CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[tvN] Signal - Lee Je Hoon, Kim Hye Soo, Jo Jin Woong - WON Drama of The Year 2

[Copy link]
Post time 18-3-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet replied at 18-3-2016 06:43 PM
memang pun... kata2 dia.. semangat dia..
tgk memek muka dia... bila dia marah, kita rasa marah..  ...

kan sethuju  sgt..cite lain xde mood lg nk layan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
setelah tgk blk episode 1 dan 2..tgk dgn fokus walau episode 1 agk x fhm part permulaan bile kes budak kn culik dan dibunuh finally dh mula dpt msk dgn jln citer..mulanya x tau ni dr pd misaeng..tgk epi ni mcm diorng cara teknik lbh kurang misaeng..mmg ye misaeng..hahaha..mmg diorang punyai agak pyh nk fhm..tp psl misaeng tu kisah pejabat jenis genre yg nas suke jd mmg mudah..nak2 dgn permainan emosi si geurae dan khbtan lakonan lee sung min...tp kat sini genre crime thriller ala2 citer criminal mind pun ade..tp lm2 mmg best...so far i like it..kn tgk the next episode nk tahu kes2 yg lain..lakonan si pakwe wonto pun best...semangat tul lakonan dia..hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 01:10 AM | Show all posts
naqibnasuha replied at 18-3-2016 08:59 PM
setelah tgk blk episode 1 dan 2..tgk dgn fokus walau episode 1 agk x fhm part permulaan bile kes bud ...

ni @wonto ade kwn sekali boleh ajk moyan same
aku pun lum leh move on asyik2 duk ulang2 scene2 menarik drama Signal ..
gile ketagih ker ape

@ismaha kau masih terkandas epi 12 ke?  bile nk masuk epi 13 layan omurice?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 01:22 AM | Show all posts
naqibnasuha replied at 18-3-2016 08:59 PM
setelah tgk blk episode 1 dan 2..tgk dgn fokus walau episode 1 agk x fhm part permulaan bile kes bud ...

suspek pompuan tu siap psikokan balik polis sbb dia tau polis duk tunggu pengakuan dia jek sblm jarum jam meniti 12.00 am
tp dia tak sedar, statue of limitation utk mangsa gantung tu tamat bbrp hari kemudian...

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 18-3-2016 03:37 PM
Kau tgk brp rmi forumer kt sini rembes dgn pak cik ni... Smpi cp kau yg eye candy tu pun terlepas  ...

Sebegitu hebat penangan pkcik ni
Aku kna tgk sndiri la nk bg soheh hebat x hebat.
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 19-3-2016 01:10 AM
ni @wonto ade kwn sekali boleh ajk moyan same
aku pun lum leh move on  asyik2 duk ulang2 sce ...

aku kt ep 11 skg cuma aku pelik si budak yg culik det cha tu kan simpan mayat mak dia dlm wardrobe masalahnye mayat tu x bau ke ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
naqibnasuha replied at 18-3-2016 08:59 PM
setelah tgk blk episode 1 dan 2..tgk dgn fokus walau episode 1 agk x fhm part permulaan bile kes bud ...

yehuuuuuu cani la nas menyahut cabaran..ida kt ep 11 ni tgh repeat
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 07:44 PM | Show all posts
Edited by Syik_Gojet at 19-3-2016 11:04 PM

Aku tak tau mcm mana nak mulakan ..ini kali pertama aku cuba tulis review.. kali terakhir buat karangan kira2 masa SPM..minta maaf siap2 jika tulisan agak carca marba..yahampun...


Intro

Tatkala membaca sipnosis di internet pada mulanya ia tidak menarik minat aku...walkie talkie?? Penyiasatan??  Misteri??. Semua bermula bila aku menonton episode Running Man dimana salah satu pelakon pembantu Signal menjadi tetamu undangan... Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..Episode pertama sudah berjaya menarik minat aku lantas membuatkan aku “jatuh cinta pandang pertama”..  Melayan dua episode pertama tak terasa menonton drama sebaliknya seperti menonton mini filem.

It is a Masterpiece!!  The best Korean Drama I ever see..!!


1.Cerita  (10/10)

Signal  merupakan kisah penyiasatan disuntik elemen fantasi  iaitu walkie talkie yang boleh menghubungkan dua anggota polis yang berada di tahun berbeza.. Drama ini diinspirasikan dari beberapa kejadian jenayah ‘cold case’ yang benar-benar berlaku di Korea. Cold case bermakna jenayah yang bertahun lamanya akan tetapi penjahat sebenar tidak dapat ditangkap /dakwa. Mungkin kerana pada zaman dahulu teknologi penyiasatan tidak secanggih sekarang menyebabkan penjenayah sebenar tak dapat dikesan dantiada bukti.

Di sini lah datangnya kepentingan element walkie talkie dalam drama Signal.. Polis zaman dahulu bernama Lee Jea Han berkerjasama dgn polis zaman sekarang(tahun 2015) bernama Park Hea Young untuk menyelesaikan cold case. Park Hea Young merupakan seorang ‘profiler’ atau lebih dikenali sebagai ‘criminal psychologist’.. Menggunakan kepakaran beliau mengkaji psikologi penjenayah,Park Hea Young memberi tips dan hint kepada Lee Jea Han untuk mengesan penjenayah.. Ditambah data cold case sudah lengkap pada zaman Park Hea Young,ia memudahkan Lee Jea Han ‘one step ahead’ dari penjenayah.. Walaupun begitu walkie talkie hanya berfungsi pada tepat pukul 11.23 malam ikut masa Park HeaYong.. Kenapa mesti pukul 11.23 malam?? Maaf tidak boleh cerita, nanti spoiler.Hehe..

Biarpun konsep walkie talkie tu agak non-sense tapi percayalah, cara ia digarap dalam drama ni membuatkan kita percaya walkie talkie tu adalah ‘real’..Ia tidak langsung mencacatkan cerita. Malahan  ia merupakan nadi utama yang membantu melancarkan perjalan drama ni sekaligus membuatkan drama ini lebih “exciting”.

Antara case yang terkandung dalam Signal ialah :
1989- Gyeonggi nambu serial murder
1995- kecurian rumah VIP
1997- Hongwon dong case
1999 - Injoo Gang Rape
2000 -  Penculikan rakan kelas Park Hea Young

Kebanyakkan drama penyiasatan lain focus kepada 1 kes sahaja, tapi Signal kita boleh lihat beberapa kes dikupas. Ada relevennya kerana setiap kes memberi impact yang besar kepada ketiga2 watak utama iaitu Lee Jea Han, Park Hea Young dan Cha So Hyun. Menggunakan konsep “butterfly effect”,setiap perubahan  pada masa lampau akan memberi kesan kepada masa hadapan.  Contoh orang yang patut hidup pada masa hadapan telah mati, sebaliknya juga orang yang patutnya mati telah hidup pada masa hadapan. Hanya orang yang memegang walkie talkie tahu perubahan ini..Sebaliknya orang lain, memori mereka terpadam dan digantikan dengan peristiwa terbaru..  Ini menyuntik element suspen yang tak dijangka.  Menambahkan lagi kelazatan Signal secukup rasa.

Drama ni pada permulaan agak sedikit keliru bagi yang tidak biasa dgn drama bercorak sebegini.  Dengan teknik flash back yang byk menyokong setiap babak ,merungkai persoalan demi persoalan.Tiada yang kita dapat jangka tentang Signal.. Seolah-olah kita mengupas daun sayur kobis.. lagi dikupas, lagi banyak helaian daun ... Sebelum dikupas  nampak sebesar penumbuk, selepas dikupas dapat sebesar periuk.. (mohtip daun kobis aku terfikir)

Menariknya Signal yang tiada pada kdrama yang lain:-
- 3 watak utama iaitu Lee Jea Han, Park Hea Young dan Cha Soo Young. Selalunya drama cuma ada 2 watak utama.  
- Lee Jea Han dan Park Hea Young tidak pernah bertemu, hanya berinteraksi melalui walkie talkie tetapi chemistry kedua- dua watak sangat kuat. Ia  sangat terasa sewaktu babak masing- masing mengucapkan semoga bahagia kepada satu sama lain. Memberi kesan mendalam kepada aku dan penonton secara amnya.. Antara babak takkan dilupai sampai bila-bila
-Tiada love line or romance yang melampau-lampau.. Mungkin ada sedikit percikan cinta antara Lee Jea Han dan Cha Soo Hyun, itu pun versi sweet dan real. Cerita 98% focus pada penyiasatan dan misteri.
- Tiada cinta 3 segi
- Tiada actor buka baju tayang 6 pack sambil mandi dalam toilet..huhu
- Membariskan pelakon yang betul-betul berkaliber.Jo Jin Woong dan Kim Hye Soo merupakan pelakon veteran yang banyak menang anugerah. Termasuk la, Lee - Je Hoon  yang banyak berlakon filem dan bakatnya diiktiraf ramai
- Penggambaran banyak dijalankan di rumah-rumahkos rendah,lorong-lorong suram berdinding  tinggi, market... pendek kata bukan rumah chebol yang super kaya
- Menonton 16 episode drama ibarat menonton 16 buah filem.. Setiap episode tidak mengecewakan. Malah kita sentiasa berada “edge of our seat”.. Tiada dull moment or bosan sebaliknya  perasaan ingin tahu meluap luap.
- Hampir setiap episode disudahi dgn “cliff hanger”yang agak kuat menyebabkan kita jadi ketagih.. apa lagi, marathon la kita..huhu..   
-Setiap adengan jangan lepas pandang walaupun tampak kecil supaya kita lebih memahami perjalanan cerita..
- Habis sahaja menonton episode terakhir, minda kita takkan berhenti memikiran drama ni minimum 10 minit.. ada yang kronik sampai berhari- hari (aku la tu..haha)
- Teknik flash back yang sangat banyak..  Surprisingly, cara flash back diadaptasi secara  smooth dan tak buat aku jadi keliru.. dengan mudah aku boleh bezakan antara babak zaman sekarang dan zaman dahulu..


Sebenarnya terlalu byk nak diperkatakan tentang Signal,  karang jadi spoiler lak..huhu

Ayat keramat Signal...sangat deep........
   “Do you know why cold cases are the worst?
When you know the criminal’s identity and motive
Then you know why your family died and how it happened.
So even though it’s hard, you can bury it in your heart.
When it comes to cold cases,
You don’t know why or how your loved ones died.
You can’t forget it. Every day is like hell.”





2.Keberkesanan Lakonan (9.8/10)


Jo Ji Woong[Best Actor nomination]

Memegang watak sebagai Lee Jea Han yang merupakan seorang pegawai polis yang berdedikasi, tabah, berkarisma dan passion dgn kerja  beliau. Lakonan beliau tampak natural. Tak perlu bermodalkan berwajah kacak dan berbadan sado utk menjadi polis.  Di sini kita boleh lihat bagaimana watak  Lee Jea Han berkembang dari  masa rookie hinggalah menjadi detective yang hebat di sebalik banyak peristiwa malang berlaku. Walaupun beliau ialah seorang tinggi  185cm dan besar, akan tetapi beliau tak nampak kekok sewaktu melakonkan adengan sedih.. emosi sedih itu sampai tepat ke hati penonton.. bila beliau malu-malu alang dengan perempuan yang disukai, kita turut ketawa melihat aksi beliau.. bila beliau bertekad utk menyelesaikan kes, kita turut merasai semangatnya ...  Rasanya tiada ayat yang tepat utk aku gambaran betapa kagumnya aku dgn Jo Ji Wong yang mampu membawa watak berat sebegini effortlessly.. Tidak melampau utk aku katakan Jo Ji Wong merupakan nadi utama Signal.. Tidak boleh aku bayangkan orang lain boleh bawak watak Lee Jea Han sehebat ini. Standing ovations..!!


Lee Je Hoon[Best Actor nomination]


Membawa watak sebagai Park Hea Young iaitu seorang “profiler” yang lari dari kebiasaan. Profiler selalunya digambarkan sorg yang cold-heart.Sebaliknya Park Hea Young adalah sorang yang  sombong, beremosi, suka berkerja sendiri ,agak terburu- buru dan berdendam. Lakonan Lee Je Hoon nampak solid walaupun ada ketika bila beliau bercakap laju hingga nada suaranya seperti penyanyi rap..Kita boleh merasai beban yang di tanggung bertahun lamanya oleh Park Hea Young yang kecewa dengan institusi polis itu sendiri. Lama kelamaan,  sedikit demi sedikit Park Hea Young mula mempercayai rakan sekerjanya dalam cold case squad. Lee Je Hoon membawa watak ini dengan cemerlang sekali..

Kim Hye Soo[Best Actress nomination]

Kim Hye Soo menjadi Cha So Hyun pada dua zaman iaitu zaman rookie bersama Lee Jea Han dan zaman ketua cold case bersama Park Hea Young. Secara bijaknya beliau berjaya menjiwai watak beliau. Kita boleh melihat perbezaanyang ketara. Cha So Hyun sewaktu zaman rookie adalah sorang yang innocent, suka pink, sweet, girly, sopan dan menghormati senior. Sebaliknya Cha So Hyun sewaktu zaman ketua cold case seorang tenang, bijak , pantas, gagah dan berkarisma. Lakonan beliau menyerlah dan nampak natural. Secara peribadi, agak sukar bagi aku untuk hadam yang kedua-dua Cha So Hyun dilakonkan oleh orang yang sama. Ini kerana lakonan beliau betul-betul berkesan.  Tabik spring.. !!

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (10/10)
Satu ayat yang aku boleh nyatakan “PERFECT”..! Tiada yang negative tentang drama ni. Memecah monopoli romance drama yang sedang melambak dipasaran. Signal merupakan drama yang fresh dengan idea-idea yang genius. Cerita ni pace ia agak laju dan tidak membosankan. Kebanyakkan drama korea agak meleret mungkin nak cukupkan 16 episode. Sebaliknya Signal terasa seperti tak cukup 16 episode. Oleh itu setiap babak adalah sangat penting, sengaja PD memberi kita sedikit hint di setiap episode. Hint tersebut menjadi penting bila dijelaskan secara mendalam di episode seterusnya. Teknik flash back yang ditonjolkan agak smooth dan tidak mengelirukan. Kita boleh lihat perbezaan warna dan kauliti filem semasa adengan flash back. Props jugak bersesuai mengikut tahun memandangkan drama ini berkisar dari tahun 1989 hingga tahun 2015. Sinematografi cerita ni agak malap mengikut  tema drama ni tetapi diterapkan dengan cantik sekali..Contohnya sewaktu Park Hea Yong dan Cha So Hyun memandu kereta di tepi laut, gerak kerja kemera terasa sangat cantik dan mengkagumkan.

4. Skor muzik(4/5)
Lagu-lagu yang terkandung dalam Signal memang bertepatan sekali.. Paling menarik lagu-lagu side effect,  berjaya menaikkan mode drama ni.. Terasa seperti menonton filem. Kebanyakkan OST agak vintage. Beberapa lagu lama diolah semula bersesuaian dengan tema drama yang agak kelam.  

Ni adalah salah satu lagu remake.. Melodi lagu ni agak creepy dan sering dimainkan di penghujung drama pada masa cliff hanger tatkala minda kita tengah proses apa yang berlaku.

Ni adalah lagu yang agak berhantu tapi sebenarnya sangat sedih.. Mendengarkannya bisa buat air mata mengalir
Tajuk Happy Person


Maksud lirik:

Crying now?
Are you crying?

Ah, but you,You are a happy person
You have beautiful eyes thatcan be find still stars

Lonely now?
Are you Lonely?

Ah, but you,
You are happy person
Still you can feel the wind
So beautiful that heart
You can find still stars
So beautiful eyes you have
So beautiful heart you have

5.Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Semestinya..!! Dah tengok dua kali dah.. Sesuatu yang menakjubkan utk orang seperti aku yang tak gemar tengok cerita berulang kali.


Rating Keseluruhan Drama:  (10.0+9.8+10.0+4.0+5)=38.8/4=9.7)
Nomination: jo jin woong, kim hye soo,  lee je hoon

cc @dauswq

Comments

TOTAL = 10.0+9.8+10.0+4.0+5)=38.8/4=9.7 Terima Kasih atas review Nomination: jo jin woong, kim hye soo, lee je hoon  Post time 19-3-2016 10:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-3-2016 01:22 PM
yehuuuuuu cani la nas menyahut cabaran..ida kt ep 11 ni tgh repeat

amboi smpai repeat tu..hahaha..br smpai episode 2..pjg lg episode nk abih ni..nas mmg x blh tgk back to back..kn slow2..hehehe...satu minggu berderet lyn drama..blm msk drama baru...skrg fokus kat dots,citer moon chae won,citer rain,new drama lee sung min..my feveret pakcik ni,citer br yowon antara my feveret actress jgk..dia jrg benor berlakon....cmpr dgn citer signal...mmg pening weh nk lyn.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:18 PM | Show all posts
Edited by Syik_Gojet at 20-3-2016 12:08 AM
idakamaruddin replied at 19-3-2016 01:22 PM
aku kt ep 11 skg cuma aku pelik si budak yg culik det cha tu kan simpan mayat mak dia dlm wardrobe ...

aku pun sama fikir mcm tu..

tak bau busuk ka..

dah la pembunuh tu digambarkan sebagai OCD...

tapi det cha ada cakap kawasan rumah tu bau rotten..

mungkin bau dari mayat tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 10:52 PM | Show all posts
penat tulis review...
sampaikan mak aku tegur aku berkurung dlm bilik..
camna la korg leh tulis review..

bagus gak la, kira aku rasa lapang dada pas tulis review

bolehla layan drama lain pulak..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet replied at 19-3-2016 10:18 PM
aku pun sama fikir mcm tu..

tak bau busuk ka..

mgkn la kan sbb umah dia dekat ngn pembetungan tu so mcm bole cover bau busuk tu..bertahun kot dia smpan mayat smpai jd tulang...

OCD la bkn COD hehehe

wahhh best n pjg review kagum..iolss sllu htr review 2 tu je
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
naqibnasuha replied at 19-3-2016 10:00 PM
amboi smpai repeat tu..hahaha..br smpai episode 2..pjg lg episode nk abih ni..nas mmg x blh tgk ba ...

cite memory tu best x? x tgk lg drama lain selain DOTS pastu repeat yg ni dulu smpai hbs br berganjak cite lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 12:11 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-3-2016 11:52 PM
mgkn la kan sbb umah dia dekat ngn pembetungan tu so mcm bole cover bau busuk tu..bertahun kot dia ...

nampak tak kesan tulis review panjang2..

kepala pun ting tong..

OCD pun tulis COD.. hahaha...

demi Signal sanggup la tulis panjang2...


drama lain belum tentu..huhu..

itu pun rasa byk tak cover... tak mo spoiler..huhu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 12:44 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 20-3-2016 12:49 AM
Syik_Gojet replied at 19-3-2016 07:44 PM
Aku tak tau mcm mana nak mulakan ..ini kali pertama aku cuba tulis review.. kali terakhir buat karan ...

selain dr soundtracks ni, aku suka dgn instrumental terutamanye yg bawah ni:

1. aku rase instrumental ni plg gempak kot, sedih tp bg harapan gtuh
http://www.youtube.com/watch?v=O72z-LgbAhk&t=56m05s

2. yg ni bg goosebump, tgh menyiasat mcm2 dpt discover ..ala2 nk bgth tgh kena kejar atau nk kena cepat buat sblm tersungkur gtuh
http://www.youtube.com/watch?v=O72z-LgbAhk&t=01h02m28s

baru jah download album Signal , nak dgr smpi puas
jarang tvn ni kuar bajet utk produce various artist
kiranya bernasib baik lah dpt dgr Signal punye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 02:30 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 20-3-2016 02:31 AM

tgk balik epi 8:

-baru perasan, hitman yg same yg kim bum joo hire utk tangkap kim sung boo (smpi park hae yong kena tembak) dgn bawa witness lari dr hospital
- muka dec ahn chi soo mase dia pndg kt cermin tu epic giler , creepy tp ade nada2 kesal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2016 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 20-3-2016 02:30 AM
tgk balik epi 8:

-baru perasan, hitman yg same yg kim bum joo hire utk tangkap kim sung boo (smpi ...

aku dh selamat khatam smpai ep 16..esk aku htr review..daebak sgt cite cuma 1 je aku still xpaham yg ep 16 det cha dpt msg misteri jgn dtg hosp tu date 5/2..

bila dorang diskas blk mgkn LJH dpt msg dr future jugak tp dia dpt transmission dr sape kalau bkn phy? xpe mgkn misteri ni terungkai kt season 2 mgkn

#berharapsgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-3-2016 11:53 PM
cite memory tu best x? x tgk lg drama lain selain DOTS pastu repeat yg ni dulu smpai hbs br bergan ...

citer memory epi 1 dan 2 intro okay...citer ni byk main emosi ni..hehehe..mmg x sama cam remember jiwoo tu dr segi cerita..lakonan pakcik lee sung min x pnh mengecewakn...msh lg permulaan citer...konsep citer ni slice of life story...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 05:29 PM | Show all posts
dauswq replied at 20-3-2016 12:44 AM
selain dr soundtracks ni, aku suka dgn instrumental terutamanye yg bawah ni:

1. aku rase instru ...

bestnya layan lagu ni...

teringat balik moment2 bersama Signal
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
naqibnasuha replied at 20-3-2016 11:03 PM
citer memory epi 1 dan 2 intro okay...citer ni byk main emosi ni..hehehe..mmg x sama cam remember  ...

bole la tgk nnt..skg ni tgh layan misaeng sbb nk tgk writer cite ni sekali ngn BYH belakon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.086496 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list