|
kikikik.............itu laennnnnnnnnnnnnnnnn
itu kambing tak sedar diri...........
[ Last edited by donbotak at 20-2-2009 04:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #425 PakLongChat\ catat
|
|
|
|
|
|
|
korang ni lawak arr..... teruskan2. good job. |
|
|
|
|
|
|
|
PAKATAN RAKYAT OPTIMIS MENANG DI DUA BUKIT: Ramalan Bridget Welsh
Kembang hidung nuar dan sekutunya apabila seorang pensyarah dari John Hopkin University menyatakan PR akan menang di dua bukit menurut kenyataan SIASAH.
Dia adalah Bridget Welsh merupakan Pembantu Professor di Southeast Asia Studies Program Johns Hopkins University's School of Advanced International Studies di Washington, dia ni mengajar dalam bidang contemporary Southeast Asian politics.
Siapa Bridget Welsh ini?
kalau dicari dan dikaji.. mat saleh ini dah biasa dengan kelibat Anwar Ibrahim kerana Anwar pernah menjadi pensyarah pelawat di Universiti ini.
Bukan kali pertama mat saleh ini memberi kenyataan yang memihak kepada Pakatan Rakyat, malahan sudah banyak. Ada juga ramalannya tidak betul.
Persoalannya, mengapa dia perlu sibuk dengan urusan politik dalam Malaysia.
Jelas pakatan memang sengaja membawa pemikir luar bagi menimbulkan kenyataan kontroversi bagi menambah lagi huru-hara politik Malaysia.
PR sudah tidak releven.
Anwar dan konco-konconya akan sedaya upaya merampas pemerintahan negara.
Selagi hasrat Natinal Endowment Democratic (NED) dibawah yahudi masih belum tercapai, dia akan usaha sedaya mungkin menghuru-harakan negara. Maklumlah NED telah berhabis duit menajanya.
mazhab protokol zionis ke-10 yang dipegang Anwar akan terpatri di mindanya.
Wallahhualam. |
|
|
|
|
|
|
|
PENDERHAKA |
|
|
|
|
|
|
|
Petikan Maksud Al-Quran Berkaitan Polemik Politik Hari Ini
Maksud bagi ayat-ayat Al-Quran dibawah wajar kita bersama fahami apa yang diperintahkan Allah SWT kepada kita yang beragama Islam :
[144] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
[145] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
[146] Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
Surah An-Nisa 4 :144-146
[70] Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Surah Al-An'am 6:70 |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak Nya Gaji Pembantu Khas
Dulu Saiful Bukhari gaji mahal, boleh sewa kondo ribuan ringgit sebulan. Jawatan pembantu khas kepada Anwar ja. Diam-diam keluar cerita liwat.
Hilmi Malik jadi pembantu khas juga. Rumah banglo mewah. Tup Tup Diam Diam dapat gambar tidur terkangkang...tertanya juga kita semua berapa lah gaji mereka ni...mahal sangat ker..anehnya mereka ini terperangkap dalam skandal seks semua..
[ Last edited by shamsadis at 23-2-2009 09:16 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[size=130%]Komen TokPakir;
1. Sultan & Raja hafidzahuLlahu 'anhum ajmaiin adalah mereka yang tidak dilantik melalui sistem demokrasi undi dan mereka juga adalah kesinambungan kepada Sistem Khilafah.
2. Kelemahan yang ada tidak boleh dijadikan sebab untuk kita menderhakai mereka. Mereka adalah teras dan benteng terakhir dalam pertahanan Ummat dalam konteks ini ialah Kaum Muslimin Melayu.
3. Sebarang usaha terutamanya dari pihak munafiq Liberal yang disokong oleh mana-mana pihak untuk menderhakai Sultan & Raja hafidzahuLlahu 'anhum ajmaiin adalah sama dengan tindakan munafiq Liberal yang dahulu yang menjatuhkan Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah oleh mereka yang sama jenisnya.
4. Dahulu, pelupur kepada kerosakan ini adalah JamaludDin Al-Afghani As-Syi'i Al-Masuni, yang mengakibatkan Khilafah menjadi Khilafah Berpelembagaan Sekular yang lemah tidak berdaya. Munafiq Liberal JamaludDin ini disokong oleh Ulama-Ulama Sesat seperti Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Muhammad Ibn Abdul Wahhab laknatuLlah 'alaihim ajmaiin.
5. Ianya adalah tiruan kepada Revolusi Peranchis yang menghancurkan Sistem Berajanya kepada penyembahan kepada kuasa Rakyat yang benci kepada Agama.
6. Kaum Muslimin Melayu tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan pandangan hidup sebegini, kerana Raja-Raja Melayu hafidzahuLlahu 'anhum ajmaiin adalah benteng kepada Agama Islam yang Haq. Sikap menentang mereka juga adalah sama dengan sunnah yang dibawa oleh kaum Salafi Muktazilah dan Wahabi Su'udi dahulu terhadap Khilafah.
7. Jika kita memperkuatkan Institusi Raja Melayu maka dengan sendirinya Agama juga menjadi kuat. Ianya adalah sesuatu yang bertimbal-balik. Yang perlu ialah Ulama-Ulama wajib bersatu di bawah satu payung Ahl Sunnah Wal Jama'aah supaya mereka dengan itu dapat menjadi kekuatan yang dihormati oleh Raja-Raja Pemerintah.
8. Kesinambungan ini mesti dijaga kerana Islam akan kembali berkuasa melalui jalan yang menghampiri kepada Sistem sebegini yakni Sistem Shura dan Ahl Halli Wal Aqd; bukannya Sistem Demokrasi Berpilihanraya yang banyak memecah-belahkan manusia atas sebab kepentingan kepartian. Ulama-Ulama wajib meninggalkan Sistem Demokrasi Berpilihanraya dan membentuk Shura mereka jika mereka betul-betul ikhlas untuk Agama dan menjadi penasihat kepada Pemerintah.
9. Seluruh Ummat Islam Sedunia telah menjadi hina-dina sekarang kerana telah berarak membantu Yakjuj Makjuj Imperialis Barat dahulu untuk menyingkir Khilafah Islamiyyah. Mereka kononnya mendapat 'kemerdekaan' dari Khilafah dan dapat menentukan perlembagaan kuasa rakyat mereka. Tetapi, hidup mereka penuh terhina mengharap belas ihsan Yakjuj Makjuj Barat dan Al-Masih Ad-Dajjal Israel. Maka silakan berarak lagi untuk anda kemudiannya mengulangi peristiwa yang sama wahai Kaum Muslimin Melayu !.
WALLAHU'ALAM
TokPakir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Isu menarik untuk dibincangkan : Pas rayu Elizabeth tidak letak jawatan!
Agak menarik apabila Tuan Guru Nik Aziz masih cuba hendak menegakkan benang yang basah. Pas merayu Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kerana jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut, ia akan menyusahkan rakyat.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menghormati keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak bersetuju sekiranya Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletakkan jawatan sebagai ADUN.
Beliau berkata, sekiranya diadakan pilihan raya kecil ia juga melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku.
"Saya hormat jika dia (Elizabeth) hendak berundur sebagai Exco tetapi saya tidak suka dia meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana ini menyusahkan rakyat dan melibatkan kos yang tinggi, sekali pilihan raya diadakan berbelas juta habis, jadi ini bukan kerja senang.
"Oleh itu, saya minta tolong jangan letak jawatan 'Yang Berhormat', kalau hendak berundur sebagai Exco dia punya pasal, bagi saya itu tidak apa sebab ini bukan salah dia, salah yang orang menceroboh rumah dia, orang lain salah kita hukum orang lain, ini tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas keputusan Elizabeth yang tetap bertegas mahu meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu berharap pucuk pimpinan PKR memahami pendiriannya itu.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan Elizabeth berbogel dalam rumahnya tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri.
"Dia tidak salah, yang salah orang lain, dia hendak tidur telanjang di rumah dia, itu dia punya pasal,
Islam beri kepada manusia buka aurat bila seorang diri di rumah, masa kita tidak tidur pun boleh telanjang di rumah kita seorang diri, cuma malu pada malaikat saja," katanya.
Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, kekalutan yang berlaku di Perak akan hanya dapat diselesaikan sekiranya DUN negeri tersebut dibubarkan dan diadakan pilihan raya.
"Speaker adalah raja Dewan, kalau Menteri Besar cakap dalam Dewan suruh Menteri Besar duduk maka beliau kena duduk, begitu juga di Parlimen, kalau speaker suruh Perdana Menteri berhenti bercakap dan suruh duduk maka beliau kena patuhi," katanya.
Komen :
Agak menarik apabila Tok Guru merayu agar " buah yang busuk " dalam setandan kelapa di simpan. Apakah tujuan Tok Guru hendak menyimpan " buah yang busuk " itu. Tidakkah ianya akan mencemarkan keadaan dan kalau disimpan lama akan memburukkan lagi keadaan bila " buah yang busuk " itu menjadi wabak?
Kalau Tok Guru mengatakan jika PRK diadakan semula di Bukit Lanjan akan melibatkan kos yang tinggi, mengapa Tok Guru menyokong keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya . Jika Dewan dibubarkan maka akan ada satu lagi PRK bagi seluruh negeri Perak.
Tidakkah ia akan memakan belanja yang lebih besar berbanding dengan PRK Bukit Lanjan ketika kita didalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang? Tidakkah ianya bakal menyusahkan lagi seluruh rakyat negeri Perak? Apakah ada udang di sebalik batu disebalik tindakan Tuan Guru Nik Aziz menghalang perletakan jawatan Elizabeth. Apakah rasional tindakan Tok Guru merayu YB DUN B.Lanjan dan menyokong tindakan Speaker Negeri Perak? Sama-samalah kita fikirkan? Wallahuallam.
UM - Taminsari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Skandal foto bogel : Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong
Oleh : AIDC
Tulisan Killer dalam komen Malaysian Insider (klik [url=http://72.14.235.132/search?q=cache:r-RLvnSjiW4J:www.themalaysianinsider.com/inde ... zabeth+Wong&hl=en&ct=clnk&cd=4&client=opera]di sini[/url]) dan youtube channel anwaribrahimdotcom (klik di sini) berusaha untuk merungkai beberapa persoalan misteri yang menyelubungi isu foto bogel Elizabeth Wong.
Walaupun terdapat beberapa percanggahan fakta dengan kenyataan dengan kenyataan mainstrain misalnya tentang status Hilmi Malik yang sudah berkhawin, sedangkan media pedana mengatakan kedua-dua pasangan itu masih bujang, namun secara keseluruhan, isi penceritaannya boleh diteliti lanjut.
Free sex thinking
Pertama hujah Killer mengatakan kegiatan gelap Elizabeth adalah suka bertukar-tukar pasangan seks tanpa kahwin. Hobi Elizabeth ini sudah lama berlaku, tetapi mula terbongkar sejak dua bulan lepas.
Killer menyebut terdapat sekurang-kurang tiga individu yang menjadi kekasih gelap Elizabeth iaitu Hilmi Malik, Tian Chua dan Mat Salleh.
Menurutnya Elizabeth telah lama menjalinkan hubungan seksual dengan Tian Chua (Ketua Penerangan PKR, hingga faktor itu pertunangan Tian Chua bersama warganegara Hong Kong, Mable Au, terpaksa diputuskan. Kali terakhir hubungan Elizabeth-Tian Chua terbongkar ketika ditangkap di Hotel Taipei, ketika misi PKR memburu calon-calon BN di Taiwan.
Tetapi dalam masa sama Elizabeth turut menjalin hubungan dengan pemuda Melayu-Islam bernama Hilmi Malek, ketika pemuda itu belum berkahwin dan hubungan diteruskan walaupun selepas lelaki itu sudah berkahwin.
Lelaki Melayu itu diberi keistimewaan apabila dilantik menjadi Pembantu Peribadi kepada Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan ,Hee Loy Sian.
Amat jarang Ahli Parlimen berbangsa Cina akan mengambil pegawai khas Melayu, kecuali atas sebab-sebab tertentu terutama 'keistimewaan' lelaki Melayu yang tidak dapat ditandingi oleh ahli-ahli PKR lain. Dia juga dikatakan menjadi aktivis penting PKR bahagian Pandan.
Juga dalam masa sama, Elizabeth mempunyai seorang lagi pasangan kekasihnya iaitu seorang pemuda Mat Salleh.
Semua kenyataan media tidak menyebut siapakah pemuda Mat Salleh itu, apakah dia warganegara Malaysia dan apakah dia juga berkaitan dengan PKR ?
Motif sebaran foto : Cemburu cinta tiga segi ?
Di antara ketiga-tiga lelaki itu, siapakah kekasih yang paling disayangi oleh Elizabeth, kerana semuanya dilakukan secara serentak ?
Tian Chua, Hilmi atau Mat Salleh ? Siapa kekasih sebenar yang paling disayangi Elizabeth ?
Komen Killer seolah-olah bersetuju kekasih yang paling disayangi oleh Elizabeth adalah Hilmi.
Dia menulis begini, 'Elizabeth semakin rapat dengan Hilmi dan mereka menjadi semakin intim ketika menyertai Pilihan raya Ke- 12, (Mac tahun lalu). Walau bagaimanapun hubungan mereka menjadi tegang dengan aktiviti-aktiviti 搆urikulum luar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siapa sebarkan foto itu dan apa motifnya ?
Killer merumuskan Hilmi marah apabila menemui foto-foto Elizabeth-Mat Salleh dan membuatkan Hilmi berazam untuk memutuskan hubungan cintanya. Sebelum inipun Hilmi melahirkan rasa marah kepada Elizabeth kerana aktiviti-aktiviti 搆urikulum luar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Tian Chua emosional dan sokongan Malaysiakini ?
Dalam kes Elizabeth, Tian Chua cukup emosional. Ketika wartawan cuba mendapat maklumat daripada bekas majikan Hilmi (Hee Loy Sian, Ahli Parlimen PKR PJ Selatan), Tian Chua memotong percakapan Hee Loy Sian. Dia memarahi wartawan kerana terlalu berminat 'menceroboh' hal personal Elizabeth. Sempat dia beri warning terakhir, jangan ungkit lagi pasal kes Elizabeth.
Dalam video terbitan Malaysiakini, kemarahan Tian Chua tidak dapat dikawal lagi. Selepas memberi warning kepada wartawan, dia meninggalkan wartawan yang masih terkebil-kebil untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Inilah tindakan paling biadap Tian Chua berhadapan dengan wartawan, walaupun sebelum ini, dia begitu mesra wartawan (terutamanya Malaysiakini) sesuai dengan statusnya Ketua Penerangan PKR.
Laman Agendadaily.com mendakwa, ketika wartawan mereka bertanya lanjut mengenai kes Elizabeth Tian Chua telah mengancam dengan kata-kata berikut : "If you ask me again, I smash your head" (Jika awak bertanya lagi saya tentang Elizabeth, saya akan pukul kepada awak).
Sebagai Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mesra media sebelum ini
Malah Tian Chua turut mengugut akan menyaman Agendadaily sekiranya menyiarkan laporan yang menyebut dia adalah bekas teman lelaki Elizabeth. Dia secara tegas meminta wartawan Agendadaily beredar daripadanya. Klik di sini
Nobisha seorang blogger menemplak sikap double standard Tian Chua. Suatu ketika dahulu Tian Chua sanggup dipukul polis semata-mata memperjuangkan kebebasan media. Tetapi dalam kes Elizabeth, dia bertindak sebaliknya berusaha menyekat kebebasan media. Klik di sini
Berkaitan dengan Malaysiakini pula, laman itu secara konsisten menyokong penuh di belakang Elizabeth. Lebih tiga video terbitan Malaysiakini diterbitkan secara berkala memungut pendapat rakyat yang menunjukkan sokongan kepada Elizabeth.
Langkah Malaysiakini itu dianggap sesuatu yang luar biasa. Jarang memfokuskan kepada individu tertentu (dalam bentuk video khas) kecuali untuk Elizabeth Wong dan Anwar Ibrahim.
Siapa Elizabeth kepada Malaysiakini ? Begitu juga soalan sama diulang, siapa Elizabeth di hati Tian Chua, sehingga dia begitu emosi ? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kumpulan aktivis hak asasi Australia
Tian Chua, Elizabeth Wong, Stevan Gan dan Premesh Chandran adalah 'empat sekawan' yang berasal dari aktivis pelajar Australia yang pro-demokrasi dan hak asasi manusia.
Gelombang 'reformasi' yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1998 berlandaskan 'keadilan', 'demokrasi' dan 'hak asasi' mendekatkan 'empat sekawan' itu untuk menyokong perjuangan Parti Keadilan.
Pada peringkat awal penubuhan Malaysiakini pada tahun 1999 (klik sini) empat sekawan itu (Tian, Elizabeth, Stevan dan Pramesh) terlibat sama dalam mesyuarat membangunkan sebuah akhbar internet yang memperjuangkan 'justice, human rights, democracy, freedom of speech dan good governance' yang akhirnya dijelmakan sebagai Malaysiakini.com.
Setelah Malaysiakini ditubuhkan secara rasmi, Stevan Gan menjadi Ketua Pengarang dan Pramesh Chandran mengendalikan pengurusan kewangan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Klik di sini
Manakala Tian Chua dan Elizabeth pula memilih pendekatan pemain di sebalik tabir portal internet itu serta lebih menonjol dalam NGO yang memperjuangkan hak asasi.
Tian-Elizabeth bergerak bersama, termasuk tinggal serumah di Bukit Gasing dalam menggerakkan NGO yang dinamakan HAKAM (Hak Asasi Manusia) dan ARDA (Alliance for Reform and Democracy in Asia). Klik di sini
Tian Chua (PKR) dan Stevan Gan (Malaysiakini) dalam program ARDA
Yang menyatukan Tian, Eliz, Stevan dan Pramesh adalah mereka bergerak melalui sumber penaja yang sama iaitu disponsor oleh Open Society Institute (OSI) kepunyaan Yahudi bernama George Soros.Klik di sini dan di sini
George Soros (Open Society Institute) bersama Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)
Dalam laporan Janet Steele, The International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91 bertajuk "Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges Authoritarianism", (klik di sini) dia melaporkan Malaysiakini mendapat tajaan George Soros melalui Open Society Institute yang turut menaja Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).
"Malaysiakini抯 initial funding came from the Southeast Asia Press Allian(SEAPA). Later they completed a private equity transaction with the Media Development Loan Fund (MDLF) and set up a company with 5 million shares (Tong
2004: 306)"
"In February 2001, the Far Eastern Economic Review quoted billionaire George Soros as saying that his Open Society Institute funded several media outlets in Asia, including Malaysiakini. Although FEER later published a clarification stating that OSI funded the Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) and not Malaysiakini, this made little difference to Malaysian authorities and local media, which continued to use the purported connection with Soros to discredit the news organization (Tong 2004).
Laman Minda Madani Online turut bersetuju kaitan Malaysiakini dan George Soros dengan menulis, 'Majalah Far Eastern Economic Review keluaran Februari 2001 melaporkan pertubuhan amal Open Society Institute (OSI) milik spekulator matawang Amerika Syarikat, George Soros turut membiayai organisasi-organisasi media di Asia termasuk Malaysiakini.Bekas Editor Berita Malaysiakini, Chon Yen Long, kemudiannya mendakwa bahawa Malaysiakini menerima wang sejumlah RM 188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikaitkan dengan OSI milik Soros. OSI merupakan sebuah badan amal yang memberikan dana kepada organisasi-organisasi yang mempromosi idea-idea demokrasi liberal dan pasaran bebas. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Pramesh Chandran, kemudiannya menafikan bahawa media tersebut mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Soros. Beliau walau bagaimanapun mengakui bahawa organisasi tersebut merupakan salah satu daripada 20 organisasi yang menerima dana daripada Centre for Advanced Media, Prague (C@MP) yang merupakan sebahagian daripada MDLF yang dikaitkan dengan Soros'. Klik sini |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Anwar Ibrahim larang Elizabeth letak jawatan ?
Anwar Ibrahim juga dilaporkan dalam keadaan mood berang apabila menyentuh mengenai isu Elizabeth. Anwar berucap dalam majlis makan malam yang dihadiri kebanyakan kaum Cina anjuran PKR di Petaling Jaya, malam semalam.Klik di sini
Kenapa Anwar berang bila bercakap isu Elizabeth ?
Apakah bila menyentuh isu Elizabeth juga turut berkait dengan Tian Chua yang kedua-duanya 'anak emas Anwar' sehingga kedua-duanya diletakkan di posisi yang sama iaitu Ketua Penerangan PKR (Tian Chua) dan Ketua Penerangan Wanita PKR (Elizabeth).
Siapa Elizabeth di hati Anwar ?
Selain Tian Chua, Elizabeth dianggap sebagai 'lubuk duit' dari luar negara yang disalurkan melalui NGO untuk membantu PKR. Klik di sini
Elizabeth merupakan secretary-general kepada HAKAM dari 2000-2006 dan sekarang masih menjadi penasihat utama NGO itu.
Dia juga merupakan penasihat utama kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang mendapat tajaan daripada yayasan Yahudi Amerika iaitu NED (National Endowment for Democracy).
SUARAM mendapat grant tahunan sebanyak $70,000 daripada NED. Bukti klik di sini
Maka tidak hairan dalam Pilihanraya ke-12, aktivis-aktivis SUARAM seperti Elizabeth, Chang Lih Kang (Perak) dan Arucelvam (Selangor) bertanding atas tiket PKR.
Elizabeth juga merupakan fellow hak asasi sebuah yayasan Amerika iaitu Carnegie Council for Ethics and International Affairs pada 2002-03.
Carnegie Council for Ethics and International Affairs pula ditaja the Carnegie Endowment For International Peace
Kedua-dua yayasan Amerika ini mempunyai perkaitan rapat dengan Anwar Ibrahim kerana salah seorang kawan baiknya, Douglas Paal menjadi vice president for studies di yayasan itu. Klik di sini
Kalau ditujuk kepada sejarah hubungan Anwar Ibrahim dan Douglas Paal, sudah bermula sejak tahun 1996 lagi, ketika itu Paal bertugas sebagai wakil Amerika di rantau Asia dengan ibu pejabatnya di Taiwan.
Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim telah dilaporkan menyalahgunakan dana kerajaan sebagai Menteri Kewangan dengan membayar RM38 million kepada pelobi APPC (Asia Pacific Policy Centre, berpusat di Taiwan, kepunyaan Douglas Paal untuk melobi Amerika Syarikat.
Hasil lobi itu, Douglas Paal yang juga bekas penganalisis kanan CIA di Jabatan Negara Amerika Syarikat (klik di sini) telah berjaya membawa ahli politik berbangsa Yahudi termasuk William Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika) dan Madeline Albright (Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia melalui projek 'Dailog Pasifik' anjuran bersama IKD dan APPC. Klik di sini
Berdasarkan latar belakang di atas, memang wajar Anwar Ibrahim berang apabila kes Elizabeth terbongkar.
Apatah lagi Elizabeth mengambil keputusan drastik meninggalkan semua jawatan politik serta tidak menghiraukan nasihat Anwar.
Memang Anwar akan mengamuk, jika sumber duitnya telah dijolok oleh orang dalamnya sendiri.
Bukankah terdapat persamaan antara Elizabeth Wong dan Anwar Ibrahim yang sama-sama terlibat dengan skandal seks gelap dan ketika mereka dilanda masalah itu, mereka sama-sama berlindung di sebalik tembok besi hak asasi manusia ?
AIDC
23 Februari 2009 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
beb!!!!!!!!! syabas..........
tak sia2 lu kat dalam unit serangan tentera botak!!!!!!!
semua ni, ialah fakta yg tak boleh disangkal lagi............
hanya org2 yg celik hati jek yg boleh terima kebenarannya..........
org yg hati batu je (lembu) terima kekecingan anwar n rakan2 ni ............ |
|
|
|
|
|
|
| |
|