|
mmm....cete nimakin lama makin best la plak...harap2 arjuna ble tulis sampai habis....kot tak ramai yang kecewa... |
|
|
|
|
|
|
|
plan fuyah makan diri nampak
makin mendebarkan lah kisah fuyah nie
next please ( cian smiley baru balik dari berjalan jauh ker? jangan serik layan kami di sini yer. moga smiley sihat selalu ) |
|
|
|
|
|
|
|
sambungler lagi....banyak2ler bagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Fuyah gali kubur sendiri ...ha ha ha ha tulah memandai tak berbincang dgn org tua dulu |
|
|
|
|
|
|
|
nak n3 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
" Pick you up in 10 min.Kita pergi tgk K Salwa at Pantai"
" Huh! " getus Fauziah selepas membaca mesej ala dictator. Tak perlu lihat nama sender pun dah tau dari siapa. Tak tanya pun sama ada aku free atau aku nak pergi, tiba tiba bagi arahan. Alia yang sedang baring di katilnya mengangkat muka dari majalah Cleo.
" Kenapa? Mesej dari siapa?" dia bertanya dengan nada malas walaupun jawapan nya sudah sah dan jelas dari muncung mulut Fauziah. Tak lain tak bukan, mesti Cik Abang BBC .
" Aku kena pergi melawat Kak Salwa kat hospital. Sibuk je Uzir ni. Aku dah janji nak pergi dengan Ain besok lepas ofis." Pagi tadi Datin Mahani menelefon memberitahu yang dia mendapat cucu pertama; bayi perempuan. Teruja sungguh nenek glamour itu.
" Alaaa... dia nak cari excuse nak berduaan dengan kau. Kau juga kata yang kau nak bercakap dengan dia face to face pasal perkahwinan korang. Bila lagi? This is a good time" cadang Alia. Bukannya dia tak kasihan dengan nasib yang menimpa kawannya tapi Fauziah tak sedar betapa bertuahnya dia. Beribu perempuan di luar sana sanggup mengambil tempatnya, anytime. Minah ni memanglah. Lainlah kalau Fauziah dah ada kekasih hati pastu di paksa kawin dengan pilihan orang tua.
Fauziah mengeluh sambil mencapai sweater biru tua dari almari. Rambut nya di sisir ala kadar dan di ikat ponytail. Dia akur dengan kata Alia. Sampai bila aku nak elak dari bersemuka dengan BBC? Sudah berbagai ikhtiar aku lakukan agar perkahwinan ini tidak berlangsung tapi makin lama makin aku terjerat. Macam ini kot rasa orang yang nak kena hukuman gantung. Seramnya aku!
" Kau dah cakap kat Kak Liza yang kau nak pindah tak lama lagi?" soal Alia.
" Kau ni macam nak halau aku je. Aku nikah saja dulu, belum bersanding lagi. Mana boleh tinggal serumah dengan dia" helah Fauziah. Harap harap keluarga kami suruh tinggal berasingan sampai bersanding . Tarikh persandingan belum di tentukan bila. Mungkin setahun kot.... entahlah, ngeri aku nak fikir.
" Apa pulak? Kalau dah nikah maknanya dah sah jadi suami isteri. Bersanding tu adat saja. Kalau Uzir ajak kau tinggal dengan dia, kau tak boleh menolak. Derhaka tau... tak cium bau syurga nanti" bidas Alia sambil ketawa mengusik. Ngeh..ngeh..ngeh.
Fauziah menekup kedua belah telinganya.Eee... geramnya aku dengan si Alia ni. Lebih lebih pula dia. Bukannya aku tak tahu hukum hakam... Cuma medulla oblongata aku tak boleh nak register kenyataan. Tak tercapai akal ku.
" Pakailah perfume dengan mekap sikit. Ni tak macam orang nak keluar dating dengan bakal hubby lah" sakat Alia. Fauziah menjelir lidah sambil mencapai beg tangan Kiplingnya. Alia menggeleng kepala. Nak kahwin dengan CEO pun masih tak berenggang dengan beg monyet dia tu. Apa lah nak jadi dengan kawan aku ni...
................................................................................................................................................
Kereta di parkir di tempat yang di khaskan untuk pelawat. Uzir keluar dan bersandar sambil menghirup angin malam. SMS di hantar pada Fauziah mengatakan dia sudah sampai tapi tak berbalas. Sama juga dengan mesej tadi. Jangan jangan Fauziah sengaja nak mengelak berjumpa dengan aku. Uzir mengurut dagu dengan rasa cuak.
" You better tell her the whole story. Lay the cards on the table , bro. Jangan jadi macam aku dulu. Nak buat surprise konon. Nasib baik tak melepas" kata kata Rifdi terngiang ngiang di telinganya. Walaupun scenario berbeza tapi kata Rifdi memang benar. Kalaulah Cik Fauziah tahu niat Papa mesti dia lari tak cukup tanah. Uzir mengeluh. Kesangsian melanda tangkai hatinya. Dia sendiri ingin tahu kenapa Fauziah menerima pinangannya? Budak tu bukannya jenis mata duitan. Kalau nak kata dalam diam dia menyimpan perasaan pada aku pun tak mungkin. Tak apa....malam ini kita sama sama soal selidik. Have a heart to heart talk. Agar alam perkahwinan yang kami bakal tempuhi tidak di tabiri kecurigaan. Yang pasti bibit bibit cinta sudah berputik di hati aku. Confirmed.
Senyuman lega tersungging di bibirnya bila kelibat gadis itu keluar dari lif. Langkah Fauziah santai macam tengah window shopping kat kompleks ... tunjuk gengsi lah tu.
" Assalamualaikum" Uzir memberi salam sambil membuka pintu kereta untuk bakal isterinya.
Salamnya di jawab dengan nada bersahaja. Fauziah cuba meredakan degupan jantungnya yang bergendang macam pengiring Tarian Singa sempena Tahun Baru Cina. Kali terakhir aku jumpa si BBC , dia boss merangkap sepupu aku. Kini dia boss merangkap sepupu merangkap bakal suami aku. 3 dalam 1. Mahu tak haru biru.... Jari jemarinya menggeletar bila memasang seatbelt. Kereta Uzir menyelusuri jalanraya yang masih sibuk walaupun sudah hampir pukul 9 malam.
" Ya... Ya dah makan dinner?"
Aiyayaya... romantiknya suara. Apasal dia panggil aku Ya? Buat tak reti sajalah. Nak panggil aku Ya ke, Wau ke, Lam Alif ke...suka hati dia lah.
" Dah" Sepatah jawapan di beri.
" Makan kat mana?" Kenapa minah ni tiba tiba macam ada jongkong emas dalam mulut. Selalunya sikit punya becok. Nervous agaknya. Uzir tersengih sambil mengerling Fauziah yang duduk keras kejung dengan mata tertancap pada jalanraya di depan.
" Kat rumah" jawab Fauziah perlahan. Torture... macam manalah kalau sepanjang perkahwinan kami begini. Tekaknya mula rasa tersekat. Bencinya!
" How are things at the office?" Uzir menukar topik. Sepatutnya dia dan CC ke Kerteh untuk dua hari tapi masaalah dengan HAZOP untuk Petronas Carigali memaksa mereka berada di sana selama seminggu. Baru 2 jam dia sampai ke KL. Penat pun tak hilang tapi tak sabar nak jumpa Fauziah. Orang menanggung rindu lah katakan.
" Semua okay. Tapi Bumi Armada tu liat sikit nak bagi payment. Kata nak bayar minggu lepas tapi bila I call, Miss Chong kata cheque belum sign lagi. Oh ya, birthday Pak Lan kelmarin. Kita belanja dia lunch di Tupai Tupai. Sedap makanan kat situ. Kita semua kongsi beli hadiah baju batik. Boss punya share RM 20."
" Ok" jawab Uzir diiringi tawa kecil. Hmm... dah agak dah, Fauziah ni mana boleh mogok diam lama lama.
" Nenek kata you nak sambung buat Masters kat US. Kenapa tak belajar kat sini saja?" Uzir mengambil peluang meleraikan persoalan yang membelenggunya. Mana aci nak tinggalkan aku lepas dua tiga hari kahwin. Pergi nun jauh sampai separuh dunia pula tu. Ingat Ohio dengan KL ni macam JB - KL? Merana aku nanti.
Dah mulalah nak tunjuk taring dia tu... dengus Fauziah dalam hati. " I dah check dengan UITM. Kalau Executive MBA program , kena ada minimum 3 years' work experience. Di Ohio University, I dah ada tempat."
" Ada banyak MBA twinning program yang lain kat sini. Di HELP, Nottingham, Taylors College. You boleh buat on part time basis. Don't worry about the fees. I bayarkan. Duit I , duit you juga." Ujar Uzir.
Banyaklah .... nak suruh aku kerja macam kuli kat office, pastu jadi balaci dia kat rumah, bila masa aku nak belajar. Ingat aku ni robot ke?
" Kalau pergi Ohio, I boleh habiskan dalam 1 tahun sebab I dah buat 9 credit hours. Lagipun I dah biasa dengan system kat sana." tingkah Fauziah. Perancangannya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat Masters terpaksa di korbankan bila Pak Fadzil sakit jantung. Terbantutlah cita citanya ketika itu. Janganlah terkandas lagi kali ini, pintanya.
" Kalau I kata tak payah sambung belajar overseas, macam mana?" duga Uzir
" Kalau I kata kita tak payah kahwin, macam mana?" balas Fauziah dalam nada yang sama. Don't pray pray with me, brader.
"Amboi, main kasar cik adik ni" usik Uzir. Dia menukar taktik.
" Setahun tu lama sangat. We'll discuss this later, okay. Janganlah buat muka macam tu." Lembut pujukan Uzir. Meremang bulu roma Fauziah. Adussss....
Kereta Uzir membelok bila kelihatan papan tanda Pantai Medical Centre dan terus menuju ke tempat parkir di basement. |
|
|
|
|
|
|
|
nak n3 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
" Puan Salwa is breastfeeding. Tunggu dulu di bilik pelawat ya" kata jururawat yang menjenguk dari pintu bilik no 403. Uzir dan Fauziah mengangguk dan berjalan seiring ke bilik pelawat. Uzir memperlahankan langkah bila henfonnya berdering. Nama Mama tertancap di skrin. Apahal pula ni?
" You pergi dulu. I'll see you there" kata Uzir pada Fauziah yang sudah menghayun langkah meninggalkannya.
Dua orang lelaki berada di bilik pelawat, Datuk Shahrin dan seorang lagi yang tak di kenali. Mungkin Umar , abang Uzir kot, teka Fauziah. Wajahnya agak berserabut, rambut tidak terurus, bermisai dan berjambang. Pintu kaca di kuaknya perlahan. Kedua mereka tidak menyedari kehadirannya, begitu asyik mereka bertingkah. Suara masing masing meninggi.
Telinga Fauziah menangkap setiap bait percakapan mereka. Tubuhnya terpasung di lantai. Ciss! Bedebah punya orang kaya! Sekarang sudah jelas kenapa tiba tiba BBC nak kahwin dengan aku. Nak pergunakan aku untuk menyelamatkan diri mereka dan keluarga mereka rupanya. Ingat aku tak ada maruah? Lampu neon berkelip di mindanya. AMARAN: BAHAYA. Lari, Fauziah, Lari ! Lari ! Lari ! |
|
|
|
|
|
|
|
WAH.... best lah n2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...tq...nanti smbgler lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Putih tapak kaki fuyah berlari...
nak lari mana fuyah... |
|
|
|
|
|
|
|
run Fuyah... run..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #470 sang_arjuna\ catat
Lari fuyah..jgn x lari...nengok berapa jauh ko leh lari...hmhm bakal calon pelari mesia ke sukan olimpik...practice cepat fuyah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #476 kaypo's post
teringat plak satu watak dalam majalah Gila Gila masa aku sekolah dulu - Joyah Sport
yg ni Fuyah Sport |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa sambung lagi iye... |
|
|
|
|
|
|
|
fuyah lari dan lari sehingga terlangar sekujur tubuh lantas mereka terjatuh (mujur masa tu x der orang lain) dan waktu pun seakan berhenti ........
oooooo tidak fuyah melaung didalam hati (ayooooo dia dah langgar uzir) mungkin kah akan terbit perasaan dot dot dot
smiley jangan lah buat fuyah 'perang' ngan uzir ye plzzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
fuyah lari kat acap ke...
heheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|