|
@tari
Hujan atau ribut petir diramal di lokasi SUKMA XXI sehingga Sabtu ini
KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan atau ribut petir di kebanyakan sembilan bahagian di Sarawak, lokasi Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) berlangsung sehingga Sabtu ini.
Menurut ramalan cuaca khas sepanjang SUKMA XXI, MetMalaysia menyatakan bahawa kesemua bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri akan mengalami hujan atau ribut petir - akan mengalami hujan atau ribut petir sepanjang siang dan malam ini.
"Hanya Miri dijangka mengalami cuaca cerah pada pagi 21 Ogos," tambah jabatan itu dalam satu kenyataan.
Pada hari ini, MetMalaysia berkata kesemua sembilan bahagian kecuali Bintulu dan Miri mengalami hujan waktu pagi diikuti ribut petir pada sebelah petang.
"Sementara Kuching, Samarahan dan Serian akan terus mengalami ribut petir pada waktu malam, Sri Aman, Betong, Mukah dan Sibu akan mengalami hujan manakala Bintulu dan Miri akan mengalami malam cuaca yang kering," katanya.
Pada Jumaat, MetMalaysia berkata semua bahagian kecuali Bintulu dan Miri dijangka terus hujan pada sebelah pagi.
"Kuching, Samarahan dan Serian akan kekal hujan pada sebelah petang manakala ribut petir dijangka berlaku di bahagian lain. Hanya Bintulu dan Miri akan mengalami cuaca hujan pada waktu malam," tambahnya.
Pada Sabtu, yakni hari terakhir temasya SUKMA XXI, MetMalaysia berkata semua sembilan bahagian itu mengalami ribut petir pada sebelah petang.
“Serian, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri pada pagi cuaca cerah manakala Kuching, Samarahan, Betong dan Mukah diramal hujan.
"Hujan dijangka berlaku di semua sembilan bahagian kecuali Mukah, Sibu dan Bintulu pada malam 24 Ogos."
https://www.utusanborneo.com.my/ ... -sehingga-sabtu-ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|