CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: freebird

[Tempatan] Zaid ajak rakyat Malaysia berdemo untuk selamatkan Malaysia

[Copy link]
Post time 5-8-2015 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 5-8-2015 09:42 PM
dah tak meriah dah tanpa pendemo PAS.....
ajak jer lah cina DAP dan PKR turun di jalanraya, asyik ...

Ya...sapa nk bergolek atas jln kali ni?Ada sapa berani selain ahli Pas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 11:51 PM | Show all posts
nak sembang pasal Zaid ajak demo, last2 tanya pasal Hadi Awang

thread lain kutuk pula PAS terhegeh2 nak bersama pembangkang

cakap berbelit2 ni susah.... nak berdemo... demolah.... kalau PAS tak nak berdemo tak payah ler nak tuduh PAS suka BN

masalahnya PAS nak tgk sejauh mana demo dpt jatuhkan Najib
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 11:54 PM | Show all posts
DTECCONAN replied at 5-8-2015 11:51 PM
nak sembang pasal Zaid ajak demo, last2 tanya pasal Hadi Awang

thread lain kutuk pula PAS terhege ...

PAS tak suruh ganas, bergaduh dengan pihak berkuasa - Hadi Awang Oleh Sophia Ahmad [email protected]
ABDUL Hadi ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan di Desa Pandan Kuala Lumpur, turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Ibrahim Man. - Foto Muhd Zaaba Zakeria


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menyokong perjuangan PAS diminta tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi dakyah pihak tertentu hingga membabitkan diri dengan keganasan dan bergaduh dengan pihak berkuasa. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata semua masalah yang melanda negara ketika ini termasuk yang berkaitan dengan politik harus diselesaikan mengikut lunas dan syariat Islam. Demonstrasi jalanan katanya, sedikit sebanyak akan mengundang keganasan apatah lagi apabila ada provokasi pihak tidak bertanggungjawab. "Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain "memerhati. Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab)," katanya semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di sini malam tadi. Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, pelantikan jawatan baru anggota kabinet kerajaan tidak akan mampu menangani segala kemelut yang timbul jika pemimpin berkaitan tidak kembali ke jalan Islam. "AS boleh bekerjasama dengan semua pihak, PAS tidak mahu rebut jawatan, orang bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam kerana ia bukan sekadar agama, tapi mencakupi semua aspek kehidupan. "emimpin yang ada ketika ini, perlu kembali kepada Islam dan kita bersetuju menyokong kalau mereka kembali. Kita tak mahu rebut jawatan tapi kalau tidak (kembali kepada Islam), kami lawan habis-habisan," katanya. Sementara itu Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata parti serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan idea mewujudkan Islam yang syumul adalah sebuah angan-angan yang tidak mungkin kesampaian. "Semuanya berkisarkan kepada idealogi politik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. "endirian mereka juga jelas bercanggah apabila dengan tegas menyatakan kemenangan PAS tidak akan berlaku jika tidak bekerjasama dengan DAP. "AS sebuah parti Islam. Menang atau kalah, segalanya ditentukan Allah SWT, bukan DAP. Kerana itu kita kata GHB ini rosak akidah kerana mempercayai pergantungan kepada manusia melebihi kepada Allah SWT," katanya. Perhimpunan hampir empat jam itu dihadiri kira-kira 150 penyokong parti.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.197464 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list