CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
 Author| Post time 30-7-2010 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 30-7-2010 11:38

Nun jauh di Kota Damansara, Hijjaz Amin hanya mampu beristighfar panjang bila melihat isi kandungan beg beroda yang baru dibukanya. Dia tepuk dahi sendiri. Termenung panjang dia bila tengok dua pasang baju kurung, toiletteries beg berwarna hitam, satu beg yang berisi alat make up dan satu lagi beg kecil yang tidak diketahui kandungannya. Hijjaz tak berani nak buka, takut terkeluar sotong kering atau cermin mata hitam dari dalam beg itu.


Dia garu kepala yang tak gatal, macam mana nak pulangkan beg ni kat minah kerek tu. Nasib baik juga tak ada barang berharga dalam beg pakaian dia, kalau tak mau dia meraung nak dapatkan balik segala jenis passport dan id cardnya.


“Jauh menung dik, ingat makwe ke?” Teguran dari belakang mengejutkannya yang sedang asyik memerhatikan khazanah dalam beg di hadapannya.


“Makwe apanye bang. Adik tengah serabut ni.”


“Kenapa pulak?”


“Tertukar beg dalam train. Abang tengoklah apa benda yang ada kat dalam ni.” Hijjaz buka penutup beg dan jari telunjuknya dihalakan pada isi kandungan beg itu.


Abang ketawa kuat,sampai keluar air mata. Apa la yang adik dah buat ni. Beg perempuan mana yang dia dah rembat. Mesti perempuan yang dapat beg adik pun tengah meraung ni, mana tak meraung bila tengok baju lelaki yang ada dalam beg dia. Kalau tak meraung pun,confirm dapat hysteria. Abang masih belum berhenti gelak.


Hijjaz biar je abang gelak, dia sendiri pun tengah pening macam mana nak pulangkan beg kat minah kerek tu.


“Macam mana boleh tertukar beg ni dik?” Abang tanya Hijjaz, tawanya masih lagi bersisa bila tengok muka Hijjaz yang kelat mengalahkan buah peria tu.


“Minah kerek tu duduk sebelah adik masa dalam train tadi. Itu yang tertukar beg.”


“Siapa yang keluar dari train dulu?”


“Adik yang keluar dulu…”


“Maknanya adiklah yang ambil beg dia. Salah adik lah tu.”


Hijjaz kuak rambut dia ke belakang. Memang salah dia pun sebab tergesa-gesa keluar dari train dan terus capai beg tanpa tengok dulu. Minah kerek tu pun salah jugak, siapa suruh bawak beg yang sama. Kan dah tertukar. Macam mana la reaksi minah kerek tu bila buka beg dia agaknya?


“Habis tu macam mana ni bang?”


“Cuba adik tengok kat dalam beg tu. Mana tau ada organizer ke, apa-apa yang boleh beri petunjuk perempuan tu tinggal kat mana.” Abang dah duduk atas katil, sebelah beg pakaian yang ternganga luas itu. Dia ketepikan ketiga-tiga beg kecil itu dan menyelongkar isi kandungan beg beroda. Hijjaz hanya memerhatikan tingkah abangnya itu.  Dia sedikit pun tidak berminat untuk memulangkan beg itu kepada minah kerek.

Biar sahaja minah kerek itu menyimpan begnya, jadikan aje sebagai kenang-kenangan. Kenapa pula dia harus berfikir begitu? Minah itu menjengkelkannya, jadi kenapa perlu dia menyimpan beg itu di rumahnya dan membiarkan minah kerek menyimpan beg dia? Sudah tidak waraskah dia selepas bertembung dengan minah kerek tadi? Apakah penyakit mental minah kerek itu sudah berpindah kepadanya pula?


“ Tak ada lah dik, abang tak boleh tolong dah. Apa kata adik pergi je kat kaunter ERL KLIA tu,mana tau perempuan tu pun ada buat laporan kehilangan beg dia kat sana.” Abang bagi cadangan yang agak bernas pada Hijjaz.


“Ye tak ye jugakkan. Esok ajelah adik pergi sana. Malam ni nak rehat dulu. Lagi pun bukan ada barang penting pun dalam beg tu.” Hijjaz dah bangun capai tuala. Badannya sudah melekit dan belengas. Abang masih lagi duduk di atas katil sewaktu dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Entah apa yang nak diselongkar oleh abangnya pun dia tak tau.


Hijjaz merenungnya wajah di depan cermin dalam bilik air. Air yang mengalir keluar dari pili sinki dibiarkan sahaja. Ingatannya terimbau pada insiden dalam train tadi. Minah tu walaupun kerek, tapi dia manis. Itu kesimpulan yang boleh dibuat oleh Hijjaz. Walaupun minah tu cakap main bedal je, tapi suara dia menyentuh hingga ke kalbu. Walaupun minah tu menjeling dengan marah pada dia, tapi jelingan itu meresap sehingga ke dada. Dan bila minah tu diam tak bercakap, dia rasa gelisah. Kalau boleh, dia nak dengar suara riuh itu berkicau di telinganya, dia nak renungan tajam itu menikam hatinya.


Hijjaz! Takkan kau dah jatuh cinta kat minah kerek tu kot? Hati Hijjaz cepat sahaja menanyakan soalan itu pada akalnya. Oh tidak, mana mungkin aku jatuh cinta pada minah kerek tu. Aku nak yang lemah lembut, berbudi bahasa. Bukan macam minah kerek tu, main sergah je. Akalnya menidakkan perasaan yang mula tumbuh di hati. Mandi lagi baik….Cepat-cepat Hijjaz capai berus gigi dan mula membersihkan badannya yang dah melengas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 11:50 AM | Show all posts

leh pla trtukar beg...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 12:28 PM | Show all posts

aku malu dgn Hijjaz Amin nie....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 01:17 PM | Show all posts
aku malu dgn Hijjaz Amin nie....
mikoodette Post at 30-7-2010 12:28


Malu tapi mahu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 01:19 PM | Show all posts
aku malu dgn Hijjaz Amin nie....
mikoodette Post at 30-7-2010 12:28



    Malu tapi mahu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 01:25 PM | Show all posts
Malu tapi mahu
anieaina Post at 30-7-2010 13:19


kak aina.... smpai 2 kali post tu... makin malu laa miko mcm nie...
harus smpai kg kang terus masuk nyorok dlm kabinet dapur mak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2010 01:28 PM | Show all posts
Reply 486# mikoodette

Miko tak perasan sbb dpt msg kata tak boleh post dan blah..blah3x.

Tu yg terpost dua kali.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 01:29 PM | Show all posts
kak aina.... smpai 2 kali post tu... makin malu laa miko mcm nie...   
harus smpa ...
mikoodette Post at 30-7-2010 13:25


Balik kg mana?

Bukan ada dating ke minggu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 01:37 PM | Show all posts
Balik kg mana?

Bukan ada dating ke minggu ni.
anieaina Post at 30-7-2010 13:29



Balik kg mana?  <-- kg miko laa kak... kg cik abe belom tau lg kat mane... nak kena tnya bunick mcm nie... :re:

dating mggu depan kak aina....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 01:38 PM | Show all posts
Reply  mikoodette

Miko tak perasan sbb dpt msg kata tak boleh post dan blah..blah3x.

Tu yg te ...
anieaina Post at 30-7-2010 13:28


tauuuu.... it's ok kak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 01:43 PM | Show all posts
Reply 489# mikoodette


Sepatutnya akak nak tanya kg Miko kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 01:53 PM | Show all posts
Reply  mikoodette


Sepatutnya akak nak tanya kg Miko kat mana?
anieaina Post at 30-7-2010 13:43


ehehehee.... sabo jek laaa akak nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 02:55 PM | Show all posts
aku malu dgn Hijjaz Amin nie....
mikoodette Post at 30-7-2010 12:28



cheh...malu konon!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 03:46 PM | Show all posts
Reply 493# bunick

Nik sambung cepat.

Bagi hilang malu si Miko itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 04:58 PM | Show all posts
Reply  bunick

Nik sambung cepat.

Bagi hilang malu si Miko itu.
anieaina Post at 30-7-2010 15:46



bak kata akak, miko tu malu tapi mau
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 05:13 PM | Show all posts
Nik episod seterusnya harus miko lg malu sbb Hijjaz dah sekodeng beg dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 05:20 PM | Show all posts
kelakar baca citer bunick....

aduh!!!!! sakit perut tahan gelakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:01 PM | Show all posts
kalo aku kenal....... doakan laa aku kenal.. senang sket aku nak merisik tuk ko tu bunick...
mikoodette Post at 30-7-2010 08:40



   mati2 kene tipu ngan miko
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:08 PM | Show all posts
kak aina.... smpai 2 kali post tu... makin malu laa miko mcm nie...   
harus smpa ...
mikoodette Post at 30-7-2010 13:25



   bukan ko selalu nyorok dalam lemari sauna ko ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 12:11 AM | Show all posts
Hijjaz Amin - pakwe mikoo ni bunick...
sedap nama..tentu handsome kan
yang pasti jgn AUUUU ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.308272 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list