|
Pengalaman-pengalaman Seram di Kuarters Kerajaan/Swasta Update post 885#
[Copy link]
|
|
Reply #396 AmMiNafeesa's post
pakcik hb kerja maintenance kat alice smith tu...
mmg dia kata mcm2 bunyi bila mlm...dengar org berjalan sambil seret rantai..mmg selalu sgt la...tp dia kta ..
dia selalu gak sebut aku x kacau kau, kau jgn la kacau aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #383 akakbosan\ catat
kira kalau rumah 05 (seperti di gambar) satu2 nya rumah yang takde penghuni kat jalan bellamy.. rumah akak tuh dah ada penghuni la ehh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bawanghitam at 15/8/08 05:17 PM
kira kalau rumah 05 (seperti di gambar) satu2 nya rumah yang takde penghuni kat jalan bellamy.. rumah akak tuh dah ada penghuni la ehh..
Umah akak bukan kat Jalan Bellamy... umah akak kat Jalan Bukit Petaling, and spt akak cakap, umah asal tu dah roboh dah. Gomen dah bina umah baru kat tapak tu. Akak gi ngaji jer.. kat Jalan Bellamy tu dulu2. (Jalan Bellamy tu, zaman2 dulu la.. akak dah lama tak gi ni... is like an extension of Jalan Bukit Petaling). Ada map akak tepek kat page depan2 nun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Supaya terang lagi bersuluh... apa maksud akak pasal Jalan Bukit Petaling & Jalan Bellamy tu.
Map courtesy of mycen.com.my
[ Last edited by akakbosan at 15-8-2008 06:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AmMiNafeesa at 15/8/08 02:23 PM
Sekolah Alice Smith tu dah lama eekkk??
ayah kata sejak tahun 50an ker 60 an..
Mengikut websitenya (klik sini utk link) Alice Smith School founded in 1946. Berjamannn Tok Kadok. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #406 akakbosan's post
mak nak garang wape kalu sy baik aja |
|
|
|
|
|
|
|
akakbosan...tak de ke citer lg kak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sambungan sangat...
Sebenarnya citer pasal umah lama kat Bkt Petaling tu dah habih dah... sumer akak dah citer. Insiden kecik2 yang berasingan banyak la... tapi mungkin sebab selalu sangat terjadi, kitaorang dah bagaikan 'lali' dengan sumer tu, so akak pun rasa macam tak perlu nak citer panjang lebor kan? Lagipun akak dah sebut dah dalam first post tu... pasal poltergeist, pasal mak akak selalu bangun lebam2 dan ada kesan cakar pada badan.
Mak akak pernah gak kena rasuk masa kita di umah tu. Tapi...' benda' yang rasuk dia tu bukan dari umah Bkt Petaling tu. Dia pegi kenduri kawen kat D'sara Heights dolu2 (masa masih belum bukak betul2 lagi kawasan tu, sebelum tu kan Dsara Heights tu penempatan Org Asli), ada 'benda' ikut dia balik. Siap boleh speaking Siam time tu... "Kapkhunn kaaap... mai dai... mai dai..."
Ada tak akak citer pasal pokok ara besaaaaar di perkarangan umah Bkt Petaling tu? Pokok ara tu sure dari zaman British pun dah ada, sebab tinggi, besor, berjurai2 panjang sampai ke tanah. Macam akak citerkan dulu, perkarangan umah tu besar -- 2 ekar, siap dgn servants quarters,chauffeur's 'cottage' and garage, badminton court, itu baru bahagian belakang rumah. Kat tepi badminton court tu lah, pokok ara tersergam seremmm. (Ngaperrrrlah kitaorang tak berminat nak amik gambor kat pokok ara tu dulu2 ek.. issh issh... boleh gak buat kenangan setidak2nya. Tapi takooot... )
Akak ingat lagi tok sedara akak datang dari kampung, melawat keluarga di KL. Sampai2 aje di rumah akak,dia jalan2 amik angin kat luar... sebab suasana nyaman petang tu. Bila dia ternampak pokok ara tu, dia asik pandang aje kat dahan2 tinggi pokok tu. "Keras tempat ni ya |
|
|
|
|
|
|
|
Citer adik akak: Part I
Kitaorang 4 beradik. Akak yang sulung (sorang je fomfuen), 3 orang adik lelaki. Adik akak yang nombor satu tu, memang lain daripada lain sket... dia punya 'sensitivity' pd benda2 'paranormal' ni, dari kecik lagi. Dialah yang sampai skang ni masih boleh nampak macam2.
Eeeii... akak malas betul nak kuar dengan dia ni kenkadang, naik seremm. Sebab akak boleh tau dari air muka dia, body language dia, kalau dia ada nampak 'benda2' yang 'ghaib' ni walaupun dia tak bagitau akak apa2 (sebab takmo akak takut agaknya.) Bila dah macam tu, kita pun mulalah pandang depan, belakang, atas, bawah, tepi... nak check kalau ada benda2 yang kurang chanthekkk ngikut kita kan? Akak dah sound awal2 dah... kot nampak apa2 dalam umah akak skang ni, dendiam aje, toksah citer. (Tapi ADA gak citernya niiih... issh.... tapi itu lenkali ek? ;) )
Citer pasal pokok ara kat umah Bukit Petaling ni, citer dialah.
Memang satu senja tu,adik akak ni "lesap". Time tu umur dia dalam... hmm... 7 ke 8 tahun gitu. Puasssss kitaorang cari dia tapi tak jumpa. Dia ni masa kecik2 suka panjat pokok. Dahlah dalam perkarangan umah kita tu tersangaaaaatlah banyak pokoknya piuler. So... kitaorang ingat mungkin dia gi panjat pokok kat ujung padang sinun. (Akak guna istilah 'padang',sebab nak guna 'taman' tak berapa tepat, luas sangat )
Tapi bila dah gelap dia tak balik2, Mak dah mula risau sangat2. Abah masa tu tak di KL, ke luar negara macam biasa. Puas kita cari dia kat stor belakang, semak belakang umah, sampai ke rumpun buluh seremm tempat port pompuan tak berkaki dan'kawan2 hanjeng' dia tu pun. Dalam sibuk2 kita panggil2 nama dia, kita nampak dia berjalan balik dari arah badminton court tu.... padahal tadi dah puas dah sepupu2 Abah yang tinggal dengan kita tu cari dia kat sana, bawak torchlight besor lagik.Tak nampak apa2 pun time tu.
Slow aje dia jalan macam.... hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
akakbosan cete lerr bebanyak...ramai tul yg sdng menunggu ngan sabar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akakbuhsan....ceritamu tak membuhsankan ku walau namamu buhsan itteww....
Keep up your good work....
Caiyok caiyok.... :pompom:
[ Last edited by narvmarishka at 16-8-2008 02:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Citer adik akak: Part II
Adik akak yang 'ni, nak cakap pendiam tak la sangat, tak la becok jugak.... tapi keesokan hari tu memang dia agak diam. Kitaorang try korek citer dari dia tapi dia macam takmo bagitau.Tapi lepas Mak slow2 cakap dengan dia, tanya dia, dia citer jugak akhirnya.
Dia kata, petang tu dia rasa macam letih so dia tertido kat sofa kat ruang tamu. Ruang tamu tu memang takde orang selalunya... sebab memang untuk tetamu aje. TV kat ruang lain. Pastu dia kata.. dia 'mimpi', ada 'kakak' cantik ni ajak dia jenjalan.
Dia kata mula2 dia takmo.... tapi lepas 'kakak' tu pujuk2 dia, cakap nak kasi makan la haper, dia pun kata OK. (Adik akak ni kekecik suka mamam. Actually sampai skang ni pun suka mamam! )
So dia pun ikut la akak tu. Akak tu bawak dia jalan nun dekat badminton court tulah, dekat pokok ara tu.Tapi dia kata, dia tak nampak macam pokok ara pun kat situ, dia kata nampak macam ada rumah kat tempat pokok ara tu, ada pintu bagai. Kakak tu masuk ke dalam 'rumah' tu dan adik akak pun ikut.
Masuk2 aje kakak tu pun melayanlah tamu undangan dia yang soker makan iteww (adik akak la tu! ) Kasi makan mee (adik akak ni time tu memang terkenal soker mamam mee Maggi ) dan tahapa2 lagilah kudap2an yang kakak tu hidang kat dia.
Dia pun sedaaap ajelah melayan makanan tu... tapi dia kata, lama2 dia rasa lain macam.
Dia tengok balik mee tu, dia kata nampak macam bergerak2. Aikk? Apa pasal mee boleh gerak2 ni?
Dia tengok lagi.. rupa2nya cacing! Cacing tanah yang panjang2 tu!
Pastu dia tengok 'makanan' kat pinggan lain semuanya pasir/ debu/ tanah / batu padahal tadi nampak maruku la bagai (kesukaan dia gak ni , sebab tu kekecik kita orang panggil dia 'tambi'.. tak baik betul )
Kakak kat depan mata pun dah start menjegil dia satu macam.... mata merah, menyeringai nampak gigi panjang, dah tak berapa chanthekkk dah kekdahnyer . Dia dah nangis2 dah time ni, kata dia.. panggil Mak mintak tolong (kitaorang of course la kan... harammmm dengor!)
'Kakak' tu tiba2 ngilai2 dan terobang.... naik tinggi kat dahan2 pokok ara tu (ini yang mek paling "allergic" ni nyehhh) . Baru adik akak sedar yang dia bukan dok dalam rumah, tapi kat pokok ara tu. Dia kata dia rasa macam 'terpana' gitu. Dia kata dia tak sedar pun macam mana dia menapak balik ke rumah. (Jarak antara pokok ara dengan rumah lebih kurang 200 meter.) Tau2 aje dia kata, Tok Wan suruh dia mandi.
Kitaorang punyalah tak nak caya citer dia, sebabnya kitaorang tak nampak pun 'kakak' tu terbang? (Kot nampak mau demam 3 hari! Akak memang la tak pernah nampak apa2 yg buruk kat umah tu kan...Alhamdulillah) Kitaorang 'tuduh' dia pandai2 buat citer (berkat daya imaginasi tinggi dia tu!), dah lambat balik umah mungkin saja nak buat alasan takut kena marah dengan Mak. Tapi Tok Wan tak pernah kata apa2 atau tanya adik akak apa2 pasal insiden 'ni... mungkin dia tau tapi takmo adik akak 'trauma' mengenangkan apa2 yang tak patut dikenangkan dan juga takmo kitaorang naik takut kot?
Entahlah... tapi adik akak sampai HARI INI mati2 kata dia tak tipu, yang benda ni memang terjadi.
Allahualam.
(Tunggu bulan posa lak kalau nak citer baru ek? ;) )
[ Last edited by akakbosan at 17-8-2008 09:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|