CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
Post time 13-2-2009 08:30 AM | Show all posts
hr ni x de n3 ke...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 09:43 AM | Show all posts
fuyah nk lari kemana tu????
cian kat fuyah, xabis2 ngan masalah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:03 AM | Show all posts
adesss... tak sempat uzir nak jelaskan pada fuyah tntang niat papa & mamanye fuyah dah dpt tahu dulu......payah ni rasanye uzir nak kejar fuyah tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:48 AM | Show all posts
Fuyoh ko dah lari sampai sukan olimpik ke mana???
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:09 PM | Show all posts
fuyah lari.... uzir kejar... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:26 PM | Show all posts
kejar..uzir kejar..sampai dapat ... jauh mana pun fuyah lari ... pasti akan uzir kejar sbb hati dia dah terlekat kejap dekat fuyah.... kalau nak lari gak kena pulangkan dulu hati yg tercuri tu..... next...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2009 01:11 PM | Show all posts
pandai btol akak2 nie wat specu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 01:36 PM | Show all posts
habis la uzir lepas nie...fuyah dah tahu kenapa die kena kawin dengan uzir....uzir pun satu kenapa tak nak luahkan perasaan die kat fuyah

next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 02:54 PM | Show all posts
aiyak!!!!
mestu fuyah dingin nagn uzir lepas nih...takpun nak batalkan terus niat nak kawin ngan uzir...... sian plak kat uzir tuh...baru nak stat cintan2 ngan fuyah...fuyah da lari....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 06:22 PM | Show all posts
seronok bc cite nie.gud job n xsabar nk tau next n3
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:06 PM | Show all posts
alamak..sian kt fuyah..
tpkn sweet jer ble uzir pggl fuyah,ya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:44 PM | Show all posts
next n3 please

[ Last edited by  Incanto at 13-2-2009 09:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 05:55 AM | Show all posts
aiyak cepat la sambung tuan rumah..:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:17 AM | Show all posts
next n3 please
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:26 AM | Show all posts
alahai ada aje halangan yg menanti.....moga uzir dan fuyah tetap bersatu nanti.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2009 11:16 AM | Show all posts
Dadanya berdegup bagai nak rak. Langkahnya sudah tidak teratur. Nafasnya semput. Keadaan yang gelap  membuat Fauziah tergapai gapai. Tangga yang curam dan licin memaksanya memperlahankan langkah. Kakinya memijak anak tangga tapi terbabas. Tubuhnya melayang dalam kegelapan . Matilah aku! Fauziah menjerit. Tiba tiba tangannya di rembat.

"Acik Yah... Acik Yah mengigau ya?"

Fauziah membuka mata. Astaghfirullahalazim. Dia mengurut dada yang masih belum reda paluannya. Wajah anak buahnya  Sofea Atiqah tersembul di depan mata.

" Itulah Acik. Tidur petang, tak basuh kaki pula. Ibu cakap kalau tidur dekat waktu maghrib , hantu kacau. Acik Yah mimpi apa sampai menjerit?" bebel  anak dara sulung Kak Long. Umur baru 5 tahun tapi mulut dah macam bertih goreng. Anak buah siapa lah ni...

" Acik Yah mimpi jadi penyanyi rock buat konsert kat stadium. Itu yang Acik Yah tarik suara ..he! he!  Ibu  dengan ayah Ika mana? Sunyi saja rumah" Fauziah menenyeh matanya dan melingas sekeliling ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Malunya aku kalau Abang Lokman ada. Tidur terbonkang atas sofa pastu terjerit macam kena sampuk.

" Ibu  dengan baby kat dalam bilik. Ayah bawa Nabil pergi rumah Pakcik Ridzuan. " Kata Atiqah sambil mencapai remote control. Pelik betul. Spa Q di TV3 menjadi pilihannya, bukan Cartoon Network.

" Cute kan Abang Dafi ni. Ika suka tengok dia" Atiqah tersenyum simpul dengan matanya tertancap pada wajah pelakon Fazren Rafi. Budak nih.... kecil kecil dah gatal! Tapi memang cute pun. Kalau aku kena kahwin paksa dengan si Fazren ni, memang tak tolak punyalah.

" Fuyah... kau okay ke? Kak Long dengar kau meracau tadi" Mahyun melangkah perlahan dengan pakaian seragam wanita berpantang;kain batik dan stoking. Rambutnya di tarik cekang macam hairstyle sumo wrestler. Bayinya yang baru berusia seminggu, Ahmad Irfan di letak di atas tilam kecil bermotif kartun Mickey Mouse. Fauziah terus mencuit pipi bayi yang tidur nyenyak tak berkutik.

" Comelnya baby Irfan. Macam muka Abang Lokman. Tapi kulit putih macam Kak Long." Fauziah cuba berdalih. Ralat pula  bebankan kakaknya  dengan masaalah yang melanda.

" Kak Long tanya ni. Kau okay tak? Mak dengan Abah tahu Fuyah ada sini? Berapa lama kau cuti?" soal Mahyun lagi. Terkejut juga pagi tadi bila Fauziah sampai depan rumah. Tak ada angin tak ada ribut. Muka  pucat lesi dan serabai macam pendatang tanpa izin baru turun dari bot.

Fauziah melepaskan keluhan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. " Fuyah cuti dua hari. Nak relax sikit. Tension lah" Matanya mula  berkolam.

Mahyun terkedu. Sejak bila adiknya yang hati kering ni jadi pelakon airmata? Dia melembutkan tona suaranya." Kenapa ni Fuyah? Ceritalah kat Kak Long"

Segala yang berlaku di luahkan pada kakaknya. Dari peminangan Nek Nab bagi pihak Uzir , kisah Acap - Wani , kenapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan Uzir hinggalah peristiwa  bila tembelang keluarga Datuk Shahrin pecah. Ada kala suaranya tersekat menahan sebak. Mak dah tak nak dengar cakap anak sendiri sejak berjumpa semula dengan long lost family dia tu. Bukan main sayang pada keluarga Datuk Datin tu, kentut pun bau wangi.

" Fuyah tak bagi tahu Mak dengan Abah? Kalau Mak tahu, takkan dia nak paksa juga Fuyah kahwin dengan Uzir ? Yang si Wani tu pun satu, suka suki nak tuduh tanpa periksa."   Mahyun mendengus geram. Ni sudah kes aniaya.

Ada juga orang yang simpati pada aku. Lega rasa Fauziah. " Mak dah beria ria membuat persiapan untuk kenduri Fuyah. Mesti dia ingat Fuyah sengaja buat helah.  Mak sayang sangat kat keluarga Nek Nab, asyik puji memanjang.  Kak Long cakap dengan Mak, boleh? Fuyah takutlah. "

" Ye lah, ye lah. Nanti malam karang Kak Long call" pujuk Mahyun. Irfan yang terjaga dari tidur mula merengek dengan suara halusnya. Bayi itu di dukung ke bilik untuk di susukan.
.................................................................................................................................

" Macam mana Kak Long? Apa Mak dengan Abah cakap?" soal Fauziah di meja makan keesokannya sebaik saja Abang Lokman ke pejabat dan budak budak ke tadika.  Nasi lemak yang di masak oleh Makcik Milah, mertua Kak Long belum luak di jamah. Resahnya membantutkan selera makan.

" Kak Long tak dapat cakap lama lama sebab ada tetamu kat sana semalam. Tapi Mak dengan Abah dah tahu cerita. Fuyah jangan risau.  " jelas Mahyun sambil menghirup air akar kayu dengan muka berkerut menahan pahit.

" Betul ni? Alhamdulilah" Yeay.... Aku bebas! Fauziah meraup mukanya dan terus menyudu nasi lemak dan sambal ikan bilis ke mulut. Aku kena sedekah pisang ke masjid. Hatinya berbunga riang.

" Mak dengan Abah sihat? Macam mana dengan Wani dan Acap?"

" Semua dah settle. Tapi Mak tetap nak buat kenduri 25 Ogos nanti. Tak tahulah kenduri apa, mungkin tahlil kot atau cukur jambul Irfan.  Mak suruh balik awal sikit. Kak Long tak boleh nak tolong sangat"

Fauziah mengangguk dengan senyum lebar. " No problem. " Akhirnya Acap  terima juga jodohnya dengan Wani. Sebelum ni gaduh gaduh manja tu sebab darah manis kot. Pinggannya yang sudah licin di angkat ke dapur. Selesai membasuh dan mengemas apa yang patut, dia meminta diri.

"Ok , Fuyah kena pergi tunggu teksi nak ke stesen bas Ipoh. Takut nanti terlambat.  Thanks, Kak Long."
"Jalan elok elok. Kirim salam kat Alia dan  Liza. Fuyah pergi Bali nanti belilah apa apa yang patut ya" sengih Mahyun sambil mengenyit mata. Dia melambai hingga kelibat adiknya hilang. Harap harap semuanya berjalan lancar,  dia berdoa.

Sepanjang perjalanan ke KL wajah Fauziah di hiasi senyum sumbing. Orang mesti ingat aku ni tak betul  tapi aku memang gila.... happy gila! Kes Acap- Wani dah settle, aku tak payah kahwin BBC. YESSS!!! Satu jer yang tak best, aku masih kena mengadap muka BBC kat ofis. Senyuman nya pudar bila teringat kata kata pedas yang di hamburnya masa di hospital.

[ Last edited by  sang_arjuna at 14-2-2009 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2009 11:21 AM | Show all posts
nak tanya komen pembaca
uols rasa cerita ni macam meleret ke?
sbb saya tak pun tak tau plot & ending dia nak buat camner so pakai tulis jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by sang_arjuna at 14-2-2009 11:21 AM
nak tanya komen pembaca
uols rasa cerita ni macam meleret ke?
sbb saya tak pun tak tau plot & ending dia nak buat camner so pakai tulis jer


hadoii arjuna,jgn la tanya soalan kurang best cmtu...
ceem ni dah jatuh cinta ngn karya2 tuan rumah   keep up ur gud work n post la manyak2 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 04:31 PM | Show all posts

Reply #496 sang_arjuna's post

apa kata buat kenduri fuyah ngan uzir kot...abisla Fuyah kena kelentong ngan mak dia......
smiley ..apa pun ko tulis kat sini...kami mmg suka...yg kami x suka cuma 1 jer...bile ko x ltk n3...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 08:54 PM | Show all posts
jgn2 fuyah kena kahwin dgn acap ni...
tak sabar ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.142295 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list