CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: asmaradana_teja

Winter Sonata ~ Sesi Borak2 Bae Yong Jun & Choi Ji Woo[PART 1]

 Close [Copy link]
mje This user has been deleted
Post time 17-11-2004 06:52 PM | Show all posts
EPISOD 8

YooJin terkejut dengan pengakuan cinta dari MinHyung dan terus berlari keluar. Kerana risau, MinHyung cuba pergi mencarinya dan mendapatinya selamat. Keesokkan paginya, YooJin bangun dan mendapati MinHyung tidak ada. YooJin terus keluar mencarinya dan memberitahu yang dia tidak mencintai MinHyung dan tidak sesiapa pun dapat menggantikan JunSang. MinHyung marah dengan sikap YooJin dan bertanya adakah dia juga tidak mencintai SangHyuk. SangHyuk datang dan marah dengan apa yang didengarnya. SangHyuk minta kepastian YooJin tetapi YooJin tidak dapat menjawabnya. Chea Reen yang datang bersama dengan SangHyuk ketika itu juga mendengar apa yang terjadi.

Di hotel, SangHyuk mengemas barang YooJin dan menyuruhnya balik ke Seoul. YooJin tidak mahu dan SangHyuk menjadi marah terutamanya bila YooJin gagal menjelaskan siapa yang dia cinta bila ditanya oleh MinHyung. Chea Reen juga meminta kepastian MinHyung dan MinHyung berkata yang dia hanya mencintai YooJin. YooJin menjadi marah dan mengatakan yang dia mencintai SangHyuk. YooJin cuba menghubungi SangHyuk untuk meminta maaf tetapi gagal. Malamnya, MinHyung memberitahu YooJin yang dia tidak pernah menyesal mengatakan yang dia mencintai YooJin tetapi meminta maaf kerana mengeruhkan hubungan antara YooJin dan SangHyuk. Dia tidak mahu melukai perasaan YooJin lagi dan mahu YooJin melayannya tanpa ada perasaan negative.

Esoknya, YooJin cuba meminta maaf dari SangHyuk tetapi SangHyuk enggan memaafkannya dan ini membuatkan YooJin sedih. YooJin cuba berlagak ceria sekembalinya ke Seoul tetapi MinHyung dapat melihat kesedihannya. YooJin bertanya mengapa MinHyung melayannya dengan baik. MinHyung menjelaskan kerana dia mencintai YooJin dan oleh kerana YooJin tidak mencintainya, dia hanya mampu menolong YooJin. Kemudian dia membawa YooJin ke kawasan bersalji untuk melepaskan kesedihannya. Menyedari yang MinHyung memahami perasaannya, YooJin bertambah sedih dan keliru tentang cinta tigasegi yang dihadapinya itu. Chea Reen pula membalas dendam dengan memberitahu emak SangHyuk yang YooJin telah merampas teman lelakinya.

Beberapa hari kemudian MinHyung ternampak SangHyuk menjemput YooJin ke Seoul. YooJin berasa risau melihat reaksi MinHyung. Di Seoul, emak SangHyuk melayan YooJin dengan dingin. SangHyuk berasa kecewa dengan layanan emaknya dan membawa YooJin keluar dari rumah itu. Di luar dia bertanya tentang perasaan YooJin terhadap MinHyung. Lepas itu dia bertanya sama ada dia mencintai MinHyung tetapi YooJin gagal menjawabnya. SangHyuk berasa marah kerana itu sudah cukup untuk menjelaskan segalanya. Manakala MinHyung memberitahu rakan sekerja yang dia berasa amat kecewa bila melihat YooJin dan SangHyuk berpegangan tangan.

SangHyuk membawa YooJin ke hotel kerana dia tidak mahu pulang ke rumah. Walaupun SangHyuk tidak melakukan apa-apa, YooJin berasa kurang selesa dengan situasi tersebut. Kemudian telepon YooJin berbunyi dan SangHyuk menjawabnya dan marah bila dia tahu panggilan itu dari MinHyung. SangHyuk terus memarahi MinHyung dengan mengatakan YooJin tidak akan kembali ke Seoul. YooJin terus menegking SangHyuk apabila mendengarnya. SangHyuk menjadi marah and memaksa YooJin untuk tidur bersamanya. YooJin terus melarikan diri berasa bingung dan sedih hingga dia tidak tahu di mana dia berada. MinHyung kembali menghubungi YooJin dan YooJin menangis apabila mendengar suara MinHyung. MinHyung terus mendapatkan YooJin dan memeluknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2004 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by mje at 2004-11-17 06:47 PM:


dua2 tak betul!!! edinburgh scotland..(eik tak baca kad raya mje ker nak kena budak surang ni penat jer aku buat..lol)


baca.. :stp:tak perasan lak.. ssoowwyy..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2004 01:32 PM | Show all posts
Originally posted in BYJ's Official Homepage www.byj.co.kr
translated by Joanne in Quilt


BYJ's message on 11/16/04
-------------------------

안녕하세요. 배용준입니다.
HOW ARE YOU? I AM BYJ.

안녕하세요 가족 여러분,
How are you doing, dear every family,

쌀쌀한 날씨죠?
저는 어제 바닷가에서 좀 차가운 바람과 짠내를 많이 마시고서 서울로 돌
아왔습니다.
도시가 삭막하다고는 하지만, 저를 키워준 서울은 언제나 정겹고 아늑한
집처럼 편안해요.
Weather is chilly, isn't it?
Yesterday, I went to a seashore and returned back to Seoul after
drinking a lot of a rather cold wind and salty smell.
Although people say that the city is dreary, Seoul which has raised
me is always comfortable like a warm and cozy home.

가족 여러분, 제 홈페이지는 여전히 따뜻하군요. 사실 요 사나흘 동안의
글들을 한꺼번에 읽다보니 시간이 좀 걸렸어요
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2004 04:53 PM | Show all posts
uiikkss.. nape review citer nih.... rajin nyer...
ade ulang tayang ke......:stp:
Reply

Use magic Report

mje This user has been deleted
Post time 19-11-2004 08:16 PM | Show all posts
Originally posted by azwa85 at 19-11-2004 16:53:
uiikkss.. nape review citer nih.... rajin nyer...
ade ulang tayang ke......:stp:


biasa la tu klalau dah minat!! join la ..kasi 50 page gitu!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2004 02:29 AM | Show all posts


alahaii...
comelnyer diorg...!!!
:bodek::bodek::bodek:

diorg takmo couple ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2004 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by penglipur at 20-11-2004 02:29 AM:


alahaii...
comelnyer diorg...!!!
:bodek::bodek::bodek:

diorg takmo couple ke??


cute kan???
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2004 12:35 AM | Show all posts
Hari Isnin ni I buat screencapsnyer okey frens.
I masih ada di kpg.  So, nak masuk internet rasa ....... errr...., malu!!!
Hehehe!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2004 08:32 AM | Show all posts
WOWWWW!!!!!!
Bestnya pics yg you all antar tu.
Cantik2x lah.
Thanks nmi.
Thanks mje.
Kalu ada lagi mana-mana pics yang tak pernah tengok, kongsi-kongsilah ngan kitorang kat sini.....!
Anyway, rasanyer I baru terperasanlah.
Byj start hensem masa criter dier kat The Hotelier.
Utk I dia dah hensem kat criter ni lah, tak tau lak pada you all.
Cjw, memang cantik sokmo!!!!  Dier memamg takleh nak komen banyak2x... hehehe!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2004 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by btho at 22-11-2004 08:32 AM:
WOWWWW!!!!!!
Bestnya pics yg you all antar tu.
Cantik2x lah.
Thanks nmi.
Thanks mje.
Kalu ada lagi mana-mana pics yang tak pernah tengok, kongsi-kongsilah ngan kitorang kat sini.....!
Anyway, ...


kalau ader nanti kiter paste.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2004 05:55 PM | Show all posts
oriat gak wallpaper tu cantik2...tapi BYJ ni kan kalau dia x pakai cermin mata nampak mcm ganjil aje...lagi handsome dia kalau pakai....
Reply

Use magic Report

mje This user has been deleted
Post time 22-11-2004 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by isabel at 22-11-2004 17:55:
oriat gak wallpaper tu cantik2...tapi BYJ ni kan kalau dia x pakai cermin mata nampak mcm ganjil aje...lagi handsome dia kalau pakai....


memang rabun pun..lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 07:17 AM | Show all posts
Originally posted by mje at 22-11-2004 06:31 PM:


memang rabun pun..lol

Laaaa!!!
Iye ke rabun?
Rabun ayam ke?
Atau nak sorok matanyer yang sepet tu?
Apa2x pun, memang suka dia pakai cermin mata.
Looks more hensem gitu!
:love:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by isabel at 22-11-2004 05:55 PM:
oriat gak wallpaper tu cantik2...tapi BYJ ni kan kalau dia x pakai cermin mata nampak mcm ganjil aje...lagi handsome dia kalau pakai....



mata dier sepet kan.tapi mata sepet dier masa jadie jun sang memang cute.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 02:34 PM | Show all posts
cuti raya baru ni boleh khatam ws 2x.. he he.. my sis siap suruh I bagi lirik lagu lagi.. nasib baik dah ada kat sini, thanks pada sesape yg postkan (kalau tak silap mje.... kalau salah sorry ye?)
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 04:42 PM | Show all posts
dh khatam byk kali gak.... paling suke masa diorg kat sekolah...
u-jin cun abih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mje This user has been deleted
Post time 23-11-2004 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by db10 at 23-11-2004 14:34:
cuti raya baru ni boleh khatam ws 2x.. he he.. my sis siap suruh I bagi lirik lagu lagi.. nasib baik dah ada kat sini, thanks pada sesape yg postkan (kalau tak silap mje.... kalau salah sorry ye?)


tul la tu.. memang ah tau ramai yg. suka !!:ah::ah:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2004 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by nmi at 23-11-2004 09:01 AM:



mata dier sepet kan.tapi mata sepet dier masa jadie jun sang memang cute.

:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 12:02 AM | Show all posts
Screencaps for eps7 & 8.... have fun!





Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 12:22 AM | Show all posts
Sorry guys....
Screencaps dah lari sikit.
Wonder those pics are from mje's eps 9 or 10 nanti???  
Bole I hantar screencaps lagi?  Sbb stock ada byk ni.... takpelah nak antar gak sbb esok2x I takde.  I antar ek?!  Mje... sorilah.  Nampak gayanyer, you kena pick-up synopsis utk screencaps yang I antar ni.











[ Last edited by btho on 24-11-2004 at 12:24 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.080372 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list