|
Deftech seeks orders from Army and Police
Wednesday February 21, 2007
Deftech seeks orders from Army and Police
By B.K. SIDHU
SHAH ALAM: DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) hopes to secure some orders from the Malaysian Armed Forces and Royal Malaysian Police for the first Malaysian-made armoured vehicle |
|
|
|
|
|
|
|
DSP Yahya perluas pengetahuan demi kerjaya
Oleh Syed Mohd. Ridzuwan Syed Ismail
YAHYA membuktikan kepayahan yang ditempuhi bukan halangan untuk mendapatkan segulung ijazah.
MELANJUTKAN pelajaran ketika sudah berumah tangga bukan sesuatu yang mudah. Tidak semua orang sanggup berdepan dengan dugaan yang bakal dihadapai, apatah lagi apabila sudah mempunyai cahaya mata serta kerjaya yang telah kukuh.
Memikirkan cabaran dan pahit getir yang terpaksa ditempuh, maka tidak hairan jika ramai yang terpaksa membatalkan niat mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Lebih menyedihkan lagi ada yang gagal dan terpaksa berhenti separuh jalan apabila tidak tahan dengan dugaan yang melanda setelah banyak menghabiskan tenaga, wang dan masa.
Namun bagi Ketua Unit Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1/2006 Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Supritendan (DSP) Yahya Othman, 48, tiada apa yang mustahil baginya jika seseorang itu mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan.
Apatah lagi, ilmu yang ditimba adalah untuk memajukan kerjaya dan melengkapkan diri agar bertambah yakin terhadap apa yang dilakukan serta menerima sokongan daripada insan tersayang.
Menurutnya, dia tidak teragak-agak meneruskan niat untuk belajar pada tahun 1990 walaupun ketika itu jawatannya sebagai Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Johor.
揔etika itu saya bertekad untuk meneruskan pelajaran dalam Diploma Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi secara sepenuh masa dengan mengambil cuti dan dibayar separuh gaji.
揂pabila habis pengajian peringkat Diploma saya merasakan masih ada kekurangan dalam diri saya terutama dalam bidang berkaitan undang-undang.
揗enyedari perkara itu, saya terus menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di universiti yang sama,拻 kata anak kelahiran Negeri Sembilan ini.
Selepas berjaya memperoleh ijazah pada tahun 1997, Yahya ditugaskan sebagai Pegawai Turus Pendakwaan dan Undang-Undang di Ibu Pejabat Polis Kuantan, Pahang sehingga tahun 2003.
Kemudian dia ditukarkan ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Bukit Aman sehingga tahun 2005 dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Pahang sehingga dipilih sebagai Ketua Unit Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1/2006 Maktab PDRM.
Menurutnya, tugas sebagai pegawai pendakwa dan pegawai penyiasat ketika di Johor banyak mempengaruhinya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
揔etika menjadi pegawai pendakwa saya merasakan diri terlalu `kecil' apabila berdepan dengan peguam bela yang mewakili suspek, malah ada kes-kes yang perlu saya kendalikan melibatkan peguam terkenal.
揚ada masa itu, saya rasa kurang keyakinan diri untuk membacakan fakta kes dan mengenangkan perkara itu saya berazam untuk menuntut ilmu berkaitan undang-undang,拻 ujarnya. Namun, menurut Yahya, `pembakar' utama yang menguatkan semangatnya untuk menerus pengajian adalah isterinya sendiri iaitu Mahanum Abu Bakar, 48, yang juga seorang guru sebuah sekolah di Seremban.
揝aya masih ingat ketika menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, isteri saya juga turut menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke sebuah pusat pengajian tinggi di New Zealand.
揝etelah memikirkan keluarga dan anak-anak dia terpaksa menolak tawaran tersebut dan terus menyatakan hasratnya untuk melihat saya melanjutkan pelajaran, |
|
|
|
|
|
|
|
Kecemerlangan Polis Kelantan dihargai
Oleh Abdul Rakis Santa
ASPEK keamanan dan keselamatan sesebuah negara menjadi intipati terpenting dalam memastikan dunia dan penduduk negara khususnya, berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
Dan bagi memastikan Malaysia tercinta ini bersih sepenuhnya daripada sebarang bentuk jenayah yang menggugat keamanan dan kesejahteraan hidup rakyatnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memikul tanggungjawab yang amat berat.
Ini kerana, setiap pegawai dan anggota PDRM bertanggungjawab memastikan negara ini benar-benar bebas daripada sebarang perbuatan yang boleh ditakrifkan sebagai jenayah.
Dalam sistem ekonomi dan sosioekonomi masyarakat Malaysia hari ini, adalah mustahil untuk membersihkan sepenuhnya negara ini daripada segala bentuk jenayah.
Ia tetap berlaku di kampung atau bandar besar dengan kes yang berbeza-beza.
Namun, bagi anggota PDRM, nyawa bukanlah menjadi ukuran.
Sudah ramai yang terkorban demi memastikan penjenayah dapat dihapuskan daripada muka bumi ini.
Mereka tidak mengharapkan balasan tetapi demi menjaga kemakmuran rakyat dan negara, mereka sanggup lakukan apa saja walaupun nyawa menjadi pertaruhan.
Tugas memerangi jenayah begitu mencabar pasukan polis terutama bagi menghadapi penjenayah berbahaya dan bersenjata.
Dalam keadaan terdesak, mereka boleh melakukan apa saja. Sebelum nyawa dan harta rakyat terancam, anggota PDRM menjadi galang gantinya.
Bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis yang berkhidmat pada masyarakat dan negara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan baru-baru ini meraikan 115 pegawai dan anggota Polis Kelantan dari pelbagai cawangan dan jabatan yang membuktikan kecemerlangan dalam tugas masing-masing.
Tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap anggota dan pegawai terbabit melayakkan mereka menerima sijil cemerlang yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias.
Turut hadir pada majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu, Kelantan itu ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah dan timbalannya, Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Terbanyak
Pegawai dan anggota dari Jabatan Pengurusan Polis Kelantan merupakan antara penerima sijil terbanyak dengan 11 orang penerima antaranya Deputi Supritendan (DSP) Hussain Jamuie, Inspektor Ku Rasli Raja Ariffin dan Sarjan Zulkufli Hussin.
Sementara penerima dari Cawangan Khas adalah Supritendan Aziz Salleh, DSP Chali Din Chen dan Asisten Supritendan (ASP) Azmi Mohd. Isa.
Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah yang membuktikan kecemerlangan sepanjang perkhidmatan tahun lalu ialah ASP Sophon Enden Tim, Koperal Mohd. Noor Ismail dan Koperal Mahamad Mohd. Isa.
Penerima anugerah cemerlang dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pula ialah Sarjan Muhamad Musa dan Sarjan Veloo Vadiveloo
Sementara itu, dua anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) yang turut menerima sijil cemerlang ialah Koperal Abu Bakar Ahmad dan Koperal Azman Akob.
Sementara itu, selain anggota dan pegawai polis, orang awam yang telah menyumbangkan khidmat cemerlang turut diberi surat penghargaan.
Mereka yang terpilih menerima sijil cemerlang ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan, Goh Tee Chew; Pengerusi Persatuan Teo Chew Kelantan, Tan Choon Hwa dan Kamaruddin Che Ya dari Tanah Merah.
Tee Chew ketika ditemui berkata, dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin, kerjasama antara masyarakat dan pihak polis harus diperkukuhkan untuk kebaikan bersama.
揔erjasama orang ramai menyalurkan maklumat serta kecekapan anggota polis adalah antara faktor kejayaan pihak keselamatan meningkatkan kadar penyelesaian pelbagai kes jenayah.
揔omitmen yang ditunjukkan antara orang awam dan pihak polis bukan saja menepati konsep mesra rakyat tetapi lebih penting dalam usaha membantu pihak polis membanteras kes jenayah,拻 katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
HMCS Ottawa sedia tangkis serangan
Oleh Rafidah Mat Ruzki
Kapal pengiring Tentera Laut Kanada digeruni kerana upaya musnah musuh menggunakan kapal selam
HUBUNGAN diplomatik Kanada-Malaysia yang genap berusia 50 tahun diperkukuhkan dengan kunjungan hormat kapal pengiring ke-12 milik Tentera Laut Kanada, HMCS Ottawa, yang berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor, baru-baru ini.
Diketuai Pegawai Pemerintah Darren Hawco, kapal pengiring itu singgah enam hari di negara ini ketika dalam pelayaran pulang selepas menjalani operasi selama enam bulan di Timur Tengah.
Kapal Kelas Halifax yang siap dibina Julai 1996 itu digeruni berikutan keupayaannya menjalankan pelbagai fungsi termasuk memusnahkan ancaman musuh yang menggunakan kapal selam.
Beroperasi sejak 1996, ia dilengkapi peralatan berteknologi tinggi, bukan saja untuk menghadapi peperangan, malah turut digunakan bagi menjayakan operasi lain termasuk menyelamat kapal kargo yang tenggelam di perairan Teluk Parsi, 1 Disember lalu.
HMCS Ottawa yang berpangkalan di Esquimalt, British Columbia di Kanada, dilengkapi radar, sistem sonar untuk mengesan kewujudan kapal selam, peluru torpedo, senjata anti-serangan dari udara dan laut seperti SeaSparrow untuk menangkis serangan dari kapal terbang, mesingan 60 kaliber serta sebuah helikopter jenis CH-124 Sea King.
Selain itu, ia dilengkapi sistem komunikasi bersepadu dalaman dan automatik yang canggih serta sistem komunikasi jalur lebar berfrekuensi tinggi.
Pegawai Eksekutif MNCS Ottawa, Leftenan Komander Brian A Costello, berkata nadi operasi yang terletak di perut kapal berkenaan memainkan peranan penting untuk memastikan keselamatan keseluruhan kapal itu sendiri dan krew yang dibawa.
Katanya, bilik operasi itu dilengkapi pelbagai jenis radar untuk setiap pergerakan ketenteraan di atas dan bawah permukaan laut, panel komputer yang mengawal persenjataan serta panel komputer yang mengawasi serta memantau sistem komunikasi jalur lebar kapal itu.
"Setiap senjata dikawal sistem komputer yang membolehkannya memusnahkan senjata dan musuh secara tepat, mengurangkan risiko diserang dan menyerang pasukan sekutu.
"Bagi memastikan tidak diserang kapal selam musuh, kami ada beberapa anggota yang hanya ditugaskan membaca data berkod di skrin komputer," katanya kepada pemberita yang dibawa melawat kapal itu, baru-baru ini.
Berbeza dengan data lain dalam bentuk tulisan, data yang 'dibaca' penterjemah kod itu adalah dalam bentuk nombor yang kelihatan seperti air terjun pada skrin.
Costello berkata, untuk memastikan pergerakan mereka tidak dikesan musuh, khususnya ketika operasi untuk mengesan kedudukan kapal selam musuh, separuh daripada 240 anak kapal dan pegawai diarahkan tidur.
Katanya, hanya pegawai dan anggota yang diperlukan untuk operasi saja dibenarkan berjaga dan bekerja.
揝etiap krew yang berjaga hanya dibenarkan memakai kasut sukan, manakala sebarang kegiatan seperti mandi dan ke tandas tidak dibenarkan, |
|
|
|
|
|
|
|
ATM perlu maklumat risik hadapi perang siber
KUALA LUMPUR 11 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan lebih banyak maklumat risikan kerana sentiasa berhadapan pelbagai cabaran termasuk perang siber yang boleh menggugat keamanan negara.
Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Salleh Ismail berkata, ATM bukan hanya berhadapan perang konvensional sebaliknya sudah muncul pelbagai kaedah peperangan baru termasuk perang siber.
Beliau berkata, dengan banyak maklumat risikan, akan membolehkan ATM bertindak lebih pantas untuk menangani sebarang cabaran.
Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli Kelab Veteran Kor Risik (KVKR) terus menjadi mata dan telinga ATM dengan memainkan peranan menyalurkan maklumat melalui saluran sedia ada.
‘‘Kita sekarang bukan hanya berhadapan dengan perang konvensional sebaliknya muncul pelbagai kaedah peperangan baru termasuk perang siber yang mampu menggugat keamanan negara,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 KVKR di sini hari ini.
Menurut Mohd. Salleh, maklumat yang diperoleh daripada ahli-ahli veteran kelab itu amat berguna dan boleh dijadikan panduan dalam mendapatkan maklumat tepat.
Beliau berkata, pesara tentera yang pernah berkhidmat dengan Kor Risik perlu mendaftar dengan KVKR bagi memudahkan persatuan berkenaan menjalankan aktiviti mengikut keperluan ahli-ahli.
Ujarnya, KVKR sudah diiktiraf oleh ATM dan boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang diperlukan oleh ahli-ahlinya.
‘‘Walaupun ada beberapa persatuan lain menggunakan nama risik tetapi hanya KVKR yang diiktiraf.
‘‘Sebarang bantuan oleh Persatuan Bekas Tentera Malaysia hanya disalurkan melalui persatuan ini,’’ katanya.
Beliau berkata, dianggarkan terdapat lebih 1,000 anggota Kor Risik yang telah bersara tetapi yang berdaftar dengan KVKR cuma 400 orang.
Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden KVKR, Leftenan Kolonel (B) Meor Adam Meor Sapi dan Penasihat KVKR, Datuk Raja Abdul Rashid Raja Badiozaman.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_08.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Pustekma pastikan keberkesanan operasi TD
Oleh: ZABRY MOHAMAD MADZLAN
KEMAHIRAN menggunakan ICT dalam sesuatu misi memberi kelebihan kepada sesebuah angkatan tentera untuk mengatasi musuhnya.
KONSEP peperangan masa kini yang menjurus kepada network-centric warfare (NCW) memerlukan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara meluas.
Penggunaan ICT dengan cekap serta menyeluruh dalam sesuatu misi pastinya memberi kelebihan kepada sesebuah angkatan tentera untuk mengatasi musuhnya.
NCW mewujudkan keupayaan untuk berinteraksi di kalangan anggota dan pasukan secara lebih efisien dan pantas.
Menyedari pentingnya kemahiran ini, Pusat Teknologi Maklumat (Pustekma) ditubuhkan pada Julai 2005 sebagai pemangkin keberkesanan operasi dan pentadbiran Tentera Darat (TD).
Menurut Pengarah Pustekma, Kolonel Zaharin Jamel, pusat tersebut bertanggungjawab merancang serta memantau setiap program ICT TD.
Jelas beliau, pihaknya menumpukan kepada lima teras modul dalam Pelan Strategik ICT iaitu logistik, operasi, latihan, perancangan dan pembangunan serta sumber manusia dan pentadbiran.
揝ebagai pangkalan data, peranan Pustekma ialah memenuhi setiap keperluan ICT setiap kor dalam TD,拻 katanya ketika di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pustekma turut memperkenalkan portal TD, Armynet yang dimulakan dua tahun lalu.
Sejak diperkenalkan, portal tersebut sudah menerima lebih 900,000 pengunjung daripada kalangan anggota TD.
揑a semakin meningkat saban tahun hasil kesedaran betapa pentingnya teknologi maklumat (IT) di kalangan mereka.
揂nggota-anggota baru TD juga ramai yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengetahuan dalam IT semasa belajar di sekolah dulu,拻 kata Zaharin lagi.
Bagaimanapun, tidak semua anggota atau pasukan dapat melayari portal berkenaan.
Namun, Pustekma merancang untuk membolehkan setiap pasukan dan anggota mencapainya sejajar konsep K-Army.
Ia seiring dengan pelan induk TD, |
|
|
|
|
|
|
|
Kunjungan USS Blue Ridge erat hubungan dengan TLDM
Oleh: ZABRY MOHAMAD MADZLAN
KUNJUNGAN kapal-kapal tentera laut luar negara ke negara ini bukan sahaja bertujuan mengadakan latihan bersama serta bertukar-tukar maklumat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malah ia dapat mengeratkan lagi hubungan di antara anggota kedua-dua angkatan laut.
Begitu juga dengan kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Blue Ridge yang berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor dari 1 hingga 5 Mac lalu.
Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti sukan bola tampar dan golf, persembahan muzik, majlis koktel serta kunjungan hormat ke atas pegawai-pegawai kanan TLDM.
Kesempatan itu juga diambil oleh anak-anak kapal USS Blue Ridge untuk mengenali budaya serta keindahan negara ini dengan lebih dekat.
Menurut Pegawai Memerintah USS Blue Ridge, Kepten Jeff Bartkoski, anggota-anggotanya berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di negara ini.
Selain itu, katanya, mereka turut berpeluang menikmati makanan tempatan pelbagai kaum di beberapa buah restoran.
憫Kami begitu seronok mengenali keunikan adat resam dan budaya rakyat Malaysia melalu lawatan ini.
憫Amat penting kepada anak-anak kapal untuk menjalin hubungan bukan saja dengan angkatan laut malahan penduduk di negara-negara sekitar rantau ini,拻 katanya kepada rombongan media tempatan yang melawat USS Blue Ridge, baru-baru ini.
Ini merupakan kunjungan kedua kapal berkenaan ke negara ini di mana kali pertama ia singgah di Pelabuhan Klang ialah setahun yang lalu.
USS Blue Ridge yang menjadi kemegahan Armada Ketujuh Tentera Laut AS berperanan sebagai pusat perintah dan kawalan amfibia.
Ia menyediakan bantuan dan arahan untuk mengatur pergerakan kapal-kapal tentera laut dan anggota-anggota tentera marin semasa sesuatu operasi.
USS Blue Ridge ditauliahkan pada 14 November 1970 di Limbungan Tentera Laut Philadelphia, AS.
Kapal ini yang berpangkalan di Yokosuka, Jepun sejak bulan Oktober 1979 pernah terlibat dalam operasi-operasi Desert Shield dan Desert Storm dari tahun 1990 hingga 1991.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam USS Blue Ridge, Leftenan Komander Greg Kuntz yang mengiringi wartawan serta jurugambar dalam lawatan tersebut berkata, seramai 1,000 anak kapal terlibat dalam kunjungan kali ini.
Jelas beliau, kebanyakan mereka merupakan anggota-anggota yang muda.
Bagi mengisi masa terluang dan cabaran di laut tambah beliau, anak-anak kapal berpeluang meluahkan kreativiti masing-masing melalui hasil seni.
Antaranya, mengecat beberapa peralatan sehingga menghasilkan produk seni yang unik serta menarik.
Sebagai contoh, hasil kerja tangan ini dapat dilihat di bahagian hujung kapal di mana mereka mengecat bendera AS dan Jepun pada bahagian penutup rantai sauh.
憫Kapal ini juga dilengkapi pelbagai kelengkapan elektronik untuk mereka berkomunikasi seperti internet dan rangkaian televisyen antarabangsa untuk anak-anak kapal sama ada mendapatkan maklumat terkini atau hiburan.
憫Kemudahan-kemudahan lain turut disediakan sama seperti yang terdapat di sebuah pekan kecil,拻 katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mulai hari nie patutnya dah ada kisah menarik dari brest... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerjasama M'sia-Korea Dalam Pertahanan Diperluaskan
Daripada Roslan Ariffin
SEOUL, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia berharap kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang pertahanan akan dapat diperluaskan lagi memandangkan negara itu menunjukkan tanda positif terhadap permintaan Malaysia yang berminat mendapatkan pengetahuan teknologi dalam industri pertahanannya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kiuk Jang-soo di Kementerian Pertahanan semalam, beliau menyatakan Malaysia berminat untuk mendapatkan pengetahuan teknologi dalam industri pertahanan negara itu yang kini telah menembusi pasaran antarabangsa.
"Saya memberitahu dia, kita tidak melihat kepada soal pembelian senjata atau sistem pertahanan mereka semata-mata, tetapi kita mahu pemindahan teknologi dan kerjasama dalam industri itu iaitu kerja-kerja yang boleh dibuat di Malaysia. Jadi ini yang ditegaskan kita," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasminya selama enam hari ke Korea Selatan.
Sabtu lepas, Najib ketika melawat industri pembuatan kapal perang Korea Selatan di Pelabuhan Busan berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk membeli Kapal Perang Sokongan Pelbagai Fungsi milik Korea Selatan bagi mempertingkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Katanya cadangan pembelian itu sedia terkandung dalam bajet Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bagi membolehkan ATM memenuhi keperluan untuk tugas-tugas ketenteraan dan menjayakan misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila diperlukan.
Kapal itu, yang dibina oleh Hanjin Heavy Industries & Construction Co Ltd dan bakal ditauliahkan untuk kegunaan tentera laut Korea Selatan tidak lama lagi, dilengkapi sistem radar termoden dan senjata penangkis.
Ia boleh mengisi 700 pegawai dan anggota tentera dan mampu memuatkan helikopter, kereta kebal, artileri, hoverkraf serta kenderaan tentera lain, yang bertujuan menjadi bantuan bagi operasi udara.
Najib, yang berada di sini sejak Khamis atas undangan Presiden Roh Moo-hyun, berlepas pulang ke tanah air petang ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata lawatannya kali ini juga amat bermakna kerana berpeluang untuk mengenal pasti beberapa bidang yang dikuasai Korea Selatan yang Malaysia boleh mendapat manfaat daripadanya.
"Kita melihat beberapa bidang di mana Korea ada kekuatan dan kapasiti yang terbaik di dunia termasuk pembuatan kapal, kejuruteraan marin, dan industri motor yang diakui mereka ada kemampuan tinggi," katanya.
Najib berkata kerjasama Malaysia dan Korea Selatan juga bakal berkembang pada masa akan datang berikutan jaminan peribadi Presiden Roh yang dibuat semasa beliau membuat kunjungan hormat.
Menurutnya Presiden Korea itu memaklumkan akan memastikan tiada halangan timbul dalam mempertingkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Najib juga berkata pada lawatan itu, beliau turut memberi penjelasan kepada kerajaan dan pelabur Korea bahawa Malaysia tidak berminat kepada industri yang berasaskan intensif buruh tetapi sebaliknya lebih berminat kepada penggunaan teknologi.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #428 standupper's post
sana malam atau awal lagi kut stand..belum mula hari lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia's Dirgantara bids in Malaysian Air Force tender
Aerospace industry PT Dirgantara Indonesia is competing in the tender for personnel carriers to be held by the Malaysian Air force, local press said Tuesday.
The fierce contenders for four personnel aircraft include British Aerospace and Spain's CASA.
Dirgantara relays on the 20 million U.S. dollars propeller plane CN-235, eight of which have been in service for both civilian and military uses in the neighbor, reported leading economic daily Bisnis Indonesia.
"Hopefully we come out as winner in the tender," Dirgantara marketing director Irzal Rinaldi was quoted as saying.
The company also is awaiting official decision from the Thai government over the purchase of 10 CN-235s after negotiations plunged into uncertainties following last year's toppling of former prime minister Thaksin Shinawatra, the daily said.
Source: Xinhua
Source copy from: http://english.people.com.cn/200703/13/eng20070313_357063.html
wanter Y RMAF not equip MPA version but personal carrier version? |
|
|
|
|
|
|
|
7 pesawat PDRM tersadai
Oleh Mohd Azis Ngah
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Mukadepan/20070314234217/Article/
Lima Cesna 172 dan dua helikopter hadapi masalah teknikal, penyelenggaraan
KUALA LUMPUR: Tujuh pesawat |
|
|
|
|
|
|
|
PDRM Sasar Pasang Sistem C4i Di Semua IPK Dan IPD Menjelang 2011
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=251233
SHAH ALAM, 14 Mac (Bernama) -- Semua ibu pejabat polis kontinjen dan daerah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dilengkapi sistem yang menggunakan kaedah pemetaan elektronik dan penyaluran maklumat ke satu pusat kawalan menjelang 2011.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Mustafa Abdullah berkata kelengkapan yang dikenali sebagai Sistem Mengarah, Mengawal, Komunikasi, Koordinasi dan Maklumat (C4i) itu disasarkan untuk diperluaskan ke seluruh negara bagi memudahkan penyaluran maklumat terutamanya ketika kecemasan.
"Setakat ini sistem tersebut telah digunapakai di 12 IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) di Kuala Lumpur dan Selangor dan ia akan diperluaskan ke Johor dan Pulau Pinang dan seterusnya ke seluruh negara secara berperingkat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Bengkel Pusat Kawalan Bersepadu anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Mustafa berkata melalui sistem C4i, maklumat yang diterima dari pusat kawalan polis akan disalurkan terus kepada sistem berkomputer yang dipasang pada kereta peronda.
Katanya sistem C4i akan mengesan secara automatik setiap panggilan dengan mengenal pasti data pemanggil termasuk nama, alamat dan lokasi, untuk memudahkan pihak polis bertindak.
"Ia juga mampu mengesan kedudukan semua kereta peronda melalui sistem pengesanan global (GPS) yang ada pada kereta peronda dan ini akan memudahkan kerahan tugas dilakukan," katanya.
Beliau berkata selepas Kuala Lumpur, Selangor menjadi negeri kedua yang juga negeri perintis kepada pemasangan sistem tersebut yang telah dimulakan pada Jun 2003 dengan kos RM66 juta dan dibangunkan oleh Syarikat Comintel Sdn Bhd.
Fasa pertama pemasangan sistem itu adalah di Pusat Kawalan sekitar kawasan Lembah Klang merangkumi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) di Bukit Aman, Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) IPK Kuala Lumpur, IPK Selangor dan 12 IPD.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Ismail Omar yang turut hadir pada majlis itu berkata tujuh IPD di Selangor yang kini dilengkapi C4i ialah Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Kajang, Ampang Jaya, Sepang dan Subang Jaya manakala selebihnya akan dipasang secara berperingkat.
"Dengan sistem itu, polis Selangor mensasarkan untuk tiba di lokasi kejadian setelah menerima laporan kurang dari 10 minit berbanding 15 minit sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
M'sia's Scorpene Joining Its Fore And Aft-sections Stage
KUALA LUMPUR, March 15 (Bernama) -- Malaysia's first Scorpene submarine is now in the joining stage of its fore and aft-sections before final assembly.
Its contractors, DCN and Armaris in a joint statement said the resistant and highly elastic hulls of the two submarines were each built in two sections by DCN, a shipbuilding company, in Cherbourg, France.
Armaris, a joint venture between DCN and Thales, is the overall prime contractor for the Malaysian submarine programme, while DCN shares industrial prime contracting and design responsibilities of the Scorpene-class submarine with its Spanish partner, Navantia.
"This concept allows for modular, parallel construction," they said.
The US$1 million procurement of two scorpene submarines was signed in June 2002 between Malaysia, DCN and the Spanish shipbuilder, Navantia.
Navantia undertook the manufacturing and installation of vital equipment and furnishings in the two aft-sections of the vessels in Cartagena, Spain.
DCN Cherbourg did the same on the fore-section, which included among other things, the combat system.
"The finished aft-sections of the first submarine was recently transferred from Cartagena to Cherbourg for the joining of the two sections.
"Later the aft-section of the second submarine will be transferred from Cherbourg to Cartagena for its final assembly," said the statement.
Capable of operating in both brown and blue waters, Scorpene is armed with blackshark wire-guided torpedoes and Exocet SM 39 sub-launched, anti-surface-ship missiles.
It can undertake a wide range of missions - dissuasion, superiority on the high seas, naval blockades, information-gathering and landing or retrieval of special forces.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #432 jofizo's post
Kat gambo tu, bila masa pulak PC-6 jadi 'cessna'? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #432 jofizo's post
now i know Y they no operate the Mil-17...hmm.... too bad |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #435 alphawolf's post
bila masuk surat khabo, ferret pon boleh jadi MBT |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gancity at 15-3-2007 11:17 PM
PDRM Mil-171 from tis look
photo from: www.uuaz.ru/rus/news/news220305.htm
detail about tis Mil-171 configuration can go to here htt ...
thanks, refer to
Hanya 4 pesawat hadapi masalahOleh Mohd Azis Ngah dan Tuan Nazuri Tuan Ismail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menjelaskan hanya empat pesawat Cessna 172 yang sepatutnya diserahkan kepada Unit Udaranya, menghadapi masalah teknikal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata ketika ini empat pesawat berkenaan masih pada peringkat penyelenggaraan oleh kontraktor.
揚ada masa ini, hanya empat pesawat Cessna 172 masih belum diterima PDRM. Usaha sedang dijalankan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan kontraktor berkenaan untuk mengatasi masalah teknikal pesawat itu, |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Female cops rev it up
17 Mar 2007
KUALA LUMPUR: The first batch of 15 policewomen to patrol the streets on high-powered motorcycles is ready for action.
The pioneer group, including Federal Traffic chief Datuk Nooryah Md Anvar, demonstrated their skills and deftness in handling the big bikes at a graduation ceremony at the Royal Malaysian Police College in Cheras.
Besides Nooryah, three other officers and 11 other ranks successfully completed a five-week "Basic Riding for High-Powered Motorcycle (Women)" course which was closed yesterday by Deputy Inspector-General of Police Datuk Mohd Najib Aziz.
Najib said the batch had not only created a first in the force抯 200 years |
|
|
|
|
|
|
| |
|