|
[Tempatan]
Tan Sri Mohamed Noah Omar dan Tan Sri Lim Goh Tong memperkenalkan syiar Casino
[Copy link]
|
|
aman dan makmur pahang di sebabkan syiar dan hidayah kedua-dua pengasas tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
kasik "ong" maaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
ini baru ong...
|
|
|
|
|
|
|
|
sumber utusan kata macam ni
MOHD. ASRON MUSTAPHA
02 Mac 2015 2:03 AM
KUALA LUMPUR 1 Mac - Datuk Seri Najib menegaskan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan seorang tokoh dan negarawan yang amat berprinsip, tinggi nilai integriti serta penuh dengan sifat ke-sederhanaan.
Kata Perdana Menteri, Abdul Razak sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Malah ujar beliau, arwah bapa-nya itu sentiasa istiqamah untuk meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi segala-galanya dalam membuat keputusan sepanjang menerajui kepemimpinan negara.
“Sepanjang perkhidmatan da-lam kerajaan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dengan apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa. Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi hingga jasa-nya kepada negara menjadi memori umum bagi rakyat.
“Sejak mula terlibat dalam perjuangan politik sehinggalah meme-gang tampuk pemerintahan negara, Tun Abdul Razak diketahui mengamalkan gaya hidup sederhana dan berjimat cermat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Najib berkata demikian sebagai menyokong kenyataan empat adik beliau minggu lalu yang turut menzahirkan perkara sama berikutan laporan mengelirukan oleh sebuah akhbar di New York mengenai arwah bapa mereka.
Dalam kenyataan minggu lalu, empat adik Najib iaitu Johari, Nizam, Nazim dan Nazir berkata, bapa mereka adalah seorang yang amat berprinsip dan semua yang mengenali beliau tahu Abdul Razak suka berjimat cermat dan penuh integriti.
Pada masa yang sama, mereka turut menyatakan bahawa seluruh ahli keluarga Abdul Razak bersatu dalam isu berkenaan.
Selain terkenal sebagai tokoh yang bertanggungjawab memba-ngunkan semula Malaysia selepas tragedi hitam 13 Mei, Utusan Malaysia difahamkan Abdul Razak tidak pernah menggunakan dana kerajaan untuk membiayai pengajian anak-anaknya di luar negara.
Sebaliknya, kos pengajian semua anak Perdana Menteri kedua itu ditanggung sepenuhnya oleh bapa mertua beliau, Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar, sebagai mencerminkan lagi sifat kesederhanaan Abdul Razak.
Mohamed Noah yang juga datuk kepada Najib, merupakan seorang usahawan berjaya, tokoh korporat utama dan antara hartawan Melayu terkaya pada zaman itu.
Antara pembabitan beliau dalam sektor korporat ialah sebagai Pe-ngarah MUI Group, United Malayan Banking Corporation, Matsushita dan Genting Highlands Bhd.
Allahyarham bersama rakan kongsi, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong menubuhkan pusat peranginan di Genting pada 1965, ketika zaman Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri sebelum menjual kepentingan beliau selepas Genting mula beralih kepada aktiviti perjudian.
|
|
|
|
|
|
|
|
jadik kekayaan dai Genting ke?.....rakyat pooong terhibur nampaknya.....
|
|
|
|
|
|
|
|
dekat perhimpunan dok laungkan slogan hidup melayu sambil pegang keris dan kucup keris....kutuk2 Cina makan hasil orang melayu then lepas tu buat strategi buat perkara yang boleh mantapkan ekonomi melayu dan diakhiri lagu anak kecil main api sambil air mata mengalir....
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 3-3-2015 04:47 PM
dia tidur 4 jam jah sehari kan ku ingat sampai bila2
Tu dulu, sekarang beliau dah tidur buat selama-lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahyarham bersama rakan kongsi, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong menubuhkan pusat peranginan di Genting pada 1965, ketika zaman Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri sebelum menjual kepentingan beliau selepas Genting mula beralih kepada aktiviti perjudian. haaa ni utusan cakap lain pulak?
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 3-3-2015 04:48 PM
tak silap aku, hasil perjudian ni banyak di salurkan kpd parti dacing...utk membantu melayu...
Jadi keyboard warriors tak patut sentuh gaji yang dimasukkan ke dalam akaun mereka setiap bulan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaa ko jejaga la malam ni spidey!dia datang cekik |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 3-3-2015 05:27 PM
hahahahaa ko jejaga la malam ni spidey!dia datang cekik
Kalau dia datang bagi Spidey wang, Spidey sanggup dicekik. |
|
|
|
|
|
|
|
ya memang wang tapi itu wang bakar punya mana boleh guna
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by v(T.T)v at 3-3-2015 05:35 PM
Orang yg paling kuat jerit judi haram arak haram babi haram, tapi paling banyak dpt manfaat dr cukai-cukai judi babi arak. Duit tak haram katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
bohong tak agak2 utusan meloya nih
jual kepentingan dlm genting lepas genting dpt lesen judi kununnnnnnn
dah sah2 yayasan mohd noah tu antara pemegang saham terbesar genting berhad up until a few years ago
la tatau lah menyorot kat mana yayasan mohd noah tu dlm ownership genting yg bersimpang siur tu
menyelit kat resorts world ka hapa ka tatau lah...kuasaaaa nak kelebek |
|
|
|
|
|
|
|
Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar
Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar (lahir 13 Ogos 1897 di Bandar Maharani,Muar, Johor)merupakan Speaker Parlimen yang pertama (1959-1964) dan Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (1969-1970).Beliau bertugas dari 24 Februari 1969 - 28 Julai 1970. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Parlimentari Komanwel. Selepas bersara, beliau menjadi pengarah Genting Highland, sebuah pusat perjudian di Gunung Ulu Kali.
Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Beliau berkahwin dengan Maimun bin Haji Abdul Manaf.
Anak mereka bernama Rahah, Suhaila , Fakhriah dan Abu Rais.Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua TunAbdul Razak Hussein (1971-1976). Toh Puan Suhaila menjadi isteri Perdana Menteri Malaysiake-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah.
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 . Seorang lagi cucunya ialah Datuk SeriHishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib.
Politik
Sebagai peguam / majistret dan berjuang menentang Malayan Union, beliau diberi kepercayaan bertanding di Johor Bahru Timur,Johormewakili Perikatan / UMNO dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat mulai 1 September 1959-29 Februari 1964.Selepas itu beliau diganti oleh DatoSyed Esa Alwee al-Syabab. Sidang Parlimen pertama di Dewan Tunku Abdul Rahman di Jalan Ampang, Kuala Lumpur (kini MATIC) pada pagi Jumaat.Pada hari pertama persidangan, Yang di-Pertuan Agong dimasyhurkan dan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Mohamed Noah juga menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-3 selepas Tuan Syed Sheh bin Syed Hassan Barakhah. Noah menyandang jawatan itu dari 24 Februari 1969 - 28 Julai 1970. Selepas itu beliau diganti oleh Tan Sri Haji Abdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan
Anugerah dan kenangan
Yayasan Mohammad Noah ditubuhkan bagi mengenang jasa beliau. Antara yang memainkan peranan ialah Ahmad Johari, cucu beliau dan Tun Hajah Rahah.
Sebuah masjid di pusat percutian perjudian Genting Highland telah dinamakan sebagai Masjid Yayasan Mohammad Noah. Tan Sri Mohammad Noah merupakan pengasas Genting Highland bersama Tan Sri Lim Goh Tong pada 1965.Projek itu untuk membina hotel dan resort di kawasan pergunungan di sempadan Selangor-Pahang (Genting Sempah), yang kemudiannya kini dikenali sebagai Genting Highlands.Buku Goh Tong 'My Dream' menceritakan detik-detik awal pembinaan Genting Highland. Noah menjadi pengerusi sementara Lim Goh Tong sebagai pengarah urusan.Kerajaan Pahang telah meluluskan 12,000 ekar untuk resort itu.Pusat judikasino ini adalah satu-satunya di Malaysia.
Meninggal dunia
Beliau telah dimakamkan di Makam Pahlawan. Tokoh lain yang disemadikan di sini ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn, Tan Sri Syed Jaafar Albar, Tun Syed Nasir Syed Ismail,Tun Sardon Jubir, dan Tan Sri Abdul Kadir Yusof.
|
|
|
|
|
|
|
|
Posted by AdminFilm®Tuesday, July 17, 20120komen
201 5062 11.5K
Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.
Profail:
Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf
-Anak
-Rahah
-Suhaila
-Fakhriah
-Abu Rais
-Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)
-Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke-6 .
Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib
Umno dan Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia
Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah
Sumber lain ;
My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong
Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://manjongmari.blogspot.com/2012/06/tokwan.html
Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://atsixty-zakriali.blogspot.com...dan-kisah.html/
UMNO dan kegiatan judi
http://www.tranungkite.net/v10/modul...rder=0&thold=0
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html
NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG
http://www.bernama.com/
Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela.
- See more at: http://www.pencacai-semalaysia.c ... thash.wkrP7Tuf.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
| |
|