|
Aqidah itu sama kata akarnya dengan aqaaid, iaitu KEPERCAYAAN
Asas Iman, ialah kepercayaan (aqaaid) tentang keESAan Allah.
Syirik pula mempersekutukan Allah. Bagaimana kamu menghimpunkan mazhab aliran muktabar (Syafi'i, Hanafi, Maliki, Hambali) sebagai mensyirikkan Allah sedangkan tiada satu pun dalam aliran Ahli Sunnah (termasuk 4 mazhab yang muktabar) mempromosikan syirik?
Adakah kamu faham apa itu SYIRIK? Apa pula yang kamu faham tentang istilah AQIDAH dan istilah TAUHID. Boleh jelaskan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 12-1-2016 09:30 AM
zek007 replied at 11-1-2016 08:04 PM
mengapa bapa nabi bernama abdullah (hamba allah)? adakah bapa nabi tidak kenal allah?
adakah org kafir quraisy tidak kenal allah? tidak solat? tidak puasa? tidak pergi haji?
Saya tertarik dengan soalan di atas. Saya MEMERLUKAN JAWAPAN YANG JELAS dari saudara, dan saya akan juga berikan jawapan bagi pihak yang ditanya.
Bagaimana saudara tahu bapa Nabi bernama Abdullah? Sila beri jawapan anda.
Bapa Nabi bernama Abdullah, diketahui dari SIRAH, SUNNAH, dan HADITH.
Soalan anda: adakah bapa nabi tidak kenal Allah? Ini hanya boleh dijawab apabila ada hujjah yang kukuh. Jika anda tahu bapa nabi kenal Allah, sila beri SUMBER anda.
Apa yang anda maksudkan dengan 'kenal'? Jika kenal itu 'tahu', ketahuilah orang kafir Quraish pun 'kenal' Allah, tapi mensyirikkan Allah dengan guna berhala perantaraan untuk mohon pertolongan dari Allah... inilah yang dikatakan SYIRIK, mempersekutukan Allah, walupun tahu Allah itu Tuhan, tetapi tidak yakin dengan KEKUASAAN ALLAH sampai perlu minta pertolongan dari berhala-berhala... ini syirik!
knp abu jahal digelar bapa kebodohan? adakah kerana tidak solat tidak puasa tidak pergi haji?
Sebelum digelar Abu Jahal (bapa kejahilan), dia pernah digelar Abul Hakim (bapa kebijaksaan). Lantaran menolak dakwah Nabi, setelah didatangkan hujjah, mukjizat dan bukti yang nyata, maka gelaran itu telah bertukar, kerana kejahilannya.
Orang kafir quraish musyrik juga buat haji, sebab haji itu syariat Nabi Ibrahim. Namun, haji orang kafir quraish telah dicemari dengan amalan rekaan dengan kepercayaan khurafat dan karut.
dan kenapa digelar pula muhammad tu org gila? sedangkan sebelum itu digelar AL AMIN.
Nabi Muhammad TIDAK DIGELAR orang gila, itu hanya TUDUHAN dari orang kafir. Dalam Al-Quran dah jelaskan, Nabi bukan orang gila. Maka bukanlah gelaran orang gila...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika anda ada hujjah yang tak bodoh nak mampus, boleh juga berikan... kalau minat lah... wahai tuan monyet.
Soalan dari bebenang yang satu lagi tu, boleh juga tuan monyet selesaikan dulu ya... eloklah kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
agama sebenarnya adalah tipu daya...dulu aku sama seperti kamu semua..pencarian aku terhadap tuhan sudah sampai tahap maksimum..alien beritau aku agama sebenarnya ciptaan manusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aqidah - aqad / ikat /ikatan atau juga pegangan..
Apabila kita mempunyai pegangan - kita mengikat janji lalu adanya aqad perjanjian (syahadah perjanjian)
perjanjian dengan tuhan melalui wakilnya dimuka bumi (rasul @utusan)
Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada allah . tangan allah di atas tangan mereka , maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada allah maka allah akan memberinya pahala yang besar.
(سورة الفتح, Al-Fath, Chapter #48, Verse #10)
inilah maksud aqidah yang sebenarnya..
iman itulah kepercayaan /percaya dan yakin..
orang yang beriman perlu berakidah (berakad)
percaya kepada apa? rukun iman?
SIAPAKAH ORANG MUSYRIK?
orang musyrik tidak percaya bahawa sistem kehidupan (deen) yang dibawa para rasul adalah sama.. mereka percaya bahawa deen setiap rasul adalah berbeza..maka mereka percaya nabi muhammad membawa deen islam, nabi isa membawa deen kristian / nasrani, nabi musa membawa deen yahudi..maka sampai bila pon mereka tidak akan bersatu dan akhirnya hidup dalam terpecah belah..
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan 'Isa yaitu: TEGAKKANLAH DEEN DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH TENTANGNYA. AMAT BERAT bagi orang-orang musyrik DEEN yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada DEEN itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepadaNya orang yang kembali.
(سورة الشورى, Ash-Shura, Chapter #42, Verse #13)
apatah lagi dalam deen deen yang musyrik (islam, kristian, yahudi) tedapat pecahan pecahan lagi...yahudi 71, nasrani 72, islam 73,,, (islam yang paling musyrik sbb paling banyak pecahan)
SIAPA MUSYRIK?
AR ROOM
30 Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fithrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fithrah itu. Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
31 dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,(musyrikin)
32 YAITU ORANG ORANG YANG MEMECAH BELAH DEEN MEREKA dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
apa itu tauhid? mengesakan allah? dengan cara?
adakah orang islam hari ni dah mengesakan AllAH? apa buktinya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba belajar jangan kacau. Perbalahan yang menarik.![](static/image/smiley/onion/spot.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Cukuplah dengan fahaman alien itu.![](static/image/smiley/onion/xlisten.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
fahami erti syirik dari komen saya diatas...
syirik bukan sembah patung batu..syirik adalah menyembah berhala (batu dalam kepala @pemikiran yang keras spt batu)
bila pemikiran dah keras susah nak terima kebenaran..masing masing berbangga bangga dengan berhala dalam diri masing masing..
sebab itulah orang kafir musyrikin mekah tidak dapat bersatu. bahkan berpuak puak berpecah belah (fahaman asabiyah)
ini konsepnya...~~~~~~~~~~~~~~~
sbb itulah solat haji puasa mereka tidak diterima...
hari ni umat islam dah kembali mensyirikkan allah..sbb itu sia sia amalan mereka...
nabi bawa deen nabi x bawa agama..
nabi janji kebun darussalam nabi x janji syurga selepas mati..
agama dari bahasa sanskrit = bererti tidak kacau
syurga dari bahasa sanskrit = svarga
svarga tu tempat roh yang mati ditempatkan sebelum proses inkarnasi...(agama hindu)
|
|
|
|
|
|
|
|
fahami erti syirik dari komen saya diatas...
syirik bukan sembah patung batu..syirik adalah menyembah berhala (batu dalam kepala @pemikiran yang keras spt batu)
Persoalan aku...kamu sembah batu empat segi yg bewarna hitam tu syirik tak? apakah Allah tinggal dalam batu itu? apakah batu itu sebagai pengantaraan kepada Allah? itu lah syirik...kamu sembah batu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 12-1-2016 12:42 PM
Oleh kerana anda guna kaedah zahiri dari terjemahan literal Al-Quran, sebagai hujjah anda, saya tidak menolak ayat Al-Quran.
Saya hanya tak terima kefahaman anda dari terjemahan literal yang anda bawa.
percaya kepada apa? rukun iman?
Tidakkah kamu baca dan beriman dengan ayat ini dalam Al-Quran:
Beriman kepada:
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Beriman kepada:
1. Allah
2. Malaikat-Nya
3. Kitab-Nya
4. Rasul-Nya
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
5. Hari Akhirat
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ
6. Qada dan Qadar
SIAPAKAH ORANG MUSYRIK?
orang musyrik tidak percaya bahawa sistem kehidupan (deen) yang dibawa para rasul adalah sama.. mereka percaya bahawa deen setiap rasul adalah berbeza..maka mereka percaya nabi muhammad membawa deen islam, nabi isa membawa deen kristian / nasrani, nabi musa membawa deen yahudi..maka sampai bila pon mereka tidak akan bersatu dan akhirnya hidup dalam terpecah belah..
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan 'Isa yaitu: TEGAKKANLAH DEEN DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH TENTANGNYA. AMAT BERAT bagi orang-orang musyrik DEEN yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada DEEN itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepadaNya orang yang kembali.
(سورة الشورى, Ash-Shura, Chapter #42, Verse #13)
Ayat yang kamu beri di atas merupakan ayat umum, yang kamu menyesuaikan ayat itu dengan kefahaman kamu. Sila lihat ayat berikut bagi menjelaskan SYIRIK / MENYEKUTUKAN ALLAH:
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
VERILY, God does not forgive the ascribing of divinity to aught beside Him, although He forgives any lesser sin unto whomever He wills: for he who ascribes divinity to aught beside God has indeed contrived an awesome sin.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
(An-Nisa, 48)
Mengambil tuhan lain selain dari Allah, menyamakan makhluk Allah dengan Allah.... perbuatan syirik dan jatuh kafir.
لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ‌ۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam", padahal Al-Masih berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu." Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun."
لَّقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَـٰثَةٍ۬‌ۘ وَمَا مِنۡ إِلَـٰهٍ إِلَّآ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۚ وَإِن لَّمۡ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(Al-Maaidah, 72-73)
Hujjah-hujjah di atas dari Al-Quran.... tidakkah kamu baca dan beriman dengan ayat di atas?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 13-1-2016 08:11 AM
Konsep kamu ikut kefahaman kamu dari ayat-ayat tersebut yang kamu pilih... ada ayat lain kamu tinggalkan...
Kefahaman kamu berdasarkan satu TERJEMAHAN oleh satu sumber saja. Jika ada RALAT dan KESALAHAN dalam terjemahan itu, maka kefahaman kamu pun terpesong. Kalau salah faham terjemahan pun jadi terpesong juga.
Contoh:
SIAPA MUSYRIK?
AR ROOM
30 Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fithrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fithrah itu. Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
31 dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,(musyrikin)
32 YAITU ORANG ORANG YANG MEMECAH BELAH DEEN MEREKA dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
Yang kamu merahkan YAITU, kamu dah guna sebagai takrifan untuk orang musyrik, sedangkan terjemahan itu merupakan terjemahan yang bukan memberi istilah, dan jika digunakan untuk memberi makna syirik, berlaku RALAT BAHASA dalam bahasa Melayu, dan makna dah jadi SALAH.
Mari saya terangkan, apa yang saya kata ada kesalahan istilah yang kamu telah guna...
Sila lihat Bahasa Al-Quran yang asli dalam bahasa Arabnya:
Surah Ar-Rum, ayat 31:
مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ
terjemahan (bahasa Indonesia) yang kamu pakai:
dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,(musyrikin)
Dalam terjemahan di atas, kalimah 'min al-musyrikeen' (dibaca minal musyrikin) diterjemahkan sebagai 'termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah'.
Ok, mari lihat ayat seterusnya:
مِنَ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ وَڪَانُواْ شِيَعً۬ا‌ۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡہِمۡ فَرِحُونَ
terjemahan (bahasa Indonesia) yang kamu pakai:
YAITU ORANG ORANG YANG MEMECAH BELAH DEEN MEREKA dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
Kali ini kalimah 'min al-lathi' (dibaca minal-lathi, nota: th mewakili huruf ذ), kamu sedar tak yang kamu dah tak guna terjemahan 'termasuk' untuk مِن, sebab dalam terjemahan yang kamu guna, bahasa terjemahannya dah berubah.
Malangnya kamu ambil terjemahan YAITU sebagai untuk menakrifkan sebagai orang musyrik, sedangkan ayat itu bermaksud:
Janganlah kamu tergolong dari orang musyrik, (yang) tergolong dari beberapa golongan.
Ayat di atas menegaskan, JANGAN JADI MUSYRIK, yang mana orang MUSYRIK itu bergolong-golong dalam hal aqidah mereka. Memang bergolong-golong itu TAK BAIK bagi yang berbuat PERKARA TIDAK BAIK (macam syirik), NAMUN MAKSUD YANG DITEKANKAN IALAH JANGAN JADI MUSYRIK. Ayat itu bukannya menafsirkan bergolong itu semuanya jadi musyrik. ADAKAH JELAS?
Ada ayat lain yang membawa makna mengajak menjadi golongan yang baik, ini bukan bermakna semua jadi syirik bila bergolong dalam urusan kebaikan...
Dari segi bahasa, 'min' dalam bahasa Arab membawa maksud 'dari/daripada'. Dalam konteks ayat di atas, 'min' itu membawa erti tergolong dari, atau termasuk. Kegunaan 'YAITU' dalam terjemahan ayat yang kemudian itu, hanyalah sebagai penyambung bahasa dari ayat sebelumnya (membawa makna termasuk, tetapi di permulaan ayat bahasa jadi tak sesuai kalau mula dengan 'termasuk'), bukannya bertujuan sebagai menakrifkan syirik. Ada ayat lain yang menjelaskan apa itu SYIRIK, dengan sejelas-jelasnya (syirik: menyamakan Allah dengan makhluk, atau mempercayai ada tuhan lain selain dari Allah sambil percaya pada Allah)
Point saya, kalau guna SATU terjemahan semata-mata untuk berhukum syirik, SANGAT BAHAYA. Kalau salah faham, atau ada ralat pada terjemahan, maka kefahaman pun boleh terpesong. Lagi-lagi nak berhukum syirikkan orang lain, dengan tidak berdasarkan bahasa Arab yang asli, hanya dari satu terjemahan semata-mata....
Kalau susah nak mahirkan bahasa Arab, setidak-tidaknya kamu bawakan beberapa terjemahan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris... cuba bandingkan... baru kamu boleh nampak istilah 'min' itu BUKANNYA menakrifkan, bukan membawa makna YAITU.
Hati-hati kalau nak berhukum....
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 12-1-2016 03:18 PM
Tauhid, Ahad.... dari kata akar yang sama: Esa, Tunggal, Satu
MengESAkan Allah ialah beriman Allah itu ESA, percaya tiada tuhan melainkan Allah, satu-satunya Tuhan. Tidakkah anda baca dan beriman dengan ayat Al-Quran di bawah ini?
وَإِلَـهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ
adakah orang islam hari ni dah mengesakan AllAH? apa buktinya?
Orang yang Islam, BERSAKSI bahawa Tiada tuhan melainkan Allah, SATU-SATUNYA TUHAN yang layak disembah. Ini syahadah (kesaksian) SETIAP ORANG ISLAM, dengan membenarkan dengan hati, dituruti dengan ucapan secara lisan, dan membenarkan dengan perbuatan (sebagai seorang Islam).
Jika kamu tak bersaksi, maka kamu bukanlah orang Islam, walaupun kamu guna ayat-ayat Al-Quran sebagai hujjah kamu.
Soalan saya masih kamu belum jawab....
Dari sumber mana kamu tahu bapa nabi bernama Abdullah?
Dari sumber mana kamu tahu bapa nabi kenal atau tidak kenal Allah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zek007 at 13-1-2016 01:16 AM
Lagi perihal orang orang musyrik (yang memecahbelahkan deen dan bergolong golongan)
At Tawba
31 Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah , dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
32 Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.
33 Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (kitab allah) dan deen yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala deen, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.
Lihat apa telah terjadi pada orang orang kristian (nasrani).
Mereka menjadi bergolong golongan dan setiap golongan ada orang alim dan rahib masing masing..dan ada sesetengah rahib membawa ajaran bahawa nabi isa itulah tuhan..contoh golongan catholic..
mereka memadamkan cahaya (kitab allah) dengan mengadakan ngadakan sesuatu sama ada dengan mulut (ucapan) atau kaki tangan mereka (tulisan) contohnya kitab gospel dll...kalau orang islam hari ni mereka mengadakan kitab hadis sebagai tandingan (yang menjelaskan lebih lanjut tentang al quran)
selanjutnya allah berkehendak menyempurnakan cahayanya dengan diutuskan rasul yang membawa petunjuk (kefahaman tentang wahyu)
lihat kaitan orang orang musyrik deen yang tidak menyukai kerana masing masing mempunyai tuhan (rahib dan orang alim) dan kitab masing masing..
TUGAS RASUL MEMENANGKAN DEEN DAN MENYATUKAN UMAT MANUSIA...
AL Baqara
213 Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang halyang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.
jadi manusia ni berselisih kerana apa bro? baca kembali ayat diatas? tidaklah berselisih melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab..(yahudi 71 golongan, kristian 72 golongan, islam 73 golongan)
Jadi kalau orang musyrik itu adalah orang yang sembah patung / batu dan tidak kenal ALLAH , maka ia sesuatu yang tidak munasabah kalau dilihat dalam ayat diatas...
orang musyrik ni bukan orang pedalaman yang tinggal dalam hutan sembah pokok, batu , binatang dan lain lain..fungsikan ayat al baqara tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sementara tu mari kita kembali pada tajuk asal topik "SUNNAH RASULNYA"
saya disini bukan untuk berdebat cuma untuk menyampaikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 13-1-2016 08:48 AM
zek007 replied at 13-1-2016 01:14 AM
jadi manusia ni berselisih kerana apa bro? baca kembali ayat diatas? tidaklah berselisih melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab..(yahudi 71 golongan, kristian 72 golongan, islam 73 golongan)
Jadi kalau orang musyrik itu adalah orang yang sembah patung / batu dan tidak kenal ALLAH , maka ia sesuatu yang tidak munasabah kalau dilihat dalam ayat diatas...
orang musyrik ni bukan orang pedalaman yang tinggal dalam hutan sembah pokok, batu , binatang dan lain lain..fungsikan ayat al baqara tu...
Saya nampak seperti anda masih tidak dapat memahami apa itu syirik, sehingga anda menulis ayat di atas, dari kefahaman ayat-ayat terpilih yang anda bawakan. Untuk anda, sila FUNGSIKAN ayat itu begini: Orang musyrik menjadi bergolong-golong setelah sampai seruan Rasul, dengan bukti-bukti, tetapi masih ENGKAR. Maka sebab itu mereka menjadi bergolong-golong dalam hal aqidah (kepercayaan).
Syirik bukan bermakna dia tak percaya Allah, atau tak 'kenal' Allah, akan tetapi dia percaya pada Allah sambil MENYEKUTUKAN / MENSYIRIKKAN Allah. Maknanya sambil dia percaya pada Allah, dia percaya juga kepada tuhan-tuhan sembahan yang lain (macam berhala, macam percaya Nabi Isa itu 'Tuhan',...)
Tidak timbul isu 'kenal' Allah atau tidak, kalau anda dah memahami apa itu syirik. Saya dah bawakan ayat-ayat yang menjelaskan makna syirik, tapi anda masih mempertikaikan melalui isu 'kenal' 'tak kenal' Allah.... menunjukkan anda belum faham apa itu syirik.
Justeru elok anda perhatikan ayat di bawah ini sekali lagi, dan sila FUNGSIKAN ayat-ayat di bawah baik-baik ya... kalau anda abaikan ayat Al-Quran yang di bawah, maka susahlah anda untuk faham makna syirik.
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
(An-Nisa, 48)
Mengambil tuhan lain selain dari Allah, menyamakan makhluk Allah dengan Allah.... perbuatan syirik dan jatuh kafir.
لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ‌ۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam", padahal Al-Masih berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu." Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun."
لَّقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَـٰثَةٍ۬‌ۘ وَمَا مِنۡ إِلَـٰهٍ إِلَّآ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۚ وَإِن لَّمۡ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Oleh kerana anda bawa isu 'KENAL', maka saya tanya soalan, apakah yang anda maksudkan dengan kenal?
Dan berkaitan 'kenal':
Dari sumber mana kamu tahu bapa nabi bernama Abdullah?
Dari sumber mana kamu tahu bapa nabi kenal atau tidak kenal Allah?
Kenapa anda tak mahu jawab? Adakah anda berselindungkan sesuatu, sambil rancak mempromosikan isu 'KENAL' Allah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 13-1-2016 08:54 AM
Ok... kembali kepada topik Sunnah Rasul...
Antara Sunnah Rasul ialah:
-DAKWAH: mengajak kepada kebaikan (Amar Ma'aruf) dan mencegah kemungkaran (Nahi Mungkar).
-dan juga menyediakan umat (dari para sahabatnya) untuk melakukan kerja yang sama (dakwah amar ma'aruf nahi mungkar).
Para sahabat disediakan oleh rasul, menjadi segolongan manusia yang menyahut seruan Allah dan Rasulnya. Ini bersesuaian dengan ayat berikut:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Terjemahan bahasa Indonesia:
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar
Terjemahan Melayu (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya
Nota:
مِّنكُمْ = dari kamu / di antara kamu
min = dari, -kum = kamu (plural)
Dalam hal kebaikan (dakwah amar ma'aruf nahi mungkar), menjadi segolongan / satu puak bukan bermakna menjadi syirik. Sila ambil perhatian!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zek007 at 13-1-2016 11:15 AM
Orang musyrik menjadi bergolong-golong setelah sampai seruan Rasul, dengan bukti-bukti, tetapi masih ENGKAR. Maka sebab itu mereka menjadi bergolong-golong dalam hal aqidah (kepercayaan).
sy rasa tidak benar begitu...sebelum nabi dipilih menjadi rasul lagi orang musyrik telah berpecah belah. nabi sendiri adalah salah satu dari golongan musyrik sebelum mendapat wahyu..nabi sendiri tubuhkan hilful fudhul untuk menyatukan golongan golongan musyrikin dalam hal hal yang penting agar tidak berlaku lagi peperangan dan saling tindas menindas..tapi nabi x berjaya..malah semakin bingung dan lari bertapa di gua(hira)..
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurangneraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(سورة آل عمران, Aal-i-Imraan, Chapter #3, Verse #103)
Syirik bukan bermakna dia tak percaya Allah, atau tak 'kenal' Allah, akan tetapi dia percaya pada Allah sambil MENYEKUTUKAN / MENSYIRIKKAN Allah. Maknanya sambil dia percaya pada Allah, dia percaya juga kepada tuhan-tuhan sembahan yang lain (macam berhala, macam percaya Nabi Isa itu 'Tuhan',...)
saya nak bertanya disini..adakah percaya kepada kata kata ulama dan orang orang alim tanpa berdasarkan petunjuk (kitab allah) merupakan juga suatu bentuk syirik? SILA JAWAB?
apakah mempertuhankan manusia juga salah satu bentuk syirik? Jika ya... x mahukah ambil pelajaran mengapa umat umat terdahulu (bani israel-yahudi, kristian-nasrani) yang telah mempertuhankan orang orang alim dan rahib mereka?
sbb itulah sy katakan bila masing masing mempunyai tuhan masing masing terutamanya penyesat (Syaitan) dari kalangan manusia (ulama,rabai,pendeta) mereka menjadi bergolong gologan dan inilah jenis musyrik yang paling besar....itulah yang diceritakn dalam surah rom 30-32..dan banyak lagi dalam ayat ayat yang lain..sila kaji..
kalau masih nak nafikan sila bantah dgn dalil yang jelas..
Mengambil tuhan lain selain dari Allah, menyamakan makhluk Allah dengan Allah.... perbuatan syirik dan jatuh kafir.
لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡۖ إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam", padahal Al-Masih berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu." Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun."
لَّقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَـٰثَةٍ۬ۘ وَمَا مِنۡ إِلَـٰهٍ إِلَّآ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۚ وَإِن لَّمۡ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Yer sila jelaskan..apakah maksud mempertuhankan isa bin maryam atau mempertuhankan orang alim itu? adakah dengan menyembahnya pada waktu waktu tertentu..atau yang sebenarnya menjadikan hukum / ajaran manusia (gospel kononnya datang dari isa) dan kitab kitab orang alim itu setanding dgn hukum hukum dari kitab tuhan? cuba cerita sikit apa yang dimaksudkan dgn mempertuhan tu?
kita selesaikan konsep musyrik ni dahulu...
sekali lagii untuk pelajaran...
Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yangnyata, karena dengki antara mereka sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ni ada tak khalifah dalam umat islam?
pentingnya khalifah untuk mengatur umat agar diberi tugasan sesuai dengan kemampuan masing masing (setiap golongan ada tugas masing masing)...
ada yang pergi berperang, ada yang berdakwah, dll..
semuanya dibuat dalam rangka misi dan visi yang sama..satu matlamat dan satu tujuan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tapi kalau melihat situasi hari ini, umat islam sendiri telah dipecahkan kepada pelbagai negara..setiap negara mempunyai ketua negara yang mempunyai misi dan visi masing masing..
begitu juga dgn aliran dan fahaman..masing masing mepunyai ketua dan pmikiran yang berbeza..
inilah yang dinamakan musyrik..fikiran yang tidak sejalan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
inilah perbezaan yang nyata yang perlu kita fahami..
disinilah kita perlu fungsikan al quran sebagai hudan baiyinat furqan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
fungsikan kembali al quran mengikut kehendak/faham/dan mahunya tuhan semesta alam..
dgn kalimah bismillah - atas nama tuhan - bukan atas nama nama aliran dan pemikiran manusia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kembali menelusuri perjalanan para rasul - yang terdekat muhammad..
dari permulaan dakwah hingga berjaya tegakkan islam..
kena jalankan balik apa yang nabi pernah buat untuk tegakkan dien..
bila masing masing buat apa yang nabi buat mengikut tertib dan kaedahnya (sunnah) barulah pemikiran itu sejalan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sebelum tu kenalah sucikan pemikiran pemikiran lain (musyrik) itu supaya tidak bercampur baur dgn kebenaran dariNYA..
kerana pemikiran musyrik adalah pemikiran yang najis..
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis , maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini . Dan jika kamu khawatir menjadi miskin , maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(سورة التوبة, At-Tawba, Chapter #9, Verse #28)
|
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
agama sebenarnya adalah tipu daya...dulu aku sama seperti kamu semua..pencarian aku terhadap tuhan sudah sampai tahap maksimum..alien beritau aku agama sebenarnya ciptaan manusia.. apa pandangan sdr dgn ayat ini ..
لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ
Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku
kalau tiada Ugama
maka tiada la
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|