|
AisyDani13 posted on 18-12-2014 02:30 AM
ya lah.. makin kuat perasaan syg Afiq pada Hani.. haiilah Afiq.. bila nk masuk line ...
cept2 lh kawen..hahahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 18-12-2014 02:26 AM
sambil tnggu sambungan DAN SEBENARNYA karya @Ipo & sambungan ANGIN YANG LALU karya @ISTRIMITHALI. ...
Wauu..best DS. geram.dgn watak hawa. Fantasgorila pun sy tunggu.
Eh, thnks lyn ek..SR ea senyap-senyap..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 18-12-2014 10:34 AM
cept2 lh kawen..hahahaaa
Hehe taw xpa.. nk wat cmne.. LINDA kacau daun la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 18-12-2014 10:36 AM
Wauu..best DS. geram.dgn watak hawa. Fantasgorila pun sy tunggu.
Eh, thnks lyn ek..SR ea senyap-s ...
lahai ES .. taw xpa.. terbayang NORA DANISH untuk watak Hawa tu.. hehe..
u r welcome.. SR sajo! kalau rajin jari jemari ni.. baru lah ite kumen2
|
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 18-12-2014 03:31 AM
Hehe taw xpa.. nk wat cmne.. LINDA kacau daun la pulak
@ISTRIMITHALI
Kami menunggu update anda. |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 18-12-2014 03:31 AM
Hehe taw xpa.. nk wat cmne.. LINDA kacau daun la pulak
Aisya byngkn afiq tu sapa?
sy bygkan remi ishak..hihi .. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 18-12-2014 11:41 AM
Aisya byngkn afiq tu sapa?
sy bygkan remi ishak..hihi ..
hehe ofcos la ite bayangkan ADI PUTRA hawak !!! hehe *melting
TT @ISTRIMITHALI pat lah sambung.. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI sibuk melayan suami, jadi tak sempat nak update???? |
|
|
|
|
|
|
|
thank tt for update |
|
|
|
|
|
|
|
Makcu posted on 18-12-2014 03:54 AM
ISTRIMITHALI sibuk melayan suami, jadi tak sempat nak update????
Dia bz kjeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 18-12-2014 03:40 AM
@ISTRIMITHALI
Kami menunggu update anda.
sorry yer kwn2 semua.. mcm lambat lagi nak update.. x sihat..
nnti kite update tau.. klau mood dh ok.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 18-12-2014 06:38 PM
ada watak Linda pulak...
of course kne ade Linda.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 18-12-2014 03:47 AM
hehe ofcos la ite bayangkan ADI PUTRA hawak !!! hehe *melting
TT @ISTRIMITHALI pat ...
waahh... Adi Putra yek... hehehe..
sorry lambat sikit nak sambung nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg psiko msg hani???bini si adam tu ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenarihitam posted on 19-12-2014 06:40 AM
Sape yg psiko msg hani???bini si adam tu ke..
yup .
Tapi mungkin si bininya ialah kambing hitam. Kita tak tahu idea TT. |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 39 ~~
Kejadian di bilik air di pejabatnya benar-benar segar dalam ingatannya. Hani membelai rambut anaknya, Qina yang baru sahaja tidur. Hani merasakan dirinya semakin sayang kepada lelaki itu, namun dia faham, siapalah dirinya. Afiq lebih sesuai bersama orang lain, bukan janda sepertinya. Tentu Afiq sudah berjumpa dengan pilihan hatinya. Dia harus membuang jauh-jauh perasaan itu.
Telefonnya berdering. Hani jenguk skrin telefonnya yang tertera nombor tidak dikenali. Dibiarnya telefon itu berdering, malas rasanya menjawab panggilan itu. Nombor itu tidak berputus asa memanggil, akhirnya Hani menekan butang menjawab.
senyap... sengaja Hani tidak mahu bersuara.
"Heyy!!, Hani.", suara itu berdesing di telinga Hani.
Hani diam.
Tut tut tut.. Talian dimatikan setelah tidak mendapat respon dari Hani.
Telefonnya berdering buat kali kedua. Tertera lagi nombor yang tidak dikenali. Hani menekan butang menjawab.
"Hey, Hani!!, kau dengar tak!" suara perempuan itu sedikit menjerit.
"Apa yang kau nak ha?", Aku ada kacau kau ke?" Hani bersuara dan hairan mengapa ada yang mahu menganggunya. Sambil ketawa dengan kuat, "Ada... sebab tu la aku tak puas hati dengan kau!", perempuan itu menjelaskan lalu talian dimatikan.
'Hmm... siapa dia ni?', fikir Hani.
Telefonnya berdering lagi. Kemarahannya membuak-buak kerana panggilan itu benar-benar menganggunya. Hani terus menjawab panggilan.
"Kau nak apa dari aku, ha?? Tolong la jangan ganggu aku lagi!.", keras suara Hani.
"Eeerr, maaf. Saya faham saya dah ganggu hidup awak.", suara lelaki yang amat dikenalinya.
Hani terus melihat skrin telefonnya. Afiq di talian. Berdebar-debar hatinya apabila mengetahui itu adalah Afiq.
"Eeerr, Afiq." tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan hal itu kepada Afiq. Kalau boleh, dia tidak mahu sesiapa pun tahu mengenai hal nombor yang tidak dikenali itu. Dia membuat keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa.
"Hani.. saya tahu saya dah banyak lukakan hati awak. Saya nak minta maaf atas janji yang saya tak tunaikan tu. Maaf, saya takkan ganggu awak lagi. Assalamualaikum." luah Afiq sambil menamatkan panggilan. Tercengang Hani mendengarkan kata-kata Afiq. Tentu Afiq sudah salah faham. Tapi, biarlah ia menjadi salah faham dari dia menaruh hati terhadap Afiq. Itu lebih baik. Namun, dia tidak dapat menafikan yang hatinya benar-benar
sedih dengan hal yang berlaku antara dia dan Afiq sejak seminggu lepas. Air matanya berlinang.
~~~
Seperti kebiasaan, Hani akan memulakan kerjanya sebelum 8 pagi. Berdebar-debar hatinya apabila melihat kelibat Afiq keluar dari pintu lif.
"Selamat pagi, Encik Afiq." Hani menegur Afiq.
"Pagi.", Afiq menjawab sambil mengangguk dan terus menuju ke arah biliknya.
Jawapan yang sangat hambar daripada Afiq. Hani buat selamba dengan balasan Afiq, dia sudah menyangka keadaan itu yang akan terjadi.
Jam telah menunjukkan pukul 12:30 petang. Pada saat itu juga, terlihat kelibat seorang wanita yang dikenalinya keluar dari pintu lif. 'Afiq keluar makan dengan dia lah sebelum ni, tentu dia adalah buah hati boss aku.', fikir Hani.
"Hai.", Linda menegur sambil melemparkan senyuman menawan. 'Tak hairanlah Afiq sukakan dia.' ngomel Hani dalam hati.
"Hai, nak jumpa Encik Afiq ye?" Hani menjawab sambil membalas senyum Linda.
"Ye, mana awak tau ni?", Linda bertanya kerana dia tidak selalu datang ke pejabat itu. Kali itu, baru sahaja masuk dua kali kakinya melangkah ke pejabat itu.
"Mestilah ingat. Saya cam wajah orang tau.", tutur Hani jujur. Semestinya dia akan mengingati wajah itu kerana hari itulah hari yang Afiq berjanji untuk makan bersama dengannya. Kehadiran wanita itu telah membuatkan harinya serba tidak kena.
"Wah, bagusnya Afiq ada pembantu macam awak.", puji Linda.
"Eh, biasa-biasa je.", tersenyum Hani mendengarkan pujian itu.
"Ehem ehem.", terdengar suara yang dibuat buat dari arah bilik Afiq.
"Saya nak awak buat 10 set salinan dokumen ni ye. Pukul 2 nanti letak atas meja saya." arah Afiq dan terus memandang Linda, "Jom." Afiq mengajak Linda dan terus menuju ke arah lif. Sambil menunggu lif terbuka, Hani lihat kemesraan mereka. Pasangan yang sangat sepadan dimatanya. Entah mengapa hatinya seperti sedih melihat keadaan itu. Sepatutnya dia harus gembira Afiq sudah menemui bahagianya. Dia terus
mencapai dokumen tadi dan menuju ke arah mesin fotostat yang berada berhampiran ruang pejabat Maya.
Last edited by ISTRIMITHALI on 19-12-2014 08:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|