|
Reply #480 windof's post
at least about Hawk tu dia memang cakap replacement for attrition..lelain tak tauler,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #481 mmc's post
tapi kalau reporter tu quote betul2 dari mulut dia, I'm not surprised.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #482 windof's post
aku rasa pon dia quote dari mulut dia...mana ada super hornet 5th gen fighter, the only 5th gen fighter currently operational in the world kan is the f22 raptor... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #483 DarkBaron's post
Tang menilai 5th Gen ni masih didebatkan lagi, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
DPM says Sepangar Bay naval base strategically placed
By MUGNTHAN VANAR
KOTA KINABALU: Malaysia's new naval base at Sepangar Bay will become a strategic regional base to accommodate not only the nation'sr new submarines but also cater for the needs of bigger class foreign vessels, including aircraft carriers.
This Royal Malaysian Navy base will be fully operational in mid-2009 with the acquisition of the French made Scorpene submarines, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said on Monday after visiting the base.
He said the base had been operating since Aug 31 last year with the Labuan Region Two Command headquarters from Sabah and Sarawak moving to the new base costing about RM1bil.
"So far we have spent RM660mil and another RM330mil will be spent to complete the entire base facilities," he said.
He added that the base would be home to about 2,000 to 2,500 personnel once it was fully operational.
"This is our main and strategic base covering the South China Sea and the Sulu Sea. We are locating our main assets here," he said, adding that the modern and sophisticated base was also equipped with a naval air station.
On the training of 145 naval personnel for the submarines in France, he said it was going on smoothly and the government has approved a monthly allowance of RM800 for officers and RM600 for non-officers in training with effect from Jan 1, 2005.
Najib also said that the presence of the base near Kota Kinabalu, would see greater interaction between the naval personell and the local people as many facilities like the electronic shooting gallery, swimming pool, sailing and stadium facilities would be used by various associations.
"I am sure the presence of the naval base will have a positive effect in integration," he said.
Visiting foreign vessels would also help contribute towards the local economy as well as make Sabah better known as a tourism destination, he added.
He said that visits by foreign naval vessels was normal and they would hold bilateral exercises with friendly countries, including the United States. |
|
|
|
|
|
|
|
Eksesais Catamaran pamer kehebatan 10 Briged Para
Oleh: SYED MOHD RIDZUWAN
RAKIT catamaran mampu membawa pelbagai bentuk logistik sehingga berat lapan tan bagi menyeberangi sungai.
--------------------------------------------------------------------------------
KEBOLEHAN bergerak cepat dan pantas dengan strategi mantap merupakan antara faktor sesebuah pasukan tentera itu untuk menguasai sesuatu kawasan terutama di medan pertempuran.
Untuk itu, kemahiran melaksanakan tugas dengan pantas amat penting dan ini secara langsung memastikan logistik peperangan dapat tiba ke medan pertempuran.
Di medan pertempuran juga, masa amat penting kerana ia bakal menentukan penguasaan dan seterusnya kemenangan kepada sesebuah pasukan tentera.
Dalam hal ini, sungai atau tasik bukanlah halangan besar bagi sesebuah pasukan tentera untuk bergerak dan memastikan logistik yang dibawa tiba ke lokasi peperangan untuk bantuan.
Teknologi masa kini telah membolehkan sesebuah pasukan tentera itu bergerak dalam keadaan apa jua tanpa batasan.
Begitu juga halnya apabila sesebuah jambatan yang menjadi penghubung satu kawasan dengan kawasan lain, musnah setelah dibedil oleh pihak musuh.
Selalunya, keadaan ini boleh berlaku disebabkan pihak musuh mahu menghalang pergerakan pasukan tentera lawan.
Namun, kemahiran anggota tentera dan gabungan teknologi moden membolehkan jambatan bergerak dibina dalam masa yang singkat bagi membolehkan peralatan dan logistik pertempuran disalurkan ke kawasan strategik.
Dalam Eksesais Catamaran di kawasan ladang kelapa sawit Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka baru-baru ini, pasukan 10 Briged Para berpangkalan di Kem Terendak termasuk 10 Skuadron Jurutera telah mempamerkan kehebatan dalam membina jambatan bergerak menggunakan bot atau lebih dikenali sebagai rakit `catamaran |
|
|
|
|
|
|
|
4 RRD terima panji-panji
RAJA Perlis berkenan menganugerahkan panji-panji baru Rejimen Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja kepada Shamsul Rizal Rozamin pada majlis istiadat penukaran panji-panji di Stadium Utama Kangar.
--------------------------------------------------------------------------------
BATALION Keempat Rejimen Renjer Diraja (RRD) telah dikurniakan panji-panji rejimen pertama pada 25 Oktober 1980 daripada Raja Perlis ketika itu, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.
Sejak itu, ia tidak pernah ditukar dan kini setelah hampir 27 tahun berlalu, Batalion 4 RRD menerima panji-panji yang baru.
Istiadat pertukaran panji-panji itu disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selaku Kolonel Yang Dipertua RRD di Stadium Utama, Kangar pada 26 Mei lepas.
Keberangkatan tiba baginda bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid tepat pukul 9 pagi dimulakan dengan upacara Hormat Diraja.
Baginda kemudian memeriksa perbarisan terdiri daripada 19 pegawai dan 267 anggota lain-lain pangkat diketuai Leftenan Kolonel Nor Azdha Che Man.
Selesai pemeriksaan perbarisan, panji-panji lama diarak keluar padang.
Baginda seterusnya menganugerahkan panji-panji baru diikuti bacaan doa serta ikrar oleh ketua perbarisan.
Leftenan Mohd. Shamsul Rizal Rozamin telah diberi penghormatan untuk menerima panji-panji baru itu bagi pihak Batalion 4 RRD.
Istiadat yang berlangsung penuh kemegahan pada pagi itu diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat.
Upacara mara menghadap oleh kumpulan kawalan panji-panji mengakhiri istiadat tersebut sebelum keberangkatan pulang baginda berdua.
Turut berangkat menyaksikan istiadat tersebut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah
Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Ismail Jamaluddin.
Terdahulu, Raja Perlis dalam titah ucapannya menggesa warga Batalion 4 RRD supaya sentiasa menjaga nama baik batalion.
Baginda juga melahirkan harapan agar dengan pertukaran panji-panji baru itu, keazaman setiap warga Batalion 4 RRD untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih dan berwibawa akan bertambah.
Batalion 4 RRD telah ditubuhkan pada 28 Mac 1966 di Kem Batu Gajah, Perak.
Penubuhan awal batalion ini terdiri daripada anggota-anggota dari Singapore Infantry Regiment, Royal Reconnaissance Regiment dan lain-lain Batalion Infantri yang telah wujud pada masa tersebut.
Awalnya, seramai lima orang pegawai dari tentera British telah dipinjamkan untuk membantu di dalam penubuhan batalion itu.
Pada 25 Oktober 1980, ia mencatat sejarah apabila dikurniakan panji-panji rejimen bagi menghargai jasa serta sumbangan warganya dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Pegawai panji-panji yang telah menerima panji-panji terbabit ialah Leftenan Muda Hamzah Mohd. Noor.
Sejak ditubuhkan, pasukan ini telah banyak mencipta kejayaan yang membanggakan.
Antara kejayaan itu adalah memusnahkan kubu Komunis di Hulu Kinta Perak, Naman dan Nibong di Sarawak pada tahun 1971, 1974 serta 1975.
Batalion ini mempunyai lambang RRD berpelekat warna biru muda yang membawa makna paling cekal dan tenang.
Cogan kata Batalion 4 RRD pada mulanya ialah 態iar Putih Tulang |
|
|
|
|
|
|
|
Army forms new regiment to enhance border security
RANTAU PANJANG: The army has formed the Border Security Regiment which will solely handle security at the Malaysian-Thai border by the end of the year.
Security is now being handled by the various battalions of the army.
Armed forces chief Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal said the duties of the regiment would be more specific and focused on border security operations, besides helping civilian authorities to develop the socio-economy of an area.
He said the regiment抯 headquarters would be in Perlis and a deputy commander would be posted to Kelantan.
Border duty: A soldier standing guard at the Malaysian-Thai border in Rantau Panjang yesterday.
Jen Aziz, who is Malaysian-Thai border joint committee chairman, said he found that demarking efforts along the Kelantan-Thai border had been slow since 1970.
揢p to now, it seems the progress is only 90km of the total length. Another 127km of the Kelantan-Thai border has yet to be measured, |
|
|
|
|
|
|
|
VAT 69 pamer kehebatan di lautan
KEMAHIRAN skuba selain mampu menembak tepat dan kebolehan menggunakan apa jua peralatan senjata perlu ada pada diri anggota-anggota 69 Komando PDRM
BUKAN mudah untuk bergelar komando. Ini kerana latihan yang diterapkan bukan sahaja mengambil masa lama, malah memerlukan disiplin diri yang tinggi dan semangat waja.
Namun, jika diusaha dan dilakukan bersungguh-sungguh melalui tunjuk ajar para jurulatih, pasti gelaran komando itu akan dimiliki.
Pada masa sama, tidak hairanlah ramai juga anggota atau pegawai yang menyertai sesuatu latihan komando itu berakhir dengan kegagalan.
Ada yang terpaksa menarik diri dan ada juga yang gagal memenuhi syarat-syarat kelayakan. Ini membuktikan bahawa latihan komando itu memang sukar.
Bagi seseorang komando, pelbagai kemahiran perlu dimiliki termasuk dari segi fizikal mahupun mental yang melibatkan kepantasan, keberanian dan kecekapan.
Ini termasuk memiliki kemahiran skuba atau menyelam.
Sehubungan itu, latihan skuba yang dijalani seseorang anggota komando sama sekali berbeza dengan latihan menyelam awam.
Bagi unit 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga dikenali VAT 69, latihan skuba yang dijalani lebih ke arah skuba tempur |
|
|
|
|
|
|
|
Polis & TenteraSenjata tempur ATM semakin digeruniOleh KAPTEN MOHD. AMRAN SAKARIA
PEMODENAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah satu proses berterusan yang dirancang dengan teliti sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lagi.
Proses permodenan ini telah digubal bersesuaian dengan perubahan situasi dan keperluan semasa ketika itu dengan mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan.
Bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan negara yang berkekalan, ATM melalui Kementerian Pertahanan telah dan sedang melaksanakan pelbagai projek peningkatan keupayaan ketiga-tiga cabang perkhidmatan darat, laut dan udara dengan menitikberatkan aspek keseimbangan ketumbukan (balanced force) dan kebersamaan (jointness) bagi mewujudkan satu angkatan yang kredibel dan disegani oleh kawan serta digeruni oleh lawan.
Sejak lebih sedekad yang lalu, ATM giat mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara dengan berpandukan Revolution In Military Affairs (RMA) melalui perolehan aset-aset dan persenjataan moden.
Perolehan persenjataan bagi semua cabang perkhidmatan telah dirancang dengan terperinci bagi merealisasikan usaha kerajaan mewujudkan sebuah angkatan bersepadu seimbang yang dapat bersama-sama kerajaan dan rakyat dalam memacu ke arah mencapai taraf negara maju melalui Wawasan 2020.
Sebagai sebahagian daripada proses pemodenan ini, Tentera Darat (TD) telah pun meningkatkan keupayaan pasukan udaranya melalui pemilikan 11 helikopter pemerhati ringan jenis Agusta A 109 buatan Itali.
Menjelang tahun 2008 pula, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memperoleh kapal selam serang pertamanya, Scorpene dari Perancis dan juga kapal selam latihan, Agosta yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2009.
Manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berbangga dengan pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM yang mula diterima secara berperingkat, baru-baru ini.
Selain daripada menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pakej off-set yang termeterai dari perjanjian pembelian tersebut, ia juga membantu perkembangan satu lagi agenda negara iaitu mewujudkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi).
Ini kerana Industri-industri pertahanan negara berpeluang menerokai bidang-bidang teknologi baru seperti teknologi maklumat, elektronik dan persenjataan.
Sementara ATM pula terlibat secara langsung dalam pengurusan k-force yang melibatkan pembangunan dan perubahan doktrin peperangan. Antaranya menuntut ATM mewujudkan satu perancangan sistem pengurusan pemilikan sepanjang hayat yang terperinci dalam semua aspek.
Perolehan dan pemilikan aset-aset baru berteknologi tinggi dalam inventori ATM memastikan sistem penyelenggaraan dan sokongan ini dikendalikan dengan berkesan bagi menentukan penggunaan dan keupayaannya dimanfaatkan secara optimum.
Dasar Perolehan Peralatan Kapital yang diwujudkan pada awal 1990-an telah menetapkan dan memberi garis panduan mengenai pembangunan keupayaan pertahanan dan proses perolehan peralatan kapital.
Dasar ini memberi penekanan yang khusus di dalam aspek kos kitar hayat, kesesuaian peralatan antara perkhidmatan, kesesuaian kendalian infrastruktur dan sokongan.
Sejajar dengan keperluan tersebut, untuk kesinambungan menyokong Dasar Perolehan Peralatan Kapital, maka satu Perintah Am Angkatan Tentera (PAAT) telah diedarkan kepada semua peringkat pemerintahan bagi menentukan semua perolehan sistem persenjataan dan peralatan kapital ATM memenuhi spesifikasi prestasi pada kos bantuan yang paling minimum di mana kaedah, prinsip dan amalan Integrated Logistic Support (ILS) digunakan.
Pengurusan ILS meliputi proses merancang dan mengkoordinasi unsur-unsur ILS, deliverables dan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada bantuan sepanjang hayat terhadap peralatan kapital ATM pada kos kitaran hayat yang optimum.
Dokumen Konsep ILS diwujudkan untuk setiap pembelian sistem persenjataan atau peralatan sejak fasa konsep lagi dan dikemaskinikan secara berterusan di sepanjang hayat sistem berkenaan.
Bagi menentukan keberkesanan sistem ILS di dalam perkhidmatan ATM, Bahagian Logistik Pertahanan (BLP), Markas ATM telah diberi tanggungjawab sebagai organisasi penguasa ILS di dalam ATM.
Assisten Ketua Staf BLP yang baru mengambilalih pimpinan BLP, Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Zainal Abidin Hamdan meneruskan kesinambungan usaha-usaha menerapkan budaya dan pemahaman ILS ini di kalangan semua warga ATM.
Usaha dan hasrat beliau telah dijalankan melalui Cawangan Sistem Komputer Logistik yang diketuai oleh Komander K. Raja Manickam TLDM.
Rancangan program berkaitan ILS di dalam ATM telah bermula sejak awal 1990-an dengan mengadakan latihan berterusan kepada semua warga ATM dan juga pihak awam Kementerian Pertahanan (Kementah).
Komitmen Cawangan Sistem Komputer Logistik Pertahanan, Bahagian Logistik Pertahanan dalam menyebar dasar ILS dan menasihati Jawatankuasa Tertinggi ATM berkenaan semua perkara berkaitan pelaksanaan ILS dilihat sebagai usaha berterusan bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan setiap perkhidmatan ATM.
Program ini akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi dalam pengurusan dan pengendalian aset-aset persenjataan.
Dengan adanya program ILS dalam setiap perolehan sistem persenjataan atau peralatan kapital ATM, menunjukkan komitmen dan halat uju ATM dalam menguruskan aset-aset tempur bernilai tinggi dengan berkesan setimpal dengan pelaburan yang tinggi oleh pihak kerajaan bagi menentukan ATM memiliki kuasa tempur dan kesiapsiagaan yang unggul.
Berdasarkan pengalaman dan kejayaan dalam mengaplikasikan sistem ILS ini, ATM percaya bahawa sistem ini juga sesuai kepada agensi-agensi atau syarikat-syarikat besar yang menguruskan aset-aset yang bernilai tinggi.
Sistem ini memberikan kelebihan kepada pihak pengurusan bagi menguruskan aset kapital yang berkos tinggi dan jangka hayat penggunaan yang panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
ATM Cadang Beli Peluru Berpandu Jarak Jauh
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhasrat membeli peluru berpandu jarak jauh yang memiliki kuasa tembakan yang tinggi, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin berkata bagaimanapun pembelian hanya dibuat setelah kemampuan kewangan kerajaan dan sesitiviti negara jiran diambil kira.
"ATM mempunyai rancangan jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan kuasa tembakan melalui perolehan peralatan senjata yang moden dan berteknologi tinggi.
"Selain itu ATM juga bakal memiliki pelancar roket MLRS, Mortar 120 mm, kereta kebal PT91, pesawat Sukhoi SU-30MKM, kapal frigate Batch 2 dan kapal selam Scorpene yang merupakan platform berkeupayaan tinggi untuk melancar serangan jarak jauh," katanya.
Menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan), Zainal Abidin berkata kerajaan berpuas hati dengan kemampuan persenjataan milik ATM untuk mempertahankan negara.
Mengenai kemampuan negara menghasilkan perlatan pertahanan, beliau berkata, syarikat industri pertahanan tempatan buat masa ini berkeupayaan menghasilkan bahan letupan jenis kaliber kecil, sederhana dan besar untuk kegunaan artileri dan pesawat.
Katanya syarikat industri tersebut berkemahiran mengeluarkan produk pyroteknik, dakwat, fius bom tangan dan baik pulih bom selain berpotensi mengeluarkan senjata.
Menjawab soalan Datuk Zaid Ibrahim (BN-Kota Baharu) Zainal Abidin berkata bahawa sebelum negara mengeluarkan senjata yang lebih moden, usaha membangunkan pengetahuan modal insan seperti penubuhan Universiti Pertahanan penting untuk menyediakan tenaga manusia berpengetahuan dalam kalangan rakyat tempatan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Putus tangan kena bom
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Ifwan Tun Tuah
Kejadian di Kem Asahan dipercayai berpunca dari pesawat TUDM
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Darat putus tangan akibat terkena serpihan bom yang meletup secara tiba-tiba berhampiran khemahnya ketika menjalani Latihan Demo Kuasa Tembakan, di Kem Asahan, Melaka, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, anggota yang dipercayai pemandu sebuah kenderaan tempur dikatakan sedang makan tengah hari di khemahnya sebelum sebutir bom meletup, dipercayai dilepaskan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang turut terbabit dalam latihan berkenaan.
Sumber memberitahu Berita Harian, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sesi latihan menembak dijalankan, termasuk demonstrasi serangan udara dan mengebom membabitkan beberapa pesawat tempur tentera.
揔ita tidak menolak kemungkinan mangsa terkena serpihan bom udara dilepaskan pesawat terbabit, walaupun berada jauh dari tapak sasaran. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada kejadian ini berpunca daripada masalah teknikal atau faktor kecuaian.
揂ngkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian. Difahamkan, mangsa ketika ini menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di Kuantan, |
|
|
|
|
|
|
|
Rejimen Sempadan beroperasi hujung tahun
HULU PERAK 15 Julai – Operasi Rejimen Sempadan akan dilaksanakan hujung tahun ini bertujuan mengawal keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand secara lebih menyeluruh.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, operasi yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Tentera Darat itu juga bertujuan memastikan setiap pembangunan berjaya dilaksanakan.
Beliau berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga turut membantu operasi sekiranya diperlukan.
Penubuhan Rejimen Sempadan kini dalam proses pembangunan dan akhir tahun ini akan melancarkan pengoperasian.
“Ia bukan saja dapat meningkatkan tahap keselamatan tapi juga lebih memberi fokus terhadap pembangunan di kawasan sempadan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan ke kawasan operasi di Royal Belum di sini.
Ia merupakan lawatan ulung beliau ke kawasan tersebut sejak dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera, awal tahun ini.
Dalam lawatan dua hari itu, beliau berkesempatan melihat lebih dekat keberkesanan tugas selain beramah mesra dengan anggota-anggota tentera yang mengawal sempadan Malaysia-Thailand.
Beliau juga menyaksikan demonstrasi serangan ke atas kawasan musuh selain kemahiran ikhtiar hidup oleh pasukan khas dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Gerup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Udara (Paskau).
Turut mengiringi beliau ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan pegawai-pegawai kanan ATM yang lain.
Menurut Abdul Aziz, program sedemikian akan diteruskan pada masa depan, sekurang-kurangnya setiap empat bulan sekali.
“Hari ini kita mulakan dengan Tentera Darat, diikuti di atas kapal bersama TLDM dan seterusnya dengan TUDM,” jelasnya.
Melalui cara itu, jelasnya, setiap perkhidmatan dapat melihat keberkesanan operasi di samping memperbaiki kelemahan yang ada.
Beliau menambah, program itu juga memberi peluang kepada ketiga-tiga perkhidmatan ATM untuk berbincang dan menentukan pendekatan yang sesuai bagi memantapkan sesuatu operasi atau misi.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... adapan&pg=mh_08.htm
[ Last edited by insignia at 16-7-2007 09:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ATM perluas pertahanan biologikal kimia
KLUANG 15 Julai – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusaha mengembangkan kemahiran dalam bidang pertahanan biologikal kimia menerusi kepakaran yang ada di Institut Kejuruteraan Medan (Ikem) Tentera Darat.
Ketua Jurutera Diraja, Brigadier Jeneral Datuk Pahlawan Abdul Nasser Ahmad berkata, untuk permulaan, ATM telah menubuhkan unit Pertahanan Nuklear Biologikal dan Kimia (PNBK) 3 Divisyen di Ikem serta satu unit di Kem Terendak, Melaka pada tahun ini.
Menurutnya, sebagai langkah awal, Ikem telah menganjurkan kursus selama dua minggu kepada pegawai daripada lain-lain Kor termasuk pegawai daripada unit udara dan laut mengenai bidang pertahanan biologikal itu.
“ATM juga mahu mempertingkatkan kebolehan dalam bidang ini dengan menaiktaraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada bagi memberi latihan kepada para pegawai yang terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau memeriksa perbarisan serta merasmikan Sambutan Jubli Emas Ikem ke-50 di Kem Makota di sini.
Abdul Nasser menambah, Ikem mempunyai kemudahan untuk melatih anggota dalam bidang tersebut bagaimanapun kelengkapan yang ada agak terhad.
Sehubungan itu, katanya, Ikem sedang dalam perancangan melakukan kerjasama dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi mengembangkan bidang tersebut khususnya dari segi pembangunan serta penyelidikan.
Namun, katanya, perkara ini masih berada di peringkat awal dan belum ada keputusan rasmi mengenainya.
“Kita nampak ada ruang untuk bidang ini dikembangkan tetapi kemudahan sedia ada perlu dipertingkatkan kerana pada masa ini ia agak terhad.
“Sehingga kini, kita mempunyai kira-kira 20 pegawai terlatih dalam bidang berkenaan yang telah menjalani latihan sama ada di dalam atau luar negara malah mereka layak untuk menjadi jurulatih,” katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_09.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera selaras program anak istimewa
SUNGAI BESI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyelaras semua program di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bagi memastikan kanak-kanak istimewa anak warga tentera mendapat perhatian sewajarnya.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, berkata pelarasan itu membabitkan kandungan pembelajaran, prasarana dan teknologi yang diperlukan di pusat berkenaan.
揂TM mempunyai tanggungjawab menyediakan pusat pemulihan seumpama itu (PPDK) bagi memastikan kanak-kanak istimewa ini mendapat perhatian sewajarnya, |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian Armed Forces Will Not Be Compared With Other Countries'
July 23, 2007 13:35 PM
KUALA LUMPUR, July 23 (Bernama) -- The government will not compare the strength and weaponry of its armed forces with those of other countries to avoid an arms race.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said such comparison could create a situation which could lead to an arms race among countries in the region.
"Although our defence capability to deal with any threat is adequate at the moment, we will continue to enhance it in accordance with the country's financial capacity," he told the Dewan Negara here Monday.
Najib, who is also Defence Minister, said the Malaysian armed forces had enough manpower to meet the current defence needs.
"The current strength does not include the volunteer corps which would assist in defending the country's sovereignty.
"In fact, with the current strength of our armed forces, Malaysia has been able to send its peacekeeping force to serve under the auspices of the United Nations."
Replying to Senator Chua Kim Chuan on Chinese participation in the Malaysian armed forces, he said the Chinese themselves must change their thinking on the profession in order to attract more of their youths to join the armed forces.
"In the national context today, we need the participation of all races, especially the Chinese, to help defend the country's sovereignty.
"But the Chinese community itself must correct the old adage which says that `a good son does not become a soldier' before change can happen," he added.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
EFSM bukan sekolah biasa
Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN
SEBAHAGIAN pegawai dan anggota TLDM yang mengikuti latihan di Brest, Perancis.
‘ECOLE de Formation Sous-marine’ (EFSM), mungkin kedengaran terlalu asing bagi kita di sini. Namun, bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ia cukup sinonim dengan Angkatan Kapal Selamnya.
Di situlah lahirnya warga kapal selam TLDM yang bakal mengendalikan operasi Scorpene pada tahun 2009.
EFSM dalam bahasa Perancis bermaksud Sekolah Latihan Kapal Selam.
Ia didirikan empat tahun lalu di Pusat Pembelajaran Tentera Laut (CIN), Brest, Perancis, kira-kira 600 kilometer dari Paris.
Pada asalnya, tapak sekolah ini merupakan gelanggang tenis.
Pada September 2004, beberapa jurulatih Tentera Laut Perancis dihantar ke EFSM bagi membuat persiapan untuk menerima kumpulan pertama pelatih TLDM.
Di antara Oktober hingga Disember tahun yang sama, tiga pensimulasi kapal selam dibawa masuk dari Pangkalan Laut Toulon ke situ.
“EFSM dibuka secara rasmi pada 7 Januari 2005 dan menerima kemasukan enam pelatih utama TLDM pada 30 Januari.
“Manakala kumpulan pertama pelatih TLDM seramai 70 orang tiba pada bulan Mac tahun yang sama,’’ jelas Pengarah EFSM, Kepten (B) Loic Andrieu kepada wartawan Malaysia yang berkunjung ke sekolah tersebut, baru-baru ini.
Kumpulan kedua pelatih TLDM seramai 90 orang pula tiba pada bulan November sementara sepuluh pelatih lagi, Jun tahun lalu.
Sehingga kini, kira-kira 150 pegawai dan anggota TLDM berjaya memperoleh lencana ikan lumba-lumba, iaitu lencana asas krew kapal selam.
Menurut Andrieu, objektif utama latihan di EFSM adalah memastikan krew TLDM berupaya mengoperasikan kapal selam dengan selamat.
Jelasnya, di situ para pelatih didedahkan dengan aspek-aspek keselamatan semasa berada di dalam kapal selam dan ketika mengemudi.
“Mereka juga diajar mengumpul dan memproses maklumat.
“Selain itu, pengetahuan teknikal dan keupayaan penyenggaraan turut diajar,’’ jelasnya.
Sememangnya kehidupan di dalam kapal selam boleh memberikan tekanan kepada krew seperti keluasan dan aktiviti yang terhad.
Bagi Tentera Laut Perancis, sebenarnya tiada latihan khusus yang disediakan kepada para pelatih untuk berdepan situasi sedemikian.
Justeru, bakal krew kapal selam merupakan mereka yang memohon secara sukarela dan dipilih berdasarkan ujian fizikal, psikologi dan kebolehan semula jadi.
Latihan dalam pensimulasi menyediakan persekitaran yang hampir sama dengan kapal selam.
Mereka yang dilihat tidak mampu menyesuaikan diri ketika latihan dengan pensimulasi akan digugurkan dari Angkatan Kapal Selam TLDM.
Selain latihan teori, para pelatih turut menerima latihan amali di dalam kapal selam Ouessant.
Di dalam Ouessant, setiap pelatih baru ‘ditemani’ oleh seorang krew senior untuk ditunjuk-ajar.
Sekiranya pelatih itu merasakan tidak secocok dengan krew tersebut, maka orang lain akan digantikan sehinggalah beliau merasa sesuai digandingkan.
“Sebenarnya bukan ruangan sempit yang menjadi masalah, tapi hakikat berjauhan dengan keluarga yang menjadi beban kepada krew kapal selam.
“Justeru amat penting kepada pegawai laksana dan juragan sesebuah kapal selam untuk mengenali setiap anak buahnya dan bertanya khabar kepada mereka setiap hari,’’ jelasnya lagi.
Proses pengajaran yang ditekankan di EFSM adalah mengikut standard latihan Tentera Laut Perancis dan diluluskan oleh Pegawai Memerintah Angkatan Strategik Kapal Selam dan Laut Perancis (Alfost).
Bagi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali, beliau amat berpuas hati dengan cara warga TLDM dilatih di situ.
“Amat membanggakan kerana sesi latihan selaras dengan jadual pembinaan kapal selam TLDM.
“Insya-Allah, apabila Scorpene sedia untuk beroperasi nanti, warga TLDM akan bersedia berkhidmat dan membawanya pulang ke tanah air,’’ katanya.
Menurutnya, buat masa ini TLDM akan meneruskan kontrak dengan pihak Perancis bagi melatih warga Angkatan Kapal Selam TLDM sehingga tahun 2010.
Selepas tempoh tersebut, tambah beliau, TLDM akan membuka sekolah latihan kapal selamnya sendiri yang akan melahirkan pelbagai pakar.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_01.htm |
|
|
|
|
|
|
|
61 terima tauliah
Oleh AMIR ABD HAMID
LUMUT: Seramai 61 pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pengambilan ke-55 menerima watikah pentauliahan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam Istiadat Perbarisan Diraja Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek, di Padang Kawad TLDM, di sini, semalam.
Daripada jumlah itu, 22 pegawai kadet adalah dari Divisyen Thana, 16 dari Divisyen Zain dan 23 pegawai dari Divisyen Wahab.
Dalam ucapannya, Tuanku Mizan berkata, kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak kepada keupayaan persenjataan, tetapi juga ilmu pengetahuan pegawai dan anggota pasukan keselamatannya, termasuk Tentera laut Diraja Malaysia.
Sehubungan itu, beliau berharap semua anggota TLDM merebut peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.
揑ni kerana anggota yang berilmu bukan saja dapat menyumbang bakti lebih bermakna kepada TLDM, malah sebagai pemangkin dalam usaha Malaysia menjadi negara maju, |
|
|
|
|
|
|
|
RMAF conducts mercy flight for decompression sickness patient
BERNAMA
Email to friend Email to Friend Print article Print Article
KUALA LUMPUR, SUN:
THE Royal Malaysian Air Force (RMAF) today conducted a mercy flight taking a patient from the Kuching General Hospital in Sarawak to the Labuan Hospital for treatment.
A RMAF statement issued here today said Lai Yoon Kuoh, 39, who is suffering form Decompression Sickness was flown on a CN235 aircraft from the Kuching to the Labuan air base before being transferred to the Labuan Hospital.
He was accompanied by Dr Kuan Yueh Chien and trained nurse Pob Frary and wife Wong Liming.
The aircraft piloted by Kapten Mohd Amir Abdullah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|