CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 27-8-2009 03:32 PM | Show all posts
459# Jaza2008
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2009 04:20 PM | Show all posts
MANA HANI n NAZRIZ NIH :re: :re:  :re:  :re:  :re:  :re:
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 06:26 PM | Show all posts
mana n3... rindulah kat hani
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 07:52 PM | Show all posts
Saya sokong pendapat kawan2 semua.
Saya suka gaya penulisan smiley....best jer baca.
Cuba ler smiley..belum cuba belum tau. Saya tetap sokong dari belakang n kalu first buku awak keluar...saya akan ...
ruby76 Post at 26-8-2009 19:49


smiley ni arjuna ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 10:31 AM | Show all posts
nak lg....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 01:19 PM | Show all posts
bila nak ader kisah hani & nazrin nie.....,
tak sabar nak tau................
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-8-2009 03:54 PM | Show all posts
tenkiu sbb bagi kata kata semangat
smiley/ juna dah start berangan dah
nak nama pena yg glamer mcm Markonah atau Mak jah..... nak cari judul baru yg uumphhh
sampai takde masa nak sambung citer....jangan maraaaa ye

kih kih kih..... sebenarnya smiley bz sgt sgt sbb banyak file yg hilang masa laptop kena H1N1 dulu
insyaallah smiley sambung weekend ni atau awal minggu depan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2009 03:56 PM | Show all posts
464# lesprincesse

yes... smileyface = sang arjuna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2009 03:59 PM | Show all posts
458# zue_isma  

yalah... mana smiley ni.... ke dah gi publisher office?.... pantas bertindak ya....
tapi bagi le 2,3,4 n3 yg panjang2 dulu.....hehehe....
Jaza2008 Post at 27-8-2009 11:44


hehehehehe.... kelakar plak bila imagine scenario ini
tak sabar sabar...terus serang opis publisher
mesti terkejut beruk derang tgk smiley " Saya nak publish citer saya ni" sambil hentak hentak kaki
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 05:18 PM | Show all posts
sambung la lg smiley....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 09:18 AM | Show all posts
kalu tuan rumah dah kata camtue...
kitaorg sedia menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 10:45 AM | Show all posts
so..smiley..
dah xde sambung kat sini lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:54 PM | Show all posts
kalu tuan rumah dah kata camtue...
kitaorg sedia menunggu...
shahrinas Post at 29-8-2009 09:18


betul betul betul... setia menanti ;)
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 09:50 AM | Show all posts
468# sang_arjuna

smileyface tak ada blog ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 04:23 PM | Show all posts
Nazrin mempercepatkan langkah agar seiring dengan Dr Mirzan dan Professor Dr Helena Dass. Tak sabar rasanya untuk sampai ke destinasi iaitu Dewan Kuliah  Utama. Sesi taklimat untuk pelajar tahun akhir di jadualkan bermula dalam beberapa minit. Satu satunya peluang untuknya bersua muka dengan Hani. Walaupun di kelilingi dengan puluhan pelajar lain tapi jadi lah. Sudah berminggu minggu dia tidak melihat kelibat Hani. Jangankan bertegur sapa, berselisih bahu pun tak pernah. Nasib baik Dr Mirzan sentiasa menitip berita tentang Hani.

“ Nazrin, you sudah siapkan list pelajar dan mentor mereka?” Tanya Professor Dr Helena yang lebih mesra dengan panggilan Prof Helen. Wanita Serani berusia 40an itu Timbalan Dekan Fakulti Business. Berpengalaman luas dan bergeliga orangnya.

“Ya. Setiap lecturer ada 10 pelajar. I know it’s a bit too many tapi ada lecturer yang tak boleh bagi komitmen untuk program ini.” terang Nazrin.

“ I understand.” Prof Helen mengangguk ke arah pensyarah muda itu. Banyak idea yang telah di sumbangkannya. Prestasi Nazrin sebagai pensyarah cukup membanggakan, walaupun baru beberapa bulan bertugas di UDR. Cerah masa depannya di sini.

Sebaik mereka bertiga melangkah masuk ke dewan yang sudah di penuhi siswa siswi, suasana yang agak hingar terus berubah. Pelajar merendahkan laras suara masing masing. Sambil mengambil tempat duduk, mata Nazrin melingas. A- ha! Sasaran sudah di kenalpasti. Koordinat barisan ketiga , lima dari kiri. Berbaju kurung biru cair, rambut melepasi bahu di kemaskan dengan cekak, ayu sekali.  Hani menulis sesuatu di buku notanya sebelum mengangkat muka. Mata mereka bertentangan dalam sesaat sebelum Hani memalingkan wajah ke arah teman di sebelah.

“ Encik Nazrin… Encik Nazrin lah” bisik Izzah peuh teruja sambil mencuitnya.

“ Laa…. Aku boleh nampak lah. Mata aku belum rabun lagi” Balas Hani sambil mengerling ke arah Izzah yang tersenyum simpul. Di sebelah kirinya pula Dina sedang membetulkan tudung.  Keduanya bergaya sakan hari ini, maklumlah ada “ date” dengan Nazrin. Macamlah aku tak boleh baca isi hati mereka.  

Prof Helen mengambil tempat di podium untuk memulakan taklimat. Sebaik memperkenalkan Nazrin, terdengar suara suara bersoseh soseh. Peminat peminat Nazrin lah tu. Bila tiba giliran Nazrin memberi penerangan tentang latihan amali dan konsep mentor – protege, tepukan gemuruh memenuhi dewan. Macam konsert Akademi Fantasia pula. Cuma banner “ AFUNDI NAZRIN” saja yang tak ada. Adeh la….

Hati Hani turut berdegup kencang menurut rentak puluhan siswi lain. Ini kali pertama dia menghadiri sesi taklimat yang di kendalikan Nazrin. Ketampanan nya terserlah dengan baju kemeja putih berjalur halus warna kelabu di padankan dengan slacks kelabu tua.  Kalau nak kata hensem, ramai yang lagi hensem tapi Nazrin ada daya penarik tersendiri. Penuh keyakinan namun bersahaja. Semua hadirin baik lelaki maupun perempuan, memberi sepenuh tumpuan. Segala soalan dijawabnya dengan ringkas tapi padat dan tepat. Fuyooo! Respek habislah.  Berbeza dari Nazrin yang aku kenali. Patutlah ramai yang jatuh cinta. Dan aku? Alaaa…. Ngaku jerlah. Kalau Nazrin ajak kahwin sekarang pun okay. He he he… siapa yang gatal tak hengat sekarang? Secebis senyuman terukir di bibir dengan spontan tatkala Nazrin memandang ke arahnya. Namun tiada reaksi seperti yang di harapkan Hani. Senyuman nya tidak berbalas. Malu nyaaaa…

“ List mentor pelajar  ada di Bulletin Board dan juga di intranet Bizschool. Sesiapa yang ada masaalah tentang latihan amali, boleh jumpa saya atau Dr Mirzan. Saya harap para siswa siswi tahun akhir akan mendapat manafaat dari system yang baru di perkenalkan ini. Assalamualaikum” Nazrin memberi kata penutup.

“ Mengancam kan? He is hot!” bisik Izzah.

Kening Hani terjungkit. Sejak bila kosa kata Izzah Madihah bt Munir, srikandi Melayu sejati, merangkumi perkataan “ Hot “ dan “ Mengancam”? Hebat betul penangan Nazrin. Rasa cemburu mula menular di lubuk hatinya. Eeh.. apa kena aku ni?

Ketiga tiga pensyarah meninggalkan dewan setelah selesai taklimat. Siswa siswi mula kecoh berdiskusi sama sendiri.

“ Jom kita check list mentor. Mana tahu kalau nasib baik, dapat Encik Nazrin. He He He!” gesa Dina. Makcik ni dah terlupa  pada tunangnya si Farique kah, detik hati Hani.

“ Kalau aku jadi mentee dia, aku belanja korang laksa Mak Tom” janji Izzah

“ Setakat laksa saja? Kenapa tak tumbang seekor kerbau, buat kenduri terus” perli Hani.

“ Huh, aku tak paham lah kau ni Hani” bidas Dina” Shamil yang hensem itu kau tak minat, Encik Nazrin pun kau tak pandang sebelah mata. Macam mana lah rupa suami kau nanti ya?”

“ Kalau tak macam Josh Duchamel , macam Remy Ishak kot” balas Hani selamba.

“ Hoi, jangan merepek lah. Jom, aku tak sabar nak tahu siapa mentor aku” Izzah menarik tangan Dina. Hani terpaksa menurut. Siapa jadi mentor aku? Tentunya bukan Nazrin. Aku senyum pun dia buat tak tahu. Aku kuciwaaaa…...
………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 04:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 31-8-2009 16:52

Dahi Hani berkerut. Assignment sudah di hantar. Dr Mirzan nak jumpa aku pasal apa pula? Hani mengerling jam tangan. Aku dah janji nak pekena teh tarik dengan Aina di kafeteria. Meskipun sebilik, jarang betul mereka dapat berbual panjang akhir akhir ini. Masing masing sibuk dengan kuliah dan project paper. Bila balik ke bilik, mata dah tak mampu di kekang.

“ A’ah. Very important katanya” pesan Syifa , junior satu dorm dengan Hani.

“OK, thanks Syifa.” Hani di serang seribu satu kemusykilan. Gred aku untuk ujian bulanan teruk sangat kah? Atau dia nak berbincang pasal internship aku. Nasib baik juga aku dapat Dr Mirzan sebagai mentor. Kalau dapat Nazrin, sah aku yang jadi” mental”. Sepanjang perjalanan ke blok yang menempatkan pejabat pensyarah, Hani cuba menebak tujuan Dr Mirzan memanggilnya. Apalah aku ni, gabra semacam. Dr Mirzan ni kira okay jugalah. Kalau garang pun, garang bertempat.

Pintu bilik Dr Mirzan tertutup rapat ketika Hani sampai. PA nya memberi isyarat agar Hani masuk. Tombol pintu di pusing. Dia terkial kial sejenak.

“ Masuk Hani. Duduklah” pelawa Dr Mirzan. “ Awak tak ada kuliah atau tutorial sekarang kan?”

Hani mengatur langkah ke kerusi kosong di depan meja pensyarahnya. Fail yang di kepil  di letak di meja.

“ Tak ada. Dah habis untuk hari ni. Kenapa.. apa pasal.. er.. Dr nak jumpa saya pasal apa?”

“ About your internship. Persada Construction tak sesuai dengan business student macam awak.  Why did you chose this company?” soal Dr Mirzan sambil menaip sesuatu di PC. Hai Nazrin .. Nazrin. Ini semua di lakukan demi kawan baiknya. Risau bukan main lagi bila Nazrin dapat tahu yang Persada Construction kepunyaan bapa Shamil, saingan ketatnya. Tambah serabut Nazrin bila Shamil juga akan menjalani internship pada waktu yang sama.

Hani menarik nafas lega. Ingatkan apa tadi. “ Saya akan di tugaskan di Finance Department. Company tu besar juga. Saya dah check websitenya. Banyak juga yang saya boleh belajar di sana” Hakikatnya, tawaran dari Shamil bagai pucuk di cita ulam mendatang. Dia ingin mengetahui lebih lanjut tentang keluarga Safura dan Marzuki. Sejak mendengar cerita Acik Mah, perasaan ingin tahunya berkobar kobar. Tiada dendam di hati, tapi dia kepingin mendekati mereka yang rapat dengan arwah bapanya. Bapa yang tak sempat di kenali. Mana tahu kalau kalau ada staf Persada yang mengenali arwah.

“ Macam mana kalau I tempatkan you di Maybank? Ada lagi tempat kosong.” usul Dr Mirzan

“ Bukan saya tak suka tapi seniors tahun lepas yang pergi ke Maybank kata pegawai di sana terlalu sibuk. Tak ada masa nak membimbing interns. Most of the time interns cuma buat photostating, filing, kerja kerja macam tu saja.”

“ Betulkah? “ duga Dr Mirzan. Sebenarnya dia sudah sedia maklum tentang masalah di Maybank itu. Untuk sedapkan hati Nazrin, dia akan cuba untuk mengubah keputusan Hani.

Hani mengangguk. “ Betul Dr. Walaupun allowance dia lebih  tinggi dari yang Persada , tapi saya rasa rugi kalau tak belajar apa apa”

“ Hani tinggal di mana nanti?” Lagi satu soalan dari Nazrin. Jadi balaci lah aku kali ni, Dr Mirzan mengomel sendirian.

“ Dengan abang saya di Jalan Jelatek” Syukur Alhamdulilah, Along akan balik Malaysia sebelum aku mula internship. Kalau tidak, pening juga nak cari tempat tinggal. Sewa di KL bukannya murah. Aku bukannya ada kawan atau saudara mara yang boleh aku tumpang.

“Hmm... kalau begitu..” Belum sempat Dr Mirzan menghabiskan ayatnya, pintu pejabatnya di kuak.

“ Oh, sorry. “ Hani tersentak mendengar suara Nazrin. Uh-oh….. maintain Hani , maintain. Jangan gelabah. Dr Mirzan ni tahu ke pasal aku dengan mamat ni?

“I tak tahu you ada someone with you. I won’t disturb you. I’ll come back later” ujar Nazrin.

Banyaklah kau punya come back later. Macamlah aku tak tahu kau sengaja cari peluang nak terserempak dengan Hani, dengus Dr Mirzan dalam hati.

“ Its okay, Nazrin. Masuk lah. Ini Hani , my student” kata Dr Mirzan dengan senyuman lebar.  Dahsyat juga lakunan aku.

“ Kalau dah tak ada apa apa, saya pergi dulu ya Dr Mirzan. Saya tak nak menganggu.”  Hani mula tak senang duduk. Rasa seram sejuk pula.

“ You don’t have to leave. Sambunglah you punya discussion. I nak pinjam buku saja” kata Nazrin sambil memerhati Hani dengan teliti. Yeay… dia dah pakai cincin tunang, hatinya bersorak. Dia pura pura meninjau buku buku di rak.

“ So, tak ada apa apa masaalah kalau saya pergi Persada Construction?” Hani meminta kepastian. Punggungnya makin panas lagi lama dia di sini. Apahal  Nazrin  menjeling ke arah aku. Ada hutang kah? Masa taklimat hari tu sikit punya sombong. Aku senyum pun tak balas. Padahal dengan pelajar lain layan baeek punya. Nyampah!

“ Er.. saya rasa tak ada masaalah. Lepas sebulan saya akan tengok macam mana progress dan performance awak di sana. Kalau tak sesuai, kita boleh tukarkan awak ke company lain”

Secepat kilat, Nazrin berpusing mengadap Dr Mirzan dan Hani. Ketidak puasan jelas terpampang di wajahnya. Apa punya kawan lah. Kata nak tolong konon. Tengok muka Hani tu. Senyum sikit punya lebar. Seronoklah dapat jumpa Shamil setiap hari di company bapa dia.

“ Thanks. Dr Mirzan, Encik Nazrin, saya pergi dulu.” Maakk! Muka Nazrin macam awan gelap sebelum  taufan melanda. Apa salah aku kali ini? Baik aku blah cepat cepat.

Sebaik Hani keluar, Dr Mirzan melepas tawa. “ Relax lah Ajin.  Hani tu baik budaknya. Tak pernah buat kelaku tak senonoh sepanjang aku mengajar dia. You can trust her. ”

“ Maybe. Tapi aku tak boleh trust si Shamil tu” getus Nazrin. Geram. Matanya terpaku pada fail di atas meja. Dr Mirzan turut menyoroti arah pandangan Nazrin.

“ Eh… Hani tertinggal fail dia.  Apa lagi Jin? Pergilah kejar dia. Ada excuse kau nak berbual dengan dia” Belum sempat Dr Mirzan menghabiskan ayatnya, Nazrin sudah bergerak macam lipas kudung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2009 09:58 PM | Show all posts
hakhakhak...haih...sambung jgn x sambung....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 10:32 PM | Show all posts
nak lagi.... cepatlah htr fail
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 11:29 PM | Show all posts
klaka la si nazrin tu..panasla buntut dia hani nk praktikal kt comp babak shamil..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 12:40 AM | Show all posts
cumel lah nazrin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.107087 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list