CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 15-11-2010 10:39 AM | Show all posts
fazs nak n3 hari boleh tak ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2010 11:03 AM | Show all posts
fazss sambung la lagi best la...slalu SR ja....nie nak begiat aktif dh start cuti sem..
anabilla89 Post at 12-11-2010 17:25



    selamat bergiat... sambungan..??? sabar yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 11:04 AM | Show all posts
geng meroyan - reza, datin noraini, lily, camelia, karina

agaknya nak shah jadi penyelamat tuk ka ...
mijot Post at 12-11-2010 22:04



    geng meroyan..wah.. heheh  lelaki pun sakit meroyan ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 11:05 AM | Show all posts
lagi2......
anabilla89 Post at 13-11-2010 12:42



    hehehe  dukacita..belum lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 11:06 AM | Show all posts
fasz,bila nk smbung lg...excited jer ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 11:06 AM | Show all posts
kena tunggu monday....baru ada n3 dari faszz
bb_75 Post at 13-11-2010 13:40



    dukacita..hari ni tak ada.. coz last weekend buzy ..

maaf....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2010 11:08 AM | Show all posts
Reply  bb_75
alamak lama lg tu...
anabilla89 Post at 13-11-2010 14:00



    fazss susah hati tak dapat penuhi permintaan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 11:08 AM | Show all posts
fazs nak n3 hari boleh tak ??
juliet80 Post at 15-11-2010 10:39



    maaf.. tak dapat nak tempek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 11:26 AM | Show all posts
maaf.. tak dapat nak tempek...
fazss Post at 15-11-2010 11:08


aduiiii..... ku kachiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 11:56 AM | Show all posts
harap2 fazss jgn menghampakan harapan kami.... next2 n3.. tgh berdebar ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 12:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 15-11-2010 12:18

Angin pagi bertiup mesra, menyentuh terus ke dasar hati Lisa. Di kutip seluruh kekuatan baru buat mengharungi kehidupan yang mendatang. Jujur dengan situasi nya, Lisa lelah dengan semua nya. Di saat ini, dia tidak mahu berfikir soal Reza, Shah, Lily , Camelia dan semua insan lain. Penat nya tertanam dalam, berbau dan amat melelahkan.

Pengalaman yang memalukan itu cuba di hindari dari ingatannya. Lisa membuang segala kenangan di Taman Gelora. Sudah 4 pusingan dia berjogging, peluh sudah pun menghiasi di muka dan baju nya. Namun peluh itu tidak menggambarkan apa2 buat hati dan jiwa nya.
Puas di Taman Gelora, Lisa beralih ke pantai Teluk Cempedak, yang hanya 2km dari sana. Masa terus bergerak. Lisa masih lagi di situ, menghayati bayu pantai, menikmati deruan ombak dan cuba melakarkan semula kisah hidup nya.

Sepi..

Seindah bicara tanpa suara, seindah rupa tidak berwajah. Aku terpana dan kini terluka. Aku bahagia dan kini berduka. Keadaan tidak sama tapi tiada yang berubah. Setiap saat berlalu seakan sedekad bergerak, namun ada sedekad umpama sesaat. Kekeliruan sentiasa ada, bersama atau berasingan.. jalan masih sama.

Lisa kembali merenung ke dasar hatinya. Mula membawa keberanian untuk kembali menghadapi hidup tanpa lelaki itu.. dia ingin membuang setiap apa yang berlaku, setiap apa yang berkaitan dengan dia!! Sudah pasti…!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 12:18 PM | Show all posts
aduiiii..... ku kachiwa...
merahsilver Post at 15-11-2010 11:26



    fazss tempek skit.. maaf...skit sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 12:19 PM | Show all posts
harap2 fazss jgn menghampakan harapan kami.... next2 n3.. tgh berdebar ni..
asnita Post at 15-11-2010 11:56



    fazss tempek skit...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 12:33 PM | Show all posts
tq fazss.. ckit pun ok la...
merah pun kena kuar ni, nak g collect report card..
aku pulak yg berdebar2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:24 PM | Show all posts
fazss tempek skit.. maaf...skit sgt..
fazss Post at 15-11-2010 12:18



fazss sket pun xpa..jgn x smbg trus....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 01:31 PM | Show all posts
tq fazss.. ckit pun ok la...
merah pun kena kuar ni, nak g collect report card..
aku pul ...
merahsilver Post at 15-11-2010 12:33



    hehehe..biasa la tu... semoga result ok yer, berapa sekolah nak g?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 02:28 PM | Show all posts
ermmm...
sikitnya n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 08:19 AM | Show all posts
salam semua... morning.. semangat fazss, pagi2 dah check in ni.. he

semoga anda gembira..dengan N3 hr ni...

**************************************************************************

Satu permintaan telah mereka utara kan di cuping ku. Aku tidak pasti apa yang terbaik buat diriku, sama ada menerima atau menolaknya. Semua yang berlaku bersebab. Seminggu bukan jangka masa yang cukup buat aku untuk menimbang kan permintaan itu, tapi mungkin cukup lama untuk mereka. Aku mengeluh sendiri.

“u dah tau plan mama dan ibu?” Shah bertanya, di saat pertemuan kami minggu lalu. Sebelum aku di beri masa untuk berfikir.

“I tahu, u macam mana?” aku cuba mencari kepasti di pihak dirinya sendiri.

“I setuju!” aku terkejut, dia tersenyum manis seperti kali pertama aku mengenali nya. Jika diikutkan hati yang sedang tergoda ini, pasti aku terus setuju. Tapi, ada Karina antara kami.

“kenapa?” seolah terlalu naïf aku bertanya.

“kenapa apa?” Tanya nya.

“kenapa setuju la…ish3.. u selalu wat pening kan?”

“biar I simpan sendiri sebab nya.”

Aku mula serba salah untuk membuat keputusan. Jika dia memang menyayangi aku, pasti aku setuju tapi dengan main tarik tali begini aku jadi takut. Takut dia tak mampu terima segala tentang aku. Menurut ibu, rancangan ini telah lama di atur, cuma sekarang baru tiba masa yang sesuai untuk di laksanakan. Lina dan Farid juga di alam kegembiraan, menanti kehadiran orang baru beberapa bulan lagi.

Setelah berbincang 4 mata dengan Shah, aku bersedia menerima lamaran mereka dengan syarat aku diizinkan dengan menguruskan butik ku lagi selepas itu. setakat ini tiada bantahan dari Shah ataupun Mak Yah.

Sebaik aku bersetuju, ibu mengadakan majlis kecil, majlis menyambut pertunangan ku di rumah ibu. Pakaian ku ambil dari butik ku, manakala Lina pula make up kan aku. Suasana pertunangan yang di buat hanya melibatkan keluarga terdekat dan kejiranan di kampong jadi kami tidak perlu berlebihan dalam bergaya.

Tidak sampai 2 bulan bertunang kami bernikah. aku terlalu gemuruh, melihat Shah dalam baju melayu putih yang sedondon dengan ku di hadapan ku. Keindahan hiasan di sekitar ku tidak mampu membendung rasa ini. walaupun duduk beralas bantal aku rasa seperti sejuk simen masih terasa. Betapa gemuruh nya aku ketika ini. Kira yang cantik berbaju kebaya dari kain seperti ku duduk senyap di sisi ku.

Dengan sekali nafas, aku sah menjadi milik Shah. Setitik air mata ku terharu dan sedih. Aku kini milik nya. Setelah solat sunat syukur, Shah menghampiri ku, di sekeliling kami telah bersedia jurukamera-jurukamera amatur. Ya Allah..mana aku mampu aku sorokan wajah ku yang sudah setebal tembok.

Dengan bantuan Lina, Kira menghulurkan sepasang cincin di hadapan kami. Shah menyarungkan cincin plantinum berbatu tertanam yang kami tempah sebulan lalu ke jari ku. Tika ini, flash kamera mula menyinari kami. Subjek untuk hari ini. Tangan nya ku cium hormat, terasa suatu perasaan yang asing. Seperti aman, tenang dan bahagia.

Tanpa berlengah, aku sarungkan cincin dari reka bentuk yang sama tetapi saiz besar sedikit ke jari nya. Ada senyuman yang manis di lemparkan buat ku, aku terjatuh cinta pada suami ku sendiri. Tiba hati ku yang dulu beku terasa mencair.

Dagu ku di raih , dahi ku di kucup lama. Flash kamera tidak berhenti , aku kira menghampiri 3 minit kami kaku begitu. Penat kami perlu mengekal posisi begitu, malu mula berbukit apabila ada suara mula mengusik2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 08:21 AM | Show all posts
Tika hari menjangkau malam, hati ku masih berdebar2. Setiap perbuatan ku serba tidak kena. Keluarga Shah semua telah pulang sejak lepas Asar tadi. Jiran tetangga sudah pun beransur pulang, yang tinggal hanya lah saudara terdekat ku yang tinggal jauh. Oleh kerana majlis sambut menantu akan berlangsung lusa maka ramai lah yang menumpang di beberapa rumah keluarga yang sekitar kampong ku.

Aku masih bermalas di dapur, berbual dengan ibu dan beberapa ibu sandara ku. Suami ku entah ke mana menghilang sejak kami makan malam. Jam menjejak ke pukul 11 malam, aku mula rasa bersalah. Hari pertama bergelar isteri sudah pun mengumpul dosa. Tapi aku malu nak masuk lagi, takut kena usik dengan ibu2 saudara yang masih berborak.
Melalui anak mata, ibu menghantar isyarat..

‘gi masuk bilik!’

‘diaorang ni, nanti kena kutuk’

‘tak apa, pegi..’ aku terus berlalu melihat isyarat terakhir ibu tanpa berkata apa2.

Betapa bersalah nya aku melihat Shah duduk di atas katil sedang membaca Al-Quran, pasti dia menanti ku. Ya Allah..berdosanya aku. Aku duduk di sebelahnya. Menanti dan mendengar alunan. Sebaik Al Quran di tutup, di letakkan di rak meja solek, bersama buku2 ku yang lain. Shah bergerak ke pintu dan menguncinya. Hati aku bagai nak meletup, apa yang perlu aku lakukan.

“Lisa tak solat isya’ lagi kan?” katanya tersenyum, sambil membentangkan sejadah. Aku hanya mengangguk.

“cepat la..kita jemaah” aku pula yang tersenyum dan tersedar. Aku yang terbirah ni..he3.. si suami tak fikir pun. Mujur bilik aku ini ada bilik air, malas nak berulang alik keluar.

Solat jemaah kami yang pertama, terasa tenang dan sayu mendengar doa nya. Dia mendoakan kebahagiaan buat ikatan yang baru terbina ini. Aku amat terharu. Aku tahu, hati nya masih ada Karina. Hari pertama aku sebagai isteri.

Aku salami tangannya, terasa indah perasaan ini. Suatu kedamaian yang tidak bertepi. Sebaik wajah ku kembali merenungnya, dahi ku di kucup kali kedua untuk hari ini. Perasaan ini berbeza dengan yang pertama tadi, lebih bersahaja tetapi berkesan di jiwa ku.

“I nak Lisa panggil I dengan satu panggilan yang special, boleh?”

“contoh nya?”

“abang ke?”

“perlu ke? Segan yer..”

“yes..”

“any reason?”

“all about heart” senyum gatal nya mula bertandang. Ini merimaskan aku. Kerana aku tergoda dengan senyuman nya begitu.

“insya Allah..jangan la paksa ok”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 08:23 AM | Show all posts
Kami tersenyum, sama2 bangun dan mengemas semula sejadah dan pakaian solat. Aku bersandar di kepala katil, masih tidak betah dengan apa yang berlaku pada diriku hari ini. Shah membuka almari dan mengeluarkan kotak hadiah yang berbalut kemas. Siap bereben bagai.

Kotak itu ku sambut, dia disebelah ku hanya mengamati ku sambil tersenyum.

“untuk Lisa ke?”       

“i hadiah kan buat isteri i”

“reason?”

“Lisa ni! Perlu ke reason..tak semua ada reason yang nyata.. tapi yang jelas, tak salah kan?” hidung di picit. Sakit yer..agak kasar dah gurau ni. Mentang2 la dapat sentuh dah.

“ok la…sakit yer. Mujur dah kahwin, kalau tak jatuh la saham.”

“ooo….ada hati nak buka saham lagi la ni?” dia mengusik ku.

“insya Allah..” aku mula mengiat lagi. Jika tadi hidung kali ini, pipi aku pula. Ish3..En. Suami ni..

“dah jangan mengarut yer, buka la..”

Reben ku buka satu persatu. Solitape yang ada aku cabut berhati2. Kotak ni ringan tapi saiz nya separuh kertas A4, aku jadi penasaran, apa kah isi nya. dah la beria suruh buka..

Malu tidak terkata, tidak sangka ini hadiah buat ku pada malam pertama kami. Dia tersengih di kala aku sudah pun malu tidak terkata. Gaun tido warna hitam, berenda di dada dan di hujung.

“i nak Lisa pakai malam ni. Boleh tak?”

“malu..” kataku dalam dengar dan tidak.

“pegi la..cuba je dulu” lambat2 aku bangun menuju ke bilik air, kalau di jawab lagi dinamakan ingkar pula. Ya Allah seksi nya, pasti nampak lurah dada aku.

Aku masih berkira2 untuk keluar dari bilik air dengan gaun sependek itu. Dah la dada terdedah, ketiak nampak,nasib baik bersih..nampak kepala lutut. Penyakit betol.

Mata nakal Shah menelek Lisa yang teragak2 untuk melangkah.

“tepat pun saiz yang i beli”

“so boleh Lisa tukar semula T-shirt yer..” aku cuba memujuk. Tangan ku di raih, kami duduk di birai katil. Debaran tadi kembali lagi. Wajah aku terus tertunduk.

Tiada kata, tiada paksaan.. Shah mula menyentuhku, lembut dan penuh tertib. Dari debaran yang maha hebat kini bertukar tenang dan amat selesa. Aku hanya mengikut rentak nya, membiarkan segalanya…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062944 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list