CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mziskandar

[Dunia] Maklumat Rasmi KEHILANGAN MH370 [Hari ke X]

[Copy link]
Post time 18-3-2014 08:44 PM | Show all posts
SOALAN DARI WARTAWAN PERANCHIS MENYEBABKAN HISHAMUDDIN TERPEGUN!!!!!




"Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?"
... begitulah bunyi soalan yang diajukan oleh seorang wartawan wanita dari Peranchis kepada Hishamuddin Hussein menyebabkan beliau kelihatan terpegun dalam sidang media kehilangan Pesawat MH370 yang sudah masuk hari yang ke 11.

Sebelum menjawab Hishamuddin telah bertanyakan kepada wartawan tersebut beliau dari akhbar negara mana.

"Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from," jawab Hishamuddin yang kelihatan agak tidak selesa dan terganggu menyebabkan para wartawan dalam dan luar negara di Sama Sama Hotel Sepang pecah perut gelak ketawa.


Sumber:  Video berita Edisi 7
(NTV7)  dan 7 Edition (NTV7) [/FONT]

http://www.thestar.com.my/News/N ... 70-hisham-stumpped/

Last edited by BelovedTaeyeon on 18-3-2014 11:14 PM

Comments

Pls include the source. Thanks.  Post time 18-3-2014 08:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 09:09 PM | Show all posts

Last edited by BelovedTaeyeon on 18-3-2014 11:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 08:43 AM | Show all posts
M’sia rebuts US claims that it is withholding data in plane search

KUALA LUMPUR — Malaysia’s top official in charge of the search for the missing MH370 jetliner rejected criticism yesterday from United States officials that the country had not been sharing as much information as it could with foreign governments.

Defence Minister and Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein specifically defended coordination with the US and China, and said he had been in touch with his counterparts in both countries.

“This morning, I was (speaking) to (US Defence Secretary) Chuck Hagel. Then, I was also with my counterpart (from) China,” he said.

Two US security officials said on Monday that Malaysia had still not invited the Federal Bureau of Investigation (FBI) to send a team.

“I have been working with them. It’s up to the FBI to tell us if it needs more experts to help because it’s not for us to know what it has,” added Mr Hishamuddin.

Malaysian officials said they had been in touch with the FBI via the US Embassy, where the agency has had a permanent representative from “Day 1”.

A source in Kuala Lumpur familiar with the investigation said an FBI team was in Malaysia to assist in the probe, but another source familiar with the matter confirmed that no one had arrived from the US to reinforce the presence of the FBI in the country.

India, which has suspended search operations for the Malaysia Airlines plane pending a review of satellite data, said it had no complaints with the sharing of information.

“I think it (Malaysia) is sharing all the information. Every country has a capability up to its own airspace ... So the information it has, it has shared,” said Dr Acquino Vimal, India’s Deputy High Commissioner to Malaysia.

“I have yet to hear anything from our operations people saying that we are not getting information.”

The jet disappeared in a region beset by rivalries over military capabilities and where sovereignty can be a grey issue.

In addition, the need to cooperate has cast a potentially embarrassing light on regional surveillance capabilities, especially where the ability of nations to watch one another’s airspace is concerned.

In Australia, a defence industry source said any available information from its powerful radars pointing out to the Indian Ocean would probably be passed on to Malaysia in a “highly sanitised way” to conceal its origins and appease any concerns about monitoring of neighbouring airspace by Australia. REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:16 AM | Show all posts
GEMPAR! Penduduk Maldives Dakwa Nampak MH370

http://mynewshub.my/2014/03/19/g ... dakwa-nampak-mh370/



PETALING JAYA – Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.

Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.


Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:56 AM | Show all posts
MH370: Keluarga penumpang dari China puas hati dengan MAS
2014/03/19 - 11:41:36 AM

CYBERJAYA: Keluarga penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari China yang ditempatkan di Hotel Cyberview Resort & Spa, di sini, berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan syarikat penerbangan itu.

Seorang wakil keluarga yang ditemui pemberita berkata, MAS telah melakukan yang terbaik dalam menjaga kebajikan mereka sejak tiba di negara ini minggu lepas.
"MAS menjaga kami dengan baik dan memantau kami 24 jam. Syarikat itu juga memenuhi segala keperluan kami di sini.

"Pelbagai kemudahan disediakan untuk kami seperti klinik statik dan bilik persidangan untuk kami mengikuti perkembangan terkini pencarian pesawat itu," kata wakil keluarga itu yang enggan namanya disiarkan.

Mereka juga masih menaruh harapan anggota keluarga mereka yang menaiki pesawat berkenaan dapat pulang dengan selamat.

Terdapat kira-kira 30 anggota keluarga penumpang MH370 dari China ditempatkan di hotel berkenaan.

Misi mencari pesawat MAS penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu masuk hari ke-12, sejak hilang 8 Mac lepas. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2014 11:58 AM | Show all posts
2 PERSOALAN BAHARU
2014/03/19 - 06:08:20 AM

http://1-ps.googleusercontent.co ... .ic.XeRB9c-ZPT.webp

Pesawat terus terbang dalam ruang udara semua negara guna Mod F

Kuala Lumpur: Persoalan baru kini timbul sama ada pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ada memasuki ruang udara India, beberapa jam selepas berpatah balik dari kawasan Igari, Laut China Selatan.
Menurut sumber perisikan, berdasarkan data isyarat radar, pesawat itu mungkin memasuki kawasan negara berkenaan selepas dikesan berada sekitar Pulau Perak di Selat Melaka oleh radar Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, selepas membuat ‘turn back’ dari Laut China Selata
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:59 AM | Show all posts
JPA arah kakitangan usah sebar maklumat tidak tepat
2014/03/19 - 05:50:35 AM

Kluang: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan arahan meminta semua empat juta kakitangannya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370 terutama menerusi media sosial.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata langkah itu bagi mengelak sebarang maklumat tidak tepat dan bersifat dakwaan tersebar sehingga mengelirukan masyarakat.
“JPA sudah mengeluarkan arahan kepada semua penjawat awam supaya tidak terbabit dalam penyebaran sebarang maklumat mahupun spekulasi mengenai pesawat MH370.

Elak sebarang pertikaian

“Ia bagi memastikan tidak ada sebarang pertikaian dan kekeliruan kerana penyebaran maklumat palsu boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau pihak berkuasa berkaitan yang memaklumkan sebarang maklumat terbaru mengenainya.

“Saya ingin mengajak semua penjawat awam untuk terus berdiri rapat menjadi benteng yang mempertahankan negara. Jangan jadi api dalam sekam atau gunting dalam lipatan. Teruskan perjuangan kita dalam apa juga bidang yang diceburi,” katanya ketika merasmikan Wacana Transformasi Kepimpinan Muda di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelbagai dakwaan serta spekulasi kehilangan pesawat MH370 yang kini tersebar secara meluas di media sosial menyebabkan masyarakat keliru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2014 12:10 PM | Show all posts
Time to fix fatal flaw in transponder system
GREGG EASTERBROOK THE NEW YORK TIMES

WHEN mass murderers took over the cockpits of four American airliners on Sept 11, 2001, one of the first things they did was turn off the transponders, so the planes would not register properly on civilian radar.

If the transponders had not gone silent on 9/11, air traffic controllers would have quickly realised that two jetliners en route to Los Angeles had made dramatic course changes and were bound straight for Manhattan. Instead, controllers lost precious time trying to figure out where the aircraft were.

At the time, I would have bet my life's savings that the transponder, which broadcasts an aircraft's location and identity, would be re-engineered to prevent hijackers from turning such units off. But nothing was done.

Almost 13 years later, Malaysia Airlines Flight 370 sparked a lengthy worldwide search when, it appears, another transponder was turned off.

The issue today is exactly as it was on 9/11. Pilots like their locations to be known - for ground assistance, and because the transponder warns other nearby planes of their course and altitude. Only a hijacker at the controls of an aircraft would want the transponder to be silent.

Flight 370 was not unique: Most of the world's jetliners have transponders that can be turned off. On the Boeing 777-200, the type of plane used on the flight, there is a simple rotary switch near the first officer's left hand. All someone has to do to turn the transponder off is rotate the dial.

Of course, transponders are not the only way to detect a plane: There is always radar. In the movies, radar screens show incredible detail about everything. In real life, radar is easily confused, does not see small planes and may have trouble determining altitudes.

Transponders solve this by reporting an aircraft's altitude, speed, directional heading and identification code to air traffic controllers and nearby aircraft, using an electronic format that syncs with radar. The identification codes tell controllers which blip is which flight, something radar has no way to detect.

Some military radars can provide Hollywood-style detail, but military radar is not usually watching civilian flights, and, when it is, it needs the transponder code to know what it is looking at.

One reason it took nearly a week for American intelligence to conclude that Flight 370 had gone far off course is that analysts had to pore over reams of raw data trying to figure out which tracks were from that particular jet.

Why is there a transponder switch in the first place? Until recently, transponders had to be off when a plane was on the ground, to avoid sending signals that disrupted airport radar.

The designs for some private aircraft - but not yet for the large commercial planes - deal with this by using automated transponders that turn on when the planes become airborne, then turn off when they slow to taxiing speed.

Lately, major airports have installed ground-scanning radars that do not get confused by transponders on taxiways. Large jetliners such as the 777 typically operate from such airports, and, when they do, they never have a reason to switch the transponder off.

The transponder's off switch is a vestige of an earlier era, before reliable chip-based electronics.

Older-model transponders sometimes sent out spurious altitude readings. "Air traffic control would call and tell you to 'cycle' the transponder," meaning switch it off and then back on in a reset sequence, noted Patrick Smith, a veteran pilot and the author of the 2012 book about air travel, Cockpit Confidential.

In case cycling does not correct the fault, all jetliners have backup transponders. Flight 370 had a backup transponder - but as with most such units, someone in the cockpit must switch the backup on. No one did that on Flight 370.

The solution is a location-broadcasting system that the flight crew cannot switch off.

Over the next few years, much of the world plans to adopt an aviation tracking standard called ADS-B, which should make it harder for a plane to stop reporting its position. Automated transponders should be part of that transition.

Automation of complex systems can have unintended consequences. But most of the flight time of modern jetliners occurs on autopilot. If automation can be trusted to fly the entire plane, why cannot it be trusted to keep the transponders in the correct setting?

Autopilots can be turned off, because a malfunctioning autopilot may cause a crash. A malfunctioning transponder might broadcast flawed data, which is a concern. But a switched-off transponder can spell doom.

Five of the last 10 major air disasters - the four 9/11 flights, and Flight 370 - began with the transponder being switched off. A few design changes can make that impossible.

[email protected]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 01:18 PM | Show all posts
Komando ATM Dihantar Ke ‘Koridor Utara’ Malam Kelmarin!

Kuala Lumpur – Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. – Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 02:08 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 02:16 PM | Show all posts
NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama  239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluanya.

26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan  data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi. --- Bernama


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... ang-hilang-32100?cp
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 03:32 PM | Show all posts
mmg well planned..

Program Laluan Baru Dipercayai Dibuat 12 Minit Sebelum Co-Pilot Kata ‘All Right, Good Night’

Laluan pusingan baru yang dibuat secara tiba-tiba oleh pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu, telah diprogramkan ke dalam komputer dalaman tidak lama sebelum pembantu juruterbang memberi isyarat pelepasan kepada pengawal trafik udara, menurut satu sumber kepada NBC News.

Menurut sumber itu lagi, penukaran haluan itu dibuat sekurang-kurangnya 12 minit sebelum Fariq Abdul Hamid mengucapkan, “Baiklah,selamat malam (‘All Right, Good Night’),” kepada pengawal di darat.

Pendedahan ini menjadi petunjuk bahawa kehilangan misteri pesawat itu mungkin telah dirancang dan dilaksanakan dalam kokpit sebelum pengawal terputus hubungan dengan MH370.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi penanda kepada matlamat yang tersembunyi.

“Sesetengah juruterbang akan memprogramkan pelan penerbangan alternatif sekiranya berlaku kecemasan,” kata Greg Feith, yang merupakan bekas ahli penyiasat kemalangan Jabatan Keselamatan Transportasi Nasional Amerika Syarikat dan penganalisis NBC News.

Ulasnya lagi, “Kita tidak tahu jika ini adalah sebuah perancangan gantian untuk kembali ke Kuala Lumpur atau cubaan untuk membawa pesawat itu ke tempat lain selain destinasi sepatutnya, iaitu Beijing.”

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dikatakan telah mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat itu merentasi utara Selat Melaka, selatan Pulau Phuket,Thailand dan seterusnya menuju ke sebelah barat Semenanjung Malaysia; beratus-ratus kilometer menyimpang daripada haluan sepatutnya.

Menurut pihak berkuasa pada Sabtu lalu, pesawat itu berubah haluan secara tergesa-gesa akibat “tindakan sengaja oleh seseorang di dalam pesawat itu,”

Haluan penerbangan telah ditukar dengan memasukkan kod navigasi ke dalam Sistem Pengurusan Penerbangan (FMS), iaitu sistem komputer kokpit yang mengawal kapal terbang itu ke arah rancangan penerbangan yang dipilih oleh juruterbang.

Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) melakukan transmisi menurut maklumat yang dihantar oleh FMS, yang seterusnya akan dihantarkan kembali ke pangkalan penyelenggaraan syarikat penerbangan itu.

Fungsi sistem itu terhenti secara tiba-tiba. Ia tidak jelas sama ada ia ditutup sebelum atau selepas hubungan lisan terakhir MH370 dengan pengawal daratan, ulas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita,Isnin lalu.

Sumber memberitahu NBC News bahawa sesiapa yang menukar program FMS itu arif dan tahu apa yang mereka lakukan.

“Hal ini merupakan satu rancangan yang sangat rumit ,” kata Ross Aimer, yang mereukan bekas perintis United Airlines yang berpengalaman menerbangkan beberapa pesawat Boeing 777.

“Mereka memerlukan latihan yang amat ekstensif untuk memastikan rancangan itu berjaya,” tambahnya lagi.

Sementara itu,pihak berkuasa meneruskan misi pencarian pesawat yang hilang itu.

Kawasan carian telah berkembang secara besar-besaran seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang telah dibahagikan kepada 14 seksyen grid, kata pegawai tempatan, semalam. Australia,China,Indonesia dan Kazakhstan telah menerajui usah pencarian ini dengan meneroka kawasan yang terdekat dengan sempadan negara mereka.

http://mynewshub.my/2014/03/19/p ... l-right-good-night/
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 06:59 PM | Show all posts
Kapten Zaharie Padam Maklumat Dalam Simulator,
Kata Zahid Hamidi







Kebanyakan maklumat dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini masih dalam siasatan polis telah dipadamkan pemiliknya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini semua input dalam simulator itu sedang diuji dan dikaji.

Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kaedah forensik untuk memperoleh semua maklumat yang telah dipadamkan itu

."Harus diingat bahawa apa yang dilakukan pihak polis bukan untuk menuduh atau mahu menekan mana-mana anggota keluarga, tetapi dibuat untuk menjalankan siasatan paling teliti dan rapi supaya punca kejadian dapat diketahui.

"Kita kaji dan membuat siasatan jika terdapat beberapa kemungkinan untuk pihak polis mengkaji sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama para penjawat awam di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang itu untuk diperiksa oleh pakar dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari pesawat itu.

"Saya fikir polis sedang mengambil beberapa aspek terutamanya kita undang beberapa pakar yang terlibat dalam Boeing 777 dan pakar yang mengendalikan simulator latihan dan beberapa aspek teknologi maklumat (IT) kerana ia mempunyai kaitan dan pihak polis sedang minta kerjasama daripada pihak ini," kata Ahmad Zahid.

Menurutnya maklumat terperinci mengenai hasil siasatan itu belum dapat dimaklumkan memandangkan siasatan masih dijalankan.

"Saya yakin oleh kerana perkara ini sesuatu yang dikatakan 'pengendalian', saya beri kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara untuk memberikan maklumat apabila tiba masanya kepada media dan untuk diketahui masyarakat," katanya.

Ahmad Zahid berkata polis turut melakukan penyiasatan di rumah pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, namun tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai penglibatannya jika pesawat itu dilencongkan. -Bernama
Last edited by BelovedTaeyeon on 19-3-2014 07:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 07:48 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 07:51 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2014 07:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 08:07 PM | Show all posts
MH370: Kumpulan dakwa keluarga dari China gemparkan pusat media

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

SEPANG 19 Mac - Bilik sidang akhbar kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini gempar hari ini dengan kehadiran sekumpulan enam orang yang mendakwa mereka ahli keluarga penumpang dari China.

Mereka yang tiba kira-kira pada pukul 4.45 petang itu membuka sepanduk bertulisan bahasa Cina sambil menangis meraung-raung juga dalam bahasa Cina.

Kehadiran mereka mencuri tumpuan media asing dan tempatan yang telah bersedia untuk menunggu sidang akhbar oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dijadual pada pukul 5.30 petang.

Menurut wartawan dari China, kumpulan tersebut kesal dengan tindakan kerajaan Malaysia yang lambat mendedahkan maklumat berkaitan MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sepuluh minit kemudian kumpulan tersebut telah ditenangkan oleh pegawai keselamatan dan dibawa keluar dari bilik media ke sebuah bilik khas sambil dikerumuni ratusan media asing dan tempatan yang berada di hotel berkenaan. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... mparkan-pusat-media
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 08:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 07:54 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.101661 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list