|
waaaaa bila nak sambung nieeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #367 thah's post
hihihihi..aku ada jea. tp sibuk ler sket kat FD..hauhahahhahah
ganas? ko mmg ganas oooooooooo.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #382 shah_jehan's post
bz ko ek skrunk...ke mana lah milan ni |
|
|
|
|
|
|
rikzra This user has been deleted
|
milan oh milan ke mana kau menghilang......
milannnnnnnn....jgn la seksa kmi dengan penantian yg x kunjung2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
laaaaa...x sambung lagi ker....cepatler milan oitsss...x larat nk tunggu lelama ni....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
x muncul lagi nko milan... |
|
|
|
|
|
|
|
milannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnkijam..kijammmmmmmmmmmmmmmmmm bila nak sambung?????????????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
mesti milan nie bz kan...lame dah dier xupdate nie....arap2 nanti dier update panjang2 sket... |
|
|
|
|
|
|
|
milan...smbgler lagi...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
milan..... kemana kau menghilang..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 33
Sudah hampir seminggu mereka berpindah ke kondominium baru mereka yang terletak tidak jauh dari rumah ibubapa Amirul. Walaupun sebelum ini dia berkeras untuk tinggal bersama Pn Meriam dan En Zulkifli, namun akhirnya dia terpaksa mengalah pada kemahuan Amirul. Apalagi bila tindakan Amirul itu disokong sepenuhnya oleh En Zulfakar dan Pn Meriam.
Pada mulanya, Mila mahu mereka tinggal di bilik yang berasingan. Dia tak ingin nak merapatkan jurang mereka. Dia cuma mahu menunggu masa yang sesuai untuk mereka berpisah. Tapi sepatutnya dia sedar akan kedegilan Amirul yg tiada tandingannya. Dia terpaksa tunduk pada kemahuan Amirul dengan alasan yang sudah berulang kali digunakan: 'Bagaimana kalau mama dan papa datang sini? Nanti diaorg mesti susah hati kalau nampak kita macam ni'. Benar, dia tak mahu mengguris hati kedua org tua itu lagi, tapi perlukah dia mengorbankan perasaannya pula? Persoalan ini sering mengganggu benaknya. Dirinya ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak, dikemam diri sendiri yang mati.
Satu keluhan berat dilepaskan dari dadanya. Terasa begitu penat sekali. Bukan penat badan tapi penat otak. Penat memikirkan perubahan mendadak Amirul sejak pulang ke Malaysia. Penat memikirkan bagaimana mahu melepaskan diri dari lelaki itu yg seringkali menggodanya. Aduhai, godaannya itu sungguh...sungguh...sungguh memikat hati. Jika bukan kerana dirinya seringkali mengingatkan diri sendiri akan apa yang pernah berlaku dulu, bila2 masa saja dia boleh lemas dalam godaan tersebut.
Terasa panas wajahnya bila teringatkan pada malam pertama mereka di sini...
"Sayang, dah kemaskan bilik ker? Nak abang tolong?" tegur Amirul yg santai berbaju T-shirt Polo dan berseluar pendek, bersandar tenang di pintu bilik tidur mereka. Seguris senyuman menggoda terukir di bibirnya.
"Dah siap baru nak tanya" getus Mila perlahan. Kedengaran tawa Amirul meledak. Entah apa yang kelakar sangat, Mila sendiri tidak pasti. Lelaki itu begitu murah dengan tawa sekarang ini, berbanding dahulu.
"Sorry sayang, tadi abang sibuk kemaskan bilik study abang tu. Emm... jom kita keluar makan? Abang dah lapar ni"
Sikit2 lapar. Nak makan aje kerjanya. Badan tak naik pulak. Dengki betul.
"Malaslah, penat sangat ni. Kalau awak nak makan, awak keluar jer la. Saya tak kisah" jawab Mila sambil membetulkan kain cadar yang terkeluar dari lipatan. Ekor matanya menangkap bayang2 Amirul yang semakin menghampirinya, lantas membuatkannya bergerak menjauh sedikit. Kakinya terpaku di lantai saat Amirul mula mendekatinya dengan sebuah senyuman yang menggoda. Sejak akhir2 ini, memang senyuman sebegitulah yang sering terukir di bibir lelaki itu. Senyuman yang bisa membuatkan jantungnya berlari 100km/j. Yang membuat wajahnya kemerahan. Yang membuat dirinya tak keruan. Mau semput dibuatnya jika perkara sebegini berpanjangan.
"Sayang dah mandi ye? Patutlah wangi" puji Amirul, tubuhnya sudah terlalu hampir dengan tubuh Mila yang kaku. Matanya tak lepas dari memandang sekujur tubuh yang hanya dibaluti oleh sepasang baju tidur yang agak usang. Sopan tapi tetap nampak seksi di mata lelakinya.
"Mila..."serunya perlahan, gemersik suaranya seakan menusuk terus ke dalam kalbu Mila. Mila tetap tidak tegar mahu berpaling. Tubuhnya terasa seram sejuk. Dia berdoa dalam hati agar Amirul tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Dia tak rela! Sungguhkah?
Hatinya berdetak lebih hebat saat merasakan tubuhnya dirangkul erat dari belakang. Tangan kekar milik Amirul melingkar ke pinggangnya. Nafasnya seakan terhenti bila tangan itu makin erat memeluknya. Nafas lelaki itu hangat singgah ke lehernya yang terdedah. Ya Allah, apa yang harus dilakukannya saat ini?
"Wanginya..." desah Amirul. Suaranya terlalu dekat dengan telinga Mila, membuatkan gadis itu merinding. Mila tersentak bila bibir Amirul menyentuh lembut telinganya.
"Aw...awak... lapar kan? Saya...saya masakkan ekk" Mila cuba berdalih, cuba menolak tangan yang sudah selesa mendakapnya. Cubaannya untuk merungkai pelukan tersebut nyata sia2 bila mendengar Amirul tergelak halus, seakan menyindirnya. Malah dia dapat merasakan betapa rapatnya tubuh mereka.
"Sayang kan penat. Kita rehat dulu la kat sini. Tiba2 je abang rasa dah tak lapar" Usikan atau kenyataan? Ah, sudah....
"Takpe.. takpe... saya masak kejap aje. Awak tunggu kejap ye" Mila masih mahu mencuba nasib. Sia2 saja kerana Amirul sedikitpun tidak berganjak.
"Tak payah nak larikan diri dari abang. Abang taknak lepaskan Mila lagi. Cukuplah sekali..." Serentak itu, Amirul memalingkan tubuh Mila supaya mengadapnya. Wajah manis itu hanya menunduk, lebih tertarik merenung T-shirtnya dari memandang wajahnya. Debaran di hati mereka, hanya Tuhan saja yang mengetahui.
Dengan perlahan jemari Amirul menyentuh dagu Mila, mengangkat wajahnya hingga Mila terpaksa bertentang mata dengan sepasang mata kuyu itu.
"Mila..."bisikan itu seakan menggoda. Amirul semakin mendekatkan wajah mereka. Kemudiannya dia menunduk, mahu menyatukan bibir mereka. Namun dia terkejut bila Mila meletakkan tapak tangannya pada bibirnya.
"Awak tak solat maghrib lagi kan? Awak solat dulu, saya siapkan makan malam"
Ah, nasib baik dia bijak mencari jalan keluar. Dia hampir berlari meninggalkan Amirul yang terpinga2. Malah malam itu dia sengaja membiarkan Amirul tidur sendirian di bilik utama. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 34
Amirul mengetuk2 mejanya dengan pen tanpa tujuan. Fikirannya menerawang mengingatkan isterinya. Kadangkala dia tergelak kecil bila mengingatkan gadis itu. Pada kadang yang lainnya dia akan melepaskan satu keluhan yang maha berat. Puas mengetuk pen, matanya dihalakan pula kea rah laptopnya yang sudah terpasang dari tadi, tidak berusik. Matanya asyik merenung gambar yang terhias di dada screen.
Gambar Mila yang diambil curi2 dengan telefon bimbitnya sewaktu mereka menemani Shahin dan Syazmi di taman permainan. Waktu itu Syazmi sedang merengek mahukan Mila menolak buaian untuknya sedangkan Shahin pula sibuk berkejaran menaiki papan gelongsor. Bibirnya mengukir senyum. Gadis itu memang sesuai menjadi ibu.
Ibu? Ah, sudah ke situkah fikirannya? Sudah bersediakah dia untuk menjadi bapa pula? Sedangkan waktu ini dia masih mahu menagih kasih dari Mila. Kira masih dalam mood honeymoon la ni walaupun dah jadi pengantin bertahun2.
Ah, ini dah case lain. Aku kan baru jer nak berbaik dengan isteri sendiri, Amirul membela diri. Lagipun, Mila tu |
|
|
|
|
|
|
|
thanks milan.. yessssssssssssssss!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 35
Matanya melilau melihat orang yang lalu lalang di sekitar Baskin Robins. Wajah yang dicari2 tidak juga muncul. Puas menunggu di situ, kakinya diayun ke kedai2 yang berhampiran, sengaja melihat2 baju2 yang tersalut di tubuh patung2 di situ. Sesekali matanya masih lagi ditala kearah orang ramai yang semakin membanjiri Mid Valley. Nil.
'Hey, manalah minah ni. Sikit punya lama aku kena tunggu dia' gumamnya sendirian. Tangannya membelek2 sehelai baju kemeja berwarna hitam dengan jalur biru muda. Pantas dia teringatkan Amirul. Pasti sesuai dengan lelaki itu. Terbayang susuk tubuh Amirul yang tinggi lampai. Mesti sesuai sangat dengan gaya meteroseksual dia tu. Nak beli ke tak? Nak beli? Tak?
Tapi kalau beli, macam mana nak bagi kat dia? Mesti mamat tu pun pelik dia tiba2 nak belikan baju. Nak kata birthday, dah 3 bulan lebih dia terlepas. Nak jadi belated pun tak logik. Anniversary? Huh, memang buat lawak cari pasal la tuh. Ah, tak payah belilah. Dia boleh beli sendiri. Dia kan lagi kaya dari aku.
"Mila!"
Mila mengurut dada disergah begitu. Apa lagi bila tubuhnya tiba2 dipeluk erat si empunya suara. Hah, panjang pun umur minah ni.
"Kau ni, Ina. Nasib baik aku takde sakit jantung tau. Kalau tak dah lama kau kena angkut aku naik ambulance" Mila menarik muka. Halina ketawa lepas. Dia segera mengendeng Mila. Mereka melangkah beriringan berjalan tanpa hala tuju.
"Sorry la, kawan. Sorry also for having to wait for me. Hubby aku tadi mengada2 pulak nak singgah rumah kawan dia kat Ampang. Tu yang lambat sampai sini" ujar Halina, buat muka kesian. Mila senyum melihat gelagat teman baiknya itu. Halina ni memang kaya dengan riak muka.
"Ye la. Nasib baik aku kenal si Johan tu. Kalau tak memang nak kena sekeh jer laki kau tu" Halina ketawa geli hati.
"Macam la berani" ejek Halina dengan senyum di bibir.
"Memang la tak berani. Johan tu sikit punya tinggi, sikit punya besar dari badan aku yang kecil molek ni. Nak sekeh pun tak sampai" Mindanya segera melukis gambar Johan yang tinggi lampai macam model. Apa lagi bila ditambah dengan susuk tubuhnya yang agak besar dari kebanyakan lelaki melayu. Nasib baik juga si Halina ni tak kalah tingginya. Memang pasangan yang padan.
"Jom, kita soru dulu. Aku lapar ni. Tadi aku tak sempat nak jamah apa2 kat rumah. Masa kat rumah kawan Johan pun kami tak sempat nak makan, minum jer. Sebab aku dah paksa dia hantar aku ke sini dulu" Halina segera menarik lengan Mila dan membawanya ke Secret Recipe.
"Aku teringin nak makan cake" jawab Halina bila ditanya kenapa. Kening Mila terangkat. Setahunya Halina ni memang jenis yang jaga makan, jaga body. Kek tu kira termasuk dalam list 'not to be touched |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 36
Mila meletakkan beg tangannya ke atas meja. Hidungnya segera menangkap bau makanan. Eh, siapa pula yang datang memasak kat sini? Rasanya dia tak upah mana2 orang gaji lagi. Takkan Amirul kot? Sebelum masuk ke rumah tadi memang dah ternampak kereta Amirul sudah berada di parking lot. Awal pulak dia ni balik. Tapi, memasak? Biar betul |
|
|
|
|
|
|
|
boleh laaa tidur lena malam ni.. coz milan dah update.. |
|
|
|
|
|
|
|
kekeke... thanks chichi... |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar nak baca sambungannya.....
makin menarik neh.........
tq milan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|