|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #95
[Copy link]
|
|
Apam Nasi Tepung Beras
Bahan
Ikut cawan yg sama ok..
2 cawan nasi sejuk
2 cawan gula
3 cawan air suam-kisar-masuk 11/2 cawan air dulu masa kisar kemudian tambah air selebihnya.
Kemudian masukkan
4 cawan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
Kisar smpi halus
Masukkan
Tapis dulu..(Mummy suka tapis dulu supaya adunan lagi halus.)
Masukkan pula
2 sdk yis-
Kacau sebati.
Kemudian perap 5 jam di suhu bilik saja tak payah masukkan dlm peti ais.
Setelah siap diperap masukkan sebungkus Eno kertas warna biru dan kacau rata.
Tak nak guna pun ok
Panaskan dulu pengukus biar smpi air mendidih.
Acuan sapu dulu dgn sedikit minyak.
Masukkan bancuhan.
Setiap kali nak masukkan bancuhan adunan kacau dulu bagi rata supaya bancuhan tepung tak mendap ke bawah.
Nak merekah penuhkan acuan dan jarakkan acuan dlm loyang.
(Klu letak acuan sendat dan rapat2 payah sikit nak merekah-dari pengalaman la.)
Kukus 20 minit sehingga masak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Italy, Amalfi Coast
|
|
|
|
|
|
|
|
Puding karamel
Bahan²
Utk gula hangus.
4 sudu besar gula pasir
Sedikit air..(hakak agak2 jer)
Bahan2 utk puding;
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat mnis
1/2 cawan air
6 biji telor (gred B
1 sudu esen vanila
Cara2;
~Satukan gula pasir dgn air dlm periuk,masak dgn api yg kecil sehingga perang..
~Tuang ke dlm loyang(hakak guna size 8)..ketepikan
~Satukan susu cair,susu pekat mnis,telor,esen vanila& air...hakak guna blender ajer..
~tapis adunan ke dlm loyang yg berisi gula hangus td.
~kukus sehingga masak(30-35 mnit)
~kalau nk tau puding tu dh msk ke blm..cucuk dgn lidi kt tgh2 puding tu..lau tk melekat tu kira dh msk la.
~Tunggu agk2 dh sejuk baru terbalikn puding tadi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mee hailam
BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya
Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .
CARA-CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .
-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .
- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .
- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK PISANG LEMBAB
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh bikarbonat soda*
(* bahan2 yang diayak)
10 biji pisang emas dilenyek (guna 7 biji pisang berangan pun boleh)
125gm butter dicairkan - dan disejukkan
1 cawan gula perang
1 sudu ovellet
1 sudu vanilla
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair
Cara Membuatnya:
1. pukul telur bersama ovellet dn gula sehingga kembang.
2. masukkan tepung berselang seli dengan butter yang telah dicairkan.
3. kemudian masukkan pisang yg telah di lenyek,susu cair dan di gaul rata
4. panaskan oven dengan suhu 160 darjah
5. masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter dan di alas dengan kertas minyak - sapukan butter tu rata2.
6. selepas itu bolehlah dibakar dalam masa 40 minit atau sehingga masak.
7. biarkan kek sejuk baru boleh dipotong & dihidangkan
|
|
|
|
|
|
|
|
SERI MUKA GULA MERAH
Bahan atas :
1 1/2 cawan beras pulut..rendam 3- 4 jam ( saya guna pulut susu )
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu teh garam
Loyang 7×7 atau 8×8 inci..oles dengan sedikit minyak
1. Basuh beras pulut kemudian toskan
2. Satukan beras pulut,santan dan garam ke dalam loyang,kukus selama 30 minit api besar
3. Setelah pulut masak, ratakan dan tekan bagi padat kemudian cakar permukaan atasnya dengan garpu
Bahan2 lapisan bawah :
200 gram gula merah ( saya guna gula merah timbang )
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
2 biji telur ( saya guna gred B )
1/4 cawan tepung gandum ( saya tambah 1 sudu besar lagi )
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1. Masak gula merah,1/2 cawan air serta daun pandan sehingga gula larut,sejuk tapiskan
2. Satukan tepung gandum, tepung jagung,garam,santan pekat dan telur, kacau sebati pastikan adunan tidak berketul
3. Tuang larutan gula merah tadi ke dalam adunan tepung, sebatikan dan tapis
4. Masak adunan atas api sampai naik wap dan sedikit likat ( bukan pekat ya ) baru tuang ke atas lapisan bawah,kukus selama 25-30 minit api sedang besar
5. Jika selepas masak ada air bertakung atas permukaan, kukus tanpa penutup selama 5- 10 minit
6. Penutup kukusan balut dengan tuala bersih Saya x balut tapi setiap 8 minit saya buka penutup, lap bawahnya dengan tuala bersih kemudian sambung kukus semula, buat langkah yang sama sampai kuih betul2 masak.
7. Dah sejuk baru potong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Italy, Amalfi Coast
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi 2
|
|
|
|
|
|
|
|
just 1 more |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|