CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

Universal Studios Singapore

   Close [Copy link]
Post time 13-5-2010 10:13 AM | Show all posts
Reply  cranko21


    Hi cranko...kat mana u dpt info blh masuk friday n sat byr SGD2 je...inter ...
reezalhans Post at 12-5-2010 11:37



    ok.. dah dpt dah info dari the website.


Hollywood Boulevard Extension



Starting from 1 May 2010, Hollywood Boulevard will open from 7:00pm to 9:00pm on Fridays and Saturdays where you can enjoy a delightful array of eating and shopping establishments. Experience the distinctive Hollywood iconic architecture, the swaying palm trees and the famous Walk of Fame – you’ll feel as if you’ve stepped inside the centre of the entertainment universe!

Ticket Sales: Limited same day ticket sales starts from 6:30pm at Universal Studios Singapore ticket booths.

DETAILS:
Day: Every Friday & Saturday from 1 May 2010Time: 7:00pm to 9:00pmTicket Price: S$2* *Same-day park guests, Fun Pass and Superstar Pass holders enter for FREE from 7:00pm to 9:00pm.

The $2 fee will be off set from F&B orders at Hollywood China Bistro™ and KT’s Grill™

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2010 10:15 AM | Show all posts
salam sumer...

dah balik dari USS nih last week!!! pegi hari khamis & Jumaat ari tuh!!! USS mmg superb... best gilerrrr.... we really love it!!!!! we had an amazing time kat sana... kalau ada duit mmg nak pegi sini lagik.. rasa 2 hari pun tak cukup jekk!! my kids nangesss nak pegi lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 12:51 PM | Show all posts
Dipetik dari cyberita online (http://cyberita.asia1.com.sg/mistimewa/)

ADUH, KHAYAL HMM... HALAL!


Isu: Anda bimbang tidak ada makanan untuk pengunjung beragama Islam ke Universal Studios Singapura?


BERADA dalam taman bertema Universal Studios Singapura di Resorts World Sentosa, membuat saya seolah-olah berada dalam dunia khayalan. Suasana yang dicipta cukup menarik, menggambarkan dunia watak-watak popular dari pelbagai filem animasi keluaran Hollywood.

Walaupun tidak sebesar Universal Studios atau Disneyland di Amerika Syarikat, taman bertema di Singapura ini cukup memberi kesan kepada pengunjung.

Para pengunjung Muslim yang melawat taman-taman seperti ini di bahagian dunia yang lain lazimnya menghadapi kesukaran dari segi makanan. Jarang atau mungkin tiada langsung restoran atau tempat makan yang menyediakan makanan halal.
Walau bagaimanapun, mereka tidak akan menghadapi masalah ini apabila melawat Universal Studios Singapura. Ini kerana, bukan satu tetapi enam daripada 13 buah restoran dalam taman ini menyediakan makanan halal. Anda boleh mengenal pasti restoran-restoran ini dengan logo sijil halal dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang ditampal di pintu masuk restoran berkenaan.
Lebih kurang 300 pekerja dapur dari cef sehingga pencuci pinggan mangkuk digajikan untuk memastikan semua restoran di Universal Studios Singapura menyediakan hidangan yang terbaik untuk pelawat setiap hari.

Pelbagai jenis hidangan disediakan - makanan Melayu, Timur Tengah, Mediterranean, India, Cina dan Barat - untuk anda menjamu selera. Saya dapati makanan yang dihidangkan bermutu dan banyak pula sajiannya.

Terdapat tujuh zon dalam taman bertema ini dan setiap zon mempunyai sekurang- kurangnya sebuah restoran, sama ada yang halal atau sebaliknya. Di sini saya senaraikan restoran-restoran yang mempunyai sijil halal di Universal Studios Singapura.

Friar's

RESTORAN ini menyediakan hidangan ringan gabungan Asia dan Barat.
'Bungkusan' atau Wraps yang disediakan merupakan tortilla (roti Mexico) dengan pilihan enam jenis inti seperti ayam kacang Thai, makanan laut, ayam tandoori dan daging itik. Inti kegemaran ramai ialah ayam teriyaki dan ayam tandoori.
Dua jenis tempat duduk disediakan - di 'kaki lima' atau di dalam restoran berhawa dingan dengan dekor umpama sebuah gereja kecil dengan perabot berwarna coklat gelap.

Wraps ini dibungkus dengan dua lapisan kertas yang membuat makanan ini hangat untuk beberapa waktu.
Tetapi anda dinasihatkan supaya memakannya dalam jangka waktu beberapa minit untuk mengelakkan roti tortilla yang digunakan menjadi kembang dan basah disebabkan inti yang disumbatkan.


Goldilocks

ISTANA tersergam yang anda lihat dari jauh (lihat gambar besar di atas) terletak dalam zon ini. Sementara menunggu watak animasi seperti Shrek ataupun Puteri Fiona muncul, anda boleh menjamu selera di restoran Goldilocks yang menyediakan makanan Barat seperti ayam goreng, fish and chips dan kentang lenyek. Seperti di restoran Mel's Drive-In, hidangan di restoran Goldilocks ini juga lumayan.

Walaupun sijil halal telah diberikan kepada dapur restoran ini, pelekat logo halal tidak ditampalkan di pintu masuknya, kerana restoran ini berkongsi tempat dengan gerai aiskrim Ben & Jerry yang tidak mempunyai sijil halal. Makanan kegemaran saya di sini ialah ayam berperisa bawang putih. Kulit ayam garing, sementara isinya masih lembut dan tidak kering. Harga antara $3.50 untuk sekeping daging ayam dengan $19.80 untuk lapan keping.


Mel's Drive-In

RESTORAN ini sama namanya dengan sebuah restoran dalam filem American Graffiti. Dekor klasik era 1950-an di dalamnya akan membuat anda berasa seolah-olah berada di tengah-tengah dunia hiburan Hollywood, lengkap dengan juke-box untuk pelanggan memutarkan lagu kesukaan mereka. Makanan yang disediakan ialah makanan Barat iaitu burger, pilihan ala-carte ataupun hidangan set.

Saya telah mencuba burger ayam dan juga burger daging lembu. Rasa burger daging lembu seakan-akan daging rendang dan burger ayam pula adalah sekeping daging ayam tanpa kulit yang disaluti serbuk roti dan digoreng berendam. Jangan terperanjat apabila anda membuka bungkusan burger ini. Roti dengan lapisan daging dan juga sayur-sayuran adalah yang terbesar pernah saya lihat. Setiap hidangan boleh dikongsi dua orang. Roti yang digunakan berbeza dari yang digunakan oleh restoran-restoran makanan segera. Ia lembut, kulit roti berwarna keemasan dan kilat. Roti ini dibuat khusus untuk restoran Mel's Drive-in.

Walau bagaimanapun, jika anda inginkan ketenangan sewaktu menjamu selera, restoran ini bukanlah tempatnya. Suasana dalam restoran agak riuh dengan lagu-lagu yang berkumandang dan perbualan lantang para pelanggan lain yang menjamu selera di situ.


Oasis Spice Cafe


PENGUNJUNG akan berasa takjub dan seolah-olah berada dalam zaman Firaun ketika melangkah masuk ke zon ini. Bagaimanapun, suasana di dalam restoran Oasis Spice Cafe ini pula menyerupai sebuah restoran di Timur Tengah. Pelayannya memakai baju seragam dan tarbus, dan lagu-lagu Timur Tengah pula sentiasa berkumandang.

Selain makanan Timur Tengah, pelanggan juga boleh memilih makanan India Utara dan beberapa jenis makanan setempat. Dari pilihan The Sphinx adalah hidangan-hidangan seperti kebab Arab, tabouli, falafel dan couscous. Dari pilihan Ramesses pula ialah makanan India Utara seperti ayam mentega, pekat dan berkrim dengan rasa yang enak, samosa dan sup dhal seakan-akan bubur asyurah.

Nasi beriani yang disediakan adalah mengikut masakan Bombay. Warna nasinya cukup menarik kerana penggunaan koma-koma dan aromanya pula memang menyelerakan. Nasi beriani ini dilapis dengan lauk dagingnya. Pelanggan tidak perlu mencampurkan nasi ini dengan kuah, kerana rasa nasinya sahaja sudah cukup enak. Untuk pencuci mulut saya syorkan pelanggan mencuba kheer badam, emmm... lazat! Walaupun susu pekat digunakan sebagai salah satu bahan, rasanya tidak berapa manis. Badam yang dikisar kasar-kasar terasa apabila anda memakan manisan ini.


Marty's Casa Del Wild


MEMASUKI restoran ini seperti anda memasuki dunia animasi filem Madagascar! Lagu petikan dari filem tersebut yang diperdengarkan membuat anda rasa mahu ikut sama menari. Pintu masuk restoran ini pula melambangkan sebuah tudung saji yang beropolkan daun pisang.

Pengunjung yang 'mati-mati' mahukan makanan Melayu, inilah tempatnya. Cef Jo Suratman, tukang masak yang bertanggung jawab menyediakan makanan di restoran ini, menyediakan empat set hidangan nasi iaitu kombo sate, kombo daging ayam Thai dipanggang, kombo daging rendang dan kombo daging ayam kari hijau Thai yang berharga antara $12 dengan $13.90 termasuk pencuci mulut. Semua jenis kombo disertakan dengan sama ada nasi putih atau nasi goreng, termasuk satu jenis sayur. Setiap hari ada promosi satu jenis hidangan lain, umpamanya nasi ayam ($9.90).


Celebrity Cafe & Bakery


INILAH 'syurga' untuk orang-orang yang gemar memakan manis-manisan atau pencuci mulut.
Ia terletak dekat dengan pintu keluar dan masuk taman Universal Studios Singapura. Pengunjung boleh menjamu selera di sini sebelum memasuki lebih jauh ke dalam taman, ataupun sebelum pengunjung keluar meninggalkan taman ini.

Saya kagum dengan hiasan kek-kek yang disediakan, terutama untuk anak-anak, seperti kek cawan.
Hiasan gula dan krim dibuat mirip watak-watak kartun dari filem-filem keluaran Walt Disney, tetapi cuma cantik dipandang. Rasa keknya biasa-biasa sahaja. Rasa satu yang lainnya sama.
Terdapat juga sandwic, pastri, brownies, muffin, pai dan aiskrim gelato di restoran ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 10:14 PM | Show all posts
Reply 382# zamnie

zamnie, dapat tak lagi voucher sgd 15 tuh ??? zamnie kasik review sikit restoran mana nak makan, and apa rides yg best2 ???
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:10 AM | Show all posts
sori nak tumpang tanya berapa yer agak2 budjet pegi USS,harga tiket dlm rm seorang berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 08:50 AM | Show all posts
salam,
sesiapa ada package menarik Singapore?
boleh PM Intan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2010 07:10 PM | Show all posts
Guys,
Aku ada 3 bilik extra di Tune Hotels Danga Bay JB - 29 May 2010 - Wesak's day cuti (1malam aje) - RM35 nett aje satu bilik (Double room). Kot2 ada geng2 nak balik kampung or jenjalan singapore/JB or p Universal Studio. Bolehla dapat best price ni!

Al-kisah, kalu tak aku nak buat tour p USS tp malangnya geng2 ni bleh ada hal pulak last minute
dorang cancel all room
jadi aku ngan wife akan duk 1 bilik
n 1 bilik lg dah dijual n left 3 rooms je lagi
dengan harga RM35 ni, amat berbaloi2 bagi sesiapa plan nak p USS

p/s: aku pun 1st time nak p
kalu nak detail n confirmation bleh SMS/Call : 0133861001
aku akan ada kat sana sekali on check in. 2 PM @ Tune hotels DangaBay!
saper cepat je yerk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:52 AM | Show all posts
Reply 385# lulabee

sy bayar online utk pegi sabtu nih 2 org total SGD 144 = RM 333
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 10:37 AM | Show all posts
Reply  zamnie

zamnie, dapat tak lagi voucher sgd 15 tuh ??? zamnie kasik review sikit restoran m ...
monik Post at 17-5-2010 22:14


hmmm nasib baik dpt lagik voucher tuh mmg berbaloi.. I beli 4 tix dpt sgd40 tuk mkn & sgd20 utk retail!!!

first day i lunch kat Mel's Diner - tmpt mcm citer mat salleh ada juke box, big burger fries, etc... sedap sgtttt!!!! double burger besar sgt.. i beli cuma dlm $30 so ada balance $10 boleh lah beli junk food yg ada bermacam2 kat sini mcm ice cream tom& jerry, churros, setakat keropok tuh i dah siap bwk dlm beg da.. dorang tak cek pun!!

second day i mkn kat restoran Friar's mcm mkn wrap tortilla with homemade chips, mmg marvellesss... lepas tuh beli junk lagik mcm air dlm jurasic cup tp agak mahal dlm $15 tp boleh bwk balik.. for kids ada kids meal with free woody woodpecker lunch box!! my son beli pop corn yg ada beg, besh sgt...

i ingat nak pegi lagik tp tak sure lah sampai bila promo utk voucher tuh... u pegi biler monik? nasib baik i pegi week day org tak terlalu ramai sbb i rasa weekend mesti org terlalu ramai sgt.. tp dun worry ada jek xtvt u boleh buat kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:57 AM | Show all posts
Reply 387# tomz

tomz..i dah call u tp u tak angkat
bilik tu utk 29/05 mlm aje kerr?
wesak day 28/05
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 11:00 AM | Show all posts
Reply 381# cranko21
ticket S$2 dari pkul 7pm~9pm aje laa kann?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 11:10 AM | Show all posts
Reply 391# hirai_saza

yup... tiket tu utk jalan2 kat sana jek tp tak leh naik rides sbb dorang tutup dlm pukul 7mlm jekk!! waktu mlm kat sini mmg best, happening sgt leh lepak kat cafe, kedai2 souvenir USS & ada gak show2 yg boleh ditonton... suasana mmg meriah sgt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 11:25 AM | Show all posts
Reply 389# zamnie


zamnie, insyaallah....monik pi sabtu nih.....tu yg nak tau kalo2 dpt voucher lg....kalo dpt best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 11:30 AM | Show all posts
waaa...tak boleh tido malam terkenang nak pegi sini...
bila lah agaknya?? nak pegi akhir thn macam best sikit..
tapi mesti pack dan serba mahal..maklum musim cuti sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 11:34 AM | Show all posts
Reply 394# AmMiNafeesa

mmg beshhh sgtttt kat sini!!!! i pernah pegi kat US dulu pun sama jek berbaloi sgttt... compare nak pegi tmpt lain i rasa kat USS spore pun dah cukup handal!!!! kalao pegi kat dalam mcm2 boleh buat, anak2 i nangessss nak ajak pegi lagik tak puas 2 ari tuh...

lagi satu toilet mmg bersih giler mcm kat obc, tp slack takde prayer room, so ramai org solat kat bilik baby room jek!! susah tul takde tmpt nak solat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 11:38 AM | Show all posts
Reply 395# zamnie


    so Zamnie..akhirnya menginap kat mana hari tu???
kami ni cadang nak tinggal kat Tune hotel jer memandangkan satu hari nak berjalan kat Singapore tu kan..so tak payah dok hotel mahal2...
tapi ok ker journey kat Tambak tu????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 11:39 AM | Show all posts
ini nak beli tiket AA pun terbantut sebab tak habis study lagi pasal Singapore nih...
nak duduk kat Tune atau Singapore jer...???
pening jap???
nak beli tiket AA landing kat mana pun tak pasti..kakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 03:30 PM | Show all posts
Reply 396# AmMiNafeesa

sy duduk kat puteri pacific, naik teksi dari terminal teksi JB-Spore kena byr RM60.. dari Spore ke JB lak kena SGD40 agak mahal lah tp sbb sy ramai so satu kereta tu mmg muat2 jekk!! tp next time kalo nak pegi sy nak duduk kat spore jek senang tak yah nak berulang alik setiap ari.. jem pun teruk gak kat immigration tuh!!

i ada nmpk tune hotel ari tuh, not bad lah lagipun dorang ada shuttle senang sikit nak pegi spore kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 02:09 PM | Show all posts
now kat changi epot....tgh tggu flite nak balik KL......overall USS is nice...suka dgn the rides.....berkejar2 nak bergambar ngan woody, shrek, pricess fiona.....habis basah lencun kat jurassic park psl; amik water raft ride...later monik masuk kan gambar.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply 399# monik


    My opinion if u jalan sorang berdua baik landing kat changi. Tinggal je kaat singapore walau mahal sikit tapi u jimat masa.
If tinggal kat jb, betul harga hotel murah tapi u buang masa banyak dengan public transport especially kat imigresen. Tambah pula kalau pergi waktu weekend and cuti sekolah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.066287 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list