CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abu_syafiq

WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)

[Copy link]
sherry221 This user has been deleted
Post time 22-11-2006 09:50 PM | Show all posts
Jelas sekali penyelewengan fakta oleh abu_syafiq yang tiada amanah ilmu, ini disebabkan sifat fanatiknya tidak tentu hala tujunya dan berpandukan hawa nafsu.

Perhatikan baik-baik wahai abu_syafiq teks yang anda lampirkan
وعلي يثبت له حكم الكفروالإيمان وهو  دون البلوغ, والصبي المولود بين أبوين كافرين يجري عليه حكم الكفر في الدنيا باتفاق المسلمين                                                                                                                   
Kenyataan di atas, adalah keterangan Ibnu Taimiyyah tentang keimanan Saidina Ali r.a semasa bayi dan kecil. Beliau hanya menyatakan Saidina Ali tidak boleh disabitkan bahawa beliau sediakala Islam ketika masih bayi. Sedangkan semasa beliau dilahirkan kedua ibu bapanya tidak beriman kepada Allah dan menyembah berhala.

Ini tiada kaitan dengan mengkafirkan Ali r.a, konteks statement ini hanya berkaitan kedudukan bayi semasa dilahirkan menurut pegangan agama ibu bapanya. Adakah Ibn Taimiyyah menyatakan Ali r.a kafir hingga hayatnya? adakah sama kafir seorang bayi sama dengan kafirnya seorang baligh? JANGAN LUPA...seseorang itu dikira mukallaf ke atas pegangan aqidah dan amalan syariat setelah ia akil baligh.

Jika Ibnu Taimiyyah mengkafirkan Saidina Ali r.a kenapa beliau menyebut عَلِيٌّ رضي الله عنه?(rujuk posting anda sendiri). Ini tunjang asas beliau sama sekali tidak mempertikaikan keimanan Ali r.a.

[ Last edited by  sherry221 at 23-11-2006 12:33 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 09:01 AM | Show all posts

semoga Allah memberi hidayah kpd sherry221

Assalamualaikum.
bagi saudara yg lain...beginilah keadaan org yg ta'assub pd seseorg. dia akan cuba mempertahankan dgn
pelbagai cara walaupun telah jelas kesesatan org yg dia dibela.

kenyataan menghina para sahabt yg dtg dari ibnu taimiah memang cukup jelas...walaupun tidak secara jelas ibnu tamiah mengkafirkan para sahabat tapi penghinaan atau kenyataan yg   memburukkan para sahabat nabi tetap dinyatakan oleh ibnu taimiah walaupun diselitkan denga Rodhiyallahu 'anhu.

Golongan syiah dan ajaran menyimpang dari ahli sunnah yg lain juga meletakkan radiyallahu 'anhu kpd ulama yg mereka serang.

itu di panggil taqiyyah.

Ibnu tamiah juga pembawa aqidah mujassim dengan mengatakan Allah Duduk dan ini adalah terkeluar dari ajaran aqidah islam sebenar.
Walaupun dia sendiri mendakwa sebagai Ahli Sunnah dan kekadang mendtgkan akidah tahzih tapi kenyataan yg membawa akidah tajsim tidak harus dipandang remeh.

Sekadar hanya byk tulis kitab dan berikan ilmu tidak menjamin seseorg itu boleh kita jadikan rujukan utama khasnya dlm hal aqidah.

Salman rusdy jugak byk memberi sumbangan ilmu terhadap institusi ilmu agama islam tapi kenyataanya yg
menghina nabi muhammad tetap dihukum murtad oleh ijmak ulama islam.

Nanti sy akan bawakan pula kenyataan syarahan ulama Wahhabi mengkafirkan Pejuang Islam terkemuka Solahuddin Al Ayyubi...

tunggu.................pembongkaran ajaran baru Wahhabiyyah...
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 09:11 AM | Show all posts

buruk sangka yg teruk ibnu taimiah terhadap saidina Ali

wahai sherry221 yg menonjolkan diri konon tahu bahasa arab....

apakah kenyataan Ibnu taimiah dibawah tidak berbau penghinaan terhadap saidina Ali?!
bagi anda tentu tidak..semuanya anda akan defend....jadikan rasul dan para sahabat sebagai qudwah dan bukannya ibnu taimiah yg sering menyerang saidina ali dan Abdullah bin umar!!!

bertaubatlah wahai sherry kpd Allah...tak usah mempertahankan Ibnu Taimiah yg menyebarkan aqidah sesat iaitu ' Allah DuDuk '...!!!

Dalam kitab Ibnu Taimiah Berjudul Minhaj AsSunnah An Nabawiyah juzuk  4 mukasurat 255  mengenai perkahwinan ssaidina Ali dengan Fatimah (teks Asal) :

وعلي رضي الله عنه كان قصده أن يتزوج عليها فله في أذاها غرض

Bermaksud : ' Dan Ali bermaksud mengkahwininya ( Fatimah) bertujuan MENYAKITI FATIMAH.'
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 23-11-2006 09:41 AM | Show all posts

Tuduhan Ibnu Taimiah bhw 'ayat mabuk' diturunkan kpd saidina Ali

bagai mana pula dengan tuduhan Ibnu taimiah bahawa ayat tersebut diturunkan kpd saidina Ali??!!
pasti sherry dan koncu  nya akan kata itu lainnnnnnnnnnnnnn.....ibnu tamiyah tak bermaksud macan tuuuuuuuuu....

kan? mesti korang ckp mcm tuh...dah dasar mempertahankan ajran sesat ...semua yg seset akan dianggap lebih mulia dari Nabi!

soalan saya kpd yg mempertahankan kesesatan ibnu taimiah....mana dalil dari alquran dan hadis nabi kata ayat "Lataqrobus solat waantumsukaro.."tu diturunkan sbb saidina Ali minum arak mabuk dan salah baca...??
mana bukti kata gitu...?

dan mana bukti ianya diturunkan kpd Saidina Ali?

sy dah cari...tak dpt...ibnu tamiah ckp gitu tidak lain dan tidak bukan permusuhannya terhadap saidina Ali...kalau bukan permusuhan knp kutuk atau tuduh saidina Ali?!!
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 23-11-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 23-11-2006 09:11 AM
wahai sherry221 yg menonjolkan diri konon tahu bahasa arab....

apakah kenyataan Ibnu taimiah dibawah tidak berbau penghinaan terhadap saidina Ali?!
bagi anda tentu tidak..semuanya anda akan def ...

hehehe...kalaulah anda tahu bahasa Arab dengan baik, sudah tentu tidak menyalahi fakta atau anda  memang sengaja memutar belitkan fakta.

Tak usah banyak cakap, setakat suruh orang bertaubat tak cukup. Sila bidas kembali dengan hujjah ilmiah, baru suruh orang bertaubat. Jawab yang lama dulu, baru boleh lari ke topik lain, kalau tak! pengecut namanya.
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 23-11-2006 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 23-11-2006 09:41 AM
soalan saya kpd yg mempertahankan kesesatan ibnu taimiah....mana dalil dari alquran dan hadis nabi kata ayat "Lataqrobus solat waantumsukaro.."tu diturunkan sbb saidina Ali minum arak mabuk dan salah baca...??
mana bukti kata gitu...?

betul ke takde dalil???

sy dah cari...tak dpt

anda yakin???? Sila baca di bawah ini:

روى ابن أبي حاتم عن أبي عبد الرحمن السلمي عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: صنع لنا عبد الرحمن بن عوف طعاماً فدعانا وسقانا من الخمر فأخذت الخمر منا وحضرت الصلاة فقدموا فلاناً فقرأ ((قل يا أيها الكافرون. ما أعبد ما تعبدون. ونحن نعبد ما تعبدون.)) فأنزل الله ((يا أيها الذين آمنوا لا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون))

Menurut al-Imam Abu al-Fadl Mahmud al-Alusi al-Husaini r.h.m, riwayat yang disebutkan di atas telah dikeluarkan oleh Abu Daud, al-Tarmizi(beliau menghasankannya), al-Nasaai dan al-Hakim(mensahihkannya)(sila rujuk TAFSIR RUH AL-MA扐NIY oleh AL-IMAM AL-ALUSI jilid 4, muka surat 57. Cetakan Dar al-Fikr Beirut Lubnan 1997).

Menurut beliau lagi, Ibn Jarir dan Ibn al-Munzir meriwayatkan daripada Ali r.a 揝esungguhnya pembesar kaum ketika itu adalah Abdul Rahman bin Auf dan solat yang dimaksudkan ialah solat maghrib. Pada ketika itu arak/khamar masih dibenarkan dan belum diharamkan lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2006 04:38 PM | Show all posts
stuju ngan sherry...

penonton nampak fiq mcm gopoh skit...
belum jawab yg lama dah kuarkan isu baru
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 23-11-2006 06:46 PM | Show all posts
IBNU TAIMIAH MEMPERTIKAIKAN KEISLAMAN SAIDINA ALI
DAN BERDUSTA KONONNYA ISLAM KANAK-ADALAH TIDAK SAH
BAHKAN MASIH KAFIR LAGI TERMASUKLAH SAIDINA ALI

Sila lampirkan(dari teks yg anda scan) di mana petikan yang ditulis oleh Ibn Taimiyyah menyatakan Saidina Ali r.a masih kafir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sherry221 This user has been deleted
Post time 23-11-2006 07:28 PM | Show all posts
bertaubatlah wahai sherry kpd Allah...tak usah mempertahankan Ibnu Taimiah yg menyebarkan aqidah sesat iaitu ' Allah DuDuk '...!!!

Lucu saya membaca dakwaan abu_syafiq ini. Tentang isu 'Allah duduk' ternyata adalah penipuan abu_syafiq sendiri. Beliau sendiri telah dibidas hebat secara ilmiah dan adil oleh beberapa forumer yang membongkar dakyah palsunya. rujuk bawah ini:

http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=2
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=3

Sepanjang pemerhatian saya, abu_syafiq setelah teruk dibidas beliau tidak membalas kata bidasan tersebut dengan hujah ilmiah yg jitu(tak mampu ke?)  malah lebih gemar menukar topik lain dan menabur tuduhan yang tidak berasas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 10:57 PM | Show all posts
Originally posted by sherry221 at 22-11-2006 09:50 PM
Kenyataan di atas, adalah keterangan Ibnu Taimiyyah tentang keimanan Saidina Ali r.a semasa bayi dan kecil. Beliau hanya menyatakan Saidina Ali tidak boleh disabitkan bahawa beliau sediakala Islam ketika masih bayi. Sedangkan semasa beliau dilahirkan kedua ibu bapanya tidak beriman kepada Allah dan menyembah berhala.


Boleh sdri sherry berikan dalil-dalil dan hadis yang menunjukkan bahawa ibu bapa Imam Ali as menyembah berhala sekadar untuk membuat perbandingan. Tak dinafikan hadis-hadis politik sebegini  yang mencaci dan mencerca Imam Ali as serta Ahlul-Baitnya tumbuh bagaikan cendawan dikala kekuasaan bani Umaiyah. Tidak mengherankan kerana Muawiyah yang memusuhi dan membenci Imam Ali as sanggup mengupah dengan bayaran tinggi bagi sesiapa yang boleh mengeluarkan hadis-hadis sedemikian.

Begitu mudahnya  mereka menerima hadis kononnya Imam ali as pernah mabuk semasa memimpin sembahyang jemaah sedangkan kehidupan Imam Ali yang terpelihara dari dosa dan noda tak pernah dipertikaikan sama ada dari golongan sunni ataupun syiah. Malang sungguhlah bagi orang-orang yang tidak mahu berfikir lantaran sejarah yang terbentang dihadapan mereka diabaikan.
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 27-11-2006 10:31 AM | Show all posts

tuduhan sherry terhadap saidina Ali??

Assalamu'alaikum...saya tak tahu lah si sherry nie dtg dari planet mana...pening sungguh. sheery nak isbatkan dan nak kata saidina Ali minum arak lalu salah baca quran?...pastu sheery dtgkan pendapat yg dia rasa menyokongnya akan tetapi tidak!

soalan saya sebelum ini pun dijawab entah apa2 dan merapu serta menunjuk kononnya dia hebat.
soalan saya kpd yg mempertahankan kesesatan ibnu taimiah....mana dalil dari alquran dan hadis nabi kata ayat "Lataqrobus solat waantumsukaro.."tu diturunkan sbb saidina Ali minum arak mabuk dan salah baca...??
mana bukti kata gitu...?

lantas sherry bwak petikan ini..روى ابن أبي حاتم عن أبي عبد الرحمن السلمي عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: صنع لنا عبد الرحمن بن عوف طعاماً فدعانا وسقانا من الخمر فأخذت الخمر منا وحضرت الصلاة فقدموا فلاناً فقرأ ((قل يا أيها الكافرون. ما أعبد ما تعبدون. ونحن نعبد ما تعبدون.)) فأنزل الله ((يا أيها الذين آمنوا لا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون)


tapi malangnya dari petikan yg dia bawakan itu TAK PUN KATA SAIDINA ALI YANG SILAP BACA! akan tetapi dinyatakan "Faqoddimi fulanan Faqoroa" iaitu seorang lelaki sifulan telah membacaa ..iaitu saidina ALi yg mennceritakan ayat itu dibaca silap oleh si fulan dan bukan saidina Ali..
tetapi sherry pening dan kerap merapu terutama bila sheery mendakwa bahawa saya (abu_syafiq) tidak menjawab soalan dari geng2 dia yg sefikrah hitam dengannya dalam masaalah aqidah yg sesat iaitu ' Allah Duduk'
sedangkan saya telah jelaskan dengan terperinci di bersama dalil yg amat jelas dari kitab Wahhabi ..sila lihat :
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=8 ( lihat pada tulisan saya abu_syafiq )
dan kewujudan aqidah sesat : 'Allah Duduk' telah pun diakui kuncu2 aliran pelik ini akankewujudannya dallam kitab Wahhabi...sila lihat http://forum.cari.com.my/viewthr ... age%3D1&page=10

pengakuan sheir'ali bhw kenyataan sesat : 'Allah Duduk' sememangnya wujud dalam kitab rujukan utama Wahhabi tersebut.

Peringatan sy kepada sherry agar tidak menghidupkan ajaran Wahhabi dan jgn syok sendiri bhw anda saja yg tahu agama!
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 27-11-2006 11:19 AM | Show all posts
nak tanya pada sherry...anda iktiqad ' Allah Duduk' ?

jgn jawab panjang2..nanti anda sendiri pening..jawab ya atau tidak..

i am tungguuuuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 01:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 27-11-2006 02:44 PM | Show all posts
Mengenai 'Allah duduk' tidak perlu saya nak layan dgn panjang lebar, jelas saya beriktikad tidak menyamakan Allah dengan sebarang makhluk dan saya serah makna mutashaabihaat kepada Allah s.w.t.-habis-

Jangan kata orang sahaja tidak menjawab persoalan anda, anda sendiri tidak menjawab persoalan saya.

[ Last edited by  sherry221 at 27-11-2006 02:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:51 PM | Show all posts
ٍٍSalam kpd Abu Syafiq dll

Jgn kecoh. Sebenarnya ada byk riwayat dlm hal ini. Ada riwayat kata seorang sahabat (tak dinyatakan namanya), ada yg kata Amru bin al-'As, ada yg kata Abdul Rahman bin 'Auf dan ada yg kata S. Ali. Riwayat yg kata S. Ali ada dlm tafsir al-Tabari:

حَدَّثَنِي الْمُثَنَّى , قَالَ : ثنا الْحَجَّاج بْن الْمِنْهَال , قَالَ : ثنا حَمَّاد , عَنْ عَطَاء بْن السَّائِب , عَنْ عَبْد اللَّه بْن حَبِيب : أَنَّ عَبْد الرَّحْمَن بْن عَوْف صَنَعَ طَعَامًا وَشَرَابًا , فَدَعَا نَفَرًا مِنْ أَصْحَاب النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَأَكَلُوا وَشَرِبُوا حَتَّى ثَمِلُوا , فَقَدَّمُوا عَلِيًّا يُصَلِّي بِهِمْ الْمَغْرِب , فَقَرَأَ : قُلْ يَا أَيّهَا الْكَافِرُونَ , أَعْبُد مَا تَعْبُدُونَ , وَأَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُد , وَأَنَا عَابِد مَا عَبَدْتُمْ , لَكُمْ دِينكُمْ وَلِيَ دِين . فَأَنْزَلَ اللَّه تَبَارَكَ وَتَعَالَى هَذِهِ الْآيَة : { لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاة وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ }

Ibnu Taimiyyah bukannya nak menghina S. Ali. Sbbnya ialah apa yg anta petik tu dari buku yg beliau karang utk mengjawab hujah2 syiah yg kata S. Abu Bakar, S. Umar dll begini2 sdgkan S. Ali dgn sbb kemaksumannya tak pernah bersalah/berdosa. Jd Ibnu Taimiyyah nak bgtau ada riwayat di sisi ASWJ yg kata S. Ali begitu.

Kalau anta tak suka seseorang, berpada-padalah dlm kebencian anta.

Apa pulak komen anta sebagai seorang ASWJ ttg baki petikan selepas itu yg berkait dgn ayat وكان الناس أكثر شيئ جدلا
ِAdakah itu satu penghinaan terhadap S. Ali juga?

Wassalam.
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 27-11-2006 03:59 PM | Show all posts
mana dalil dari alquran dan hadis nabi kata ayat "Lataqrobus solat waantumsukaro.."tu diturunkan sbb saidina Ali minum arak mabuk dan salah baca...??
mana bukti kata gitu...?

Rujuk TAFSIR RUH AL-MA扐NIY oleh AL-IMAM AL-ALUSI AL-HUSAINI jilid 4, muka surat 57. Cetakan Dar al-Fikr Beirut Lubnan 1997. Riwayatnya berbunyi begini:

فقد أخرج أبو داؤد والترميذي وحسنه والنسائي والحاكم وصححه عن عليّ كرم الله وجهه قال "صنع لنا عبد الرحمن بن عوف طعاما فدعانا وسقانا من الخمر منا فأخذت الخمر وخضرت الصلاة فقرأت قل ياأيها الكافرون أعبد ما تعبدون ونحن نعبد ما تعبدون فنزلت

Sila rujuk TAFSIR AL-QURAN AL-慉ZIM oleh AL-HAFIDZ AL-IMAM IBN KATHIR r.h.m, jilid 1 muka surat 567. Cetakan Dar al-Fikr Beirut Lubnan 1997. Riwayatnya berbunyi begini:
رواه ابن جرير  أيضا عن ابن حميد عن جرير عن عطاء عن أبي عبدالرحمن السلمي قال: كان علي في نفر من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم في بيت عبد الرحمن بن عوف فطعموا فأتاهم بخمر فشربوا منها
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 28-11-2006 01:12 PM | Show all posts
Lihat kenyataan Imam Al Hakim Dalam Kitab Mustadrok antara Sohih Bukhari dan Sohih Muslim.
Hadis ini diriwayatkan oleh saidina Ali menceritakan perihal org lain.
dan riwayat dari Ato Bin Saib adalah lebih tepat seperti yg dinytakana dalam kitab Nailul Autor dlm bab Tahrim Arak.
Lantas Imam AlHakmi dalam mustadrok mengatakan  bhw hadis ini menyanggah dakwaan khawarij bhw ayat tersebut diturun kepada saidina Ali...:


وأخرج الحاكم في تفسير سورة النساء عن عطاء بن السائب عن أبي عبد الرحمن عن علي رضي الله عنه دعانا رجل من الأنصار
قبل تحريم الخمر فحضرت صلاة المغرب فتقدم رجل فقرأ : { قل يا أيها الكافرون } فألبس عليه , فنزلت { لا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى } ثم قال : صحيح .

[ ص: 197 ] قال : وفي هذا الحديث فائدة كبيرة وهي أن الخوارج تنسب هذا السكر وهذه القراءة إلى أمير المؤمنين علي بن أبي
طالب دون غيره . وقد برأه الله منها فإنه راوي الحديث
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 28-11-2006 01:24 PM | Show all posts
Pandangan Ulama Lama Mazhab Hanafi bernama Ibnu Abidin Al-Hanafi dalam kitabnya Roddul Mukhtar :


Pengikut Muhammad Bin Abdul Wahhab ( Wahhabi ) merupakan KHAWARIJ ZAMAN KINI:

نصه :"مطلب في أتباع ابن عبد الوهاب الخوارج في زماننا: قوله: "ويكفرون اصحاب نبينا صلى الله عليه وسلم" علمت أن هذا غير
شرط في مسمى الخوارج، بل هو بيان لمن خرجوا على سيدنا علي رضي الله عنه، وإلا فيكفي فيهم اعتقادهم كفر من خرجوا عليه، كما وقع في زماننا في أتباع محمد بن عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين، وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة،
لكنهم اعتقدوا أنهم هم المسلمون وأن من خالف اعتقادهم مشركون، واستباحوا بذلك قتل أهل السنة
قتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم عساكر المسلمين عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف"

[ Last edited by  abu_syafiq at 28-11-2006 01:26 PM ]
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 28-11-2006 10:40 PM | Show all posts
Saudara abu_syafiq meminta dalil dan bukti, saya dan saudara nahzaluz telah lampirkan. Ini membuktikan bahawa riwayat itu bukan ciptaan Ibn Taimiyyah ia sememangnya diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi di dalam sunan mereka. Jika anda ingin menyatakan riwayat ini daif, maudu', batil dan yang sewaktu dengannya  itu terpulang kepada saudara abu_syafiq, sebab ia bukan topik asal perbincangan ini.

Perbincangan asal ialah adakah ibnu taimiyyah  mereka-reka riwayat ini untuk menghina saidina Ali? ternyata tidak dengan bukti bahawa riwayat tersebut terdapat di dalam beberapa kitab hadith dan tafsir dari kalangan ulama2 muktabar ASWJ. Jika ibn taimiyyah mendatangkan riwayat ini bertujuan untuk menghina Ali r.a, maka ulama2 yg meriwayatkan dan  melampirkan riwayat tersebut juga tergolong dari golongan yg menghina saidina Ali r.a, adakah begitu? dan benarkah begitu? حَاشَا و كَلَّا .adakah imam abu daud, at-tirmizi, ibn kathir, al-qurtubi, al-zamakhsyari, ibn hajar dan malah dr wahbah zuhaili dikira sebagai khawarij? kerana meriwayatkan saidina Ali minum arak pada waktu itu.

Sedangkan pada waktu itu arak belum diharamkan lagi dan tidak berdosa atau menjadi kesalahan di dalam agama islam jika seorang muslim pada ketika itu  meminum arak. malah tiada riwayat yg menunjukkan Rasulullah s.a.w murka dengan perbuatan meraka itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 12:37 AM | Show all posts
Originally posted by sherry221 at 28-11-2006 10:40 PM
Saudara abu_syafiq meminta dalil dan bukti, saya dan saudara nahzaluz telah lampirkan. Ini membuktikan bahawa riwayat itu bukan ciptaan Ibn Taimiyyah ia sememangnya diriwayatkan oleh Abu Daud dan a ...


Rasulullah ada minum atau pernah minum arak tak waktu tu? Sungguhpun waktu tu arak tak dilarang tapi ia adalah perbuatan yang keji sehingga Rasulullah sendiri di lindung Allah untuk melakukannya. Ikut sejarah pun saidina Ali kmw pun tak pernah membuat perbuatan2 keji dari kecil. Gunalah akal fikiran sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.084150 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list