|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
assalamualaikum!!
sakit belakang aku pun jadi isu kat sini ka?
kekeke..cam terharu je...
tengkiu mai prennn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin turun dari motorsikal RXZ milik Ali. Topi keledar di tanggalkan dari kepalanya lantas rambutnya di perbetulkan. Topi keledar dihulur kepada Ali. Selesai saja urusan di pejabat pendaftaran untuk memohon IC baru, mereka terus saja pulang.
Ali pada mulanya mengajaknya untuk berjalan2 di Bandar Mersing dahulu, tetapi Jasmin segera menolak dengan alasan dia mahu tidur kerana semalam tidak cukup tidur.
Pelanggan ramai di restoran sehingga jam 2 pagi. Dia dan Tini selesai mengemas dapur kira2 4 pagi. Selepas itu, bangun pula jam 7 pagi kerana mahu keluar ke bandar awal2 pagi.
Menurut Ali, kalau mereka lambat, takut pejabat tutup kerana hari itu hari Jumaat. Pejabat Kerajaan tutup lama di waktu tengahari.
“Terima kasih Ali..” Jasmin senyum manis lalu menghulurkan topi keledar. Ali turut tersenyum, terpana dengan keindahan senyuman Jasmin. Enjin motorsikalnya masih belum dimatikan. Dia mahu terus beredar pulang ke rumah.
“Kereta siapa tu? Macam kenal..” kata Ali sambil memandang kea rah hujung gazebo yang terdapat di restoran itu. Jasmin pantas menoleh ke tepi. Benar, terdapat sebuah kereta BMW berwarna hitam di parkir berdekatan pagar.
“Ha..a! Aku pun macam kenal..” pintu kereta ditolak keluar dari dalam. Wajah Arif tersembul di muka pintu kereta. Wajah Jasmin serta merta berubah. Ali pantas memandang Jasmin di depannya.
“Abang kau datang. Aku balik dululah ye…kirim salam kat abang kau, ” ujar Ali separuh berbisik. Jasmin mengangguk, lalu memandang Ali yang sudah memulas minyak motor, meninggalkannya di deoan pintu masuk restoran.
Belum sempat kelibat Ali dan motorsikalnya hilang dari pandangan, Jasmin pantas mengatur langkah menuju kea rah Arif. Dia sudah tersenyum simpul memandang Arif yang baru saja menanggalkan cermin mata hitamnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.20 petang. |
|
|
|
|
|
|
|
“Pergi mana?” soal Arif sebaik Jasmin sudah berdiri betul2 dihadapannya. Pakaian Jasmin juga sudah berubah. T-shirt gedoboh besar yang dibelinya dahulu sudah diganti dengan t-shirt yang lebih menampakkan susuk badannya. Ada rasa kurang senang menyelinap di hati Arif melihat Jasmin yang bertenggek di atas motor Ali tadi.
“Mersing,” balas Jasmin sambil tersenyum.
“Buat apa?”
“ Mohon IC baru…”
Arif terdiam. Raut wajah Jasmin dipandang .
“So, dah dapat?” soal Arif lagi. Jasmin mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar jeansnya. Sekeping kad dihulur kepada Arif.
“Diorang bagi kad sementara dulu. Lepas sebulan, baru siap,” kata Jasmin. Arif meneliti kad yang tertera butir2 peribadi Jasmin di kad tersebut. Sesekali dia mengangguk puas hati.
“Jom! Ikut abang!” kad diserahkan kembali. Jasmin mengambil lalu menyimpan kembali ke dalam kocek seluarnya.
“Pergi mana? ” soal Jasmin. Arif mengukir senyum.
“Rumah abang. Mak abang nak jumpa,” kata Arif sambil tersenyum simpul. Jasmin memandang Arif dengan teliti. Bergurau pun biarlah kena tempatnya! Gumam Jasmin di dalam hati. Arif ketawa kecil bila Jasmin masih tidak berganjak.
“Abang serius ni..” tokok Arif lagi. Ditolaknya bahu gadis itu. Niatnya untuk menyedarkan Jasmin dari lamunannya.
“Tapi..esok Jas kerja..” ujar Jasmin khuatir akan pekerjaannya. Arif senyum.
“Jas dah kena buang kerja. Abang dah minta Pak Mat pecat Jas tengahari tadi. So, sekarang, Jas kena ikut abang balik rumah abang. ..” perjelas Arif lagi.
“Pak Mat pecat Jas? Habis tu, Jas macam mana sekarang?” risau betul dia…
“Ikut abang balik rumah! Isy..berapa kali nak ulang ayat yang sama ni!!!” rungut Arif. Sudahlah sejak tadi, Jasmin masih tidak berganjak. Jasmin menggeleng2 langkahnya perlahan2 diatur juga menuju ke biliknya. Biarpun masih kurang faham dengan situasi tersebut, dia yakin dia akan mendapat jawapannya di dalam kereta nanti.
Sesampai di bilik, Tini dilihat sedang membaca majalah. Jasmin mengemaskan barang2nya.
“Nak pergi mana?” soal Tini pelik. Lagak Jasmin, macam orang kena halau dari rumah saja.
“Balik rumah abang..” balas Jasmin. Tini mengerutkan dahi lantas meletakkan majalah yang dibacanya.
“Dia nak bawa kau balik rumah dia? Serius?” soal Tini hampir tidak percaya. Jasmin tidak menjawab. Barang2nya tidaklah begitu banyak. Sekejap saja sudah dikemaskannya. Baldi yang menempatkan barang2 mandiannya turut dicapai. Tini turut bangun mengiringi Jasmin menghampiri Arif yang masih menunggu di kereta.
“ Takkan baldi pun nak bawak?” tegur Arif sebaik Jasmin sudah berdiri di sisinya. Beg Jasmin diambil lalu dimasukkan ke dalam bonet keretanya. Baldi merah masih lagi di tangan Jasmin. Serba salah dia dibuatnya. Bagaimana dia mahu mandi kalau tidak membawa baldi dan alatan mandi itu bersama?
“Bagi kakak sajalah!” Tini cepat2 meraih baldi merah di tangan Jasmin. Jasmin masih menggenggam erat baldinya, enggan melepaskan kepada Tini. Arif tersenyum lucu.
“Baldi tu tinggal,” arah Arif. Barulah Jasmin meleraikan genggaman tangannya. Tini senyum lebar. Isi baldi seperti sabun, ubat gigi dan shampoo yang masih banyak diperhatikan satu demi satu. Jimat duit aku tak payah beli semua benda ni.
Arif sudah pun masuk ke perut kereta. Jasmin memandang Tini. Tini senyum merenung wajah Jasmin. Meskipun baru seminggu lebih mereka bersama, tapi keakraban yang terjalin sudah membuatkan mereka mesra.
“Jangan lupa balik sini bila kau senang ya Jas,” pesan Tini sambil tersenyum. Ada rasa sayu bertandang dihatinya. Jasmin angguk. Bahu Tini dipeluk kejap, kemudian dileraikan.
“Bagitahu Ali, Jas ucapkan terima kasih kat dia sebab tolong Jas buat IC tadi. Kirim salam kat dia dan Pak Mat. Jas tak sempat nak bagitahu Ali…” ujar Jasmin dengan nada perlahan. Dia senyum pahit. Tini mengangguk.
“Jas tahu nombor telefon kakak kan? Nanti senang2 kau telefon ya,” pesan Tini lagi. Jasmin angguk, kemudian mula beredar memasuki kereta. Masuk ke dalam perut kereta, Jasmin melambai kea rah Tini yang setia menghantar pemergiannya dengan lambaian. |
|
|
|
|
|
|
|
Mata Jasmin meliar, memandang ke kiri kanan jalan. Mereka sudah pun melewati Bandar Rompin. Jasmin menoleh, memandang Arif. Dahinya berkerut.
“Kat mana rumah abang?” soal Jasmin. Kenapalah dari awal tadi aku tak tanya. Langit di luar gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Sesekali, suhu penghawa dingin kereta yang sejuk meresap hingga ke tulang keringnya. Jasmin memeluk tubuh yang dingin.
“La..baru nak tanya?” Arif senyum lagi. Lucu pulak dengan sikap Jasmin yang lurus. Kadang2, dia terfikirkan juga, mengapa Jasmin selalu mendengar sahaja katanya. Apa saja yang dipinta olehnya, pasti Jasmin akan berbuat seperti diminta tanpa banyak soal. Percaya sungguh Jasmin padanya.
“Kita nak balik KL,” kata Arif tersenyum. Pantas Jasmin menoleh memandang Arif.
“Balik KL? Kuala Lumpur?” soal Jasmin. Arif angguk lagi. Mata Jasmin membuntang. Dia sudah hilang kata2. Bibirnya kelu. Hendak terjun dari kereta pun, dia tidak tahu bagaimana hendak membuka pintu kereta yang canggih itu. Sudahnya, Jasmin merenung pekat malam dari luar tingkap kereta lalu memandang ke langit.
Oh TUhan!!! Kemanakah hala tuju hidup aku kau nak bawa ni…..hati Jasmin tak putus2 berdoa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 428# minahsaudi
berpantun bagai....
sabarla kak ya....saya tgh usahakan utk menaip sehabis cepat....
ada masa, insya-Allah saya sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 457# cmf_blingblings
err..malas aku...
nanti sampai spital sahih sakit belakang aku hilang punya...
selalu pun camtu..
terima kasih diatas keprihatinan anda!Hait!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Lewat jam 1 pagi, barulah kereta Arif kedengaran memasuki garaj rumah. Datin Zaharah segera bangun membuka pintu rumah. Kereta Arif dilihat diparkir di belakang keretanya. Enjin dimatikan. Datin Zaharah mengintai2 di sebalik cermin kereta yang gelap. Ada seseorang bersama Arif. Bibirnya menguntum senyum. Arif keluar dari kereta.
Datin Zaharah menghampiri kereta Arif. Arif membukakan pintu kereta tempat duduk penumpang. Seorang gadis bertocang tinggi berkulit putih melangkah keluar.
“Mak abang..” perkenal Arif kepada mamanya. Arif terus ke bonet kereta, mengambil barang milik Jasmin. Jasmin segera menghulur tangan bersalaman dengan Datin Zaharah. Datin Zaharah tersenyum lebar bila bibir gadis itu mencium tangannya. Diusap2 kepala gadis itu.
“Siapa nama?” soal Datin Zaharah.
“Jasmin mak cik,” jawab gadis itu malu2. Melihat dari riak wajahnya, jelas dia kurang selesa berada di dalam keadaan itu. Datin Zaharah menarik tangan Jasmin ke dalam rumah. Di pintu rumah, Datuk Muhaiyeen sudah menunggu. Arif mendahului mereka memasuki rumah.
“Ayah abang,” perkenal Arif sewaktu melewati pintu rumah. Jasmin menyalami Datuk Muhaiyeen.
“Kamu dah makan?” soal Datin Zaharah.
“Dah. Singgah R&R tadi..” jawab Arif lalu berlalu ke dapur. Datin Zaharah duduk bersama Jasmin. Diteliti wajah Jasmin satu persatu. Wajah bujur sirih berkulit bersih itu memang cantik. Anak mata berwarna coklat dengan alis kening yang panjang dan lentik, benar2 mengagumkannya. Anak secantik ini, mengapa ada hati yang sanggup membuangnya?
Datin Zaharah menarik nafas dalam2. Wajah Jasmin dilihat sedikit pucat.
“Mari, mak cik tunjukkan bilik. . Jasmin tentu penat. Esok sajalah kita berbual ya,” Datin Zaharah bangun, mengajak Jasmin mengikutinya. Jasmin bangun dalam teragak2.
Langkah Jasmin dituruti. Datuk Muhaiyeen hanya memandang kedua2nya berlalu.
Arif muncul kembali dari dapur. Melihat kelibat mamanya dan Jasmin tiada, langsung dia bertanya kepada papanya.
“Mana mama dan Jas?”
Datuk Muhaiyeen membalas pertanyaan itu dengan menunjukkan jari telunjuknya ke bahagian tingkat atas. Arif mengangguk. Dia juga turut melangkah mendaki tangga ke tingkat atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Awal2 pagi Jasmin sudah bangun. Semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya. Kereta Arif yang keluar awal pagi hanya dilihat menerusi tingkap biliknya pagi tadi. Puas bermenung, akhirnya dia memberanikan diri turun jua ke dapur.
Rumah itu sunyi sepi. Seorang perempuan separuh umur yang memakai baju kurung kedah dan berkain batik sedang membancuh air di dapur. Bukan ibu Arif yang ditemuinya semalam. Jasmin menghampiri tubuh wanita itu dari belakang. Bahu wanita itu disentuh perlahan.
“Oppocott Mak kau!!!!” Mak Esah segera melatah sebaik bahunya dicuit tiba2. Pantas dia menoleh dengan sudu yang masih ditangan. Jasmin terpana. Melopong mulutnya melihat gelagat Mak Esah. Cepat2 dia menghulur tangan mahu bersalam dengan Mak Esah.
“Oh….inilah anak angkat baru Datin tu ye?” dalam nada terkejut yang belum hilang, Mak Esah membiarkan tangannya dicium oleh Jasmin. Jasmin memandang Mak Esah.
“Anak angkat Datin? Siapa?” perlahan suaranya menyoal Mak Esah. Mak Esah ketawa.
“Mari duduk..” Mak Esah menarik Jasmin duduk di meja makan.
“Datin Zaharah. Ibu Encik Arif. Semalam dia dah bagitau Mak Esah suruh masak lebih, sebab katanya anak angkat baru dia nak datang. Alih2, lewat malam baru korang sampai. Semua lauk2 tu Mak Esah dah simpan dalam peti ais…” ujar Mak Esah panjang lebar.
Jasmin melangut. Jadi bukan calang2 juga keluarga ini. Perempuan semalam tu bergelar Datin? Dan dia pula memanggilnya dengan panggilan ‘mak cik’? Aduh…. Jasmin menekup dahinya. Kesal kerana tidak menyelidiki latar belakang keluarga itu terlebih dahulu.
Semalam pun, hampir menggigil lututnya sebaik kereta Arif melencong masuk ke pagar rumah ini.
“Haa…anak ni siapa nama?” soal Mak Esah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Jasmin. Panggil Jas saja..” balas Jasmin. Mak Esah senyum. Raut wajah didepannya dipandang.
“Mak cik ni, ..Mak Esah. Pembantu rumah kat sini…Suami mak cik, Pak Kadir, pemandu Datuk, ” kata Mak Esah ramah. Jasmin mengangguk. Sebetulnya, dia agak segan dengan Mak Esah yang baru dikenalinya. Tapi, melihat kemesraan wanita itu, segannya surut sedikit.
“Sarapan apa pagi ni?” tiba2 saja muncul Datin Zaharah dari ruang depan. Melihat Jasmin yang sudah berada di kerusi, dia agak terkejut.
“Eh..awalnya bangun. Boleh tidur semalam?” soal Datin Zaharah tak putus2. Jasmin mengangguk. Datin Zaharah duduk di meja makan. Mak Esah bangun mengambil makanan yang sudah disiapkannya dari atas dapur lalu menyusun di atas meja. Jasmin turut bangun, mahu membantu Mak Esah.
“Tak payah! Tak payah! Jas duduk. Biar Mak Esah saja yang buat..” tegah Mak Esah. Serba salah Jasmin dibuatnya. Datin Zaharah tersenyum.
“Jasmin mari duduk sini, mak cik nak cakap sikit…” panggil Datin Zaharah seraya menarik kerusi makan di sebelahnya. Jasmin serba salah lagi. Kedua2 wajah wanita dipandangnya silih berganti.
“Duduk..jangan takut,” Datin Zaharah tergelak kecil melihat Jasmin yang masih takut2.
Perlahan2, Jasmin duduk di kerusi bersebelahan Datin Zaharah. Datin Zaharah menyurungkan cawan teh strawberry kepada Jasmin. Piring diambil lalu diletakkan sebiji karipap buatan Mak Esah. Piring disuakan kepada Jasmin.
“Makanlah..” jemput Datin Zaharah sambil tersenyum. Bertambah2 rasa serba salah Jasmin dibuatnya.
“Datin tak makan sama?” Jasmin menyoal. Datin Zaharah senyum. Raut wajah Jasmin yang masih bertocang dipandang. Melihat wajah mulus dan suci itu, latar belakang gadis itu menjengah ruang mindanya. Rasa belas meluap di dadanya. Wajah itu diusap penuh kasih dengan pandangan matanya.
“Jasmin…Arif ada beritahu Jasmin kenapa dia bawa Jasmin ke sini?” soal Datin Zaharah. Jasmin terdiam.
“Sebab Datin nak jumpa saya?” teka Jasmin. Itulah yang diberitahu oleh Arif semalam. Datin Zaharah senyum lagi. Bertuah punya budak Arif ni….lain aku suruh, lain dia bagitahu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Mak cik nak ambil Jasmin sebagai anak angkat mak cik. ..” kata Datin Zaharah. Mata Jasmin membuntang.
“Tapi..saya ni..”
“Arif dah ceritakan seluruh latar belakang Jasmin. Jadi, memandangkan Jasmin pun tak ada tempat tinggal, tak ada saudara mara sekarang, Mak cik nak Jasmin tinggal di sini buat selama2nya. Jasmin sudi tak?” soal Datin Zaharah sambil tersenyum.
Mata Jasmin mencerlung memandang wajah Datin Zaharah. Ngerinya dia mendengar kata2 Datin Zaharah tadi. Benarkah?
“Tapi saya…” lidah Jasmin sudah kelu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjwab soalan Datin Zaharah.
“Mak cik anggap Jasmin setuju. .” kata Datin Zaharah lagi. Mak Esah di depannya turut tersenyum.
“Tapi..saya nak cari kerja…” akhirnya terluah juga maksud hatinya. Dia tidak mahu duduk bergoyang kaki sahaja menongkat langit. Dia sedar siapa dirinya.
Datin Zaharah dan Mak Esah berpandangan dan saling mengulum senyum.
“Tak apalah. Nanti mak cik carikan Jasmin kerja. Jadi, buat masa ni, Jasmin tinggal di sini dululah…” tambah Datin Zaharah lagi. Jasmin ternganga.
“Tapi Datin..”
“Memandangkan Jasmin dah jadi anak angkat mak cik, jangan sesekali panggil Datin. Panggil mama! Okay?” soal Datin Zaharah sambil tersenyum.
Gulp! Jasmin menelan air liur pekatnya. Seakan tertelan biji rambutan saja layaknya. Perit tekaknya mendengar arahan Datin Zaharah. Mama? Hmmmhh…Jasmin menarik nafas payah.
“Ah..sudah! Lepas makan, kita pergi shopping!!! Makan cepat!” Datin Zaharah sudah melonggokkan beberapa kuih didalam piring Jasmin. Sementara Jasmin pula masih terkedu dengan arus perubahan yang begitu cepat! |
|
|
|
|
|
|
|
Arif memandang pekerja baru yang menggantikan setiausaha lama papanya sebaik melewati pintu masuk bilik papanya. Gadis itu tinggi lampai, memakai skirt pendek paras lutut dengan kemeja beropol dibahagian dada. Rambutnya yang pendek tersusun rapi . Kemas dan elegen! Itu rumusannya.
“Pengganti Agnes?” soal Arif sebaik berhadapan Datuk Muhaiyeen.
“O…dah tengok ke? Sorry papa tak sempat kenalkan dia dengan kamu. Come..” Datuk Muhaiyeen bangun lalu keluar dari biliknya diekori oleh Arif.
Meja pekerja baru itu dihampiri. Gadis itu memandang kedua2nya sambil tersenyum. Dia turut bangun bila mereka berdua sudah pun berada dihadapan mejanya.
“Wardah, kenalkan ini Pengarah Urusan Muza Holdings, Arif Farhan. Tadi masa you tour, he’s stuck in the meeting. ..” perkenal Datuk Muhaiyeen kepada setiausaha barunya. Agnes, pembantu peribadi lamanya sudah pun meletakkan jawatan kerana terpaksa mengikuti suaminya yang bertugas di luar negara.
“Wardah. Nice meeting you Encik Arif,” salam bersambut beserta senyuman manis. Arif mengangguk faham.
“So, tak keluar lunch ke?” soal Datuk Muhaiyeen prihatin.
“Tak apa Dato’. Saya ada kerja sikit perlu buat, “ balas Wardah sopan.
“So, see you again,” Datuk Muhaiyeen tersenyum lalu berlalu bersama Arif. Wardah merenung langkah Arif yang meninggalkannya tanpa berkelip. Bibirnya menguntum senyum. Hensemnya anak Dato’ ni…Hii…Wardah menggenggam jarinya erat dan di bawa ke dada, teruja dengan apa yang dilihatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tengs fizi |
|
|
|
|
|
|
|
tq fizziiiiiiiiiii
bnyknya n3.....
tp jas ada pesaing la pasni..si wardah tu..sama nama ngan cite mahabbah terindah |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun kalau boleh nak jadi anak angkat Datin
boleh tak Fizz.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 475# mertua
anak angkat Datin tak boleh....
tapi kalau mertua datin...boleh kot...... |
|
|
|
|
|
|
|
best best ada n3 bru... thks fizz |
|
|
|
|
|
|
|
dah xde n3 ke?
adoi..setiap cite mesti ade sampah yg nak melekat |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik aku..sakit belakang...lepas tu terus tak bole jalan..siap bertongkat..bukan tongkat sat ...
hotskirt Post at 16-3-2011 17:39
slip disc ker skirt ? aduihh |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun kalau boleh nak jadi anak angkat Datin
boleh tak Fizz..
mertua Post at 16-3-2011 22:31
rasanye ramai yang nak jadi anak angkat kpd datin ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|