CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zira_blackjack

Kisah Seorang Wartawan ( Page 29)

[Copy link]
 Author| Post time 6-1-2016 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
woddy replied at 5-1-2016 05:48 PM
as-salam, t.t...sy follow thread t.t ni dari mula sampai la ni....biar lantak pi depa kata tt mcm or ...

Walaikumusalam for me setiap orang Ada pandangan masing2. Dan aku harap you will never treat your wife just like my husband treat me. Maybe bagi kau isteri tu kuat membebel pe sume. Tapi kau tak tahu betapa dia sayangkan kau hargai dia bila dia menghargai kau. Hormat dia jaga maruah dia.

my job sampai sekarang baik2 tapi macam biasa sibuk balik lah. Otak ni nak pecah pikir nak tulis story apa hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2016 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 replied at 6-1-2016 09:08 AM
Setuju dgn sedara Woody, Harap TT tabah kerana ujian ini Allah beri pd yg kental hatinya...Allah leb ...

Alhamdullilah terima kasih. Hope hidup kau juga dipermudahkan. Nanti aku kongsi lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah replied at 6-1-2016 03:20 PM
kalu dah namanya wartawan....cara penulisan memang hebat!!! suka baca, dalam lelehan air mata, awatt ...

Ishh aku takde lah best sangat. Btw thanks sebab sudi membaca

JC lagi besttttttttt nak hupdate dia lagi T_T
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 18 : Pinggan

Untuk pengetahuan semua mama saya merupakan orang Perak. Kisah ini di cerita kan sewaktu beliau masih kecil lagi. Dalam lingkungan 11-12 tahun.



"Opah mana Opah dapat pinggan2 ni?"

"Haishhh hang jangan sibuk lah. Opah pinjam dari kawan Opah usah sibuk"

"Mesti kawan Opah kaya kan?"

"Kaya kawan Opah tu seorang Puteri"

"Hah Puteri!"

"Udah2 pergi sana. Jangan kacau Opah. Opah nak masak ni. Kamu tu anak dara patutnya tolong Opah bukan pergi main pemaleh bebenor kamu ni. Opah takut kamu ni tak laku je nanti"

"Eeee orang tolonglah ni"

Dan Mama segera menolong Opah. Bibir Mama muncung tanda protes. Siapa tak kenal Opah? Bila mula membebel mau dekat sejam. Pedih telinga dengar. Sebab tak sanggup kena bebel Mama relakan diri.


Ketika itu awal 70-an ekonomi masih mundur. Tiada TV, tiada internet malah nak berhubung pun guna surat. Whatsapp ? Heh jauh sekali. Dunia Mama ketika itu hanya lah dengan mendengar radio di rumah Opah. Tu pun dah kurang berfungsi. Tunggu masa saja untuk 'pergi'.

Hiburan ketika itu hanya lah bermain dan membaca surat khabar. Bagi anak sunti yang baru menginjak awal 12 tahun agak keterlaluan jika Mama masih lagi bergelumang dengan lelaki. Semenjak umur nya 10 tahun Opah melarang Mama bermain dengan budak lelaki. Hanya di benarkan bergaul dengan budak perempuan.

Ibu? Mama tidak mempunyai ibu. Ibu Mama sudah meninggal dunia sewaktu melahirkan adik bongsu nya. Ayah nya pula hilang di hutan. Subuh itu Ayah keluar awal untuk memburu ayam hutan. Dan subuh itulah kali terakhir Mama bersalam dengan Ayah nya. Selepas itu Ayah nya terus ghaib. Orang kampung puas mencari tapi terus ghaib.

Sebenarnya Opah sibuk membuat kenduri kerana tak lama lagi adik nya yang nombor dua Rosli akan berkhatan. Jadi Opah nak buat kenduri sambil buat kenduri tahlil untuk Ibu dan Ayah Mama. Tapi yang membuatkan hati Mama pelik "Mana Opah dapat pinggan?"

Bila di tanya Opah kata kawan bagi pinjam. Bila Mama mengasak barulah Opah kata kawan nya Puteri yang bagi. Siapa Puteri tu.

Yelah semua tahu barang memang murah tapi duit susah nak di cari. Jadi mana Opah dapat pinjam pinggan banyak2. Orang kampung yang lain pun ekonomi nya lebih kurang dengan Opah. Pelik2.

"Ingat lap pinggan ni elok2. Lembut2 jangan kasar2. Barang ni orang punya. Kalau rosak, calar nanti orang tu tak bagi pinjam dah faham!"

Mama terus mengelap pinggan itu sambil memerhati reka bentuk pinggan tersebut. Cantik ukiran lama. Seumur hidup Mama tak pernah lagi melihat pinggan ber reka begitu. Sudah lah tu berwarna putih. Corak nya pula berwarna kuning keemasaan. Cantik.

Takpe Mama tekad. Mama akan cari siapa Puteri tu. Mengapa Opah beria-ria tidak membuka identiti rakannya itu kepada Opah. Tunggu lah Mama akan jadi James Bond !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh mcm selalu dgr kisah pinjam pinggan ni
Kt johor ade satu sg yg kunun2 dulu ade puteri bg pinjam pinggan kt org kg, tp diorg xjge molek,terus dah xmuncul puteri tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2016 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknye puteri tu mmg kejenye bg pinjam pinggan sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 09:25 AM | Show all posts
zira_blackjack replied at 6-1-2016 08:23 PM
Walaikumusalam for me setiap orang Ada pandangan masing2. Dan aku harap you will never treat your  ...

I/allah sy cuba untuk tidak melakukan perkara tersebut. sy pun da rasa perasaan d curangi ketika couple dulu....
minta allah beri pedoman hidup pada mereka b2....apa2 anak itu kena jaga dulu jgn bagi ank tu keluar sekali dgn perempuan tu....tu jer...biar ank dgn zira...
apa2 pun sy doakan kebahagian both of you.

jgn lama2 ek menyepi dari board mps ni...rindu nk baca citer hantu zira ni.....terbaik der...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 09:55 AM | Show all posts
wey zira hang pi manaaaa...tak tido mama tunggu cerita pinggannnnnn..............ziraaaaaaaaa oiiii ziraaaaaa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:46 AM | Show all posts
Edited by hatikudus at 7-1-2016 11:47 AM
mamaezah replied at 7-1-2016 09:55 AM
wey zira hang pi manaaaa...tak tido mama tunggu cerita pinggannnnnn..............ziraaaaaaaaa oiiii  ...

Tu diaaaa @mamaezah teriakk...lama tak muncul, sr ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:51 AM | Show all posts

Adehhhhhh..sambung lerr pulak..

baidewei..tahniah zira for ur new coming baby...alhmdllah..dlm berhentak2an ada rezki Allah nak bagi rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:02 PM | Show all posts
cepat sambung tt.. n tahniah utk pregnancy tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:53 PM | Show all posts
hatikudus replied at 7-1-2016 11:46 AM
Tu diaaaa @mamaezah teriakk...lama tak muncul, sr ka?

ya, mama hybernate skrg...baca  ja takut plak cerita lepas siri siri penunjukkan muka yg huduh tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 02:54 PM | Show all posts
semua ada dalam cerita ni.. takut, sedih, pelik, sangsi, geram... yang aku pulak elok je melayan. tak saba nak tunggu update. harap zira ok2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 08:52 AM | Show all posts
kisah pinggan tu pernah baca gak kat dalam mastika kalo tak silap. orang kg pinjam pinggan mangkuk puteri utk kenduri. tapi tak jaga elok2, ada yg pecah. puteri merajuk n tak bagi pinjam dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
zira_blackjack replied at 29-12-2015 01:52 PM
Sekarang life aku ikut TAKDIR. kalau TAKDIR MENGATAKAN JODOH KAMI KUAT. Kami TAK KAN BERCERAI. Tap ...

Menangis saya baca kisah awk..sabar ye awk..bg sy suami awk salah..kifarah tu ade..tggu je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hey im back sorry sebab dah lama tak update. Sibuk gilerzzz minggu ni. Since pn ni selalu rasa penat. In sha Allah start esok i will sambung story aku
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
zira_blackjack replied at 9-1-2016 10:47 PM
Hey im back  sorry sebab dah lama tak update. Sibuk gilerzzz minggu ni. Since pn ni selalu rasa ...

Xde pon smbungan..hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:46 AM | Show all posts
padia nih...senyap sepi plak tread nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 11:25 AM | Show all posts
tak sabar nak baca citer TT lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.256997 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list