|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
Reply 476# sang_arjuna
Kalau tak jadi kawin bagus lagi ,tapi biarlah Datin Elly tu sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
tinggal jejakzz |
|
|
|
|
|
|
|
malam ni tak ada entry ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ADRIANAQISTINA
ntah ntah tak jadi kawin
sang_arjuna Post at 22-4-2011 17:24
salam n slmt pg sis
huhuhuhuhu
x kn ari pom x der gak kot???/
x sbr nk kn taw sal dato azmi tu.... ;) |
|
|
|
|
|
|
|
wah teruja aku nih....bila la turn aku dapat gi ni...
kaypo Post at 21-4-2011 20:39
jommm,... kalau ada rejeki insyallah kite ke sana,,, dah daftar lum ngan LUTH??
mana tau kot2 kite jumpa kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
mne la ank ckgu zul nie pegi... |
|
|
|
|
|
|
|
smiley dah selamat balik ye....Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Segalanya berjalan dengan lancar di hari persandingan Dahlia dan Amir. Cuaca cerah tapi tidak berbahang. Tetamu sudah ramai sampai dari pukul 10.30 lagi walhal di kad jemputan jelas tertera majlis bermula pukul 11 hingga 3 petang. Bukan saja kenalan dan saudara dari Kuala Kangsar tetapi kawan kawan Hj Zul dan arwah Hajjah Faridah dari zaman mereka di universiti dan yang sama sama mengajar di Kuala Lumpur juga sanggup datang untuk meraikan pengantin. Paling ramai semestinya warga Sekolah Sri Kota. Komplot Farid dan Aishah Izzati untuk mencemar reputasi guru kesayangan mereka nyata tidak berjaya. Cikgu Amir masih popular seperti dulu.
Bilik pengantin yang harum dengan aroma bunga mawar di penuhi saudara mara dan kawan kawan rapat Dahlia. Dahlia yang sudah siap di andam nampak jelita bagai pelakun filem Melayu zaman P Ramlee. Berbaju kebaya songket warna biji sawi, lengkap dengan rantai labuh dan kerongsang, dia menunggu kehadiran arjuna hati dengan penuh gementar. Haishhh… kenapa aku masih nervous sedangkan aku sudah lama bergelar isteri Amir?
“ Relax lah Lia, macam tak pernah jumpa bakal suami jer. Padahal dah kenal luar dalam” usik Tina yang datang dengan Fatihah dan Jaafar. Cuma mereka bertiga saja teman sepejabat dari Perkasa Holdings yang di jemput. Masing masing melopong bila dapat tahu Dahlia sudah bernikah dengan anak Puan Sri Sabihah. Bertuahnya badan! Tamatlah segala teka teki pasal suami Dahlia dan tamatlah juga angan angan staf perempuan di Perkasa yang single.
“ Laser sungguh mulut hang!” Peha Tina di kutil Najwa. Nasib baik cakap perlahan kalau tak harus jadi skandal di kalangan makcik makcik di sini.
Paluan kompang di luar membuat nadi Dahlia turut bergendang. Mak andam menyerahkan kipas tekat pada Ellisya yang akan jadi pengapit. Dahlia melangkah keluar dengan gerak paling lembut yang termampu. Beberapa minit kemudian Amir mengambil tempat di sisinya. Kameraman amatur dan professional tangkas memotret dari segenap penjuru. Amir tampan berbaju Melayu songket sedondon dengan tengkolok dan bertanjak. Cewahhh… macam pahlawan Melayu Terakhir lah suami aku. Dahlia cuma berani menjeling sipi takut kena sound dengan Usu dan konco konconya. Amir hampir ternganga melihat Dahlia ayu berseri bagai Perempuan Melayu Terakhir. Bagai pinang di belah dua macam Latifah Omar dan Nordin Ahmad.
Sejurus kemudian saudara mara terdekat di jemput untuk merenjis mempelai. Puan Sri Sabihah mencium pipi anak dan menantu. Matanya bergenang mengingatkan suami yang telah pergi dan segala onak duri yang di lalui. Dia memanjat syukur pada Illahi yang Amir bertemu jodoh dengan gadis seperti Dahlia dan mendoakan perkahwinan mereka bahagia dan kekal. Ada kala hatinya di jentik resah bila mendapat tahu status Sarah sekarang. Minta minta janganlah Amir berubah hati. Ada desas desus mula bertiup, kononnya salah seorang anaknya nak pasang cawangan. Hati ibu mana tak gusar. Baik Datin Elly mahupun Dahlia, dua dua ada tempat di hatinya. Bukan senang nak jadi menantu aku, dia akur. Biarpun aku tahu ketidakpuasan hati Azmi dengan kerenah Elly tapi aku tidak boleh terima mana mana anak aku beristeri dua. Pantang datuk nenek aku! |
|
|
|
|
|
|
|
“ Puan Sri, jemput ke meja pengantin” Usu menyentuh bahunya. Monolog dalam kepalanya terhenti. Upacara merenjis sudah berakhir dan pengantin di bawa ke meja khas di anjung untuk makan beradab.
“ Lia kena suap Amir” Usu memberi arahan sambil meletak nasi dan lauk dalam pinggan kedua mempelai.
“ Kenapa? Makan sendiri lah. Malu lah nak suap menyuap depan orang” bidas Dahlia.
“ Adatlah sayang oi. Cepat , suap Abang” Amir mendekatkan muka
“ Macam adat Hindu jer” gumam Dahlia sambil menyudu nasi dan sedikit ayam masak merah
“ Kareena Kapoor, I want the prawn, deyy!” ujar Amir dengan lenggok India tak jadi. Tawa Dahlia meletus. Sudunya hampir terpelanting.
“ Buat lawak bodoh! Susahlah nak kupas udang galah dengan sudu garfu.”
“ Tak peduli. I nak juga.” Dahlia menggeleng. Buang tabiat ke haper. Rupa macam pahlawan Melayu gagah perkasa tapi merengek nak udang.
“ Nanti kita makan udang kat dapur lepas orang dah balik. Cepat buka mulut, kalau tak I suap masuk lubang hidung” Giliran Amir pula untuk ketawa bila Dahlia menghulur sudu penuh nasi ke hidungnya.
“ Eh, apa yang kamu berdua tergelak gelak ni. Jaga lah perangai tu sikit. Semua orang tengah pandang. Ingat ini Maharaja Lawak ke?” desis Usu. Aduhai anak menakan aku yang seorang ni! Dah jadi menantu Puan Sri tapi perangai tak berubah juga. Yang anak Puan Sri tu pun dua kali lima.
“ Lia, Amir nanti bila reception kat KL jangan buat macam ni. Yang duduk sebelah kamu nanti Sultan dan menteri. Bukan calang calang orang” tegur Puan Sri Sabihah yang duduk di sebelah anaknya.
“ Yes Mummy. Kita tau. Sebab tu Mir nak gurau gurau manja kat sini” balas Amir.
Dahlia menelan airliur. Alamak, di KL nanti aku kena makan kenyang kenyang sebelum bersanding. Mesti aku tekak aku tersumbat bila duduk sebelah VVIP.
Sambil menjamu selera mereka di hidangkan dengan persembahan spontan penyanyi penyanyi amatur. Jimat kos, lagipun bukannya ada penyanyi professional bermastautin di Kuala Kangsar. Yang menyanyi pun boleh tahan suara mereka, tak adalah sumbang mambang. Berbagai genre di nyanyikan, dari lagu pop hingga R&B dan Irama Malaysia. Cuma lagu rock saja tak ada sebab awal awal lagi Hj Zul dah “ ban”. Bingit telinga dan boleh buat tetamu mati selera nak makan.
“ Lagu ini di tujukan khas untuk pengantin baru dengan ucapan semoga perkahwinan Kak Lia dan Abang Amir berkekalan, di kurniakan anak anak yang soleh dan di limpahi rahmat Allah swt” Danial memberi ucapan sebelum dia dan kawan kawannya mengambil tempat di depan set karaoke. Bila intro lagu berkumandang, Dahlia terkesima. Wah, ada bakat terpendam adik aku ni! |
|
|
|
|
|
|
|
We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make doa
Like the Prophet taught us
And with one voice let’s all say.. say.. say
Baraka Allahu lakuma
Wabaroka alaikuma
Wajama a baina kuma fi khair
From now you’ll share all your joys
Through hardship, support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will feed your life
With happiness and blessings
And grant you kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make doa
Like the Prophet taught us
And with one voice let’s all say.. say.. say
Baraka Allahu lakuma
Wabaroka alaikuma
Wajama a baina kuma fi khair
Tepukan dari hadirin menyusul sebaik lagu tamat. Perghh… macam konsert plak. Naik melambunglah saham Danial lepas ni. Bakal doktor yang boleh menyanyi lagu Maher Zain bukan senang nak jumpa. Dahlia di lewati rasa gembira bercampur hiba. Bagusnya kalau Kak Darina juga gembira dengan jodoh aku. Kebelakangan ini kakaknya jarang menitip khabar. Apalah dosa aku dan Amir? Dahlia mengesat bucu mata. Aduh… emosional bagai pula aku. Amir menggengam jari jemarinya
“ Sakit perut lagi?” bisiknya. Dahlia geleng. Hairan juga, hari ini langsung tak sakit. Mungkin ada kesan psikologi bila dapat tahu aku mengandung. Mata mereka bertemu dan bibir spontan mengorak senyum. Bila masa sesuai nak bagi tahu Amir?
Ellisya dan Khairul muncul di sisi untuk mengiringi pengantin ke meja bulat di tengah khemah. Dahlia dan Amir bersama memegang pisau memotong kek tiga tingkat berising putih dengan bunga ising warna pic. Sekali lagi Dahlia dan Amir bersuap suapan.
“ Jahat! Gigit jari I ya.” bisik Dahlia sambil melarikan tangan
“ Syyy… duk diam. Comot kena icing nanti” Amir memegang dagu Dahlia dan menyuap sepotong kecil kek ke mulut isterinya. Pipi Dahlia di kucup spontan.
“ So sweet! “ sahut kawan kawan Dahlia.
Kemudian mereka bersalaman dengan tetamu yang mula beransur pulang. Gadis gadis kecil ligat mengagihkan bunga telur pada semua tetamu. Remang tengahari mula membuat Dahlia tak selesa. Rasa berkuap dalam persalinan songket. Peluh menitik dari pelipis hingga ke leher. Kepalanya berdenyut tapi senyuman kena maintain. Otot pipi aku pun dah cramp. Berapa ratus tetamu yang Babah jemput ni? Pandangannya mula berbalam. Kepalanya rasa berat dan nafasnya terasa semput. Dia cuba menarik perhatian Amir yang sedang rancak berbual dengan Mr Chin guru Sekolah Sri Kota.
“ Lia!” Amir sempat memaut tubuhnya yang terkulai. |
|
|
|
|
|
|
|
alahaiiiii...pitam ler pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai lia..
nape la lia ptam?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti puan sabihah ni bahagia sesangat kalau tahu Dahlia dah peknen. |
|
|
|
|
|
|
|
alolorr sian dahlia sampai pitam dia ...penat sebab baru bbadan dua |
|
|
|
|
|
|
|
sian LIA...
kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
bahagia sangat baca kisah amir dan lia ni he he |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|