kuih talam pulut inti
sedap dimakan diatas kerusi antik
diminum bersama limau nipis
bukan aku tak igt tapi takder bukti
lain ler kalau aku perempuan cantik
mesti dia nak dekat walau ditepis-tepis
eh...betul ker pantun aku ni...dah berlapis2 daaa..
Apa diharap padi sebendang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entah dimakan pipit melayang
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entah menjadi milik orang
Pembayang pertama akhirannya sama dengan maksud pertama iaitu ayat ke 4 .ang
Pembayang kedua akhirannya sama dengan maksud kedua iaitu ayat ke 5 .......... dak
Pembayang ketiga akhirannya sama dengan maksud ketiga iaitu ayat ke 6 ............. ang(2)
Maksud pertama akhirannya menyerupai pembayang pertama .........................ang
Maksud kedua akhirannya menyerupai pembayang kedua ................................... dak
Maksud ketiga akhirannya menyerupai pembayang ketiga ......................................ang (2)
mari belajar berpantun....
Anak buaya terenang-renang
Anak kunci dalam perahu
Hanya saya terkenang-kenang
Orang benci saya tak tahu
Originally posted by afja at 20-7-2007 02:47 PM
anak dara jatuh melatah
terselak kain nampakkan peha
remuk jiwa hati pun patah
remain andartua lah nampak gayanya
harum sungguh bunga melati
tumbuh mekar di tepi titi
jgn ko berpatah hati
ambik je fyieen buat ganti..
Originally posted by fyieen at 20-7-2007 05:13 PM
ambil selimut selubung diri
kain yg carik usah dibawa
rajuk jangan bawa ke mati
buang jejauh tenangkan jiwa...
sedey aku baca panton ko apja.....
sayg selasih di petik afja
pegi bekelah seorang diri
x kan tenangkan jiwa saja
sudi-sudikan lah menawar diri...