Post time 22-2-2020 05:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Belbelly replied at 21-2-2020 11:05 PM
Dato Sham membuka pintu depan banglonya memberi salam. Tapi tiada siapa menyambut dan menyahut sal ...
Kini Azar memasuki bulan kedua kandungan dan dia kerap muntah. Kadangkala badannya terlalu letih hingga tidak dpt dtg bekerja.Hingga sekarang, Dato Sham masih tidak diberitahu akan kondisinya. " Tak perlu...tak penting...dia tak perlu tahu "...perkataan inilah yg sudah tersemat di benaknya.
Setiap kali dia seakan mengelak bertembung suaminya itu atau meminta Mak Jah yang mengambil alih tugas.Sejak dari peristiwa di restoran walaupun sedaya upaya Dato Sham memujuknya , Azar masih bersikap dingin terhadap lelaki itu.
Eyka baru pulang dari sekolah dan terlihat Azar yg sedang muntah2 di sinki dapur.
"Kau ni kenapa? Dah tau tak sihat gedik jugak nk dtg keje.Cakap jelah nk tengok muka daddy.Ko jgn ingat aku tak perasan cara ko tenung daddy tu..." Eyka mula menuduh.
"Cik Eyka ckp apa ni? Saya tak faham.Memang saya muntah2 dr pg td tp bukan sengaja...salah makan agaknya..." Azar mempertahankan dirinya.
"Kesah pulak aku kau salah mkn ke tak.Aku mmg meluat tgk muka kau kat rumah ni dr dulu...aku rasa daddy tu mcm dh kena sampuk dgn kau.Semua pasal kau baik je kat mata dia..." Eyka melempiaskan amarahnya sambil menujal nujal kepala Azar.
Situasi itu disaksikan oleh Syafiq dari sudut dapur.Terbit rasa simpati melihat Azar diperlakukan seperti itu oleh adiknya sendiri.Benar, dia tidak berapa selesa keberadaan gadis itu dirumahnya akan tetapi dia tidak menafikan Azar seorang yg rajin bekerja. Lama kelamaan, dia kagum kerana Azar seorang yg kuat semangat dan masih bercita cita tinggi dengan menyambung pengajiannya.
"Eyka, kau buat apa ni? Dia manusia bukan binatang...pegi naik bilik kau sekarang..." tegas Syafiq kpd adiknya.Eyka geram lalu terus naik ke bilik.Sempat dia berpaling dan menjeling ke arah Azar.
Mak Jah yg baru habis mengemas kawasan halaman hanya terdiam melihat keadaan tersebut.
Azar mengesat air matanya yang laju mengalir persis air hujan.Kebelakangan ini dia memang sangat2 beremosi.Hatinya mudah terusik.Mungkin kerana pembawakan bayi dalam kandungan.
"Aku minta maaf pasal Eyka...dia memang macam tu.Kau anggap jelah dia special edition " kata Syafiq sambil menghadiahkan senyuman yg menampakkan lesung pipitnya yg manis.Lagi satu, kalau kau tak sihat berehatlah kat bilik bawah tu..." Syafiq cuba menenangkan Azar yg sedang mengesat airmatanya.
"Terima kasih..." respon Azar lalu tersenyum.
"Mak Jah, saya nk ke KLIA ni...outstation seminggu ke Jakarta...daddy yg suruh..." terang Syafiq lantas mengusung beg bagasinya terus ke pintu.
-------------------------‐----‐------------------------------------------------------
Jam menunjukkan tepat 0630 petang.Mak Jah ingin mengejutkan Azar untuk menyuruhnya pulang.
"Lena betul dia tidur...penat sgt ni.Tak sampai hati pulak nk kejutkan..." getus hati Mak Jah.
Dato Sham tiba dirumah dan terus meluru ke dapur. Dia mencari cari kelibat Azar kerana diberitahu Mak Jah bahawa Azar tidak sihat.
"Dato...Azar kat bilik bawah.Saya nk bangunkan dia tp tak sampai hati..." beritahu Mak Jah.
"Takpe Mak Jah it's ok...Mak Jah boleh balik, tak payah siapkan makan malam...pandailah saya dgn Eyka nanti.Oh ye, saya dh call doktor datang rumah..." Dato Sham cuba meyakinkan Mak Jah yg kelihatan risau.
Azar tersedar bila dia merasakan seperti sudah terlalu lama dia tidur.Perutnya berbunyi bunyi minta di isi makanan.Dia menggosok gosok mata dan memerhatikan keadaan sekeliling.Tak semena mena Azar terperanjat...
"Ya Allah dah pukul 9malam...eh macam mana aku boleh ada dlm bilik ni? " Azar kehairanan mengapa dia berada di dalam bilik Dato Sham.
Azar terdengar bunyi pintu bilik dikuak, rupanya Dato Sham yg muncul membawa sedulang makanan.
"Sayang dah bangun? Lama betul sayang tidur...risau abg..." tutur Dato Sham terus meletakkan dulang berisi makanan itu di sudut katil.Dia menghampiri Azar , mengusap rambut isterinya lantas menghadiahkan senyuman manis.
"Abg yg dukung sayang naik bilik ni...boleh tahan jugak berat syg... tak mcm selalu.Naseb baik suami sayang ni kuat lagi tau?Tak sia2 la abg rajin jogging..." sengaja menyakat sambil matanya tepat memandang Azar tidak berkalih
Azar hanya terdiam sedikit bingung.Hakikatnya dia masih lg berkeadaan separa sedar mungkin kerana terlebih tidur.
"Mana Eyka? Takkan dia tak perasan? " Azar bertanya kpd suaminya beriak sedikit hairan.
"Eyka ada study group kat rumah her best friend so dia tidur sana la malam ni.Abg kenal parent kwn dia tu so there's nothing to worry..." balas Dato Sham lalu mengambil bubur yg dimasaknya tadi.
Sedikit kelegaan terpancar di wajah Azar dengan penjelasan itu.Bukan kerana gembira kini mereka hanya berdua akan tetapi lega kerana bimbang andainya rahsia mereka selama ini diketahui Eyka.Hakikatnya, jauh disudut hati dia rindu utk berduaan dengan suaminya itu.
"Nah makan sikit abg suapkan...ni abg masak special tau utk sayang.Bukan selalu abg nk jd chef..." bicara Dato Sham lalu menyuap isterinya.
"Kalau tak nak makan bubur then nk makan apa? I'll be your chef tonight my dear wife...ermmm kesian tau baby dlm perut tu lapar..." kata2 Dato Sham itu memeranjatkan Azar.Air mukanya sudah berubah.Adrenalinnya laju.
Dato Sham merapati Azar lalu mengucup dahi isterinya itu. Dia lantas menyentuh perut Azar.Senyuman plg manis dihadiahkan kesekian kali buat si isteri.
"Kalau doktor tak dtg td abg pun tak tahu.No wonder la sayang aneh aneh je lately. Dingin je dgn abg...kiranya abg ni hebat jugaklah kan walaupun dh nak masuk 5series..." sempat lagi dia menyakat isterinya. Muka Azar sudah merah padam mendengar kata kata itu.
Azar mencubit suaminya.Geram sungguh dia mendengarnya.
"Sakit la...sayang punya cubit tu berkesan tau kt bdn abg ni.Dahla abg tak byk daging...sayang tak kesian ke? " Dato Sham menyakat sekali lagi.
"Tak...sebab abg ni kdg2 merenyam jugak..gatal sgt suka layan perempuan lain...syg jeles tau..." ujar Azar menarik muka masam memuncungkan bibir.
"Dah berapa kali abg bagitau tu semua client...hati abg ada syg sorang je.Kalau tak percaya kan bukti dh ada dlm perut tu...ke nk abg buktikan lg sekali? Abg ok je sekarang pn boleh...takdehal.Lama tak exercise ni..." sengaja Dato Sham mengenakan Azar dengan kata kata nakal.
"Ok buktikan sekarang..." spontan ayat ini terpacul dr mulut Azar memandang suaminya penuh menggiurkan.
" Betul ni? Jgn cabar abg tau...sayang tau kan abg takkan berpatah balik ... " Dato Sham seakan mengugut.
Azar hanya membalas dengan senyuman paling menggoda.Godaan yg mencairkan naluri kejantanan seorang lelaki bergelar suami.
Post time 22-2-2020 06:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pennywise84 replied at 22-2-2020 05:49 PM
Kini Azar memasuki bulan kedua kandungan dan dia kerap muntah. Kadangkala badannya terlalu letih h ...
Tak padan dgn wek2 azar niiii nak jugakk kali kedua wkakaakkakakak dasar !!!! Padan muka capik kena outstation, baru la best boleh berdua lama2 sikit hihihihi