...
Saja aje nak tanya...
Siapa member member forum yang dah confirm..Insyallah datang..?
Pengumuman
Gathering Benang Umrah/Haji telah dirancang seperti berikut:
Tarikh : 7 November 2009
Masa : 1pm
Lokasi : No 182, Jalan SS14, Subang Jaya, Selangor
. |
|
|
|
|
|
|
|
483# HarizAzhari
mereka ini adalah golongan pesara yg tidak berstatus apa pa... bukan VIP or VVIP |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Golek ..panas..panas..kat Airport Terminal Haji..
aziefa Post at 5-11-2009 23:36
alamak nie yg membuat lapar pagi2 nie
selamat smlm dah pekena nasi chicken hanith...so kurang lah sket nafsu.hahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
493# moonah
Assalamualaikum..
Ayah pergi seorang ke ??
Cuba minta tolong kat Pehak Tabung Haji ..
Saya rasa mesti ada cara mcm mana nak menghubungi Ayah..
Insyallah..
aziefa Post at 5-11-2009 21:03
aziefa, ayah saya pergi dgn mak..ayah berumur 73, dan mak saya 68..
mereka hanyalah orang kampung dan tak pandai nak gunakan prepaid card..
saya dah call tabung haji dan katanya di madinah jemaah tinggal di alharam hotel.Call centre kata, mereka
pun tak ada no tel hotel...Maybe mereka tak expect akan ada soalan begitu kot..
saya dah search for tel no of the hotel di internet, malangnya, there was no result..
unbelievable rasanya, sbb di mana2 website pun tak ada tertulis no telefon..
kalau ada yang tahu, tolong lah pm saya..
saya amat2 perlukan contact no |
|
|
|
|
|
|
|
aziefa, ayah saya pergi dgn mak..ayah berumur 73, dan mak saya 68..
mereka hanyalah orang kampung dan tak pandai nak gunakan prepaid card..
saya dah call tabung haji dan katanya di madinah jemaa ...
moonah Post at 6-11-2009 08:48
Cuba tengok dekat surat Tabung Haji yang menyatakan perihal KT dan Maktab. Hubungi pejabat TH berdekatan bagi maklumat lebih lengkap. Insya-Allah mereka dapat membantu jika diberi maklumat seperti diatas. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke begitu..??
irbudan Post at 5-11-2009 21:52
i don't think so...... |
|
|
|
|
|
|
|
513# HarizAzhari
Assalamualaikum...
Betul tu...
Tengok maklumat lengkap pada surat Tawaran..
Sebab saya pernah nak cuba menghubungi saudara saya yg pergi Umrah..
Umrah aje..mungkin senang ...
Tapi masalahnya sama juga ..tiada yg membawa handphone..
Call TH..dia beri kita no ..telefon mutawif disana..
So saya call mutawif tu..
Beri maklumat penuh ..nama..dll.
Alhamdulillah dgn pertokongan mutawif tu saudara saya call saya balik..
Kita mencuba aje...
Di sana mesti ada kakitangan TH yg menjaga Jemaah..
Minta no hp salah seorang Petugas TH disana dekat Call Centre....
So boleh minta Petugas TH tu cari Ayah n Emak..(kita kena call lah..costnya )
Kalau dah jumpa boleh minta Ayah call balik..
Insyallah moga dipermudahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
513# HarizAzhari
Assalamualaikum...
Betul tu...
Tengok maklumat lengkap pada surat Tawaran..
Sebab saya pernah nak cuba menghubungi saudara saya yg pergi Umrah..
Umrah aje..mungkin senang ... ...
aziefa Post at 6-11-2009 10:15
terima kasih atas saranan itu..
itu lah masalahnya, surat berkenaan hotel/maktab penginapan mereka tak ada pulak saya lihat masa
pulang ke kampung baru2 ini.
Yg ayah saya tunjuk cuma surat tawaran yg ada tarikh melapor diri, pergi dan balik serta no penerbangan.
Tak mengapa lah..Akan saya usahakan juga supaya dapat saya hubungi mereka..
Walaupun saya sudah dimaklumkan ramai petugas di sana yg boleh membantu, saya masih tak dapat
nak tidur lena mengenangkan condition ayah saya yang mulanya bertongkat dan akhirnya berkerusi roda
semasa dia berlepas kelmarin..
Sekali lagi, terima kasih semua |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas saranan itu..
itu lah masalahnya, surat berkenaan hotel/maktab penginapan mereka tak ada pulak saya lihat masa
pulang ke kampung baru2 ini.
Yg ayah saya tunjuk cuma surat taw ...
moonah Post at 6-11-2009 10:27
the best at the moment
pray ALLAH
may ALLAH help them
tetamu ALLAH..pasti dibawah jagaan ALLAH SWT...
banyak sudah kita dengar...
jemaah yg sakit...bila di tanah suci..boleh baerjalan tanpa kerusi roda..tanpa tongkat..
all this posible...
sebab yang menjemput itu bukan nya sebarang TUAN EMPUNYA DUNIA DAN SEISINYA..insyaALLAH akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT..
dismaping usaha untuk cuba menghubungi mereka..... |
|
|
|
|
|
|
|
the best at the moment
pray ALLAH
may ALLAH help them
tetamu ALLAH..pasti dibawah jagaan ALLAH SWT...
banyak sudah kita dengar...
jemaah yg sakit...bila di tanah suci..boleh baerjalan ...
HUSSAINTAHIR Post at 6-11-2009 10:37
syukran jazakallahu khairan kathira..
insyaAllah, itu lah yg kami adik beradik sedang lakukan skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
syukran jazakallahu khairan kathira..
insyaAllah, itu lah yg kami adik beradik sedang lakukan skrg..
moonah Post at 6-11-2009 10:58
Lapangkan dada dan redha akan segalanya. Insya - Allah, ketenangan akan bersama anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum ayahjoe...
Saja aje nak tanya...
Siapa member member forum yang dah confirm..Insyallah datang..?
aziefa Post at 6-11-2009 07:59
Waalaikumussalam kak jie...insyaAllah nama yg dah cfm nak datang
1. Lemon
2. Hussain
3. Ibu Rosputih
4. Adikzarif
5. Ustaz
6. wasntme
7. Irbudan
8. eastrun
9. kak wan
10. eleisha
11. Hanni
12. acik jie
13. ummi aily
14. jellybee
15. sunsuria3
Itu yg saya ingat..pada yg saya terlupa nak letak kat sini...mohon maaf byk2 yer..tetapi jemput datang yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 nih ader telefon Pakcik Lasim, roomate saya dgn Hussain masa umrah Mac lalu..alhamdulillah..Pakcik Lasim bakal pegi umrah sekali lagi lepas musim haji tahun nih...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|