CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antiQue

Mari belajar Bahasa Arab

[Copy link]
mrskojek This user has been deleted
Post time 20-4-2006 11:48 AM | Show all posts
hai...seme..
kojek pun teringin nak belajar bahasa arab..
itu hari dengar kat radio IKIM jerr...tiap petang..
itu pun sebab naik kete hari ujan biase naik motor...
takk dpt larr nak dengar...hrp dpt belajar banyak perkataan kat sini..:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2006 09:30 PM | Show all posts
[size=-2]السلام عليكم ورحمة الله , كيف حال إخواني و إخوتي هنا؟
أنا من مليزيا ولكن الآن اسكن في جزر البهامى, ممتاز على تعلمكم اللغة العربية, لكن أريد  أن أسأل, هل يوجد منكم من هو عالم بالصرف؟
أريد تعليمها إنشاءالله
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2006 09:52 AM | Show all posts
أهلا
اسأل تجد من يجيبك إن شاء الله
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2006 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by houriyyah_abed at 15-5-2006 09:30 PM
السلام عليكم ورحمة الله , كيف حال إ ...


  ...بعيدا جدا.... تعمل في السفارة الماليزية أو الشركة هناك؟ ..wow   جزر البهامى؟

[ Last edited by  palong at 17-5-2006 09:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2006 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by palong at 16-5-2006 11:59 AM


  ...بعيدا جديدا.... تعمل في السفارة ال ...


لا, لا أعمل في السفارة أو شيء من هذا, ولكن أصلا أبي من هنا...و أمي من مليزيا, لأجل هذا تارة تسكن أهلي في مليزيا و تارة هنا في جزر البهامى...تعلمت اللغة العربية حين سكنت في اليمن لخمس سنين, والآن أريد تعلم الصرف, فهل يوجد هنا من يعرف موقع لدراسة الصرف؟؟
و جزاكم الله خيرآ
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by houriyyah_abed at 16-5-2006 08:52 PM


لا, لا أعمل في السفارة أو شيء من هذ&# ...

هو الأستذ هنا... انت ايضا خير منا في  تكلم اللغة العربية nahzaluz ... ...oooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2006 09:48 AM | Show all posts
saya terjemahkan apa yg ditulis oleh houriyyah_abed bg yg tak tahu..

السلام عليكم ورحمة الله , كيف حال إخواني و إخوتي هنا؟
assalamualaikum warahmatullah.. apa khabar saudara2ku di sini?

أنا من مليزيا ولكن الآن اسكن في جزر البهامى
saya dr malaysia tapi sekrg ni tinggal di Bahamas

, ممتاز على تعلمكم اللغة العربية
bagus sekali anada semua belajar bahasa arab

, لكن أريد  أن أسأل, هل يوجد منكم من هو عالم بالصرف؟
tapi, saya nak tanya, adakah atr anda semua yg tahu Sorof? (sorof ialah kaedah mengubah satu bentuk kalimah, kpd bentuk yg lain)

أريد تعليمها إنشاءالله
saya nak mempelajarinya, insyaAllah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 09:54 AM | Show all posts
dan lagi..

لا, لا أعمل في السفارة أو شيء من هذا
tak, saya tak bekerja di kedutaan atau apa2 pon

, ولكن أصلا أبي من هنا...و أمي من مليزيا
tapi bapa saya berasal dr sini(bahamas) dan emak saya dr malaysia

, لأجل هذا تارة تسكن أهلي في مليزيا و تارة هنا في جزر البهامى
oleh tu, sebahagian dr ahli keluarga saya tinggal di malaysia, sebahagian lg tinggal di Bahamas

...تعلمت اللغة العربية حين سكنت في اليمن لخمس سنين,
saya belajar bahasa arab semasa saya tinggal di yaman selama 5 tahun..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2006 01:38 PM | Show all posts
assalamualaikum..
saya baru jer balik dari tanah arab sabtu lepas. dan saya rasa tersangat ruginyer sebab tak tahu berbahasa arab..
insyallah nak belajar bahasa arab...mana tau rezeki dapat pergi lagi ker sana tahun depan.:pray:
Topic belajar bahasa arab ni sangat bagus..
wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 01:54 PM | Show all posts
assalamu'alaikum

saya pun baru2 la nak blaja bahasa arab.
kalu saya kongsi apa2 yg penah saya blaja tu kat sini, takpa naaa..?
kalu salah,  buleh la ustaz & ustazah tolong perbetulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 01:59 PM | Show all posts
buat permulaan, saya cuba summarize apa yg ustazah kita penah post sebelum nih..

b.arab nih asasnya terdiri dari 3 :

1) Al-Ismu - الاسم - (NOUN)
2) Al-Fi'lu - الفعل - (VERB)
3) Al-Harfu - الحرف - (PARTICLES)
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 03:19 PM | Show all posts
untuk mengenali satu2 perkataan Arab itu adalah Isim/Al-Ismu (الاسم ) tanda-tandanya ialah :

1) perkataan yang bemula dgn alif dan lam (ال ),  contoh:
     Al-Qalamu/Al_Qalam            - القلم      - Pen
     As-Saa'atu /As-Saa'ah         - الساعة   - Jam
     Al-Maktabatu/Al-Maktabah  -  المكتبة  - Perpustakaan

* perkataan yg mempunyai  (ال ) ini dinamakan Makrifah. Huruf terakhir dalam perkataan Makrifah tidak boleh dibariskan dgn tanwin. Dengan kata lain, tanwin dan (ال ) tidak boleh berada dalam satu perkataan.
contoh Al-Maktabatu -المكتبة , tidak boleh disebut Al-Maktabatun
Makrifah = Definite = Khusus     ---> The book


2) perkataan yg huruf terakhirnya mempunyai tanwin/berbaris dua (atas/fathah,bawah/kasrah dan hadapan/dhommah) :
    Haaza Duriaanun                       - هذا دوريان                   - Ini durian                  : huruf nun pada perkataan durian berbaris dua hadapan
    Akaltu duriaanan                        - اكلت دوريانا                 - Saya makan durian   : huruf nun pada perkataan durian berbaris dua atas
    Haaza Lemfuqun min duriaanin - هذا لمفوق من دوريان  - Lempuk ini daripada durian : huruf nun pada perkataan durian berbaris dua bawah

*perkataan yg mempunyai tanwin ini dinamakan Nakirah.
Nakirah = Indefinate = Umum  --->  A book


3) Perkataan yg datangnya selepas huruf Al-Jar ( حروف الجر )  :
   
    Antara huruf2 Jar yg selalu diberikan ialah :
    Min ( من )          - Dari
    Ilaa (الى )         - Ke/kepada
   'An (عن )           - daripada/Dari
   'Alaa ( على  )     - di atas
   Fii (في )            - Di
   Huruf Kaf  (ك )  - Seperti
   Huruf Lam (ل )  - Untuk
   Huruf Ba' (ب )   - Dengan

Contoh perkataan dgn huruf Jar :
a)  Min Al-Bi'ri            - من البئر           - dari telaga
b) Ilaa Al-madrasati - الى المدرسة   - ke sekolah
c) 'An Ustaazin          - عن استاذ       - daripada guru
d) 'Alaa al-maktabi    - على المكتب   -di atas meja
e) Fii kitaabin             - في كتاب        - di buku
f) Ka Asadin               -  كاسد           - seperti singa
g) Li Muhammadin      - لمحمد          - untuk Muhammad
h) Bi ismin                    - باسم            - dengan nama

* jika diperhatikan kesemua perkataan yg datangnya selepas huruf Jar , huruf terakhirnya adalah berbaris bawah. Ini kerana, huruf Jar menyebabkan perkataan selepasnya berubah tanda baris.
Selalunya Huruf Jar disebut Al-Jar ( الجر ), dan perkataan selepasnya disebut Majrur ( مجرور )


4) perkataan yg datang selepas Ya' Nida' (Ya' Seruan)
    Contoh :  Ya Muhammad - يا محمد   - Wahai Muhammad
                    Ya Thoolibun    - يا طالب    - wahai pelajar

5) ianya adalah mudhoofun ilaih (  مضاف اليه )   -  yang ini akan ustaz atau ustazah  kita jelaskan pada sesi pembelajaran beliau nanti
kalau ikut contoh mudah  dalam bahasa melayu :
Cermin + Mata  = cermin mata

-kalau diikutkan cermin dan mata adalah 2 benda berbeza, tetapi apabila digabungkan akan menjadi satu benda yg lain pula maksudnya.
jadi di sini, Cermin itu dipanggil mudhof (مضاف ) manakala Mata adalah mudhoofun ilaih (مضاف اليه )

kalau contoh bahasa arab :
بيت    +      الله      =               بيت الله
(Rumah Allah)            (Allah)       (Rumah)

dalam hal ini perkataan Allah ( الله ) dikenali sbg mudhoofun ilaih ( مضاف اليه )



p/s : ustaz/ustazah..kalu ada yg salah..harap dapat lah dibetulkan..nanti jadi perkongsian ajaran sesat pulak.. :bgrin:

[ Last edited by  petaijeruk at 20-5-2006 01:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 01:05 PM | Show all posts
wah, dah aktif kembali thread ni.. silakan, silakan... hayya bil arabiah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 02:44 PM | Show all posts
Perkataan dalam b.arab terdiri daripada maskulin/muzakkar ( مذكر ) dan feminin/muannas ( مؤنث ).

Tanda perkataan muannas ( مؤنث ):
1)Ada ta' marbuthoh  ( ة ) di akhir perkataan
   Contoh : Kurratun - كرة - Bola
                  Madrasatun - مدرسة - Sekolah

2)Ada alif mamdudah ( اء ) di akhir perkataan
   Contoh : Sauda' - سوداء - Hitam
                  Baidho' - بيضاء - Putih

3)Ada alif maqsuroh ( ى ) di akhir perkataan . Alif maqsuroh --> huruf ya' tanpa titik   
   Contoh : Huda - هدى - Huda (nama perempuan)

* Bagi perkataan negeri/negara contohnya seperti Libya, Malaysia dan sebagainya dikategorikan di dlm perkataan muannas, kecuali Iraq. (betul kan ustaz/ustazah ?)
   Bagi anggota tubuh yg berpasangan juga dikaegorikan sbg perkataan muannas. (telinga, mata, tangan,kaki)
   TETAPI perkataan2 ini tiada tanda2 muannas, sbg contoh, mata - عين - 'Ainun , jadi bagaimana kita nak tahu itu adalah muannas?
   Jawapannya, kita boleh lihat pada perkataan selepasnya. Sbg contoh :
          'Ainun  Kabiiratun - عين كبيرة - Mata besar
          Kota bharu madiinatun haadiatun - كوت بارو مدينة هادئة  - Kota Bharu bandar yang tenang

Di sini kita boleh lihat perkataan kabiiratun ( كبيرة ) dan madiinatun ( مدينة ) mempunyai tanda muannas iaitu ta' marbuthoh ( ة )

Tentang pembahagian perkataan muannas, kena tengok nota ustaz lah.. hehe..

[ Last edited by  petaijeruk at 20-5-2006 01:20 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 11:50 PM | Show all posts
sebelum ini, contoh2 isim adalah dalam bilangan ganda 1 (singular). Kali ini kita akan lihat bagaimana bentuk isim jika bilangannya adalah ganda dua(dual/double) atau banyak (plural).

Dalam b.arab:  isim dlm bentuk ganda 1 (singular) dipanggil Mufrad ( مفرد )
                         isim dlm bentuk ganda 2 (dual/double) dipanggil Musanna ( مثنى )
                         isim dlm bentuk yg banyak (plural) dipanggil Jamak ( جمع )


1.  Mufrad ( مفرد )

     Contoh :  Muslimun / Al-muslimu  -  مسلم / المسلم  -  Muslim (lelaki)
                     Muslimatun / Al-muslimatu  -  مسلمة / المسلمة -  Muslimah (perempuan)
                    Al-baitu / Baitun  -  بيت / البيت -  Rumah
                    Al-qalamu / Qalamun  -  قلم / القلم  -  Pen
                    Al-baabu / Baabun  -  باب / الباب -  Pintu
                    Assamakatu / Samakatun  -  سمكة  / السمكة -  Ikan

* contoh2 di atas saya berikan dlm bentuk Isim Makrifah ( معرفة ) dan Isim Nakirah ( نكرة )


2. Musanna ( مثنى )

Jika isim yg diberikan adalah dlm bentuk ganda dua atau musanna, kita perlu menambah huruf alif ( ا ) dan nun ( ن ) di akhir perkataan tersebut.
Atau utk pemahaman mudah :    اسم مفرد  +  ان   (Isim Mufrad + ان )

Contoh :  Al-muslimaani / Muslimaani  - مسلمان / المسلمان - Dua org  muslim (lelaki)
                Al-muslimataani / Muslimataani - مسلمتان / المسلمتان - Dua org muslimah (perempuan)
                Al-baitaani / Baitaani - بيتان / البيتان - Dua buah rumah
                Al-qalamaani / Qalamaani - قلمان / القلمان - Dua batang pen
                Al-baabaani / Baabaani - بابان / البابان - Dua buah pintu
                Assamakataani / Samakataani - سمكتان / السمكتان - Dua ekor ikan

Bagaimana pula jika isim tersebut akhir hurufnya berbaris bawah? Sebagai contoh, ia didahului dgn huruf Al-Jar ( الجر ) (yg menyebabkan huruf akhir isim berbaris bawah)
Contoh ayat:
                            Min Al-Baiti / Min Baiti - من بيت / من البيت - Dari rumah

ATAU bagaimana pula jika isim tersebut akhir hurufnya berbaris atas? Sebagai contoh, ia menjadi objek di dalam satu2 ayat? Di dlm b.Arab, isim yg menjadi objek, dinamakan Maf'uulun bih ( مفعول به ). Isim yg menjadi objek, huruf akhirnya sentiasa berbaris atas.
Contoh ayat:
                         Qara'tu Al-kitaaban / Qara'tu kitaaban - قراءت كتابا / قراءت الكتابا - Saya membaca (sebuah) buku

Jika isim yang huruf akhirnya berbaris atas atau berbaris bawah, apabila ia menjadi isim musanna, kita perlu menambah huruf ya' ( ي ) dan nun ( ن ) di akhir perkataannya.
Untuk pemahaman mudah :  اسم مفرد  +  ين (Isim Mufrad +  ين )

Contoh :
a) Bi Al-Muslimaini / Bi Muslimaini - بمسلمين / بالمسلمين - dengan (2 org) lelaki muslim

b) Min Al-Muslimataini / Min Muslimataini - من مسلمتين / من المسلمتين - daripada (2 org) muslimah

c) Ila Al-Baitaini / Ila Baitaini - الى بيتين / الى البيتين - ke (2 buah) rumah

d) Ashtaraitu Al-Qalamaini / Ashtaraitu Qalamaini - اشتريت قلمين / اشتريت القلمين - saya membeli 2 batang pen

e) Aghlaqtu Al-Baabaini / Aghlaqtu Baabaini -  اغلقت بابين / اغلقت البابين - saya menutup 2 pintu

f) Akaltu Assamakataini / Akaltu Samakataini - اكلت سمكتين / اكلتت السمكتين - saya makan 2 ekor ikan

Contoh a) - c) menunjukkan isim didahului huruf Al-Jar, manakala contoh d) - f) menunjukkan isim sebagai objek

[ Last edited by  petaijeruk at 24-5-2006 01:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 07:09 PM | Show all posts
Assalamualaikum.  Nak tanya selalu bila jawab salam kita dgr orang cakap mualaik dan ada waalaik

Soalan...

Apakah maknanya waalaikumsalam dan maknanya mualaikumsalam.



Soalan selanjutnya,

Baru ni ada e-mail yg berkeliaran mengatakan Akum adalah perkataan yahudi yg tidak bagus.  Betul ke dakwaan ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2006 07:11 PM | Show all posts
ehhh... ni kelas bahasa arab ye...  bukan kelas bahasa hebrew...  la silap kelas pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 10:52 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 7-6-2006 07:11 PM
ehhh... ni kelas bahasa arab ye...  bukan kelas bahasa hebrew...  la silap kelas pulak.

ko ni buat aku sakit perut aje...
mengacau org nak belajar je..:lol :lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by satun24 at 21-5-2006 11:23 AM
kalau buat kat internet je...

senan je




my secretweb

neh mamat ni sorang lagi pengacau... posting tah hape2..


ibnur: :tq:  oleh kerana kepekaan anda, anda diberi markah tambahan dlm ujian.

[ Last edited by  ibnur at 7-6-2006 11:42 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 11:19 PM | Show all posts
assalamualaikum

sapa ada astro? channel 5 ada rancangan who wants to be a millionaire dlm bahasa arab.. saya akan postkan soalan2 tersebut dari semasa ke semasa...

petaijeruk, kenapa tak sambung?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.831316 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list