|
Keputusan Liwat Anwar Ibrahim Hari Ini: UPDATE: Anwar Bebas.
[Copy link]
|
|
pedulik kan moral dia nak meliwat ker nak menonggang ker.. sukati dia
yg sy sangat2 concern.. yg saya baca dlm fb tok belagak
anwar sokong pluralisme dalam agama.. dengan kata lain, hampir sama jerk dengan fahaman ayah pin.. menganggap semua agama adalah sama
sy juga LIKE sangat ulasan Tok Belagak, kalau dalam bab agama ni pun dia dah FAILED, macamana dia nak mempimpin negara????? |
|
|
|
|
|
|
|
pedulik kan moral dia nak meliwat ker nak menonggang ker.. sukati dia
yg sy sangat2 concern.. yg ...
Login_ID Post at 9-1-2012 12:01
hanya najib pejuang islam sebenerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
pedulik kan moral dia nak meliwat ker nak menonggang ker.. sukati dia
yg sy sangat2 concern.. yg ...
Login_ID Post at 9-1-2012 12:01
mahathir tak amalkan pluralisme dalam agama ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!
[GALERI FOTO]
Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.
Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.
Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.
Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.
Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".
Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".
LAPORAN LANGSUNG
11.38am Saksi kejadian yang merupakan seorang peniaga memberitahu tidak nampak apa-apa berlaku ketika letupan berlaku.11.20am Dua orang dipercayai tercedera akibat letupan sebelum ini.
11.15am Kawasan tempat letupan kedengaran yang ditutup dengan garisan kuning menempatkan tiga kenderaan penjaja dan beberapa buah kenderaan awam lain termasuk motosikal.
Polis membenarkan kenderaan yang diparkir di bawah medan selera keluar dripada kawasan berpagar kuning.
Polis juga membawa dua ekor anjing pengesan untuk memeriksa keadaan sekeliling.
11.10am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat.
11.04am Keseluruhan tiga letupan kedengaran di kawasan mahkamah antara jam 10.15 hingga 10.55 pagi.
10.48am Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya.
Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan untuk menunaikan solat syukur di masjid.
Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.
1046am Kira-kira 30 polis bergegas ke kawasan letupan dan memagarnya dengan garisan kuning.
10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.
Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.
Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.
Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.
"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.
Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.
"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.
"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.
"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.
10.22am: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan tersebut.
10.10am: Polis bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid ‘boo’ penyokong PERKASA dan Perkida.
9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan tuduhan ke atas Anwar adalah palsu.
9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan.
Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan.
9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.
“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.
“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.
Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.
Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.
9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:
"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"
9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.
"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."
Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.
9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.
9.17am: Satu pergaduhan kecil tercetus apabila lebih 50 orang kumpulan penyokong Saiful bergerak turun daripada kawasan masjid dan bergerak menuju ke kawasan letak kereta mahkamah.
Kumpulan itu dihalang oleh ratusan lagi penyokong Anwar di jalan yang menempatkan pusat penjaja medan selera di jalan tersebut.
Kumpulan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong Saiful yang membawa kain sepanduk ketika berarak.
Cabar mencabar di kalangan kedua-dua kumpulan penyokong berlaku dan berlaku pergelutan kecil di antara beberapa orang.
Kumpulan penyokong Saiful kemudiannya berundur apabila terus diasak kumpulan pro Anwar dan kemudiannya masuk semula ke kawasan masjid.
Polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid.
Polis juga kemudiannya tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara ke dalam masjid untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus.
10.46am Ribuan lagi masih menunggu di Jalan Khidmat Selera untuk mendengar ucapan Anwar. Tiba-tiba terdengar letupan kuat dari pencawang elektrik berhampiran medan selera.
10.25am Anwar keluar dari mahkamah dengan sorakan daripada penyokong yang ghairah dan memaksa beliau berucap.
Katanya, keputusan hari ini bukan keputusan seorang lelaki dan menjadi tanggungjawab untuk membebaskan rakyat.
Beliau kemudian menuju ke arah Masjid Wilayah. |
|
|
|
|
|
|
|
9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.
9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.
9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir.
8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.
Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.
"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.
"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".
8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.
8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.
Beliau memakai baju biru dan seluar hitam dan kelihatan tenang.
8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.
"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”
8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.
Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.
8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.
Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.
Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.
8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.
“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.
Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.
8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.
Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.
8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.
8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.
Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.
"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”
7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.
7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.
7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.
Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.
7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.
7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.
Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.
Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.
7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.
7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.
Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.
7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.
Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.
7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.
Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.
Jumlah kenderaan polis itu termasuk;
21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force
7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin forumer2 bleh bincang kembali bideo nuor dgn china doll tu...pasal tisu baling ka, pasal angle bilik ka, pasal rambut ka... |
|
|
|
|
|
|
|
huhhh... anwar bebas? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 426# boria
perghhh ramai gila....
maksudnye ramai la yg tak keje ari ni ek |
|
|
|
|
|
|
|
rasain lho!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan bodoh:
-punya ramai manusia yg gigih berkampung kat mahkamah seawal 5am, depa tak kerja ke? Atau kerja sendiri? atau sanggup menipu MC? atau ambil cuti tahunan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 424# abgboroi
ntahlah.. zaman pemerintahan mahathir, aku baru jerk sekolah rendah.. time tu aku tak tau banyak info 'buruk' pasal dia n tak tau komen n tak leh buat apa2 pasal mengundi pun belum layak. yang aku ingat, masa nak masuk sekolah menengah, mahathir pecat anwar n banyak info pasal 'kedunguan' n konspirasi mahathir yang aku dapat. TAPI disebalik semua tu, lebih banyak info aku dapat mahathir ni baik, bagi malaysia maju bla bla bla |
|
|
|
|
|
|
|
satu jah iols nak ckp kat sepol n amngok yang duk sokong dia.... PUNGGGGGKOQ HANG! |
|
|
|
|
|
|
|
tarak sapa mau suruh anwar keluar islam ka? suruh murtad ka? |
|
|
|
|
|
|
|
hanya najib pejuang islam sebenerrrr
atira Post at 9-1-2012 12:05
no komen.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasain lho!!!
kecimpret Post at 9-1-2012 12:11 PM
papagomo biasa main jubak sepul ke?marah sangat dia ni saya yakin dia selami ini sedar yang sepul itu adalah GAYAH! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# Acong
Selepas solat sunat berjemaahkah? |
|
|
|
|
|
|
|
eceh2...start bile hang ada bukti... dasar suka sama suka...takder hal lah..LGBT
shamsadis Post at 9-1-2012 12:06
haha itu je??bangangnye |
|
|
|
|
|
|
| |
|