Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 10,832 kes (2,227,889 kes kumulatif, 94.3%);
- Kes baharu : 7,950 kes (2,361,529 kes kumulatif);
- Kes import : 29 kes (21 warganegara; 8 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,921 kes [7,275 warganegara (91.8%); 646 bukan warganegara (8.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 725 kes (710 kes COVID-19; 15 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 380 kes (304 kes COVID-19; 76 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,624 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 4,862 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 762 kluster.
Daripada 7,950 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; - 133 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 7,817 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 13 Oktober 2021 @ 6:30 petang. LAMPIRAN 1 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 13 OKTOBER 2021 NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Zurah LimaTempat KerjaSelangorHulu Selangor42100
2Industri Jalan Sembilan Olak LempitTempat KerjaSelangorKuala Langat3165
3Tapak Bina Persiaran Bukit Raja 2Tempat KerjaSelangorKlang dan Petaling28450
4Jalan Haji Taib SalakTempat KerjaSelangorSepang1031
5Industri Jalan Usaha EnamTempat KerjaMelakaMelaka Tengah dan Jasin15568
6Dah Putih Industri KulimTempat KerjaKedahKulim30150
7MenuangKomunitiSarawakLimbang1883
8EnsuraiKomunitiSarawakLimbang19220
9Bukit DamarKomunitiPahangTemerloh2267
10Dah Taman MelorInstitusi Pendidikan Swasta yang berdaftar di bawah KPMKedahKuala Muda dan Kota Setar3286
11Persiaran Lavender DuaPendidikan LainNegeri SembilanSeremban835
12Jalan PegawaiKumpulan Berisiko TinggiSelangorSabak Bernam14132
13DTI BekenuPusat TahananSarawakSubis4848
LAMPIRAN 2 NILAI RT MENGIKUT NEGERI BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 12 OKTOBER 2021 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | WP PUTRAJAYA | 1.09 | NEGERI SEMBILAN | 1.05 | PERLIS | 1.05 | KELANTAN | 0.96 | TERENGGANU | 0.94 | WP KUALA LUMPUR | 0.94 | PAHANG | 0.91 | SELANGOR | 0.90 | MELAKA | 0.90 | SABAH | 0.86 | KEDAH | 0.86 | PERAK | 0.86 | JOHOR | 0.83 | PULAU PINANG | 0.82 | SARAWAK | 0.80 | WP LABUAN | 0 | MALAYSIA | 0.88 |
|