|
novel haiza najwa yg baru adalia dah baca blum... tajuk tak ingat la plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 460# adalia
nampaknya karya lynn dayana ni tak akan keluar drpd list untuk borong kt karnival karangkraf
cuma novel elin tu kena keluarkan drpd senarai nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
novel haiza najwa yg baru adalia dah baca blum... tajuk tak ingat la plak...
asyriqa Post at 21-1-2012 22:08
yg tu blum lg..ari tu nak order depa kata baru nak print |
|
|
|
|
|
|
|
Reply adalia
nampaknya karya lynn dayana ni tak akan keluar drpd list untuk borong kt karnival ...
mijot Post at 21-1-2012 23:17
best tu best la jugak..tp watak heroin tu kasar melampau plak rasanya...yg laki tu plak jenis penakut/lurus bendul..
smpai tahap belasah laki dia tu mmg ler |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 453# langit_biru18
setuju!!willy pulak masa baca novel ni,part yang dekat luar negara..yang hero sama ngan family pujuk heroin terus teringat citer Adam & Hawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 465# willy_wonka
pendek kata mmg rasa menyesal giler beli novel nie...... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa pernah baca novel islamik keluaran alaf21
kasi review sket..
mijot nak beli tapi takut, novel islamik selalu beli keluaran PTS.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru habis membaca ''aku pilih dia''
awak 20% bosan. bila dah sampai pertengahan memang excited nak habiskan.
nak tahu Jo pilih siapa. Hampir tertewas nak selak page belakang.
bila dah baca buku ni rasa mcm persamaan dengan novel ''sweet sour''.
SS - abg playboy, adik jujur.
APD - adik playboy, abg jujur.
so far quite best la novel ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 468# miza86
sama dgn apa yg mijot rasakan...
dah abes baca buat perbandingan, nove llebih kurang SS...
cuma watak bertukar...
SS pun depan2 kureng best...
bila watak si abang muncul baru menarik jalan ceritanya... |
|
|
|
|
|
|
|
dah abes baca cinta perisa dia - lynn dayana
4 bintang
kisah bonda yg buat rancangan realiti mencari jodoh utk anak bujang dia yg merupakan penyanyi terkenal...ala2 the bachelor campur gadis melayu
dlm banyak2 peserta, ayumi merupakan tukang cuci dah berazam yg dia akan buat prestasi buruk supaya dia dikeluarkan pada minggu pertama...tapi bila pengambaran dimulakan, ayumi terlupa dgn misi dia sebaliknya dia buat bersungguh2 utk mengalahkan model terkenal iaitu mia sara....tapi pabila dah sampai top 3, ayumi bertekad untuk membuatkan diri dia tersingkir dan berjaya...
sebelum rancangan disiarkan di kaca tv, ayumi membuat keputusan untuk melarikan diri dr semuanya...sebenarnya dia takut apabila dia dikenali ramai, maka perkara masa lampau dia akan diketahui org ramai...nak tahu apa rahsia ayumi, sila baca novel ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah abes baca cinta perisa dia - lynn dayana
4 bintang
kisah bonda yg buat rancangan realiti men ...
mijot Post at 29-1-2012 03:10 PM
wahh.. kalau mijot bg 4 bintang mesti best ni..
ada 5 biji novel lom mula baca..
kena letak dalam senarai dulu ni. dah habis baca yg dkt rumah ni leh la g beli |
|
|
|
|
|
|
|
novel terbaru alaf 21
|
|
|
|
|
|
|
|
tgh baca :
buat yg tersayang - maya rasyidah
baru mula baca beberapa bab awal..
sgt spoil sbb penulis menggunakan bahasa melayu sabah/brunei/labuan...pastu takde terjemahan...sgt spoil sbb kita kita tahu maksud perkataan dan ayat... |
|
|
|
|
|
|
|
novel terbaru alaf 21
chit_ana Post at 29-1-2012 20:23
semua penulis tak kenal kecuali dr tuah.. tapi tak minat dia |
|
|
|
|
|
|
|
semua penulis tak kenal kecuali dr tuah.. tapi tak minat dia
sapp73 Post at 30/1/2012 12:36
sama lah kite pun.was2 nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
buat yang tersayang - maya rasyidah
2.75 bintang
kisah kawen paksa..perjanjian 2 keluarga...
tapi si suami tidak dapat menerima si isteri, lalu si isteri mengunakan peluang melanjutkan pelajaran untuk menjauhkan diri....
selepas 2 tahun, si isteri kembali semula ke malaysia...jumpa semua si suami tapi si suami begitu baik dgn si isteri...si isteri ragu2 dgn kebaikkan si suami...
happy ending
komen aku
- bagus menunjukkan budaya melayu brunei tapi spoil mod membaca sbb banyak gak dialog dlm bahasa melayu brunei jadi aku tak paham maka aku lompat mukasurat
- kurang dialog, banyak karangan jadi cepat bosan baca perenggan banyak2
- edisi senang letak...baca beberapa bab berhenti...
- heroin sangat sempurna...pandai memasak, mengaji, menjahit, bakal doktor, anak org kaya, bawa keta mahal (sbb org brunei kot)
- jalan cerita yg aku rasakan sgt lambat bergerak |
|
|
|
|
|
|
|
tambahan mengenai novel buat yang tersayang...
ada 2 part yg aku rasa sama seperti part dlm novellain yg pernah ku baca..
1. part makan buah...disebabkan si suami tengah memandu, maka si isteri tolong kupaskan, suapkan dan tadah tgn untuk bijinya (sama seperti babak dlm gemersik kalbu)
2. bab2 terakhir, si suami bagitahu dia kawan siber si isteri (mengingatkan aku pada novel aA+bB, dimana benjy menjadi kawan siber kpd didi) |
|
|
|
|
|
|
|
ni bual bicara semasa karnival karangkraf aritu..
Kemelut karya adaptasi
Oleh Nazmi Yaakub
[email protected]
2012/02/08
DARI kiri pengarah drama, Heykal Hanifah, penulis skrip, Zabidi Mohamed, novelis, Damya Hanna dan pemudah cara Saadiah Mohamad pada Forum Sembang Buku: Karya Adaptasi, Siapa Tumpang Glamour? di Karangkraf Shah Alam.
Pengarang atau pengarah tumpang glamor, gagal selami semangat penulis
PERTEMBUNGAN penulis asal dengan produser dan pengarah drama serta filem di negara ini, bukanlah kisah baru kerana filem yang diangkat selalu dianggap ‘merosakkan’ karya asal atau sekurang-kurangnya tidak berjaya memindahkan semangat pengarangnya.
Langit Petang dan Ranjau Sepanjang Jalan karya dua Sasterawan Negara (SN), iaitu Datuk (Dr) A Samad Said dan Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad serta novel Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 1999, Khadijah Hashim, Mira Edora dan Bicara Hati, boleh dianggap antara ‘barang kes’ dalam pertembungan itu.
Kebanjiran novel popular dalam industri buku tanah air yang sebahagiannya mencatatkan keuntungan luar biasa sehingga diulang cetak sudah tentu mencuri perhatian pemain industri filem dan drama untuk sama meraih laba daripada pelaburan mereka.
Dalam konteks semasa, selain novel Karipap-karipap Cinta karya Nazri M Anuar yang kemudian diangkat ke filem oleh pengarang sitcom popular, Othman Hafsham, Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashari sudah tentu paling hangat diperkatakan terutama apabila filemnya memungut kira-kira RM11juta.
Malah, novel Ombak Rindu yang diterbitkan pada 2002 dan diulang cetak lebih 20 kali itu, diburu sekali lagi oleh pembaca sehingga ‘menambah’ jangka hayat judul novel popular yang selalunya hanya bertahan antara tiga hingga empat tahun.
Justeru, timbul persoalan baru yang berlegar dalam industri buku, iaitu sama ada industri filem dan drama atau industri buku yang menumpang tuah sekiranya karya visual itu mencatat kejayaan box-office.
Keghairahan baru inilah yang dikupas dalam Sembang Buku - Karya Adaptasi: Siapa Tumpang Glamor? di Auditorium Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini, selain mengulang isu yang melingkari hubungan antara dua industri terbabit.
Penulis skrip, Zabidi Mohamed, berkata tuah sebenar berada pada penerbit seperti yang berlaku pada filem Ombak Rindu tanpa menafikan peranan daripada judul dan penulisnya.
“Saya beranggapan produser filem menumpang glamor novel, manakala judul itu pula menumpang glamor penerbit buku khususnya penerbit yang besar.
“Ombak Rindu boleh sampai RM11 juta kerana produser tahu penerbit asalnya pasti turut memberi promosi secara percuma termasuk dalam majalah dan akhbar yang dimilikinya,” katanya pada sesi yang dipengerusikan Editor Pengurusan Alaf 21, Saadiah Mohamad.
Pandangan itu, kata Zabidi, berdasarkan kejayaan Ayat-ayat Cinta dan Di Bawah Lindungan Kaabah yang meletup di Indonesia kerana penerbitnya juga adalah penerbit buku, majalah dan akhbar yang terbesar di negara berkenaan.
Mengenai perasaan tidak puas hati sama ada oleh penulis asal atau pembaca yang menontonnya, Zabidi menganggapnya ia timbul daripada kefahaman yang tidak jelas terhadap konsep adaptasi naskhah ke filem atau drama.
“Adaptasi tidak hanya menyalin kembali sesuatu karya, sebaliknya ia mengangkat naskhah yang ditulis itu untuk menjadi lebih segar dan baru.
“Ramai penulis termasuk novelis yang tidak faham bahawa bahasa novel ialah teks, sedangkan bahasa filem pula membabitkan visual,” katanya pada acara bersempena Festival Penulis Grup Buku Karangkraf 2012.
Malah, Zabidi berkata, mengangkat novel kepada drama bersiri lebih menderita kerana slot tayangan selama sejam memerlukan sekurang-kurangnya empat babak tergantung untuk mengekalkan tumpuan penonton.
“Bagaimanapun, tindakan penulis skrip yang mengangkat naskhah supaya menjadi visual yang lebih baik, disalah tanggap sehingga mewujudkan pertembungan pula antara pengarah dengan penulis asal.
“Malah, pembaca yang menonton, tetapi tidak memahami perbezaan antara bahasa naskhah dan filem turut mengkritik termasuk menganggap ‘pengarah bodoh’,” katanya yang juga bekas peguam.
Namun, Zabidi memilih untuk tidak menyebelahi pengarah sekiranya perubahan itu membabitkan persoalan penting seperti syariat Islam yang tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya.
Hal ini boleh dilihat umpamanya pada Karipap-karipap Cinta apabila watak utamanya dalam novel yang bertudung litup ditukar kepada pelakon yang hanya mengenakan selendang sehingga menampakkan rambut.
Isu yang sama turut menimpa novelis, Intansuhana Ramli atau lebih dikenali sebagai Damya Hanna apabila watak dalam novelnya yang juga memakai tudung, tetapi diubah kepada pelakon dengan selendang sehingga menampakkan anting-anting dalam drama adaptasi.
“Bagaimanapun, saya sempat membantah perubahan itu sehingga akhirnya pihak produser dan pengarah menerimanya, tetapi sebahagian adegan yang sudah pun dilakonkan tidak diulang kembali.
“Tidak hairanlah apabila drama itu ditayangkan, ramai penonton tidak berpuas hati kerana watak itu tidak mengenakan tudung dengan abang iparnya, tetapi menutup aurat apabila bersama-sama dengan suaminya,” katanya.
Pengarah drama, Heykal Hanifah, mengakui penggunaan watak utama yang bertudung atau tidak, turut berkait dengan slot yang disediakan oleh stesen televisyen.
“Stesen televisyen itu sendiri seolah-olah menentukan slot mana yang sesuai untuk watak utamanya mengenakan tudung atau watak yang tidak bertudung,” katanya.
Mengenai pertembungan antara penulis asal dengan penerbit atau pengarah drama, Heykal berkata, beliau memilih untuk berbincang dengan penulis asal termasuk penulis skrip untuk berbincang mengenai perubahan dan penukarannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah habis baca novel Ayu Emelda Mahar Setulus Hati " Nur"
kategeri Islamic......
Suka dgn novel terbaru AYU ada pengisian........antara ibu & isteri....
Tak puas hati tgk cover novel nama penulis terlalu kecil so klu sekali tgk memang x tahu itu novel terbaru AYU. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 479# qimi08
Akak...
Beli kt mn? Cr kt markas xder pon |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|