yaa..nasib baik ade yg post
tak silap iols uum buat program utk retis ni da bertahun n mase tu hazama da register jugak
iols penah ingt retis sapa ntah upload gamba kat kelas dengan hazama..
nah iols paste keratan akhbar
Hazama Kahwin Selepas Tamat Ijazah Tiga Tahun Di UUM
Betul Ke Hazama Hanya Akan Kahwin Selepas Tamat Pengajian Ijazah Tiga Tahun Di UUM?
Cerita terbaru tentang juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama Ahmad Azmi atau Hazama berumur 27 tahun, akan berkahwin dengan kekasihnya dalam masa tiga tahun lagi.
Hazama berkata, perancangan tersebut akan dilakukan selepas dia menamatkan pengajian jarak jauh, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Hazama AF9 Terpaksa Tangguh Pengajian
"Ketika diserapkan ke AF9, saya terpaksa menangguhkan pengajian buat seketika dan selepas ini saya akan sambung semula sehingga tamat pengajian dalam jangka masa tiga tahun.
"Selepas itu barulah boleh kahwin. Alhamdulillah, saya sudah selangkah ke depan dalam memajukan karier nyanyian serta kehidupan saya," katanya.
Wang Yang Dimenangi Disimpan Untuk Perkahwinan Hazama AF9 & Kekasihnya
Tambah Hazama, sebahagian wang tunai sebanyak RM200,000 yang dimenanginya itu, akan disimpannya termasuklah untuk menguruskan soal perkahwinan.
so kekdahnye tak abes2 blaja lg ke..baru sambung ke ..aritu agaknye die dropped out terus tak
|