|
Kopi, ibarat kehidupan seharian – pahit pada awalnya, namun kita teguk dengan tenang, perlahan-lahan hingga ke akhirnya. Setiap hirupan membawa kita kepada pelajaran baru – menghargai keindahan di sebalik setiap kepahitan.
Namun, manisnya kopi kerana gula kadang-kadang merosakkan rasa asli kopi, sepertimana dalam hidup, kemanisan berlebihan boleh membuat kita lupa akan kepahitan dan susah payah.
Kopi di pagi hari menyegarkan, di siang hari mendebarkan, dan di malam hari mungkin menggusarkan.
Begitulah kehidupan – penuh dengan perubahan dan emosi yang tak terduga, namun tetap kita jalani, kerana di sebalik setiap kepahitan, tersimpan kemanisan yang kita nantikan.
Begitulah kehidupan. ????
Selamat Hari Kopi Sedunia |
|