Ok....ni resepinya...tapi resepi ni plat dah ubah sikit sukatannya.... kalau buat banyak2 nanti sapa plak nak makan....korang jangan cari resepi ni kat bod fnr ok...sebab resepi ni plat dah modified dan type sendiri...
Moist Chocolate Cake
1/2 ketul butter (125 gram)....pastikan tak keras sangat, so nanti senang nak process
1 cawan gula caster
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
1 cawan tepung....diayak
1 sudu teh baking powder...diayak bersama tepung
1/4 cawan gula }
1/2 cawan koko powder } Masak di atas api kecil, kacau sehingga gula larut. Tutup api.
1/2 cawan air }
1. Preheat oven 180 degree C. Sapu loyang dengan sedikit margerine/butter/minyak. Kalau guna baking sheet lagi bagus. Potong ikut size dasar loyang.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang...nampak smooth. Then masukkan sebiji telur dan pukul sedikit dan telur2 seterusnya. Masukkan vanilla dan pukul bagi sebati.
3. Seterusnya masukkan bahan tepung sedikit dan kacau. Lepas tu masukkan sedikit adunan koko dan kacau lagi. Teruskan process berselang seli sehingga habis. Kacau adunan hingga sebati.
4. Tuang adunan loyang dan bakar dalam oven selama 40 minit.
Untuk topping:
125grm cooking choc
1 sudu teh butter
1/4 cawan fresh cream/whipping cream...bukan whipped cream ok
1. Cairkan choc secara double boilling.....Bubuh sedikit air dalam periuk kecil. Lepas tu taruk mangkuk yang tahan panas kat atas periuk. Pastikan bawah mangkuk tak cecah air kat dalam periuk. Masukkan choc dalam mangkuk. Biarkan hingga choc cair. Kacau sedikit.
2. Padamkan api dan taruk butter dan cream ke dalam choc cair dan kacau hingga adunan sebati. Adunan mestilah tak terlalu pekat dan jugak tak terlalu cair.
3. Sapu kat atas atau keliling cake. Kalau nak hias jangan tunggu hingga topping keras ok. Hias ikut suka.
Selamat Mencuba......
[ Last edited by platinum8 at 22-8-2006 10:38 AM ]
Originally posted by dee_dee at 22-8-2006 10:39 AM
leh wat raya ni:bgrin:
kalau nak buat besar sikit dee doublekan je sukatan ok....kalau ikut sukatan plat tu dee boleh guna loyang 22 inci....tapi plat guna loyang 20 inci sebab loyang tu jenis tinggi...