CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 2-9-2009 11:05 AM | Show all posts
yeah yeah..... bahagianya bali masuk umah ni...... smiley.. nak agi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 11:06 AM | Show all posts
best lah......
bila nak ada smbngnya lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 11:38 AM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 03:05 PM | Show all posts
sooo sweet
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 03:11 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 04:45 PM | Show all posts
suker sangat dengan citer ni..
nak lagi:pompom:..nak lagi..:pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2009 09:31 PM | Show all posts
belum sambung ke... dah x sabar2 nak tahu nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 11:34 PM | Show all posts
best... best... nak lagi... tak puas la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 08:22 AM | Show all posts
Best la citer ni..... teruja..teruja...teruja.............
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 08:59 AM | Show all posts
nak lagi...nak lagi...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 09:31 AM | Show all posts
best..............
nk lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 10:48 AM | Show all posts
masih menanti n3 baru.....
x sbr nk tahu ap yg terjadi pd hani lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:03 PM | Show all posts
rupa-rupenya x de n3 lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 03:52 PM | Show all posts
“Manalah  Hani ni? Cepatnya dia menghilang” desis Nazrin sambil menebar pandang di sekitar ruang legar blok ofis pensyarah. Kepalanya di garu. Dia mendesah. Peluang untuk berbual dengan Hani jadi kelam. Ingin sekali dia melahirkan kegusaran yang melanda agar Hani mengerti. Bakal isteri aku ni terlalu kudus. Si Shamil itu tak mungkin menawarkan peluang untuk Hani bekerja di firma bapanya kalau tak ada udang di sebalik batu. Bukan setakat udang lagi tetapi lobster.

Macam mana aku nak cari dia? Humphh… kalau dia sedar fail dia tak ada nanti mesti dia datang balik ke sini. Nazrin membuat keputusan untuk menunggu Hani. Dia mencapai suratkhabar dari meja resepsi dan mengambil tempat duduk di sofa kulit berangkai yang di sediakan untuk pelawat. Baru sempat membaca berita utama,  Nazrin di sapa. Dia mengangkat muka. Di depannya pelajar yang selalu bersama Hani. Apakenamanya…..  Izzah. Apa makcik ni nak?

“ Encik Nazrin free tak sekarang? Ada something important yang I nak discuss” kata Izzah dengan senyuman semanis gula. Walaupun nasib tidak menyebelahinya bila tidak terpilih menjadi protégé Nazrin, namun ada lagi peluang untuknya mendekati pensyarah kesayangan ramai itu.

“ I can spare a few minutes” Nazrin terpaksa berbasa basi walaupun tumpuannya terpaku pada pintu utama.

“ Begini Encik Nazrin. Saya Exco Perkumpulan Mahasiswi UDR.” Izzah bermukadimah. “Kami nak adakan program motivasi untuk ibu tunggal dan anak yatim di daerah Tanjung Malim awal bulan depan. Saya rasa Encik Nazrin calon yang sesuai untuk jadi salah seorang speaker. Saya harap Encik Nazrin setuju.”

Nazrin membetulkan posisi cermin matanya. Rasa tak selesa bila di tenung Izzah. Tanpa di pelawa, Izzah mengambil tempat duduk di sebelahnya. Daring juga makcik ni. Nampak macam wanita solehah. Nazrin mengesot , menjarakkan ruang di antara mereka.

“ Er… sorry , I terlupa nama awak” Satu taktik supaya makcik ni tak berandaian yang aku ingat kat dia. Nanti terlebih perasan pula. Nazrin cukup masak dengan pe’el siswi di sini. Baik cantas sebelum berputik.

Muka Izzah berubah. Sudah berkali aku berjumpa dan berbual dengan Nazrin tapi nama aku pun dia tak ingat. Apakah aku tak meninggalkan impak langsung?

“ Saya Izzah. Izzah Madihah”

“ Izzah, saya bukan pakar motivasi. Saya  pensyarah pengurusan dan kewangan.  Saya tak sesuai menjadi speaker untuk program yang awak nak buat itu” jelas Nazrin.

“ Oh..Er … bukan semua speaker pakar motivasi. Kita nak juga speakers yang boleh bercerita tentang pendidikan dan karier “

“ I masih baru. Why don’t you get someone  experienced?”  Nazrin memberi alasan. Mana Hani ni? Takkan tak sedar failnya tak ada. Muda muda lagi dah nyanyok. Dia tergerak hati untuk menghantar SMS. Walaupun pada mulanya dia berjanji tidak akan “ mengacau” Hani  dengan berSMS atau calling calling, tapi ini kes terpaksa.

“ File you tertinggal kat ofis Dr Mirzan. U katne? I hantar”


Izzah menipiskan bibir. Apalah Encik Nazrin ni. Jual mahal betul. Dahlah tu, buat aku macam tunggul.

“ Apa keputusan Encik Nazrin? Saya harap Encik Nazrin dapat menimbang…”

Tett…tettt…tetttt  Mesej masuk.

“ I kat cafe lakeside. Bagi file I kat PA Dr Mirzan. Nanti I ambil”

Ooh.. tak bagi I hantar ye. Takut pecah tembelang kah cik adik?  Senyum nipis terlukis di bibir Nazrin.

Izzah berdehem. Macam orang bercinta lagak Nazrin. Hatinya di pagut rasa cemburu. Siapalah gadis yang berjaya mencuri hati Nazrin itu?

“Minta maaf, Izzah. I ada temujanji.” tegas Nazrin sambil bangun dan bergegas keluar.

Muka Izzah makin kelat. Habislah peluang nak berbincang lebih lanjut dengan si hero idaman UDR. Tapi aku tak boleh give up.

“ Encik Nazrin nak ke mana? Kita boleh discuss along the way” kata Izzah sambil melangkah bersaingan dengannya

Aggressive sungguh makcik ni. Takut aku. Beza betul perangai Hani dengan kawan baik dia yang seorang ni.

“ Saya nak ke lakeside” Nada Nazrin langsung tak mesra. Macam mana nak bagi Izzah faham yang aku tak ada mood nak berbincang dengannya.

“ Oh. Okaylah tu. Saya pun nak ke sana” helah Izzah. Wajahnya kembali ceria.
……………………………………………………………………………………..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 04:00 PM | Show all posts
Kafe di pinggir tasik buatan manusia itu agak lengang. Selalunyaini lah port pasangan bercinta. Cahaya mentari petang terbias di permukaantasik yang tenang. Gazebo yang menghiasi tebing tidak berpenghuni. Mungkinramai yang sudah balik kampong atau ke KL, memandangkan besok hari Sabtu. Ainamelambai ke arah Hani. Seperti biasa, tidak sah kalau Aina tidak di kerumunipelajar lelaki. Kali ini tiga orang pelajar junior sedang kusyuk mendengarbutir bicara nya. Entah apalah yang di gormal nya pada budak budak tu sampai mulutmasing masing melopong.

“ Kenapa lambat? Lama aku tunggu tau. Sikit lagi aku nakbalik” omel Aina. Dia memperkenalkan satu persatu peminatnya. Josh, Shark danAdil.

“ Sorry. Dr Mirzan nak jumpa aku tadi. Aku terlupa nak SMSkau.”

Hani menarik kerusi
di sebelah salah seorang peminat Aina. Keletihanmencucuk urat urat. Setiap kali berjumpa Nazrin , ada saja yang tak kena.Jantung aku berkeliaran macam pelari marathon. Kalau betul jodoh aku dengandia, tak sampai setahun aku kena buat heart transplant kot…. Nauzubillah.



“ Kak Hani nak minumapa? Saya belanja”
Tanya Adil yangberambut crew cut.


“ Betul ni? Kak Hani nak teh o ais. Thank you” Hanimemaniskan muka. Ini yang best jadi kawan Aina. Dapat tempias layanan firstclass. Mereka berlima berbual kosong sebentar sebelum budak bertiga itu memintadiri. Ada game futsal kata mereka.

“ Beb, betul kau tak nak tinggal dengan aku masa di KL nanti?”pelawa Aina untuk kali yang keberapa entah. Aina akan tinggal di kondo di KotaDamansara bersama sepupunya. Cuma mereka berdua di kondo berbilik tiga. “ Besttau area tu. Dekat dengan Curve, Ikano. Happening gila. Lagipun bukan kenabayar sewa. Cousin aku dapat kondo tu dari ex husband dia”

“ Tak payah lah Na. Rumah Along aku kanada”
Risau juga tinggal di tempat yanghappening. Nanti terus jadi pening sebab ikut rentak Aina.

“ Eleh. Aku tau. Tunang kau tak bagi kan?” usik Aina. Aina lah satu satunya kawan yang tahu rahsia Hani dan Nazrin.Terlalu berat rasanya mengepung rahsia sendirian, lalu di luahkan pada Aina.Reaksi Aina memang tak boleh blah ketika itu… matanya terbeliak , kemudianketawa sampai senak perut.

“ Hani.. Hani… tak sangka aku. Bestfriend dan roommate akuberjaya menawan hati Encik Nazrin. Syabas betti!”

“ Kau ingat aku bohong, kan?”
Hani terus defensif


“ Apa pula? Aku kenal engkau. Aku tahu kau bukan jenisperasan. Kau jujur, kau tak kaki penipu. Dan aku rasa kau pilihan terbaikuntuknya. I’m so happy for you” Aina memeluk Hani.

“ Dia tak pilih akulah. Nenek dia dengan arwah Mak Tok akuyang rancang semua ni.
Kesian kami. Jadimangsa.” Hani membuat muka seposen


“ Nak kesian apa pula. Korang padan apa. Nazrin tu ada rupa,pandai, ada karier. Kau pun pandai, merendah diri, sopan, sweet… memang calonpilihan mak mertua lah….eh… nenek mertua” kata Aina dengan tawa bersisa.

“ Hoi… kau berangan apa pula tu?” Aina menjegilkan matasambil menepuk meja. Hani ni memanglah. Bila nak hilang perangai blur nya?Asyik berangan. Tapi CGPA bukan main canggih lagi.

“ Eh… Tak ada apa….” Hani tersentak lalu tersengih. Disisipnya teh o ais yang masih berbaki.

“ Cuti Raya Cina nanti kau balik Ipohdengan aku ya?” pelawa Aina. “ Dah lama mak bapak aku tak jumpa kau. Mesti diaorang excited kalau dengar kau dah tunang. Silap haribulan mak aku yang sibuknak tolong buat persiapan untuk kau bila nak kahwin nanti. Kalau nak tungguaku, sampai berjanggut lah”

“ Eleh… kau tu banyak sangat calon. Sampai rambang mata nakpilih yang mana satu. Nanti bila kau buat praktikal kat NTV7 , mesti ramaidatuk datuk nak masuk line. Entah entah keluar gossip pasal engkau dalam URTVatau Mangga….ha! ha!”

“ Gila lah kau ni! Aku tak nak kena ganyang dengan makDatin, hokey?!” Tawa mereka bersatu.

Sejenak kemudian Aina memincing mata. “ Hani, kau tengoktu.” Suara nya di rendahkan dan bibir nya terjuih ke arah lorong kecil yangmenyambung bangunan pejabat dengan kafe. Hani memusing kepala. Nazrin denganIzzah berjalan seiringan. Hati nya di jentik resah tiba tiba. Wajah Izzahberseri seri. Mulutnya tak berhenti henti bercakap. Bekas pemidato terbaik UDRlah, katakan. Di tangan Nazrin tersisip fail yang tertinggal di ofis Dr Mirzan.Degil betul pakcik ni. Kan akudah kata aku nak ambil sendiri…. Iiiissshhh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 04:06 PM | Show all posts
“ Bukan main lagi kawan baik kau tu. Aku rasa Izzah syok kat Encik Nazrin. Tapi syok sendiri lah” komen Aina. Aina memang brutal. Brutal tapi benar.

“ Kau ni … tak baik tau. Takkan Izzah tu tak boleh bercakap dengan Nazrin.” sanggah Hani walaupun nalurinya mengatakan macam ada yang tak kena. Makin hari makin kerap Izzah bercerita tentang Nazrin. Sikit sikit Encik Nazrin. Encik Nazrin itu… Encik Nazrin ini…. Macam dia ambil subject Teori Encik Nazrin pula.  Patutkah aku berterus terang dengan Izzah tentang status aku dengan Nazrin? Ah… tak payahlah. Nanti heboh satu fakulti.

“ Seligat ligat aku pun, boyfriend orang, tunang orang, suami orang, aku tak kacau”  Aina bersuara sinis.

“ Dia tak tahu pun pasal aku dengan Encik Nazrin. Anyway, bukan nya derang tengah berdating ke haper ke”

Nazrin dan Izzah mendekati meja Hani dan Aina. Hani dan Aina berpura pura terkejut.

“ Hi Encik Nazrin. Buat apa kat sini? Join lah kita orang” sapa Aina dengan lagak terlebih mesranya. Izzah menipiskan bibir. Kenapalah minah playgirl ni ada kat sini. Menyibuk jer!

“ I nak pulangkan file yang tertinggal di bilik Dr Mirzan tadi. Hani Hishamudin kan nama awak? Awak ni pelupa lah. Banyak sangat berfikir kah?” Nazrin mengheret kerusi dari meja sebelah dan terus duduk di tepi Hani. Satu.. dua .. tiga… muka Hani dah merah! He.. he… manisnya.

“ Mestilah banyak berfikir. Assignment berlambak. Project paper tak siap lagi. Mid term exam dah dekat. Bukan Hani saja, saya pun Encik Nazrin. Nak tidur malam pun susah.” Izzah menjawab dengan manja. Aina menjulingkan mata dan terbatuk kecil. Adoyai….. meloyakan.

Hani cuma mengangguk. Matanya dipaku pada kaki langit yang berceloreng dengan warna jingga. Nak tergelak dengan reaksi Aina pun ada, meluat dengan Izzah pun ada. Tak bercampur lagi dengan rasa dup dap dup dap bila Nazrin berada di sisi.

“ Encik Nazrin nak minum apa? Saya belanja” Izzah melambai pada pelayan berdekatan.

Amboi amboi makcik ni. Beria ria sungguh, detik hati Hani.

“ Tak payah lah. Saya dah minum petang” tolak Nazrin. Tak hingin aku. Termakan budi, tergadai body nanti. Dia mengalihkan perhatian kembali pada Hani. Tanduk setan sudah tumbuh. Lama aku tak sakat dia.

“ Cantik cincin yang awak pakai. Cincin yang saya bagi kat tunang saya pun macam itu”

Muka Hani terus pucat. “ Er .. ya kah?” Saspen. Ini  sudah macam The Return of Nazrin the Sengal.

Aina menekup mulut menahan tawa. Izzah terus mencuka. Huh… confirm lah Encik Nazrin dah bertunang. Setakat ini aku ingat cuma gossip saja.

“ Di mana awak beli cincin tu Hani? Sebab bila saya beli cincin itu masa nak bertunang dulu, tauke kedai itu kata special design. One of a kind.” sambung Nazrin. Terus mendera Hani.

“ Saya tak beli. Er…er.. nenek saya bagi” jawab Hani antara dengar dan tidak. Aku simbah  pakcik ni dengan teh o ais kang!

“ A’ah… cantik kan cincin Hani. Macam orangnya lah. Untung siapa dapat.” Aina pula menambah petrol  ke api kemarahan Izzah.

Izzah mendongkol geram. Entah apa apa punya topic. Tak beri peluang aku menunjukkan kepetahan dan intelek aku langsung. Cakap pasal tunang, pasal cincin. Encik Nazrin ni macam suka benar kat Hani. Tapi kata dah ada tunang? Eee… tak paham aku.

Aina bangun sebelum tawanya meledak. Nakal juga Encik Nazrin ni. Tapi riak wajahnya bila dia memandang Hani lembut dan romantis. Dia betul betul sayangkan bestfriend aku.. Alhamdulillah.

“ Izzah, kita ada meeting  pasal projek malam amal. Jom kita pergi. Kalau lambat, dah masuk Maghrib.” Bagi peluang Hani dengan Nazrin nak berdua duaan. Pasangan ini bukan macam orang lain. Susah nak keluar bersama, takut ada Cik Joyah dan Cik Bedah kampus buka sidang tingkap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2009 04:14 PM | Show all posts
Izzah terpaksa bangun. Terlupa pula tentang perjumpaan malam amal UDR. Dia memberi senyuman hambar pada Nazrin

“Sorry, saya kena pergi. Saya harap Encik Nazrin fikirlah pasal program motivasi itu. Hani, jom balik”

Hani mencapai failnya di meja. Nazrin pantas meletakkan tangannya ke atas fail.

“ Tunggu kejap Hani. Ada a few things yang Dr Mirzan suruh I cakap kat you pasal Persada Construction. Dia terlupa nak cakap tadi” Nada nya tegas.

Biar betul? Ingat semuanya dah settle tadi. Hani mengerutkan dahi. Izzah melangkah gontai mengikut Aina. Aina sempat menoleh kebelakang dan mengenyitkan mata pada mereka berdua. Jaga kau Aina… aku piat telinga kau bila balik ke bilik nanti, dengus Hani dalam hati.

“ Aina tahu pasal kita?” Lembut tutur Nazrin.

Hani menggelabah. Dulu mati mati aku yang suruh rahsiakan tapi aku pula yang mulut tempayan.  “ Sorry… Saya .. saya terpaksa cerita. Masa saya pengsan hari tu, dia nampak Encik Nazrin hantar saya balik. Saya ..saya rasa tertekan kalau kena berahsia dengan Aina. She is my best friend and roommate. Susah nak berahsia dengan dia.”

Nazrin tersenyum” I tak kisah. Kalau you nak cakap kat semua orang pun I lagi suka.
Another thing, tak payahlah ber encik encik dengan I. Kita dua orang saja kat sini. Orang lain tak dengar”

“ Ee.. takutlah pula. Mana tahu ada orang nampak. Baik kita berlakun” Hani membuka failnya dan berpura pura menyemak sesuatu. Nazrin menggeleng kepala lalu mencapai  fail Hani dan menyelak rambang nota nota di dalam.

“ Hani, I nak tahu. Kenapa you beria ria sangat nak pergi Persada Construction?”

“ Kenapa? You ingat sebab I suka kat Shamil?” Mata mereka bertentangan sebelum Hani menurunkan pandangan.

“ I tak tahu. I really don’t know whether you like him. I don’t even know if you like me. Yang I tahu, I sayangkan you dan I tak nak kehilangan you. Not to Shamil or anyone else”

Hami melopong sebentar sebelum isyarat dari hati mengerakkan mulut “ Jangan risau lah. I tak ada perasaan apa apa pada Shamil. I suka you”. Alamak… apa ni. Mabuk teh o ais ke aku?

.Yabadabadoo.. ini permulaan yang bagus. Nasib baik iman aku kuat. Kalau tak mahu aku cium saja budak ni. “ Suka jer?” Nazrin mendesak

Ek..eleh.. lebih lebih pula. “ Ingat senang ker I nak cakap? Dalam hidup I,  ni first time I cakap I suka seorang lelaki tau. Kalau you nak lebih, pergi cari Izzah”

“ Okay lah. You tak payah cakap. I faham. Cemburu tanda sayang. Thanks Hani” mengekek tawa Nazrin.

“ Apa apa jerlah. Nazrin, dah lambat ni. Dah nak masuk Maghrib. I nak balik dorm.” Lagi lama aku di sini , lagi teruk aku kantoi. Muka aku pun dah rasa tebal semacam, macam kuih pau terlebih yis.

“Kejap. Nanti cuti Raya Cina kita balik Ulu Langat, okay tak? Lama kita tak balik sana. Tempat penuh nostalgia tu. Lepas tu you dah nak start internship. Susah kita nak jumpa” rayu Nazrin.

Aduh… bisa gugur jantung aku di buatnya. Terlupa terus pelawaan Aina. Seminggu bersama Nazrin, Acik Mah dan masakannya yang enak, pokok buah buahan, Rumah Tok Ali…. Indah nya.

“ Insyaallah. “

................................................................

ni last n3 sampai lepas Raya
dah kena sound dgn hasben.... asyik dok mengadap komputer, ibadat kurang ....

lagi pun dah tak tau plot seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 04:31 PM | Show all posts
Thanks Smiley...

takpelah lepas raya pun ok asal jgn tergantung saja...
Nanti lepas raya harap2 dah jumpa plot yg sesuai ye...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 05:00 PM | Show all posts
alaaa... pujuk la asben tu.  raya lama lg... lps tu nak tunggu smiley abis beraya lak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 06:13 PM | Show all posts
thank...smiley...hati hasben kena jaga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065401 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list