|
Soalan yang mana ?
Nak kena tangguh kejap... ada urusan... nanti sambung balik....
|
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah bila berkempatan elle..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita nak jawab soalan nombor 10 dan 11.. ^^
# 10 - Dalam AL Quran , kita selalu melihat ungkapan ayat yang mengaitkan ibadat solat dan _____
nyatakan : _______
( satu rukun ye dalam islam )
Jawapan : Zakat
# 11 - berikan at least ayat yang dinyatakan dalam no. 10.
Surah Al-Baqarah Ayat 110..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
okay N...
|
|
|
|
|
|
|
|
# 11 - ayat al quran diturunkan di Mekah dan Madinah.
Turunnya Al-Quran Secara Bertahap
Ayat-ayat Al-Qur’an diturunkan sehubungan dengan segala peristiwa baik yang bersifat individual atau sosial (kemasyarakatan) yang terjadi secara berturut-turut selama kurang lebih 23 tahun sampai akhir hidup Rasulullah. Qur’an diturunkan secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun, tiga belas tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
#13
Ternyata, dalam Alquran, laut dua warna itu sudah dijelaskan dalam surah Ar-Rahman ayat 19-22, dan Al-Furqon ayat 53.
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” (QS Ar-Rahman (55): 19-22).
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (QS Al-Furqan : 53)
Selat Gibraltar
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
#5
Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.
Penghuni Gua
Dalam ayat 9–26 dalam surah ini ada menceritakan perihal Ashabul Kahfi iaitu "Penghuni Gua". Ia memperihalkan tentang sekumpulan anak muda yang beriman yang berada pada zaman penindasan oleh pemerintah yang tidak beriman. Atas petunjuk dari Allah, mereka melarikan diri dari kota bersama-sama, dan berlindung di dalam sebuah gua tempat mereka ditidurkan. Allah menidurkan mereka selama beberapa tahun. Menurut ayat tersebut, ada orang dari kota itu menyatakan 300 tahun, ada pula mendakwa 309 tahun. Bilangan tahun yang sebenar hanya diketahui oleh Allah semata-mata. Allah menjadikan keajaiban ini untuk melindungi pemuda-pemuda beriman tersebut dan menunjukkan kekuasaan-Nya terhadap makhluk. Apabila mereka terjaga, mereka tersedar yag mereka berada dalam masarakat yang telah beriman dengan Allah.
Kisah sang miskin dan sang kaya
Dalam ayat 32–44, surah ini memperihalkan perumpamaan dua orang yang satunya dikurniakan Allah pelbagai nikmat kemewahan dan satu lagi dalam serba kekurangan. Si kaya itu membuat maksiat serta menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada pada dirinya serta gah pada keturunannya yang mulia.
Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
- al-Quran, Surah Al-Kahfi Ayat 34[2]
Akhir kisah ini, Allah memusnahkanapa yang telah diberikan kepada orang itu
Zulkarnain
Akhirnya, surah menyatakan dalam ayat 83–98[ tentang seorang lelaki yang mengembara jauh ke timur dan barat - yang diberi nama Zulkarnain.
Zulkarnain (Bahasa Arab ذو القرنين dhū al-Qarnayn [ðulqarˈnajn]), secara harfiahnya bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam Qur'an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang yang di Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai Iskandar Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah pendapat paling sekular dan disangkal sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus Agung. Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
utk jawapan no #5 saya tak citer semua...
ada lagi sebenarnya... maaf |
|
|
|
|
|
|
|
#9 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi pada Hari Jumaat
Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal.
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.
Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit,
akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.”
(HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)
Kedua, membaca Al Kahfi pada hari Jumaat adalah mendapat pengampunan dosa diantara dua Jumaat.
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
(HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.
Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit. Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)
Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 21-1-2016 05:54 AM
Kisah pasal dzulqarnain dah keluar....
Ada kisah 'besi' dalam Al-Quran... surah yang mana?
(TELAH BERJAWAB)
|
|
|
|
|
|
|
|
Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur’an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;
....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.
Perkataan ‘diturunkan’ khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud ‘secara fizikal diturunkan dari luar angkasa’, kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.
Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa. Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil ‘nova’ atau ‘supernova’. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah ‘diturunkan ke dalam bumi’. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan. Di samping itu, nilai perkataan besi dalam bahasa Arab 'Al-Hadid' ialah 57. Jumlah ini adalah sama dengan nombor surah Al-Hadid iaitu surah nombor 57. Satu keajaiban... Nilai perkataan Hadid (besi) ialah 26. Nilai ini adalah sama dengan nombor atom bagi besi (ferum) iaitu 26.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
#4 Kalau tak silap - Al Fatihah.
Dulu pernah dgr tafsir surah ni dari seorg ulama.
Dia kata, ayat pertama yg diturunkan adalah Iqra' akan tetapi suruh tu turun tak lengkap sepenuhnya dan sambungan surah turun kemudian.
Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan semua ayat dengan selengkapnya sekaligus.
Wallahualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa nak respon lagi.... surah berkaitan galaksi..., atau gugusan bintang?
Dalam Al-Quran ada beberapa surah yang merujuk kepada bintang.... antaranya...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NorAddin at 20-1-2016 01:41 PM
salam
Ada sesiapa nak respon lagi.... surah berkaitan galaksi..., atau gugusan bintang?
Dalam Al-Quran ada beberapa surah yang merujuk kepada bintang.... antaranya...? Surat An Najm terdiri atas 62 ayat,
termasuk golongan surat-surat Makkiyyah,
diturunkan sesudah surat Al Ikhlash.
Nama An Najm (bintang), diambil dari perkataan An Najm
yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
Allah bersumpah dengan An Najm (bintang)
adalah karena bintang-bintang yang timbul dan tenggelam,
amat besar manfaatnya bagi manusia,
sebagai pedoman bagi manusia
- dalam melakukan pelayaran di lautan,
- dalam perjalanan di padang pasir,
- untuk menentukan peredaran musim dan
- sebagainya.
Pokok-pokok isinya:
1. Keimanan:
Al Quran adalah wahyu Allah yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perantaraan Jibril a.s.
- kebatilan penyembah berhala;
- tak ada seseorangpun memberi syafa'at tanpa izin Allah;
- tiap-tiap orang hanya memikul dosanya sendiri.
2. Hukum-hukum:
- Kewajiban menjauhi dosa-dosa besar;
- kewajiban bersujud dan
- menyembah Allah saja;
3. Dan lain-lain:
a) Nabi Muhammmad s.a.w. melihat malaikat Jibril 2 kali dalam bentuk aslinya,
- yaitu sekali waktu menerima wahyu pertama dan
- sekali lagi di Sidratul Muntaha;
b) anjuran supaya manusia jangan mengatakan dirinya suci
karena Allah sendirilah yang mengetahui siapa yang takwa kepada-Nya;
c) orang-orang musyrik selalu memperolok-olok- kan Al Quran.
Dalam Al-Quran ada beberapa surah yang merujuk kepada bintang.... antaranya...? BINTANG
01) 06:76 Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku" Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam".
02) 06:97 Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.
03) 07:54 Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.
04) 12:04 (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."
05) 15:16 Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya),
06) 16:12 Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami (nya),
07) 16:16 dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.
08) 22:18 Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan adzab atasnya. Dan barang siapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.
09) 24:35 Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
10) 25:61 Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya.
11) 37:06 Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang,
12) 37:88 Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang.
13) 41:12 Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
14) 52:49 dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar).
15) 53:01 Demi bintang ketika terbenam,
16) 53:49 dan bahwasanya Dia-lah Tuhan (yang memiliki) bintang syi`ra,
17) 56:75 Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.
18) 67:05 Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.
19) 70:40 Maka Aku bersumpah dengan Tuhan Yang Mengatur tempat terbit dan terbenamnya matahari, bulan dan bintang; sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa.
20) 77:08 Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan,
21) 81:02 dan apabila bintang-bintang berjatuhan,
22) 81:15 Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,
23) 82:02 dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan,
24) 85:01 Demi langit yang mempunyai gugusan bintang,
25) 86:03 (yaitu) bintang yang cahayanya menembus,
wassalam
p/s ..
lama @bintang menghilang .. hehe
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|