|
macam mana saudara tahu eh?? jin tu bagi tau ke??
klu cahaya nabi s.a.w. hanya akan terpanc ...
safamm Post at 22-11-2011 16:31
pakcik.... kalo jin qarin menyerupai tuan badan....hantu raya tu jin qarin ke...?
takut akuuu........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 398# gammbir33
Astaghfirullah..sejak bila pulak Rasulullah s.a.w gagal dalam menyebarkan Islam lak ni? Bukankah Al Qur'an sudah lengkap? Bukankah Nabi itu manusia sempurna, kenapa nak gagal pula??
Habis tu bagaimana dengan sabda Rasulullah s.a.w "Sampaikanlah dariku walau satu ayat" - hadith riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi.
Habis semua manusia dan jin tak boleh menyampaikan ilmu walau sepotong ayat sekalipun, kerana nanti dianggap memandai2 dan memberi gambaran Rasulullah s.a.w telah gagal macam tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik.... kalo jin qarin menyerupai tuan badan....hantu raya tu jin qarin ke...?
takut akuuu.. ...
nagaijau Post at 22-11-2011 16:35
klu ikut apa yg sedara te_peng kata :
"Qarin tu pendamping asal sejak lahir. Yang bro gambir nyatakan berlainan sekali - berdamping dgn jin islam yang bukan qarin tapi asal dari luar lalu diambil menjadi teman pendamping/khadam peribadi. Disitu ada dua perbezaan.
Yang satu qarin yg bermakna mengikuti, dimana kita pergi disitu dia ikut, qarinnya jin smpi semua perilaku, wajah sama mcm kita cumanya krn dia ini jin maka dia lebih mendorong kepada kejahatan."
so hantu raya bukan!! tp cam ne kita nk membezakan eh??
maybe sedara te_peng leh jelaskan lebih terperinci.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 399# safamm
Saya husnuzzan dengan niat awak mungkin kerana ikhlas bertanyakan tentang ilmu. Jadi saya jawab dengan ikhlas ye..
Saya diberitahukan mengenai kewujudan jin ini serta nama sebenarnya sekali. Tetapi adalah merupakan pantang bagi jin untuk menonjolkan nama sebenarnya, kerana ia merupakan satu kelemahan. Sumbernya adalah dari sumber yang sahih dan saya yakin kerana budi pekerti si penyampainya. Kalau kamu tak percaya terpulanglah, saya tidak paksa dan tidak wajib untuk percaya sekalipun.
Jangan samakan hantu raya dalam istilah manusia itu dengan qarin. Hantu raya adalah jin taraf rendah di kalangan jin sendiri. Biasanya level pencacai / orang suruhan kepada jin2 lain yang lebih tinggi taraf. Kira dalam kasta, hantu raya ni tahap pariah je.
Semua manusia / jin / syaitan / rijalul ghaib hatta seluruh ciptaan Allah s.w.t tidak ada yang dapat dan mampu menyerupai baginda kerana anugerah Allah s.w.t yang melarang kekasihNya ditiru rupanya. Hatta ketika Rasulullah s.a.w masih hidup sehingga wafat. Maka bila mana ada seseorang manusia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w yang mengucapkan "Ana Rasulullah Muhammad s.a.w" maka benarlah mimpi itu. |
|
|
|
|
|
|
|
klu ikut apa yg sedara te_peng kata :
"Qarin tu pendamping asal sejak lahir. Yang bro gamb ...
safamm Post at 22-11-2011 16:41
Jawapan saya .... belom sempat tanya hantu raya berarak mendung kelabu mengekori langkahku... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply gammbir33
Astaghfirullah..sejak bila pulak Rasulullah s.a.w gagal dalam menyebarkan Islam ...
evilcooler Post at 22-11-2011 16:36
Sedare qarin kiter sama tak dengan qarin nabi?
arahan nabi kepade kiter tertakluk tak kepade qarin2 skali ke?.
qarin/jin nabi mustahil memandai2 tanpa arahan dari nabi itu pahaman saye kalo betul qarin tuh adelah jin. kat mekah tu qarin kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 406# gammbir33
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Al Qur'an Surah Az- Zariyat : 56
Rasulullah s.a.w diutus untuk menyampaikan sinar Islam kepada kepada manusia dan jin, dan mereka tertakluk kepada penghitungan serta dihisab amalannya di akhirat kelak. Jadi apa2 yang disyariatkan kepada manusia, sama juga untuk jin.
Rasulullah s.a.w penutup segala Nabi, tiada lagi Rasul / Nabi selepas baginda s.a.w baik dari golongan manusia mahupun jin.
Bab qarin manusia biasa sama dengan qarin Nabi ke x, saya penat dah nak ulang. Sila lihat posting saya yang sebelum ini ya. |
|
|
|
|
|
|
|
ku pandang ke langit dan melihat .... awan bagaikan tertawakan
te_peng Post at 22-11-2011 16:24
sah..banyak jin bro ni |
|
|
|
|
|
|
|
kumulus & nimbus minat nak kawan
tak perlu kata apa-apa |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mr_evergreen at 22-11-2011 23:23
لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
kumulus & nimbus minat nak kawan
tak perlu kata apa-apa |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by safamm at 23-11-2011 09:34
Reply safamm
Jangan samakan hantu raya dalam istilah manusia itu dengan qarin. Hantu raya adalah jin taraf rendah di kalangan jin sendiri. Biasanya level pencacai / orang suruhan kepada jin2 lain yang lebih tinggi taraf. Kira dalam kasta, hantu raya ni tahap pariah je.
evilcooler Post at 22-11-2011 16:48
Reply gammbir33
Saudara, tolonglah faham ye. Rasulullah s.a.w tak minta pun ada pendamping qarin. Semua manusia dilahirkan memang ada qarin yang tugasnya menyesatkan si manusia sehingga akhir hayat. Tetapi hanya Rasulullah s.a.w sahaja yang diberi anugerah Allah s.w.t sehingga dilindungi tipudaya qarin itu, bahkan masuk Islam dan berdakwah kepada Islam juga.
evilcooler Post at 22-11-2011 14:27
Jadi pada pendapat saya yg tak berapa nak faham ni …
Jika benar qarin = jin
Dan jin (qarin) tersebut bukantakat jin2 level pencacai/org suruhan
Jika begitu saya rasa saudara evilcooler dan perawat2 yg lain pasti setuju kalau saya katakan yg keadah bakar bata ni memang ada disertai oleh jin (qarin yg dimaksudkan oleh saudara) sebagai pengantaraannye?? Dan kita bole sebut juga ia sebagai sihir tidak sengaja..??
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi pada pendapat saya yg tak berapa nak faham ni …
Jika benar qarin = jin
Dan jin ...
safamm Post at 23-11-2011 09:31
wahhh sungguh geliga otak kamu...hehehe akhirnyer kiter pulang ke pangkal perbincangan. memang betul berkemungkinan besar bakar bate ade unsur2 jin2 tersebut sekiranyer betul qarin tu adelah jin. tapi kalo qarin tu bende lain cemane?.
eh eh qarin aku dh islam blum? cemane nih. jadi tanggungjawab aku kah? kene islamkan dia,kalo gagal cemane? alamak gentayangan aku karang huhuhuhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya telah kemukakan pertanyaan 2 perkara iaitu mengenai mengikat patung utk cari benda hilang dan kaedah bakar batu-bata.
Berkenaan mengikat Patung, ia bukan amalan dsyifa dan dilarang oleh TG.
Berkenaan bakar batu-bata, ia diperkenalkan ke dsyifa oleh Ust. Salleh dan diterima-pakai sehingga awal 90an, amalan ini dihentikan kerana fitnah seolah-olah dsyifa juga mengamalkan sihir.
Untuk memberi sedikit keterangan ke atas teknik membakar bata, yang mana kita pasang niat dalam hati kita, supaya orang tertentu terasa dibakar yang mana api tu kita yang pasang, sila rujuk Hukum Melarang Menyiksa dengan Api:
http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=2666
Sekian wassalam
PS - Teknik ini serupa sihir salai dalam Sihir Orang Asli, juga Sihir Siam. Jadi sebaiknya kita elakkan daripada meniru mereka yang mengamalkan sihir tersebut.
ambik dari forum http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=1638 |
|
|
|
|
|
|
|
Qarin bukan jin, tapi jin boleh jadi jin qarin, sebab???? duduknya di qarin.
Jin saka pun leh jadi jin qarin, jin dampingan pun boleh, jin sihir lagi lah boleh.... kalau jin yg duduk di qarin ni nak buatkan orang tu marah yg teramat, dia cuma perlu kuasai qarin tu je
Malaikat pun boleh jadi malaikat qarin, yg membisikkan perbuatan baik kepada manusia, memberi ilham pada manusia terutama dalam mimpi
cerita mimpi la pulak.... umpama mimpi dalam mimpi |
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 366# safamm
cari2 kaji2 dulu.... insyaallah jumpa tu nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Qarin bukan jin, tapi jin boleh jadi jin qarin, sebab???? duduknya di qarin.
Jin saka pun leh jad ...
hantukiller Post at 23-11-2011 11:04
Qarin tu hati ke? kan nabi pernah dicuci hatinya oleh Jibril....malaikat leh dok kat qarin tak? ke roh kita sendiri leh dok kat situ? |
|
|
|
|
|
|
|
Qarin tu hati ke? kan nabi pernah dicuci hatinya oleh Jibril....malaikat leh dok kat qarin ...
abas8888 Post at 23-11-2011 13:48 Qarin tu nama tempat atau singgahsana jin didalam jantung manusia, seperti hadis di atas, Malaikat pun boleh jadi qarin sebab duduk disitu.
Kalau kita sentiasa menyebut nama nama Allah dengan hati yg ikhlas hanya kerana untuk memuji Allah, cahaya zikir itu akan menerangi qarin tersebut yg akan menyiksa jin jin qarin jika ada. Lagi banyak kita zikir, lagi terang qarin itu sehingga malaikat boleh mengganti tempat jin tersebut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|