|
ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)
[Copy link]
|
|
Smiley yg comel....
Bila nak sambung..... |
|
|
|
|
|
|
|
bang arjun, teman dah banyak ketinggalan...huhu
juanaperez Post at 28-7-2010 17:10
Smiley sampai ada seru namamu abang lg. |
|
|
|
|
|
|
|
sori terlambat uols
...................................................................
Horlicks 3- in- 1 di biarkan larut dalam mug. Najlah mengacau perlahan. I miss my coffee. Pengambilan kafein terpaksa di catu. Dia cuma meminum kopi sekali sehari. Itupun Nescafe Mild saja di benarkan oleh Dr Ibrahim Adham. Inilah pengorbanan seorang bakal ibu.
Pintu yang di kuak membuat dia tersentak. Seorang gadis berwajah polos memandangnya dengan curiga. Najlah senyum dan memperkenalkan diri.
“ Hi.. saya Najlah. ” Gadis itu menyambut tangannya tapi tetap membisu. Matanya merenung Najlah dari atas ke bawah.
“ Akak kerja di bahagian ID , bawah Puan Azura.” Sambung Najlah. Apa kena budak ni? Pelik sangat kah aku ni sampai dia tenung begitu? Inikah Izlyn Sofia yang di ceritakan Adham semalam? Anak bekas driver Datuk Badri yang buat praktikal. Dia kah yang di hantar pulang oleh suami aku sampai Adham terlewat. Nasib baik Adham menelefon, kalau tak makan koay teow sup sejuk lah jawabnya.
“ Saya Izlyn Sofia. Semalam tak nampak kakak pun?” tanya Izlyn Sofia. Dia rasa tergugat. Cantik lagi perempuan ini dari aku. Dia mula rasa yang Najlah saingan nya untuk mendapatkan Encik Adham.
“ Akak cuti semalam. Izlyn nak minum apa? Dalam laci ada mug yang belum orang guna. Buatlah apa apa air yang Izlyn suka. Ada kopi, teh, Horlicks, Milo. Kalau nak air mineral , ambil kat mineral pot kat luar.” Dia cuba membuat gadis itu selesa. Di Akitek Karyabina tak ramai pekerja wanita. Semuanya 25 tahun ke atas dan ramai yang sudah berumahtangga. Mungkin Izlyn Sofia susah nak menyesuaikan diri. Lagipun dia baru sehari di situ.
Izlyn Sofia mengangguk tapi tak bersuara. Matanya meliar ke sekeliling ruang. Entah apa yang di carinya, Najlah pun hairan.
“ Kalau Izlyn lapar masa tengah kerja , akak ada stok biskut dengan potato chips. Meja akak kat sebelah meeting room. ” Najlah menuding jari ke arah tempatnya. Dia mula melangkah keluar bila Adham terpacul depannya. Adham menutup mulut menahan kuap. Malam tadi dia terpaksa bersengkang mata menyiapkan kerja kerana masanya banyak di habiskan melayan si Izlyn Sofia. Bukan setakat menghantarnya ke rumah, dia paksa Adham turun dan bersuaikenal dengan kakak dan abang iparnya. Konon takut mereka marah dia balik dengan lelaki sembarangan. Demi janjinya pada Datuk Badri, dia terpaksa. Hari ini Datuk Badri sudah balik. Lega, tak payah aku jadi drebar Izlyn.
“ Lala..buatkan I kopi please.” Pinta Adham. Belum sempat Najlah masuk semula ke pantry, Izlyn Sofia yang tadi bisu mula berkicau riang.
“ Encik Adham nak kopi? Saya boleh buatkan. Encik Adham nak gula atau susu? Atau nak cofeemate?” Mata Najlah bertembung dengan Adham. Dia mengulum senyum. Sah … budak ini syok kat laki aku.
“ Tak apalah Izlyn. Najlah dah biasa buat kopi untuk saya.” Adham memintas. Aku taknak budak ni buat kopi aku. Dia ni ada psychotic tendencies. Takut kalau dia letak apa apa.
Najlah perasan muka Izlyn masam dan matanya bergenang. Alamak… sensitifnya. Betul kata Adham dan rakan lain , ada beberapa wayar di kepala Izlyn yang tak di pasang dengan betul.
“ Izlyn , awak cepat minum. Lepas itu pergi tolong Encik Shahrul. Jangan buang masa” Perintah Adham.
Wow, garangnya! detik hati Najlah. Adham ni pun satu. Timbul rasa simpati pada Izlyn Sofia. Kasihan tengok gadis muda itu dengan baju kurung yang agak lusuh dan tudung yang tak sepadan. Tapi dia mendiamkan diri. Tak payahlah nak masuk campur. Takut nanti ibarat melepas anjing tersepit. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sikit lagi
................................
Izlyn Sofia berlegar di luar ofis Adham bila tiba waktu makan dengan harapan lelaki idamannya itu dapat menemaninya. Lagipun dia masih kekok dengan staf lain di sini. Semuanya buat hal masing masing.
“ Encik Adham tak makan? Jom kita keluar” pelawanya sebaik Adham membuka pintu.
“ Saya nak keluar dengan pelanggan.” Adham terus berlalu pergi. Izlyn Sofia kecewa. Dia pergi ke pantry untuk membuat air. Dalam perjalanan ke pantry dia ternampak Najlah sedang kusyuk melakar sesuatu. Kalau aku ajak kakak ni makan bersama pun okay juga. Boleh aku korek cerita pasal Encik Adham. Setahunya Encik Adham sudah berkahwin tapi ada aku kesah. Lelaki boleh kawin empat. Sedangkan orang kerja kilang pun ada yang berbini lebih dari satu , inikan pula Encik Adham akitek yang kaya.
Izlyn Sofia berdehem untuk menarik perhatian. Najlah mengangkat muka.
“ Izlyn! Nak keluar makan?” Dia meneka tujuan Izlyn bertenggek di mejanya. Gadis itu mengangguk. Najlah segera mengambil wallet. Mereka berpapasan ke kafe di tingkat bawah.
Sambil makan, Najlah berbual bual dengan Izlyn. Mulanya sepatah di tanya, sepatah di jawab tapi lama kelamaan dia mula selesa. Perbualan mereka makin rancak. Banyak yang di ceritakan tentang keluarganya. Dia anak keempat dari enam beradik. Hidup keluarga mereka susah sejak mata Pak Mamat kena cataract dan tidak boleh bekerja sebagai pemandu. Namun Datuk Badri banyak membantu keluarga mereka demi mengenangkan jasa Pak Mamat. Datuk Badri membelikan rumah untuk mereka di kampung dan juga membiayai yuran persekolahan dia dan adik beradiknya.
“ Kakak dan abang Izlyn dah kerja?” Najlah menggutil isi ikan goreng dan dicicah dengan sambal belacan. Walaupun tak gemar sangat makan ikan, sekarang dia terpaksa kerana ikan baik untuk sel otak kandungannya.
“ Abang yang sulung askar, tapi dia ambil dengan dadah dan masuk pusat Serenti Abang yang kedua jual burger. Nombor tiga kakak saya. Dia dah kahwin dan kerja cikgu di Taman Keramat. Saya tumpang duduk di rumah dia sekarang. Adik yang dua orang lagi sekolah di kampung.” Izlyn bercerita rancak. Mulutnya berdecip decip mengunyah makanan. Pinggan nya penuh dengan nasi.tapi lauknya cuma telur goreng dan sayur kangkung. Dia tak biasa makan lauk yang banyak, katanya.
“ Bapa Izlyn kerja apa sekarang?”
“ Tak kerja. Dia dengan Mak tanam sayur belakang rumah. Mak ambil upah jahit baju.”
Rasa kasihan terbesit di hati Najlah. Tinggi harapan keluarga melihat Izlyn berjaya. Najlah memandang Izlyn yang sedang menyisip air teh o ais. Betulkah desas desus yang dia dengar tentang “ kepelikan” Izlyn? Mrs Chin siap warning semua orang suruh berjaga jaga dengan si Izlyn. Mungkin dia trauma kerana di marahi pada hari pertama. Nampak okay saja budak ini. Polos dan jujur.
“ Kak Najlah dah lama kerja di sini?” Najlah menghitung dalam kepala.
“ Emm.. dah setahun lebih.” Tanpa aku sedar masa begitu cepat berlalu. Rasanya baru lagi aku mula bekerja di sini. “ Macam mana rasa kerja di sini? Okay tak?”
Izlyn mencebik mulut tapi tak menjawab. Tak sukalah tu, teka Najlah.
“ Mula mula memang rasa kekok sebab Izlyn tak biasa kerja di pejabat. Tapi lepas dua tiga hari mesti okay. Kalau tak faham apa apa , tanyalah staff kat sini. ”
“ Dia orang garang lah. Saya takut.”
“ Tak adalah. Dia orang semua lelaki jadi mungkin cara bercakap kasar sikit. Jangan ambil hati. Izlyn orang baru, jadi kenalah tebalkan muka kalau nak dapatkan ilmu. Kak Najlah dulu pun macam tu. Pertama kali jumpa dengan Encik Adham dah kena tengking” Najlah tersenyum bila terkenang peristiwa lalu.
Muka Izlyn berubah riak sebaik nama Adham di sebut. “ Tapi Encik Adham baik dengan saya. Semalam dia belanja saya makan, lepas itu hantar saya pulang“ kata Izlyn mendabik dada. Encik Adham tak suka Najlah walaupun Najlah cantik dan bergaya. Maknanya dia suka gadis kampung yang suci macam aku, rumusnya.
Najlah mengulum senyum. Cara Izlyn menyebut nama Adham dengan tajwidnya.. dia memang jatuh hati kat Adham. Biarkanlah, cinta monyet kanak kanak ribena. Mungkin dia kagum dengan kehebatan Adham sebagai seorang akitek. Ini kes biasa, schoolgirl crush. Tak payah aku nak peningkan kepala. Macamlah dulu aku tak pernah minat kat lecturer masa di UITM. Tapi minat dalam diam atau lebih di kenal dengan istilah syok sendiri atau bertepuk sebelah tangan. Lainlah kalau Adham pun bertepuk sama. Aku isytihar Perang Dunia! |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sah si izlyn ni ade crush kt adham...jgn la dia buat yg x elok kt lala...
kesian kt lala nnt...
smiley,
nk lagi N3........ |
|
|
|
|
|
|
|
“ Adham, besok bila you pergi JB, I nak you bawa Izlyn sekali” kata Datuk Badri. Adham menegakkan badan di kerusi bilik konferens. Betulkah signal yang diterima oleh telinga aku ni? Akitek lain yang hadir dalam sesi mesyuarat mingguan memandang satu sama lain. Mata mereka menyampaikan rasa simpati.
“ But why? Saya pergi dengan Shahrul dah cukup. Ini baru preliminary visit. Kenapa nak bawa pelajar praktikal? ” sanggah Adham. Buat perabih boreh saja. Kesemua yang hadir menyembunyikan senyum. Masing masing sudah arif dengan kerenah Izlyn Sofia.
“ Kasihan dia. Dia kompelin yang dia asyik terperuk di pejabat. You have to expose her to the outside world. Bagi dia dapat first hand experience macam mana nak handle clients.”
Wah, sudah pandai mengadu rupanya. Kalaulah Datuk Badri tahu tahap psycho anak angkatnya. Kalau dia di tegur bila buat kesilapan mulalah berderai airmata. Kalau di suruh kerja lebih masa banyak alasan di beri. Takut balik seorang, ada gastric, kepala pening… berderet alasannya. Paling menakutkan dia cuba bermanja manja dengan aku… Ciss! Kalau aku bukan suami orang pun aku tak hingin. Najlah pun satu. Asyik pandang remeh situasi aku. Ingat minah Izlyn tu tak merbahaya kah? Najlah tak datang ke ofis sebab sibuk dengan hiasan dalaman ballroom PJ Hilton, jadi dia tak nampak gaya gedik minah tu bermain mata dengan aku. Eee… geli geleman.
“ I don’t think she is ready. Banyak lagi kerja di ofis yang dia kena habiskan. Saya risau kalau wakil Parkway Holdings tanya dia soalan tapi dia tak reti jawab.” Muka Datuk Badri berubah. Sifat kebapaannya membuat dia sentiasa memenangkan Izlyn Sofia. Dalam semua anak Pak Mamat, Izlyn lah kesayangan Datuk dan Datin. Ketika Pak Mamat mula bekerja dengannya Izlyn Sofia masih kecil. Datin Siti sering membawa Izlyn untuk bermain dan tidur bersama di rumah mereka. Izlyn juga yang paling bijak di antara enam orang adik beradiknya dan Datuk Badri ingin melihat dia berjaya sebagai akitek. Sebagaimana Datuk Badri menganggap Adham anak didiknya, begitulah juga harapan nya pada Izlyn.
“ Adham, you dengan Shahrul boleh handle soalan klien. I just want her to observe. My decision is final. No arguments. Besok kamu pergi bertiga ke JB. I will get Mrs Chin to book one more ticket.” tegas Datuk Badri. Dia beralih ke akitek yang lain untuk mengetahui progress dan timeline mereka. Selesai mesyuarat, Datuk Badri menahan Adham.
“ Adham, Uncle nak kamu jadi mentor Izlyn. Dia perlu belajar dari akitek yang bagus seperti kamu. Jangan lepas tangan. Dia kata kamu selalu biarkan dia sendirian. She needs your guidance”
Adham meraup kepalanya. Bala bencana melanda! “ Uncle , I have my deadlines. Lagipun saya dah bagi dia kerja yang sesuai untuk tahap pelajar tahun tiga, the housing project yang Shahrul tengah handle. Sekarang saya tengah review plan asal headquarters I- City, kalau nak tunjuk kat dia pun dia tak faham hujung pangkal”
“ Uncle tahu. Tapi cuba lah spend more time with her. Izlyn budak kampung yang pemalu. Dia kata staff di sini tak nak berkawan dengan dia. Adham tolong lah dia. Treat her like your sister”
Adham mengangguk lemah. Minah itu macam rusa masuk kampung. Dah seminggu di sini tapi masih tak reti nak berkawan. Lagipun lagaknya yang cembeng membuat ramai menjauhi diri. Nak tak nak terpaksa juga aku menurut perintah Datuk Badri. Lawan cakap boss pun tak guna. Apalah nasib aku!
Selesai mesyuarat Izlyn Sofia menunggu di luar dengan penuh harapan. Dia tidak hampa bila Datuk Badri memberitahu yang dia akan turut serta dengan Adham dan Shahrul ke JB. Wajahnya girang. Ini peluang yang baik untuk aku lebih rapat dengan Adham. Kalau Shahrul penyibuk tu tak ikut lagi bagus.
“Encik Adham, besok pukul berapa kita pergi?” Belum sempat Adham mengelak, Izlyn sudah “ ambush”.
“ Flight kita pukul 8 pagi. Kita kena sampai airport pukul 7. Kita balik malam itu juga ”
“ Naik kapalterbang? Macam mana saya nak pergi airport? Encik Adham jemput saya?” Adham mencerunkan mata. Banyak cantik muka ko. Macam ini company bapa dia. Tapi mungkin juga Datuk Badri ingin Izlyn mewarisi Akitek Karyabina. Bila hari itu tiba, aku akan letak jawatan. Jangan harap aku nak kerja dengan makcik ni.
“ Naik teksi saja. Boleh claim nanti. Saya dengan Shahrul pun naik teksi juga. Nanti sebelum balik, ambil tiket dari Mrs Chin”
“ Saya nak pakai baju apa nanti? Kena bawa baju lebih kah? Berapa hari kita di sana?” Adham menjulingkan mata. Ingat pergi bercuti kah, dik oi? Sabar, Yem.. sabar. Kata kata Datuk Badri berdengung di kepala. Treat her like your sister. Nasib baiklah cuma dua bulan aku ada sister yang punya DNA ngok ngek macam ni.
“ Kita pergi balik hari. Pakai pakaian pejabat macam biasa. Bukan kita nak pergi mengadap Sultan’ Adham meninggalkan Izlyn Sofia yang tergedik gedik. Best, best , best…. Dapat bersama Adham ke JB walaupun cuma satu hari. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Adham, besok bila you pergi JB, I nak you bawa Izlyn sekali” kata Datuk Badri. Adham menegakka ...
sang_arjuna Post at 28-7-2010 19:02
bEST2....... [size=14.1667px]
apalaa... nak jadi ngan sigedik yg lum cukup umur tu.....:@
kalau ada letak lagiiiii................... |
|
|
|
|
|
|
|
eiiii menyampahnye aku ngn minah sewel ni.. gadis suci kampung konon.. tp otak x pk suci pun ada ati nk suh yem pasang 4.. mcm la yem crush ngn dia... ...
sis nk lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
eeii... tak suka la ngan izlyn ni.. menggedik je :@:@:@
nanti smbg lagi yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 447# sang_arjuna
Time kasih Arjuna@ Smiley N3 baru niih.... Bagi Izlyn kat Dr "Cahaya miang' kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Smileyyy!!! {:1_136:} we want more
Dah jd addicted ngan cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
eee..... gediknya si izlyn ni:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh...tak tahan lah dgn kemiangan budak nih
tak boleh ke si Yem ni sound dia kaw2 skali bg masuk dlm kepala dia
Lala lak boleh wat relex aje....hishhh |
|
|
|
|
|
|
|
kak juna
esok sambung byk2 lagi ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
eiiii menyampahnye aku ngn minah sewel ni.. gadis suci kampung konon.. tp otak x pk suci pun ada ati ...
pura Post at 28-7-2010 19:19
Pura ...... sabar-sabar kan diri ya |
|
|
|
|
|
|
|
tergelak bila baca entry dan tergelak membaca comment
kawan-kawan |
|
|
|
|
|
|
|
Pura ...... sabar-sabar kan diri ya
mertua Post at 28-7-2010 22:47
den bkn penyabar orangnye mertua.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|