CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 16-11-2010 08:25 AM | Show all posts
ok my lovely.... kita sambung lagi nanti.. wish byk2 k... selamat cuti hari raya korban, sempena hari korban ni, Lisa korban kan hidup nya untuk memenuhi permintaan ibu dan Mak Yah serta semua yang mengharapkan..

semoga pengorbanan ini ada rahmat buat Lisa....

jumpa after cuti k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2010 09:13 AM | Show all posts
ye...ye...akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 09:40 AM | Show all posts
yess akhirnye
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:08 AM | Show all posts
akhirnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:25 AM | Show all posts
yess...akhirnya lisa kawin dgn shah thanks faszz...
selamat hari raya korban nanti....lepas raya jgn lupa sambung ya??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 12:26 PM | Show all posts
ada n3 yesss....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2010 12:28 PM | Show all posts
ye...ye...akhirnya...
shahrinas Post at 16-11-2010 09:13



    suka yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 12:31 PM | Show all posts
yess akhirnye
juliet80 Post at 16-11-2010 09:40



    syukur...takut macam filem hindustan, hero kalah, pawagam kena bakar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2010 12:31 PM | Show all posts
akhirnya.....
melody1 Post at 16-11-2010 11:08



    akhir nya??? lum lagi la.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 12:32 PM | Show all posts
yess...akhirnya lisa kawin dgn shah thanks faszz...
selamat hari raya korban nanti....lepas raya jg ...
bb_75 Post at 16-11-2010 11:25



    insya Allah.. doakan yer...  panjang umur jumpa lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 12:33 PM | Show all posts
ada n3 yesss....
anabilla89 Post at 16-11-2010 12:26



    suka tak...??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 01:17 PM | Show all posts
suka tak...??
fazss Post at 16-11-2010 12:33



    mest la fazss..hero kawin ngan heroin tp lps nie mest byk dugaan nie..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 03:14 PM | Show all posts
wah..kawin gak..sure lps kawin byk dugaan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 03:45 PM | Show all posts
suka2 yg teramat dgn perkahwinan lisa dan shah
hadiah utk hari raya korban
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2010 08:17 AM | Show all posts
mest la fazss..hero kawin ngan heroin tp lps nie mest byk dugaan nie..
anabilla89 Post at 16-11-2010 13:17



    hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2010 08:19 AM | Show all posts
wah..kawin gak..sure lps kawin byk dugaan...
naza81 Post at 16-11-2010 15:14



nak banyak dugaan ker?? hehehe.. boleh plak fazss tanya..
maklum la baru belaja nak mengarang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2010 08:19 AM | Show all posts
suka2 yg teramat dgn perkahwinan lisa dan shah
hadiah utk hari raya korban
uda08_za Post at 16-11-2010 15:45



    yes!!! selamat hari raya aidiladha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2010 08:22 AM | Show all posts
salam semua...cuti lagi ker... selamat membaca...

************************************************************************
Sebulan bersama aku masih lagi tidak betah dengan gelaran isteri kepada Shahnizam. Akitiviti yang bertambah sejak berkahwin bukan perkara utama dalam hidup ku, tetapi masalah Karina yang selalu ada di antara kami.

Selepas 2 bulan, masih lagi sama. Di depan Shah, dia seolah menerima semuanya dengan redha tapi di belakang mereka semua beberapa kali dia  mengujungi butik ku. kata2 kesat sentiasa bermain di bibir nya. Aku kini umpama keluar mulut naga masuk mulut buaya.

“kenapa u muram je?” kata2 Shah mengejutkan aku. Kira masih terlentok dalam pelukan ku, matanya tertumpu ke televisyen tidak teralih.

“mana ada muram..” takkan nak kata tidak, berdosa tipu suami.

“butik ada masalah?” mata ku di renung, aku menggeleng sambil tersenyum. Walau siapa aku di hatinya, tapi dia suami ku.

“tak sihat? Datang bulan ke?” tangan kanan nya menjamah dahi ku.

“tak la..” aku tergelak kecil. Macam2 la dia ni. Aku menghilang ke dapur, kembali bersama Nescafe panas kesukaan Shah dan susu buat Kira.

“sit probably honey..” aku menegur cara Kira meneguk susu nya, pantas si kecil itu ketawa kecil menyedari kesilapan nya.

“sorry mama” satu ciuman di pipi ku, aku senyum, duduk berlunjur di permaidani tempat Kira berbaring tadi bersandarkan kaki Shah yang duduk di atas sofa. Sesekali merapatkan hubungan antara kami.

Mata ku terus memandang ke televisyen, namun fikiran ku telah pun berada jauh ke dalam. Aku berperang dengan kepercayaanku sendiri. Apa yang perlu aku lakukan? Angin rumos terus bergerak dan seakan hanya berpusing di sekitar ku. Benarkah Karina masih di hati Shah. Tubuh ku di ulit manja, adakah itu tanda aku di hati nya?

Bukan cerita tidak menarik tapi jiwa aku telah tertarik oleh rasa itu. aku bergerak ke bilik meninggalkan 2 beranak itu menonton.  Otak rehat la, jiwa tenang la.. jika tasik mampu tenang walau di tiup angin, sudah tentu jiwa pun boleh. Akhirnya aku terus terlena.

Subuh menjelma, aku berada di dada bidang Shah. Aku tersenyum idea gatal menjelma, ku cium dahi dan pipinya. Saat dia lena, berani lah aku. Tiba2 terasa erat pula pelukan itu. Malu nya, idea berani mati dah terkantoi. Walau mata tertutup, bibir nya terukir senyuman.

“nak ke mana?” mata kami bertembung. Hati ku yang beku telah mencair seperti lilin.

“dah masuk subuh la..” jam loceng kecil di meja sisi di capai.

“jap la..nak lagi” gatal yer dia ni. Asal subuh gini la gaya nya, macam mana Karina kata Shah tidak sayangkan aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2010 08:23 AM | Show all posts
“solat la dulu” aku cuba berdalih.

“ok” mudah yer dia melepas kan aku pagi minggu begini, walau pelik aku tidak berlengah sebelum dia berubah fikiran.

“assalammualaikum..gamat nya dapur, ada apa ni?” aku mendapatkan ibu mertua ku . harum sambal yang di tumis. Mak Som yang sibuk membancuh air hanya menggeleng melihat aku meratah sotong goreng yang tersusun di dalam pinggan.

“waalaikumsallam… tak ada apa”

“mama, nasi lemak yer…wangi yer. Kecur air liur Lisa”

“ish3…ambik la makan dulu.. Shah mana?”

“kat atas,membukang lagi..” mama dan Mak Som tergelak, mungkin lucu dengan ayat ku tadi.

“pegi la panggil makan sama2” mama menyuruh ku. Aku bangun menghidang makanan ke ruang makan. Malas nya nak naik ke bilik. Kejap lagi, pasti Shah akan turun juga.

Ketika sibuk mengatur cawan2 dan pinggan, pinggang ku peluk mesra dari belakang. Romantik tak kira tempat la dia ni. Haruman dunhill yang manis menusuk terus ke hidung ku.

“ingat tak nak bangun tadi..” aku menoleh melihat nya sambil tersenyum. Kucupan demi kucupan bertandang di pipi dan leher ku.

“jangan lah..malu lah, mama dan mak Som kat dapur tu” aku bersuara takut di dengar pula oleh mama dan Mak Som kat dapur. Pelik nya, aku tidak menolak langsung setiap perlakuan nya itu. benci2 sayang, marah2 suka…

“amboi…budak2 bertuah ni.. tambah 2 cucu la tahun ni..” kami yang terkejut terus tergelak.

“amin..” cepat aja Shah mengamin kan. Aku menepuk bahu nya.

“u nak ke jaga I bersalin nanti?” aku mengusik.

“jangan kata bersalin, setiap saat setiap ketika I’ll my love..” Shah menutur dengan lagak manja nya. pinggan ku hulur di sambut, aku tuangkan air untuk nya.

“love la sangat yer..” entah mengapa kata2 Karina masih segar di ingatan ku.

Suasana pagi semakin meriah, Kira yang baru bangun tidor turut sama bersarapan dengan kami. Sejak bersekolah, dia sudah tidak mahu makan bersuap lagi. Kadang terbit rasa rindu nak menyuap nya.

“sayang, kul 10 nanti kita keluar shopping yer..” Shah merenung ku. aku hanya mengangguk.

“mama aja? Kira” si comel dah merajuk. Aku hanya tersengih melihat gelagat 2 beranak itu. Shah tidak habis mengusik untuk meninggalkan Kira. Kira pula tidak habis memujuk papa nya. Mama dan Mak Som sudah lama beredar dengan program hari minggu masing2. Tinggal kami bertiga di meja makan.

“bertiga la honey..bukan mama aje la..” jawab ku.

“hooray… sayang mama..papa..” Kira melompat2, Shah menjengil mata nya. Aku hanya tersengih manja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2010 08:24 AM | Show all posts
Kami mengujungi ECM, di sini semua ada. Perkara pertama kami lakukan ialah menonton wayang. Walau bukan pertama kali buat kami tapi pertama kali sejak aku bergelar isterinya. Dari tingkat pertama kami mulakan tawaf kami.

Jenuh juga mencari beberapa kemeja untuk Shah, soal pakaian dia memang agak cerewet. Biar apa pun yang penting selesa katanya. Jelas ku lihat Shah menyayangi aku sama seperti Kira. Sebelah tangan kiri diapung tubuh kecil Kira, di tangan kanan pula di peluk pinggang ku erat. Setiap langkah kami menjadi tumpuan, aku pun tak pasti kenapa.
Gelak tawa gurauan kami terhenti apabila ada suara menegur di sebelah kiri Shah. Aku hanya menoleh sekilas, tidak melihat pun aku kenal bau itu. Karina!

“hi.. hi sayang mummy..” nampak sangat Karina sengaja menggesel badan Shah. Geram nya aku.

“hi..” hanya Shah yang membalas. Kira sendiri memeluk leher Shah, membelakangi Karina. Angin panas sudah sampai ke kepala. Aku terus menolak tangan Shah di pinggang ku, bergerak ke rak lain. Masih lagi berpura2 memilih. Rancak yer berborak dengan janda nya tu.

Seperti memahami kemarahanan ku, Shah memimpin Kira mendapatkan ku. Karina masih mengejar langkah nya. sabar lah wahai hati..

“sayang..yang mana ok?” Tiga helai kemeja di sua.

“Tanya lah janda u tu..” walau mendatar tapi mendalam isi nya. Hanya renungan dibalas kata ku tadi. Aku pergi mendapatkan Kira di luar kawasan Parkson.

“kenapa tanya dia..dia mana tahu, dia kan orang kampong” Karina tergedik2 di tepi Shah. Sengaja dia ingin aku dengar butir bicara nya itu.

Tersentap hati aku mendengar kata2 wanita birah itu, aku cuba bersikap biasa. Beberapa ketika Shah muncul bersama bungkusan Parkson, dah beli la tu. Senyap lebih baik dari tahu dengan sakit hati.

“mana dia?” sekadar berbasa basi.

“apa dia sayang..” lembut tutur buat ku. Aku tarik muka, sengaja dia ingin menjentik pintu geram aku.

“apa2 je la.. jom g baskin robin, Kira nak ais krim” kata ku terus memimpin Kira.

“comel la mama kan Kira?” dia mula mengusik ku. Kira menggeleng, mulut nya penuh dengan ais krim.

“mama cantik..comel untuk Kira aje la..” kata Kira melucukan hati ku. Marah ku pun tak jadi mendengarnya.

Kami tiba di rumah hari sudah malam. Semata2 ingin memujuk ku, tadi Shah mengajak aku ke butik Sembonia. Walaupun niat asal tidak mahu membeli apa2 melihat fesyen2 terkini terus aku memilih sepasang kasut dan hand bag yang sama jenis nya. Boleh tahan jugak mahal nya. hampir 2K. Padan muka Shah dia yang bayar.

Lisa membersihkan dirinya, dan menanti si suami di sejadah. Sementara menanti itu, dia cuba menenangkan hati cemburu nya dengan ayat2 suci Al-Quran. Segala ingatan Karina harus terlupus. Shah tahu, ada selumbar yang melekat di hati Lisa. Cuma apa yang dia tidak tahu sebesar mana selumbar itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051634 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list