CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
 Author| Post time 8-8-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mienina replied at 8-8-2016 08:39 PM
Hahahaha... Tau x pe.. Siksa woo mase akk kne nyakit tu dlu.. Tanak basuh nk buang gitu aje rasa b ...

Maaf ya Kak?

Tak dapat update cerita malam ni. Nanti Aku akan sambung secepatnya, meskipun sekadar selingan buat gelak gelak sebab aku cerita tak seram pun  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 11:23 PM | Show all posts
9teen replied at 8-8-2016 06:23 PM
Aci tak kalau aku bagi selingan lagi?

Karang tak pepasal ada orang baling pinggan mangkuk dekat  ...

kiranya hantu Parakang ni samalah dengan Penanggal kan?
Siang jadi manusia biasa, malam kalu, jadi hantu


yang citer Doeh kelar tangan dia tu masa kat bilik Sidred tu...itu hanya imaginasi ko kan dik??
ke akak yg salah faham baca kisah tu..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 8-8-2016 11:41 PM
Ipo replied at 8-8-2016 11:23 PM
kiranya hantu Parakang ni samalah dengan Penanggal kan?
Siang jadi manusia biasa, malam kalu, jad ...



Yang pasal chapter Sidred tu, benda tu betul betul jadi.

Entahlah susah Aku nak terangkan. Sebab seingat aku, aku tak pernah ada kunci Bilik Sidred sebab aku bukan ahli Sidred pun. Plus, aku tak ada mintak kunci Sidred pada siapa siap pun. Even tak ada senior pun yang pass kunci tu pada aku.

Kadang ada benda tu betul betul jadi, tapi kau tak tahu macam mana benda tu berlaku kan?

Yang aku ingat, Doeh ajak aku teman dia pergi bilik Sidred. Kunci dah sedia ada pada Doeh. Masa dalam bilik Sidred, Doeh ke belakang. Aku kat depan. Bila aku rasa semacam, aku panggil Doeh but takde respon, so aku pergi ke belakang nak tengok condition Doeh roommates aku tu.

Sekali, bila dekat bilik tu takde siapa siapa, aku nak pergi check semula dekat depan. Masa tu lah, nampak Doeh tengah kelar nadi dia pakai pisau cutter. Then, aku pengsan sebab dia approach aku dengan darah. Aku ingat sampai situ je.

Shark & Ustaz dan beberapa yang lain yang tenangkan aku. Tiada sebarang Doeh terlibat, it means satu bentuk sakatan nak bagi aku biol maybe?

So, Shark pun suggest aku buat Terapi Darah untuk atas perangai haemophobic aku tu (walaupun selama ni aku tak pernah mention aku ni takut darah sebab aku rasa orang akan main mainkan aku kalau diorang tahu)?       

P/S : MASA TU, AKU SEMAKIN MERAGUI SHARK SEBAB DIA MACAM TAHU SESUATU YANG AKU TAK TAHU, TAPI AKU TAKLAH TUNJUK PADA SHARK YANG AKU RAGU RAGU PADA DIA...  
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 11:45 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 8-8-2016 10:56 PM
9teen replied at 8-8-2016 10:39 PM
Yang pasal chapter Sidred tu, benda tu betul betul jadi.

Entahlah susah Aku nak terangkan. ...

jadi doeh tu memang betul2 kelar tangan dia??
ke acah2 je sebab dia tahu ko takut darah?

eh..ko dah terang dah kat atas tu...
apa la aku malam ni..
ok, dah faham..ada something pada shark
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 8-8-2016 11:45 PM
jadi doeh tu memang betul2 kelar tangan dia??
ke acah2 je sebab dia tahu ko takut darah?


Tiada Doeh terlibat... langsung tak terlibat Kak

Kalau Aku mention TIADA DOEH TERLIBAT, clear tak?

Kenapa aku cakap satu bentuk sakatan nak bagi aku biol agaknya?

1) Tiada Doeh terlibat (Doeh tak ada & tak terlibat langsung di tempat kejadian sebab Doeh tak ada dalam kawasan sekolah masa kejadian due to ikut cikgu penasihat dia beli barang dekat bandar)

2) Tiada sebarang kecederaan pada Doeh (Doeh memang tak terlibat & diakui cikgu penasihat yang ada sentiasa dengan Doeh yang sama sama ikut pergi bandar)

3) Kunci Bilik Sidred yang tak diketahui dari mana datangnya

4) Pak Guard jumpa aku dalam Bilik Sidred seorang diri. Tak ada sebarang tanda tanda orang lain, seolah olah aku seorang yang masuk & pengsan kat sana.

P/S : Cuba ingat balik ayat last masa makan lepas Aku & Shark pergi outing? Kalau ada sesiapa ajak aku buat apa apa, jangan pergi. Shark suruh aku duduk je dekat bilik kan?

Kenapa Shark boleh cakap macam tu?      
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita Parakang ni ada tengok beberapa bulan lepas. Memang lebih kurang penanggal tapi yang dalam filem tu, parakang tu macam boleh buat seseorang tu kaya & berpengaruh kalau ikut kata dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2016 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Best3, maknanya si Doeh dalam citer tu merupakan entiti yang excellent dari segi teknik penyamaran sehingga TT terpedaya akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe tt... Takes ur time. Akk tunggu aje... Mende tu boleh menyamar jadi org yg kita kenal jugak... Sebab setan punya kje kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 10:32 AM | Show all posts
9teen replied at 4-8-2016 06:29 PM
CERITA DUA PULUH DUA : DUGAAN

Semalam aku janji nak cerita kenapa aku sangat sangat sangat anti d ...

Aku pantang betul kalau senior macam hanat ni. Asrama je pun tapi ragging sampai mcmtu. Seriously aku betul2 marah. Dapat ke aku, memang mampossss kau aku kejekan!!! (bak kata sarjan pulapol)
Aku dengar adik laki aku citer pasal ragging2 ni dulu pn aku nyirap. Adik aku dulu sekolah kat Maktab Tentera Diraja kt Sg. Besi tu. Kesian..umur seawal 14tahun tapi di ragging macam da serap tentera. Aku nangis. Sampai tahap aku simpan dendam. Tapi adik aku steady...dia kata nak buat mcm mane, macam adat kat situ. 'New boy' mesti hadap. Suke tak suke, kau kena biase kan mental tu.

Beza dgn aku, aku ni teging sikit orgnye. Ank pempuan sorang katekan. Ikut kepala aku je kalau ade senior tak puas hati. Jenis aku, kau hormat, aku hormat. Tu je. Sampai sekarang laa aku tak suka nampak ex2 senior aku kat luar. Kelakor pn ade. Sebab ape kelakor?? Sebab....dulu kan acah2 senior tu cakap, "JANGAN PAKAI TUDUNG ATAS DADA, TAK PAYAH TAYANG ASET2 KAT ORANG!". And last2, habis sekolah, nahhhhhh! beruk keluar hutan kot habis terdedah semua lurah.. Puiiii !!!!

HAHAHA. sori TT, teremosi. Sori MOD, ter'OT'....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 10:57 AM | Show all posts
BabeYSHa replied at 8-8-2016 04:54 PM
Waahhh.. patutlah @Ipo kata ada cerita best... welkam2 adik TT... kemain muda chet-chet lagi ko ek  ...

Macehh jugak momod...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 9-8-2016 10:32 AM
Aku pantang betul kalau senior macam hanat ni. Asrama je pun tapi ragging sampai mcmtu. Seriously  ...

Marah betul erk?

Actually, ni baru sikit. Insya-Allah nanti aku update satu cerita yang mana betul betul buat aku tawar hati nak sambung belajar dekat sana.

Cuba bayangkan baru Form 1 Semester 1 macam macam jadi. Masa tu serius rasa macam nak berhenti belajar dekat sana & sekolah dekat dekat rumah je. Dekat sekolah memanglah jarang nangis. Tunggu sampai rumah, memang pening kakak kakak aku nak bagi aku ni kembali ke realiti kak oi...

Adakah sebab ukhuwah fillah abadan abada yang aku secara tak sengaja adakan dengan orang orang dekat sana buat aku stay sampai habis?      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 9-8-2016 11:45 AM

CERITA DUA PULUH ENAM : DAMPING

Aci tak kalau aku bagi selingan lagi?

Karang tak pepasal ada orang baling pinggan mangkuk dekat aku (walaupun tak akan kena punya sebab aku menyorok belakang handphone) sebab lambat habiskan cerita tentang Shark, BF aku ni.

Okeylah...Meh aku ceritakan cerita selingan ni ya? Baca dengan iman. Baca dengan kesabaran. Ecewah!

Tak jadi nak cerita pasal Parakang. Tak tahu sebab apa, aku rasa macam tak best pulak nak update tentang cerita yang Mak Cik cleaner tu ceritakan pada aku.

So, aku share cerita lain. Harap bolehlah korang fahamkan erk? Tak berapa seram, tapi harap ada terselit pengajaran ya?

PART 1
==========

Benda ni jadi dekat senior kitorang. 3 orang senior lelaki yang aku tak akan mention namanya. Marilah kita namakan diorang as Abang Apple, Nut & Coco.

P/S : Maafkan aku sebab aku namakan watak watak aku macam watak cerita Thailand dah. Apple lah, Nut lah, Coco lah, Ice lah, Shark lah. But nama nama ni semua nama samaran yang hanya yang berkaitan je paham.

P/S : Maafkan aku sebab ada certain certain benda dalam bahasa Melayu, aku susah sikit nak explain. So aku akan cuba describe supaya korang faham erk?

Asrama kitorang memang selalu ada masalah tak ada air. So, kalau takde air, kitorang akan mandi guna pili bomba yang ada tu. Mandi ramai ramai. For sure, yang namanya senior akan dapat mandi dulu. Kalau dah berlanjutan sangat, dapatlah cuti balik rumah. Mana yang rumah jauh, menumpanglah kau dekat rumah kawan kawan yang sudi terima kau sebagai isi rumah tambahan.

Senior 3 orang (Abang Apple, Nut & Coco) ni sebab nak jimatkan air yang ada so mandilah dalam satu tandas. Diorang mandi cara agak unik sebab otak masing masing bijak kononnya. Diorang guna hos getah paip kuning tu dan letak dalam tempat takung air. Satu hujung hos getah celup dalam tempat takung air yang guna untuk pam tandas tu, satu lagi hujung hos air biar je berjuntai.

Alah! Bajet bajet siphon. Apply konsep tekanan udara. Udara tinggi & udara rendah.

Hujung hos yang berjuntai tu kena sedut untuk bolehkan air disedut keluar dari tempat takung air. Geli tekak aku menaip ni.

Bila air dah keluar, so mandilah diorang bertiga. Masing masing take turn untuk mandi & sedut air.

" Wei! Nut! Coco! Siot erk tinggal aku sorang sorang!" Abang Apple tengah menjerit jerit dekat luar pintu tandas dalam bilik air. Dia ketuk ketuk pintu tandas tu.

Abang Nut & Coco dah pelik. Habis Abang Apple mandi sama sama dengan diorang ni siapa pulak.

Bila pandang balik semula. Si Abang Nut & Coco ni basah sebab kena air. Tapi si Apple tu macam maintain je tak basah basah walhal tadi dia pun sama sama kena air macam diorang jugak.

"Dah tahu ke? Hihi..." sekali Abang Apple jadian bukak mulut. Teruslah goyang lutut Abang Coco & Nut.

"Apple, bukak pintu ni! Bukak!"

Si Nut & Coco dah menggelabah sebab pintu tak boleh boleh nak bukak. Macam nak sesak nafas pun ada 2 orang abang senior ni sebab duduk dalam 1 tandas 3 orang (2 manusia 1 unknown).

Nasib baiklah si Abang Apple ni berani nak pecahkan pintu tandas yang plastik tu (salah satu penyumbang jumlah pintu plastik asyik nak kena tukar baru)

Abang Coco & Nut dah pucat berpelukan. Makhluk jadian tak dapat ditemui. Habis habis Abang Apple ni tarik keluar 2 orang kawan dia ni belah dari sana.

"Kalau nak mandi biar berdua. Jangan bertiga. Genap tak apa. Jangan ganjil"

Abang Aan cakap dekat aku tentang apa yang senior diorang inform. Tak pastilah. Maybe kebetulan. Sebab apa apa pun yang jadi, semua atas izin ALLAH S.W.T.


PART 2
========

Benda ni jadi dekat senior Form 4 kitorang. Senang cakap budak batch Abang Aan. Aku kenal dia sebagai Abang Jack & ayat biasa bila dia jumpa aku kalau dia nak cakap atau cerita apa apa "Budak kecik tak boleh tahu. Tutup telinga"

Cerita ni aku akan sebut abang senior since aku tak sure nama dia Abang Jack ke bukan. Hehehe.

Abang senior ni memang terkenal sebagai salah seorang kaki tegar "sabun di bilik mandi". Budak budak batch dia pun tahu sebab dia bangga gila dengan aset yang dia ada. Spesies spesies macam kawan aku si Panjang yang suka bogel dalam bilik tu jugak. Bahasa mudahnya, nanti si Panjang akan berevolusi jadi macam senior ni lah bila dah makin bertambah umur nanti.

Eh, evolusi! Mentang mentanglah Pokemon Go dah boleh main dekat Malaysia yang tercinta kan?

So, sekarang bila aku mention senior ni bangga dengan aset yang dia ada & aku mention Panjang maybe akan ikut jejak langkah dia sebab suka bogel sesuka hati. Korang mesti dapat tangkap kenapa nama dia Panjang, selain dari sebab dia agak tinggi lampai kan?

Senior ni biasanya akan jalankan kerja kerja dia masa orang lain tak ada atau keadaan dekat blok agak sunyi. So, dia dapat menikmati apa yang dia buat tu tanpa gangguan atau mengganggu orang lain. Nak tenggelam dalam dunia sendiri lah kononnya.

So, satu masa tu, waktu keadaan sunyi dekat blok dengan kepala dah plan macam macam, senior ni ambik buku rujukan dia dekat celah locker. Entahlah dia sorokkan macam mana buku rujukan dia tu dari kantoi dengan warden.

Diselak selaklah buku rujukan tu mencari chapter chapter yang menarik perhatian dia untuk kerja kerja "sabun di bilik mandi" dia tu. Dia nak warm up dulu.

Sebelum ni aku ada cerita tak dekat setiap bilik, dekat dinding bahagian atasnya ada tingkap tingkap bercermin untuk pengudaraan gitu. Tapi bukannya tingkap tu boleh bukak pun? Jadahnya pengudaraan...

Means kalau kau tengah baring dekat atas katil menghadap bilik depan kau, kau boleh nampak cermin cermin bahagian atas dinding bilik kau tu.

Kalau orang yang tersangat tinggi (pakai tangga), bolehlah main jenguk jenguk dekat tingkap tingkap cermin atas tu. Kalau jenis yang normal ni, just jenguk guna cermin yang ada pada pintu je untuk jenguk ke dalam bilik. Agak agak faham tak?

Tengah tengah seronok warm up tu, mata dia terpandang dekat tingkap tingkap bercermin tu lah. Dia nampak seakan akan ada satu makhluk tengah berpaut dekat situ & memerhatikan dia sambil menikmati pemandangan senior ni tengah warm up.

Benda ni seakan akan menikmati sebab bahagian pinggang ke lutut abang senior ni diexpose untuk memudahkan kerja kerja "sabun di bilik mandi" senior ni. Benda ni macam tersengih. At the same time, menjelir jelirkan lidah dia macam excited tengok aksi di depan  mata.

"Aku tak nampak kau. Belah belah!"

Abang senior tu terus cancelkan niat dia nak "sabun di bilik mandi". Stoplah jugak kerja kerja senior ni selama 7 hari. But bila datang balik nafsu dia tu, dia buat balik kerja kerja "sabun di bilik mandi" dia ni.

Nasib baik jugaklah dia ni hati agak kering. Cuma mungkin dia tak suka orang atau bukan orang ganggu konsentrasi dia, so dia cancelkan niat dia hari tu. Hehehehe...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 01:08 PM | Show all posts
oi ice
sambung la cite parakang tu
mana aci main cite separuh pastu tinggal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Noyen replied at 9-8-2016 01:08 PM
oi ice
sambung la cite parakang tu
mana aci main cite separuh pastu tinggal

Alamak!

Dah agak dah mesti ada yang akan baling pinggan mangkuk.
Sekejap aku order KFC, Pizza Huts, Baskin Robbins bagi sejuk sikit hati tu    
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 9-8-2016 10:44 AM
CERITA DUA PULUH ENAM : DAMPING

Aci tak kalau aku bagi selingan lagi?

Amboih! Advance nya budak2 la ni. Mendapatlah dgn makhluk jelir2 lidah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 9-8-2016 02:27 PM
Amboih! Advance nya budak2 la ni. Mendapatlah dgn makhluk jelir2 lidah tu..

Buku rujukan tu ada pulak suppliernya. Tak habis pikir jugak    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 03:15 PM | Show all posts
Edited by 3bidadara at 9-8-2016 03:16 PM
9teen replied at 9-8-2016 11:31 AM
Marah betul erk?

Actually, ni baru sikit. Insya-Allah nanti aku update satu cerita yang mana b ...

Mau aku tak marah. Kadang ade senior bodoh ni laa buat huru hara. Aku ingat lagi 1 kes ni kat asrama aku dulu.

Dulu sekolah aku ni sekolah baru. Batch aku adalah batch pertama tahun 2004. Mase ni intake Form 1 & Form 2 je. Sekolah ni sekolah asrama harian. Awal2 lagi cikgu aku pesan, kat sini kita tak amalkan sape senior sape junior. Kita sama2 saling hormat. Then, aku masuk asrama dalam pertengahan tahun. Walaupun rumah aku sekangkang kera je jaraknye. Bapak aku beria benoo laa nak aku duduk asrama tu. After 1month or 2month kot, baru laa masuk batch kedua ni. Batch kedua ni ambik pelajar yg dpt kputusan PMR cemerlang dari seluruh sekolah yg ade dalam daerah tu. Kira dorang ni Form 4  laa mase tu. Thats why laa aku cakap senior aku ni 'ACAH ACAH SENIOR'. Walhal majoriti semua tak pernah langsung masuk mane2 asrama sebelum masuk sekolah aku tu. Acah acah mak enon. Derrrr -_-

Balik pada kes yg pernah jadi. Aku dapat citer ni dari member aku budak aspura. Dia cakap, ade sorang ajet ajet senior suka tunjuk belang kat asrama. Ade ke bodo pegi suruh bebudak Form 1 & 2 main Spirit of the coin memalam buta kat bangunan sekolah. Kalau tak pegi, dia bedok. Bodo kan? Hish! meluat ade manusia yg perasan bagus ni. Nk jadikan citer, pegi laa bebudak tu main menda alah tak pekdah tu. Nth mcm mne, salah sorang tu bole pulak tak nak habiskan main. Satu hal nak balik tak boleh balik sebab benda tu nak ikut. Ehh bole pulak kau bawak balik benda tu pegi asrama. Memang kecoh mase tu aspura kena kacau.

Nak cakap PADAN MUKA pn tak bole sebab aspuri pn terkena gak. Banyak la hal dorang da buat. Geram

Sori TT tumpang rumah lagi.. Tak tau nape suke beno aku dgn rumah kau ni.. Sejuk barangkali..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 9-8-2016 03:38 PM
3bidadara replied at 9-8-2016 03:15 PM
Mau aku tak marah. Kadang ade senior bodoh ni laa buat huru hara. Aku ingat lagi 1 kes ni kat asra ...


Oh, lupa nak bagitahu!

Aku baru suruh orang pasang aircond kak dekat rumah setinggan Aku ni. Baru meriah sikit nak ajak orang borak borak sambil bercerita kan?

Alhamdulillah...Sejak Momod suka bagi kacang ni, adalah duit lebih sikit nak bayar bil elektrik. Mujur Momod bagi kacang banyak banyak!

Terima kasih sebab share cerita!     
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 04:28 PM | Show all posts
9teen replied at 6-8-2016 12:33 AM
Kat bawah ni aku senaraikan 23 cerita setakat ni, yang seram & misteri & seram seram kuku jugak (Jus ...
Kepada hadek TT... kalo ko rajin, ko hapdatela kesah2 ko plus ngan direct link kat PAGE 1 (contoh macam thread dammerung)... haaaa.. sebab haku tengok ko neh rajin betui dok explain kat tetamu2 rumah setinggan ko neh kisah2 seram terdahulu... alang-alang ader tetamu yg gatai tanya.. suruh jer diorang rujuk page 1...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 04:32 PM | Show all posts
9teen replied at 9-8-2016 03:37 PM
Oh, lupa nak bagitahu!

Aku baru suruh orang pasang aircond kak dekat rumah setinggan Aku ni. ...
Haku memang tak berkuntum kat bod MPS neh lebih dua minggu.. sebelum raya... masa minggu raya lagi la.. smpai pas raya pun... Jadi haku seperti kemurungan sebab dah lama tk baca citer seram dan bagi korang tacangs... Momod sepai ngan Smod medangmru pun ada berkuntum.. tapi biasala.. terlepas pandang kadang2.. siapa sempat bagi, dia bagi.. yang pasti haku nengok semakin muncit perut ko hadek TT.. kipidap dengan crita yang menarik.. kbai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.302161 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list