|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Reply 480# blastoff
MasyaAllah(semoga Allah kekalkan pertunjukNya kepada kamu,Blastoff),syabas Blastoff,hujah-hujah kamu sungguh kukuh. Saya yang mengikuti hujah-hujah kamu terpaksa membaca dengan teliti dan cuba memahami betul-betul.
Yang jadi masalah ialah apabila forumners membaca sambil lewa. Jika mereka dapat memahaminya dan masih tidak mahu menerima kebenaran,mereka boleh tergolong dalam manusia yang tidak mahu menerima kebenaran.
Seperti mana Rasulullah bersabda bahawa manusia yang sombong adalah manusia yang tidak mahu menerima kebenaran. Implikasinya sangat besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 11:06
Tapi saya amat takut keluarkan hukum menyesatkan orang, sedangkan Ulama pun tak kata gitu.
mnm77 Post at 27-9-2010 14:43
Kau nak serah otak kau kat ulama itu saya tak boleh nak buat apa lah kan , sedangkan Allah suruh semua manusia guna otak memasing untuk memahami agama Allah kerana Allah TELAH menerangkan ayat-ayat Nya oleh itu semua manusia mampu untuk memahami kandungan Al Quran , di antara nak dengan tak nak saja .
Quran 3:118 .. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami) , jika kamu memahaminya.
Quran 2:242 Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu memahaminya.
Kau sendiri dok teraba-raba syaitan takut apa sedangkan dah jelas dalam ayat Quran syaitan takut Allah , so tak mengejutkanlah kau takut nak menyesatkan amalan yang benar-benar sesat kerana kau tak memahami ayat-ayat literal Al Quran nampaknya dan hanya nak bergantung kat ulama semata-mata pulak .
Itulah padahnya apabila asyik bergantung kat fatwa ulama untuk kenal hukum Tuhan , sedangkan ulama bukan memiliki ilmu Allah sepenuhnya yang boleh tahu semua perkara , dan ulama bukan Nabi yang boleh sampaikan/sebarkan 100% mesej Allah !
Quran dan Sunnah tak sama dengan ulama , kandungan Quran Sunnah adalah menyeluruh dan lengkap sedangkan ulama hanya manusia yang bisa lalai, lupa itu ini , so tak logik untuk bergantung pada fatwa ulama untuk kenal hukum Tuhan dalam Quran Sunnah .
Ramai orang binasa kerana lidah. Siapa yang kafirkan orang, sedangkan orang itu Islam, maka kekafiran itu kembali kepadanya. Kalau macam Qadyani tu Ulama keluarkan hukum kafir, sebab mereka dah teliti dalil Quran Sunnah, dan mereka pasti!
mnm77 Post at 27-9-2010 14:43
Saya dah teliti dalil Quran Sunnah malah saya bawa sini lagi dalil Quran Sunnah tersebut dan saya pasti , so saya wajib menyatakan sesat sesatu amalan yang sesat apabila saya telah pasti berdasarkan Quran Sunnah bahwa memang amalan tu sesat .
Kalau saya kata sebaliknya, itu sama macam saya menukar hukum Tuhan , dari sesat menjadi boleh dan benar ! Itu akan membawa saya kepada kekafiran kerana jatuh kafirlah orang yang menukar hukum Tuhan sesuka hati !
Allah telah mengambil janji dari orang - orang yang beriman untuk menerangkan isi kandungan Al Quran tanpa menyembunyikan satu faktapun darinya ! Saya sesekali tidak akan memungkiri janji itu !
Quran 3:187 "Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (yaitu): ""Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya."" Lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruk tukaran yang mereka terima."
Quran 2:41 Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa .
Dalam isu ni, saya nak tahu juga Ulama muktabar mana yang keluarkan hukum sedemikian?mnm77 Post at 27-9-2010 14:43
Harun din tu bukan ulamak muktabar , tapi itu tak menghalang kau dari menyetujui amalan nenek moyang dia tu yang dah jelas bercanggah dengan Quran Sunnah , so kenapa kalut tanya apa kata ulamak muktabar pulak ? ...... saya tak berfahaman macam kau ok, so tak perlu nak memaksa saya untuk ikut fahaman kau kerana saya tak mungkin akan ikut fahaman kau ni . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 28-9-2010 11:14
Harun din tu bukan ulamak muktabar , tapi itu tak menghalang kau dari menyetujui amalan nenek moyang dia tu yang dah jelas bercanggah dengan Quran Sunnah ...... saya tak berfahaman macam kau ok, so tak perlu nak memaksa saya untuk ikut fahaman kau kerana saya tak mungkin akan ikut fahaman kau ni .
blastoff Post at 28-9-2010 10:47
Ada saya paksa kau ikut? Kat mana? Adakah kau ni mengganggap saya sebagi orang yang beragama lain (bukan Islam?)
Contoh di atas tu isu air, yang mana kau telah salah faham. Bukan tiada jampi yang boleh jatih syirik, tapi dalam isu solawat syifa', saya tak anggap syirik, tapi kau tak boleh terima dan "so untuk kau agama kau dan untuk saya agama saya "
Begitu hebat kau nih!
Dah kau sesatkan dia (harun Din), takkan la pulak saya minta fatwa Harun Din. Kau faham betul-betul:
Dalam isu ni, saya nak tahu juga Ulama muktabar mana yang keluarkan hukum sedemikian?
merujuk kepada:
guna garam lada frekuensi itu ini perlu di labelkan sebagai sesat berdasarkan dalil Quran Sunnah
Takkan kau tak faham lagi kot?
Tapi jawapan ini yang kau berikan:
Islam tak memerlukan ulama atau mufti besar untuk mencipta hukum hakam , Agama Islam telah lengkap dan hukum hakam dalam Islam semua telah lengkap dan telah di atur secara exsklusif oleh Allah sendiri melalui RasulNya dan KitabNya !
Mana ada Islam perlukan seseorang untuk cipta hukum. Tapi untuk sampaikan hukum Allah, orang itu MESTI berilmu.
Bermakna kau ni dah layak keluar (bukan cipta!) hukum-hakam tanpa rujuk kepada Ulama. Nampaknya macam Mufti Besar lah kau ni.
Bila kau kaitakan isu ini dengan Al-Quran dan Sunnah, siapakah panduan kau?
Kita diperintahkan bertanya kepada orang yang berpengetahuan (Ahlazzikri). Perintah tersebut ada dalam ayat Al-Quran Surah An-Nahl ayat 43
dan Surah Al-Anbiya ayat 7. Allah menyebut Ulama merupakan orang sebenar yang takutkan Allah (Fatir, 28).
Kalau kau tak perlukan Ulama dan ahlazzikri dalam memahami dan mengeluarkan (bukan cipta!) hukum dari Al-Quran dan Sunnah, maknanya ilmu kau tu dah cukup tinggi untuk orang lain terima kau sebagai salah seorang Ulama
Siapa-siapa boleh keluarkan hukum berdasarkan Al-Quran dan Sunnah? Termasuk orang kafirkah? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kau kaitakan isu ini dengan Al-Quran dan Sunnah, siapakah panduan kau?
mnm77 Post at 28-9-2010 11:05
Ish ish, saya bukan hanya kaitkan gitu - gitu aje dengan Quran Sunnah malah saya bawak lagi maksud ayat-ayat Quran dan hadis sahih secara detail ! Dan semua maksud ayat-ayat Quran dan hadis sahih tu adalah literal dan bukan tersirat yang nak kena taqwil pulak ! Quran dan Sunnah panduan nya Allah sendiri laa , duh. |
|
|
|
|
|
|
|
Beria2 menegakkan fakta sampai contradict. Nampak mcm nak menang n nak justify statement sendirik jahhh!!! People can accept the facts kalau betul dah ada fatwa ulamak muktabar atau ijmak ulamak.
Btw, wonder why tolak tepi fact dr penganut xtian sendiri tentang garam dan lada hitam x de dlm agama mereka? Sebaliknya ia hanya diguna oleh beberapa org yg mana berkemungkinan mcm Harun Din juga... atas alasan berubat?
I dun know, bukan nak menyokong sesiapa tp hukum esp yg melibatkan perkara2 syirik ni x bleh dibuat main2. Kalau betul syirik dah sohih fatwanya kita kena tinggalkan tp kalau ada khilaf, x bleh sesenang hati mengsyirikkan org |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah teliti dalil Quran Sunnah malah saya bawa sini lagi dalil Quran Sunnah tersebut dan saya pasti , so saya wajib menyatakan sesat sesatu amalan yang sesat apabila saya telah pasti berdasarkan Quran Sunnah bahwa memang amalan tu sesat .
Kalau saya kata sebaliknya, itu sama macam saya menukar hukum Tuhan , dari sesat menjadi boleh dan benar ! Itu akan membawa saya kepada kekafiran kerana jatuh kafirlah orang yang menukar hukum Tuhan sesuka hati !
blastoff Post at 28-9-2010 10:47
Kau pasti berdasarkan kefahaman kau. Patutlah. Jika kau diam adakah itu bermakna kau kata sebaliknya? Adakah itu termasuk dalam kekafiran?
Nampaknya banyak lagi yang kau kena belajar ni, wahai saudaraku yang dikasihi |
|
|
|
|
|
|
|
Yang saya guna terjemahan Quran dan hadis sahih tu kau rasa saya terjemah dengan kepala otak saya sendiri kaaa ?
Terjemahan literal semata-mata belum cukup untuk mengeluarkan hukum tanpa merujuk Alim Ulama. Lainlah kalau kau ni dah belajar usululddin dan usul Fiqh
Siapa penterjemah Al Quran dan Hadis Sahih kalau bukan para ulamak muktabar yang di akui umat Islam seluruh dunia ?
Kefahaman dari terjemahan tak semestinya 100% betul dan berbeza-beza untuk setiap orang.
Ada kau tanya pada ulamak muktabar apabila kau kata syaitan takut hati, takut orang itu ini ? Sebelum kau nak tegaskan orang kena berilmu kau tu perlu berkata-kata dengan berilmu terlebih dahulu, jangan cakap tak serupa bikin hokey .
blastoff Post at 28-9-2010 11:21
Kau tak pernah jumpa hadith berkaitan 'Zikrullah' menyebabkan Syaitan berundur dengan hina? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 11:35
Ada orang cakap tak serupa bikin teruk sangat la nampaknya , dia sendiri tafsir hadis ikut suka hati dia ( ingat hadis kenkonon bab makan 24 jam tu ? ) tapi orang lain baca secara literal dia kondem pulak ! |
|
|
|
|
|
|
|
Pot pet pot pet orang mesti buat itu ini pot pet pot pet , tup tup dia sendiri main redah aje , kuang kuang kuang
blastoff Post at 28-9-2010 11:29
Cantik bahasa kau. Macam ni orang yang tak perlu Alim Ulama dalam mengeluarkan hukum? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 11:51
Ni satu hadith SAHIH MUSLIM
Jabir reported: I heard Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: The Satan is present with any one of you in everything he does; he is present even when he eats food; so if any one of you drops a mouthful he should remove away anything filthy on it and eat it and not leave for the devil; and when he finishes (food) he should lick his fingers, for he does not know in what portion of his food the blessing lies.
Sekali imbas, kalau ikut hadith sahih ni, setiap masa ada Syaitan bersama kita. Tapi adakah SEMUA jenis JIN/Syaitan bersama kita? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hadith ni? Sebenarnya ia berkaitan dengan berkat dan juga sisa makanan kita boleh jadi makanan Syaitan. Syaitan jenis apa kita tak tahu.
mnm77 Post at 26-9-2010 00:39
Dia sendiri bukan main riuh tafsir hadis , sampaikan ayat literal hadis tu di tolaknya lalu dia tegaskan hadis tu cakap pasai berkat dan sisa makanan saja walaupun terpampang kat hadis tu yang Nabi merujuk segala perbuatan ! ...... kemudian dia ruih kondem orang faham hadis secara literal pulak dah ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Amir at 28-9-2010 11:45
Reply 489# blastoff
Agaknya,anutan agamanya mengikut ulamak, bukan AlQuran dan Hadis! Itu sebabnya beriya-iya mempertahankan 'ulamak'.
Mana yang dah dijelaskan AlQuran dan Hadis,apa perlu tafsiran ulamak? Hadis yang bertaraf lemah pun lebih baik daripada tafsiran ulamak! Apa pasal? Hadis yang diketegorikan sebagai lemah itu berpunca daripada sanadnya yang terputus tetapi matan hadis itu mempunyai unsur sabdaan Nabi.
Pening...pening............ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 11:45
Dia tafsir hadis pakai otak dia sendiri tak pa, orang lain semua kena rujuk ulamak muktabar dulu . Kuang kuang kuang Alahai. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah menyebut Ulama merupakan orang sebenar yang takutkan Allah (Fatir, 28). |
|
|
|
|
|
|
|
Personal attack pulak dah.... Kalau nak menang sangat tak apa. Saya rehat dulu sat.... banyak kerja lain jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Allah menyebut Ulama merupakan orang sebenar yang takutkan Allah (Fatir, 28).
mnm77 Post at 28-9-2010 11:45
'Ulama' macam Harun Din ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 11:50
Cantik bahasa kau. Macam ni orang yang tak perlu Alim Ulama dalam mengeluarkan hukum?
mnm77 Post at 28-9-2010 11:36
Kau tafsir hadis tak perlukan alim ulama pun , malah kau mengabaikan ayat yang jelas tertera pada hadis tu lalu kau bubuh tafsiran kau sendiri pulak ... kau anggap cantik ka perbuatan kau tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 11:57
Mana yang dah dijelaskan AlQuran dan Hadis,apa perlu tafsiran ulamak? Hadis yang bertaraf lemah pun lebih baik daripada tafsiran ulamak! Apa pasal? Hadis yang diketegorikan sebagai lemah itu berpunca daripada sanadnya yang terputus tetapi matan hadis itu mempunyai unsur sabdaan Nabi.
Amir Post at 28-9-2010 11:43
Depa blur ingat terjemahan Al Quran dan Hadis Sahih di buat oleh orang jahil bengap .... padahal cukup punya tinggi ilmu rujukan para penterjemah Quran dan Hadis Sahih , bukan setakat kena mahir bahasa Arab sedalam - dalamnya tapi kena mahir bab-bab ilmu Islam itu sendiri untuk melayakkan seseorang tu menterjemah Quran dan Hadis Sahih ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 12:21
Allah menyebut Ulama merupakan orang sebenar yang takutkan Allah (Fatir, 28).
mnm77 Post at 28-9-2010 11:45
Ayat tu mana sebut syaitan takut kat ulama pun ! Ulama yang amalkan Quran Sunnah yang takutkan Allah, ulama yang ikut nenek moyang lalu meninggalkan ajaran Quran Sunnah adalah ulama yang sesat , so ulama sesat tak boleh kata takutkan Allah pulak !
Ni maksud ayat Quran bawah ni , jelas tertera larangan mengikut amalan nenek moyang setelah datang petunjuk Allah . So nenek moyang guna garam, lada , keris, kemenyan , air jampi etc untuk halau hantu syaitan semua jelas haram berdasarkan ayat ni kerana dah jelas terdapat petunjuk Allah mengenai cara yang benar untuk mengatasi gangguan syaitan !
Quran 2:170 "Dan apabila dikatakan kepada mereka: ""Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,"" mereka menjawab: ""(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami"". ""(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?""" |
|
|
|
|
|
|
| |
|