CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 17-3-2011 08:27 AM | Show all posts
Reply 480# juliet80


    dapat duit poket, beli barangan yang ada brand, bercuti ke over the laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2011 08:29 AM | Show all posts
TQ fizz,

mcm cuak jer kat datin tu ..baik betul2 ker tu (curiga tak hbs2 lak aku)
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 08:57 AM | Show all posts
best nyer entry.  thanks fizi.

keluarga arif nie very trusting hah, seb bek dapat jas yg lurus bendul laks.  tak sabar nak bacer kisah seterusnya.

i cant speculate this story tau, cos fizz amat teliti dgn jalan cerita dia.  good job fizz
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:42 AM | Show all posts
FIZZ SAMBLAH LAGI
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:59 AM | Show all posts
fizz n3 nanti panjang2 sikit....
baru best baca....he..he...he....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 10:47 AM | Show all posts
cantik!!
sambung lagi
kalau buat drama aku nak ashraff muslim jadi abang baik hati
remy ishak jadi ali
jasmin - jue evans

boley?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2011 12:47 PM | Show all posts
slip disc ker skirt ? aduihh
fiqrah Post at 17-3-2011 07:20


yup....sian kat dia..hihihi nasib baik dia kayo...tak brapa sian sgt lah....hihihi jht jer aku..yielah kalau hidup susah lepas tu sakit lagik...sian plus simpati la aku...

mana ni continue...?ramai nak jadik 'hanak hangkat' datin nampakkkk??? but aku terlebih tertarik kat jumbo sales dr datin...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 01:27 PM | Show all posts
Nanti terkeliru ...wahahhah dua wardah..yg ni mesti melentuk-lentuk...pesaing Jas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2011 01:27 PM | Show all posts
Banyak E3 hari ni, terima kasih banyak-banyak Fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 01:28 PM | Show all posts
cantik!!
sambung lagi
kalau buat drama aku nak ashraff muslim jadi abang baik hati
remy ishak ja ...
sang_arjuna Post at 17-3-2011 10:47
smiley ni memang boleh jadi pengarah drama
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 02:16 PM | Show all posts
blinggggggggggg

baca PM
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 04:17 PM | Show all posts
baru merempit kat rumah nie...
cerita yang menarik dan tertarik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 04:19 PM | Show all posts
Reply 486# sang_arjuna

Wallamak haku sokong asraf muslim aka ustaz amirol jadi abang baik
selalu dia berlakun jadi ustaz terus dpt hidayah nak jadi ustaz diluar cerita
dia pun dulu budak Maktab tentera (RMC)
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 04:25 PM | Show all posts
blinggggggggggg

baca PM
wwannurr Post at 17-3-2011 14:16

baca dah tp aku tak pahe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 04:25 PM | Show all posts
Reply  sang_arjuna

Wallamak haku sokong asraf muslim aka ustaz amirol jadi abang baik
selalu di ...
qimi08 Post at 17-3-2011 16:19
ariff ni kena yg kekar sikit ahhh, tak sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 06:36 PM | Show all posts
blinggggggggggg

baca PM
wwannurr Post at 17-3-2011 14:16



    kak wan,kak bling x phm...sila terangkan secara detail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2011 08:06 PM | Show all posts
Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Arif termenung sejenak. Apa agaknya Jasmin buat kat rumah? Jangan2 mama sudah membawanya pergi ke merata tempat? Hmm..Arif menjungit keningnya.

Tok! Tok! Pintu kayu diketuk dua kali, lantas pintu dikuak dari luar. Arif memandang ke muka pintu. Wardah sedang berdiri dihadapan pintu biliknya.

“Sorry Encik Arif.  Marketing  department minta Encik Arif review quotation for staff price,” kata Wardah dengan sekeping kertas ditangannya. Arif menggamit Wardah masuk. Wardah dengan senyum lebar, melangkah masuk lalau berdiri di depan Arif. Kertas yang dipegangnya dihulur kepada Arif.

“Duduklah,” kurang senang melihat Wardah berdiri didepannya, Arif mempersilakan Wardah duduk. Wardah akur. Arif mengeluarkan pen dari koceknya lalu meneliti harga yang tertera di dokumen tersebut.

“Tapi, Marketing manager belum approve lagi ni…” Arif menunjukkan bahagian tandangan yang kosong. Wardah meneliti dokumen dari depan sambil mengerut dahinya. Bibirnya diketap geram dengan Marketing Manager yang hanya tahu menyuruhnya menyampaikan dokumen itu tanpa dia sendiri meneliti isi dokumen.

“Kenapa Encik Arif tak tanya En. Lukman saja. Dia sepatutnya lebih tahu isi dokumen ini berbanding saya,” soal Wardah kembali merujuk kepada En.Lukman, Marketing Manager.

Arif yang mendengar kata2 Wardah terkesima. Jawapan Wardah baginya agak terlalu berani bagi seorang pekerja baru. Biasanya, rata2 pekerja jika ditegur sebegitu pasti akan terkocoh2 membetulkan apa yang tidak  betul meskipun kesilapan itu bukan datang dari mereka.

Kening Arif menjungkit. Daring!!! Wajah Wardah yang masih memandangnya dipandang. Wardah menarik semula dokumen tersebut di tangan Arif.

“Tak apa, saya akan jumpa En. Lukman untuk minta approval dia dulu. Lepas tu saya datang balik. Minta maaf ya En. Arif. Excuse me,” Wardah bangun dan berlalu dengan dokumen ditangannya. Arif yang seakan terpana masih merenung langkah Wardah melewati pintu biliknya. Langkahnya yang lemah gemalai boleh buat mana2 lelaki menoleh dua tiga kali dengan lenggangnya. Arif menarik nafas dalam2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2011 08:08 PM | Show all posts
Kaki Jasmin sudah naik kebas. Sejak tengahari tadi, dia dan Datin Zaharah berada di kompleks membeli belah tersebut. Meski hari sudah menginjak malam, Datin Zaharah masih belum menampakkan tanda2 mahu pulang. Jasmin duduk di sofa yang disediakan di dalam kedai kasut dan baju berjenama itu.

“Haa..ini cantik tak Min? Mama rasa sesuai dengan Min…” sedari tadi lagi, Datin Zaharah asyik memanggilnya dengan panggilan ‘Min’. Jasmin hanya membenarkan sahaja. Jasmin melihat kearah sebuah beg sandang berwarna putih dan merah bertali emas yang dipegang oleh Datin Zaharah.

“Hmm..cantik,” Jasmin mengangguk saja. Dari tadi lagi, apa saja soalan Datin Zaharah tentang pilihan wanita itu, Jasmin hanya mengangguk. Terkadang, terlintas di benaknya, mengapa wanita itu meminta pendapatnya setiap kali hendak membeli barang. Tak tahukah wanita itu, seumur hidupnya, tak pernah dia membeli belah sakan seperti itu? Ini pula hendak memilih barang.

“Mama beli ya….oh..yang ini pun cantik jugak. Yang ni boleh bawak pergi kenduri tahlil nanti,” kata Datin Zaharah gembira. Sebuah beg berwarna coklat keemasan diambil pula. Bertambah lebar senyuman si tuan kedai melayan kerenah Datin Zaharah.

“Yang ni tak nak Datin? Yang ni, design baru. Baru sampai pagi tadi…” saran wanita berbangsa Cina yang separuh umur itu pula. Datin Zaharah membelek2 beg yang diserahkan kepadanya.

“Cantik Min?” soal Datin Zaharah lagi kepada Jasmin. Sekali lagi Jasmin angguk. Datin Zaharah senyum.

“Okaylah. I’ll take it,” sudahnya, 3 biji beg diborong di kedai itu sahaja. Jasmin hanya memandang tak berkedip. Wanita Cina itu tersenyum manis sambil berbual2 dengan Datin Zaharah.

“Ini menantu Datin ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni,” soal wanita Cina itu. Jasmin menundukkan wajahnya. Segan bila dirinya diperkatakan.

Datin Zaharah senyum sambil memandang Jasmin.

“Bukan….ini anak angkat I. Sekarang I dah ada anak baru. You taulah anak bujang I tu, suruh kahwin tak nak. Dia nak tunggu jatuh cinta dulu, baru nak kahwin. I nak carikan, dia tolak awal2…Susah bercakap dengan dia! So, sekarang bila dah ada anak angkat baru ni, I’m happy…”Datin Zaharah tak henti2 bercerita.

Wanita cina itu memandang Jasmin sambil terangguk2. Jasmin pula, mengeraskan badannya, tidak memandang ke arah kedua2 wanita tersebut. Suhu penghawa dingin dirasakan panas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2011 08:09 PM | Show all posts
Jasmin duduk merenung longgokan beg2 kertas di atas katil bercadar merah jambu lembut. Katilnya sudah dipenuhi dengan barang2 yang dibeli oleh Datin Zaharah tadi. Lewat jam 9.00 malam, barulah mereka tiba di rumah. Seharian di kompleks membeli belah, betul2 buat kepala lutut Jasmin hendak tercabut.

Jasmin menarik nafas panjang2. Kalau aku tahu semua barang2 ni dibeli untuk aku…awal2 lagi aku menggeleng bila dia tanya cantik ke tak. Jasmin menggaru2 kepalanya yang tidak gatal.  Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Sejak dia tinggal di banglo mewah itu, belum sempat dia bersua dengan Arif dan Datuk Muhaiyeen. Barangkali mereka sibuk dengan kerja.

Jasmin bangun lalu menutup sliding door balkoni biliknya. Langsir dibiarkan terbuka, membenarkan cahaya malam menembusi biliknya yang sememangnya luas. Jasmin merenung bulan di awan tinggi. Nafasnya ditarik dalam2, kemudian perlahan2 dihembuskan. Hidupnya kini tak ubah seperti mimpi. Dari hutan rimba, tiba2 aku disini. Di tengah2 kota yang berdirinya bangunan2 pencakar langit.

Tekak serasa kering. Jasmin melangkah menghampiri pintu bilik. Di tekap telinganya ke dinding kayu pintu biliknya. Cuba mendengar sebarang bunyi diruang luar. Senyap.  Hmm..diorang dah tidur dah kot…agaknyalah…

Tombol pintu berwarna emas di pulas. Kepalanya menjengah ke ruang legar depan lalu dipandang kiri ke kanan. Sunyi sepi. Tiada sesiapa diluar. Jasmin keluar dari bilik lalu menutup pintu biliknya perlahan2. Jasmin mengatur langkahnya menuruni anak tangga lalu terus ke ruang dapur. Suasana rumah samar2 dalam cahaya kuning lampu cendeliar dinding yang dipasang malap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2011 08:11 PM | Show all posts
Sebaik mengintai ruang dapur dan memastikan Mak Esah tiada lagi di dapur, Jasmin mengukir senyum. Kaki diatur menuju peti ais. Peti ais dibuka lalu Jasmin merenung satu persatu botol air yang dicari. Niatnya hendak mencari air kosong buat menghilang haus.
Haa…ni dia…botol berwarna putih diambil lalu pintu peti ais ditutup segera.

“Makkk!!!” spontan Jasmin terjerit kecil bila terlihat Arif sedang bersandar di tepi peti ais. Jasmin mengurut2 dadanya. Botol air dibawa ke meja makan. Arif tersenyum simpul melihat riak wajah Jasmin yang terkejut. Comel sungguh!

“Baru balik kerjakah?” soal Jasmin. Rasa gemuruh di dadanya semakin berkurangan. Arif turut duduk di sebelahnya, menghulur sebuah gelas meminta air daripadanya. Arif mengangguk. Jasmin menuangkan air kosong ke gelas Arif, kemudian ke gelasnya pula.

“Kenapa tak bukak lampu? Ingatkan pencuri mana  selongkar peti ais tadi..” soal Arif.

“Malas ..” jawab Jasmin pendek.

“Hari ni buat apa?” soal Arif lagi.

“Pergi beli barang…” jawab Jasmin lalu meneguk minuman. Arif memandang.

“Kat mana? ” soal Arif kembali.

“Mmm…Mid Valley kalau tak salah..” balas Jasmin. Arif mengukir senyum. Kalau dah terlepas ke Mid Valley, pasti bukan sedikit barang yang dibeli oleh mama…

“Barang apa mama beli?” soal Arif lagi. Minuman ditangan diteguk lagi.

“Baju. Beg. Kasut. Mekap. Sabun..”

“Dah! Dah! Abang dah tahu dah….” Arif tersenyum. Tak usahlah bercerita secara terperinci cik Jasmin oii…Jasmin memandang muka Arif.

“Kalau abang tengok, mesti terbeliak mata abang. Barang2 tu punyalah banyak sampai penuh satu katil Jas..” tambah Jasmin lagi. Terjungkit kening Arif mendengar. Tak tengok pun aku dah dapat agak…

“Mama memang suka shopping. So…tinggal kat sini okay?” soal Arif. Itu soalan yang ingin ditanya sejak tadi.

“Okay. Semua orang baik..” balas Jasmin lagi. Penutup botol air ditutup lalu disimpan ke dalam peti ais semula.

“Baguslah. Kalau ada apa2, bagitau abang…Jom naik tidur. Dah malam ni..” kata Arif. Jasmin angguk. Selesai membasuh gelas yang digunakan, Jasmin terus beredar ke biliknya. Arif turut beransur ke biliknya. Malam sudah jauh belayar. Badannya yang penat perlu direhatkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.311357 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list