|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Dataran Masjidil Haram diperluas
Oleh Marzuki Yusoff
MEKAH 28 okt. – Projek mengindahkan dan meluaskan kawasan Masjidil Haram di sini tidak lama lagi akan menyaksikan banyak bangunan lama dan baru di sekitarnya termasuk premis kedai dan hotel terpaksa dirobohkan.
Apabila projek itu dimulakan kelak, ia bakal melibatkan banyak bangunan yang disewa oleh negara-negara luar termasuk Malaysia melalui Tabung Haji untuk penginapan jemaah haji mereka.
Beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi melaksanakan projek pelebaran dataran masjid berkenaan melibatkan bangunan-bangunan yang terletak begitu hampir dengan Masjidil Haram termasuk hotel-hotel bertaraf lima bintang.
Perluasan dan pelebaran kawasan dataran Masjidil Haram adalah susulan kepada projek serupa yang dilaksanakan oleh kerajaan negara itu di Madinah melibatkan kawasan sekitar Masjid Nabawi.
Bagi menghadapi kemungkinan itu, Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, pihaknya kini telah menyewa beberapa bangunan penginapan baru untuk jemaah haji Malaysia. dari tanah suci itu.
Menurut beliau, premis-premis baru penginapan jemaah haji itu dibuat berdasarkan mutu dan saiz bangunan bagi mewujudkan keselesaan bertaraf hotel dengan kawasan lobi yang luas.
‘‘Kita menjangkakan apabila projek menstrukturkan semula kawasan sekitar Masjidil Haram dimulakan, bangunan-bangunan baru yang disewa oleh Tabung Haji akan dinaik taraf sebagai hotel.
‘‘Apabila penginapan yang kita sewa dinaik taraf sebagai hotel, kita agak bimbang sewa juga mungkin dinaikkan,” katanya kepada pasukan media Tabung Haji selepas beliau bersama petugas-petugas haji meninjau maktab penginapan jemaah di sini, hari ini.
Kamarudin juga memberitahu bahawa kedudukan beberapa maktab penginapan baru yang bakal disewa oleh Tabung Haji mungkin akan lebih jauh dari kedudukan sekarang jika projek itu berjalan.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya akan berusaha untuk menyewa bangunan baru yang tidak terlalu jauh bagi mengelak kesukaran bagi jemaah yang mahu berulang-alik untuk beribadat di Masjidil Haram.
Sekarang ini maktab penginapan yang paling dekat terletak hanya 100 meter dari Masjidil Haram, manakala maktab penginapan paling jauh adalah Janadriyah 2 yang berkedudukan kira-kira 850 meter dari masjid tersebut.
Janadriyah 2 boleh menempatkan hampir 3,000 jemaah, manakala Janadriyah 1 dapat menampung 7,000 jemaah pada sesuatu masa.
Beliau mengakui Tabung Haji akan turut berdepan dengan negara-negara lain terutama Pakistan dan India dalam usaha mendapatkan bangunan-bangunan baru yang strategik dan hampir dengan Masjidil Haram. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
389# aziefa
Salam azie n suria.
Wallahhuallam akak baru fst time nk pegi ngan visa ziarah, ramai ke tidak x tau lg, nk merasa camne. Rasa2 org pegi hj x habis balik lg kut.
Akak penah pegi dgn visa umrah, masa tu kira mekah baru open utk jemaah umrah. Masa tu mmg happening giler. Kira mmg lenggang la, dh lepas solat akak buat tawaf sunat n saja pusing2 kira Kaabah 2 kita yg punya. Smpaikan pak guard arab yg jaga Hajarul Aswad 2 dok panggil2 suruh kucup HajarulAswad. Pasal orang tak da masa 2. Masyaallah shahdu sungguh...Kerana 6 bulan sebelum tu kira bulan ramadhan akak bertawaf berhimpit2 n sekali je dpt cium HajarulAswad x puas rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengumuman
Gathering Benang Umrah/Haji telah dirancang seperti berikut:
Tarikh : 7 November 2009
Masa : 1pm
Lokasi : No 182, Jalan SS14, Subang Jaya, Selangor
Pada mereka2 yg berhajat nak menghadiri bole PM saya agar bole saya uruskan penghantaran peta lokasi..........insyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
405# ayahjoe
Masyaallah, ayahjoe boleh dikatakan hari2 saya lalu kat ss14, coz anak2 bersekolah dekat situ je... |
|
|
|
|
|
|
|
405# ayahjoe
Masyaallah, ayahjoe boleh dikatakan hari2 saya lalu kat ss14, coz anak2 bersekolah dekat situ je...
jellybee Post at 30-10-2009 22:28
SubhanAllah...so apalagi jemput lah yer..insyaAllah ramai geng benang yg akan mampir.....bole lar kita saling kenal dan bertukar2 pengalaman.... |
|
|
|
|
|
|
|
407# ayahjoe
Assalamualaikum ayahjoe..
pm peta ke rumah ayahjoe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengumuman
Gathering Benang Umrah/Haji telah dirancang seperti berikut:
Tarikh : 7 November 2009
Masa : 1pm
Lokasi : No 182, Jalan SS14, Subang Jaya, Selangor
Pada mereka2 yg berhajat nak m ...
ayahjoe Post at 30-10-2009 16:21
Salam ayahjoe
Insyaallah dah cakap kat hubby suruh block date tersebut. PM peta ya. Bawak hubby sekali boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
409# aily[/i
]
siapa lagi yg bakal mampir tu..kut ada org belah2 sini blh follow...kak ros pi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
407# ayahjoe
Assalamualaikum ayahjoe..
pm peta ke rumah ayahjoe..
aziefa Post at 30-10-2009 23:45
Dah pm. email pun dah rasernya acikjie......check yer..kalu tak dpt...inform yer..nnt saya antar sekali lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam ayahjoe
Insyaallah dah cakap kat hubby suruh block date tersebut. PM peta ya. Bawak hubby sekali boleh ke?
aily Post at 31-10-2009 09:27
Dipersilakan ummi......lagi ramai lagi meriah. Kalu siapa yg datang awal bole ler join solat hajat sekali...kut2 ader hajat utk anak nak periksa ker...nak hajat naik haji ker..gi umrah ker.... |
|
|
|
|
|
|
|
409# aily[/i
]
siapa lagi yg bakal mampir tu..kut ada org belah2 sini blh follow...kak ros pi tak?
sunsuria3 Post at 31-10-2009 12:24
InsyaAllah ibu Rosputih akan mampir...... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh ramainya yg nak dtg gathering kat rumah ayahjoe..
btw, thanks for the invitation ya ayahjoe, mimi tak dpt dtg ada urusan kat utara..mimi dh reply pm.. |
|
|
|
|
|
|
|
407# ayahjoe
Insyaallah ayahjoe...mybe lewat skit kut, coz ada 2 jemputan same day n same time. kena plan dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pm. email pun dah rasernya acikjie......check yer..kalu tak dpt...inform yer..nnt saya antar sekali lagi...
ayahjoe Post at 31-10-2009 12:47
ooop...ada..ada..
Terima kasih..
Insyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 31-10-2009 22:49
Pek istimewa Celcom untuk jemaah haji
CELCOM (Malaysia) Bhd memperkenalkan pek prabayar istimewa yang dikenali 'Pek Jemaah Haji Celcom Blue', khusus buat jemaah haji Malaysia yang bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata, menerusi pek berkenaan, ia menawarkan kadar perayauan terendah bernilai 68 sen seminit dari 12 tengah malam hingga enam pagi dan dari 12 tengah hari hingga 3 petang, waktu Malaysia.
Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Sri Shazalli Ramly, berkata menerusi pek itu, pelanggan jemaah haji Celcom bukan saja mudah berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai, malah bakal memperoleh manfaat lain seperti dari segi keselesaan dalam mengerjakan haji tanpa perlu memikirkan cara untuk menambah nilai.
Katanya, jemaah haji yang menggunakan pek berkenaan tidak perlu bersusah payah menambah nilai kerana semua aktiviti itu hanya dilakukan oleh ahli keluarga masing-masing di Malaysia.
Beliau berkata, menerusi kaedah itu, Celcom akan menghantar SMS secara automatik bagi memaklumkan kepada ahli keluarga jemaah haji di Malaysia apabila kadar penggunaan mencapai paras RM30 dan ke bawah.
"Bagi mengaktifkan perkhidmatan ini, pelanggan hanya perlu menaip `HAJI' diikuti nombor telefon ahli keluarga yang diingini dan hantar ke 28882," katanya.
Selain caj terendah, Shazalli berkata, pek itu turut didatangkan khas dengan tambah nilai awal berjumlah RM50 berserta SMS percuma mengenai isi kandungan berkaitan kerja haji dan amalan doa seharian.
Katanya, bagi memudahkan bakal jemaah haji memiliki pek itu, Celcom mengagihkan pek berkenaan di semua rangkaian Kursus Haji Perdana di semua negeri di Malaysia, bermula dari 2 Oktober hingga 11 Oktober lalu pada harga RM50.
ayahjoe dah beli ke..??
Esok senang nak hubungi orang rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
404# jellybee
Akak penah pegi dgn visa umrah, masa tu kira mekah baru open utk jemaah umrah. Masa tu mmg happening giler. Kira mmg lenggang la, dh lepas solat akak buat tawaf sunat n saja pusing2 kira Kaabah 2 kita yg punya. Smpaikan pak guard arab yg jaga Hajarul Aswad 2 dok panggil2 suruh kucup HajarulAswad. Pasal orang tak da masa 2
Assalamualaikum..
Bila baca cerita jellybee ni..
Teringat dengar cerita pengalaman husband..
Semasa bertugas dlm Rombongan Perubatan Haji Tahun 1991..
Husband kena duduk kat Mekah lama terpaksa menunggu pesakit kat Hospital..
Dekat 50 hari+++..
Dia dok cerita ramai Jemaah yang dah balik dan ada yang dah berangkat ke Madinah..
Dia kata kat Dataran Kaabah tu lapang boleh berguling guling..
Lepas tu kalau tawaf sunat tu.. setiap kali tawaf tu kalau nak cium hajarul aswad senang senang aje..
Masyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 1-11-2009 00:15
BERITA HARIAN
1 NOVEMBER 2009
Lambaian Kaabah: Membersihkan diri sebelum berangkat ke Tanah Suci
Oleh Abdul Razak Idris
Gelaran haji atau hajah biarlah mabrur, bukan untuk bermegah-megah
SERUAN haji bergema lagi, tanda musim haji sudah bermula. Ibadah haji wajib bagi umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan memenuhi syarat ulil amri dan pihak berkuasa Arab Saudi menjadi medan penuh ujian dalam mematuhi rukun wajib haji. Menunaikan haji bukan perjalanan yang mudah bagi Muslim yang membawa bersamanya segala beban pengalaman hidup sama ada kehidupannya dihabiskan dengan melakukan dosa dan culas memburu pahala sama ada wajib atau sunat.
Jika seruan haji disambut hanya kerana ikut-ikutan maka ibadah yang dilakukan hanya separuh hati dan haji mabrur yang menjadi cita-cita semua bakal haji dan hajah akan hanya akan menjadi 'haji sangkut' yang hanya dipakai hingga hembusan nafas terakhir.
Gelaran haji yang dibawa bersama setelah selesai ibadah di bumi Makkah akan menjadi kenangan abadi dan diingati bukan saja oleh diri kita sendiri malahan orang yang menghantar kita pergi dulu dan orang yang menyambut kita pulang. Bagi setiap bakal haji yang sedang bersiap sedia menyambut panggilan haji selain mempersiapkan diri dengan segala bacaan dalam rukun haji kita harus 'membersihkan' diri daripada segala dosa dan memohon ampun dan maaf daripada semua pihak terutama yang terasa hati dan berpotensi tersinggung oleh perbuatan dan lisan kita.
Sebagai seorang Muslim yang berada dalam zaman ekonomi tidak menentu, kesempatan untuk menunaikan fardu haji atau umrah bukan perkara mudah. Selain kos mengerjakan haji tinggi, kos untuk waris dan tanggungan yang ditinggalkan turut perlu difikirkan juga. Jika tidak akan timbul pula fitnah orang mengatakan langkah kita mengejar akhirat mencicirkan dunia yang juga kewajipan kita. Sebaiknya bakal haji menyelesaikan segala hutang dan belanja tanggungan sebelum meneruskan cita-cita menyahut seruan haji di Makkah. Gelaran haji yang bakal diraih akan kelak menjadi suatu gelaran sinis yang akan memalukan diri kita sendiri.
Jika boleh biarlah gelaran haji yang dianugerahkan kepada kita kerana mendapat haji mabrur tanpa memerlukan kita apabila pulang dari tanah suci terpaksa membayar hutang keliling pinggang sedang kita semua tahu bahawa salah satu syarat haji ialah berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan.
Membawa pulang gelaran haji atau hajah biarlah tanpa kontroversi atau isu yang mampu membuatkan gelaran yang menjadi idaman semua umat Islam di seluruh dunia itu dipertikaikan. Jangan pula apabila balik dari haji, perangai buruk sebelum menjejak kaki ke sana diulangi. Atau setelah mendapat gelaran haji sikap angkuh dan bangga diri menjadi hiasan diri. Lebih buruk lagi jika ada yang mempunyai gelaran haji tidak berubah langsung sikap buruk mereka malahan lebih teruk apabila pulang dari Tanah Suci sikap buruk baru pula tercipta.
Bukankah ia memalukan agama Islam yang syumul ini. Kita takut ada orang Islam sendiri yang akan merasakan gelaran haji adalah lesen untuk mendapat kemegahan dan bukannya menjadi motivasi untuk yang masih belum menjejakkan kaki bertawaf mengelilingi di setiap empat penjuru Kaabah.
Sikap dan pekerti sebagai Muslim yang memegang gelaran haji perlu diubah dari buruk menjadi baik, dari cantik lebih indah budi dan sikahnya. Bagi yang bersifat bakhil tidak bertempat, singkirkan sikap yang tidak baik itu, bagi yang bersikap keras selama ini lembut-lembutkan sedikit adab kita dengan pekerja atau pihak yang berhubung dengan kita. Cara kita bertindak adalah datang dari cara kita berfikir dan cara kita berfikir datang dari hati kita yang suci dan bersih dari syak dan wasangka sama ada sesama Islam dan bukan Islam.
Jika boleh dikatakan seorang haji sepatutnya membawa imej seorang Muslim yang lengkap sebagai seorang Muslim sejati. Sesungguhnya dirinya telah lulus ujian sebagai Muslim yang memenuhi lima rukun Islam.
Justeru menunaikan haji bukan sekadar mengejar gelaran yang tidak akan memberi manfaat jika disalahgunakan atau disalah pembawaannya. Haji adalah gelaran yang perlu dibawa hingga ke liang lahad dan biarlah pahala kita menunaikan haji itu berpanjangan hingga kita dipanggil Yang Maha Esa di satu hari di mana kita tidak mampu untuk berkata-kata melainkan ibadah kita di dunia ini yang akan menilai kita dan gelaran kita.
Ingatlah bahawa seruan haji bukan saja bergema sebelum dan semasa kita di tanah suci saja, ia adalah seruan yang perlu diingati hingga kita selesai menunaikan rukun haji dan di saat liang lahad terpateri dengan tanah dan hanya gelaran haji dan nama kita yang ditinggalkan. Jadilah haji yang dimuliakan dan bukan sebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
bro ayahjoe,
mulanye kul berapa? ana hari 2 ada kelas.. mcm nak ponteng kejap je.. hehe. kalau boleh nak datang awal skit. nak stay sampai malam mcm hari tu.. x boleh kot.
btw, just nak inform rakan2 yg lain, adinda dah selamat lahirkan baby no 3 hari jumaat lepas. still lagi kat hospital ni. syukur baby dgn uminye sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.... tahniah adikzarif! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
bro ayahjoe,
mulanye kul berapa? ana hari 2 ada kelas.. mcm nak ponteng kejap je.. hehe. kalau boleh nak datang awal skit. nak stay sampai malam mcm hari tu.. x boleh kot.
btw, ju ...
adikzarif Post at 1-11-2009 07:07
Kita mula dlm pukul 1. Solat zuhur, solat hajat, pastu bacaan surah yaasin pastu doa selamat...pasti kita makan. Pastu kita lepak....smlm tgk kat Mydin Barbican ader lagi..so paham2 ler... |
|
|
|
|
|
|
| |
|