“Hai Iqbal, marah betul kawan kau tu dengan aku?” Semakin galak dia mengusik. Jarang sekali melihat Safa Hawani yang terkenal dengan lagak ‘kasar’ itu merajuk. Kesempatan ini tak akan dilepaskan.
“Marahlah. Siapa suruh kau gelak kat kawan aku tu?” Bermuncung juga mulut Ahmad Iqbal mengatakannya sambil liuk-lentuk tubuh yang ‘patah’ sana-sini menzahirkan rasa marah.
“Lah, aku sengih aje. Tu pun salah?”
“Sudahlah Iqbal. Tak usah dilayan sangat ketua kelas kita yang senget tu.”
Safa Hawani menjeling tajam dan sekali lagi dia dan Ahmad Iqbal berpaling serentak. Mencerlung mata mereka berdua melihat Aiman yang sedang terbahak-bahak ketawa.
“Aduh, senak perut aku dengan korang berdua ni.”
“Lawaklah sangat,” kata Safa Hawani yang masih tidak berpuas hati. Hatinya, dipenuhi rasa geram yang hampir melimpah-ruah.
“Okey, okey. Aku minta maaf Safa. Aku janji, tak akan buat lagi...”
“Oh, jadi kau sukalah aku kena denda selalu. Ceh...hampeh betullah kau ni Aiman.”
“Opss, silap cakap pula. Sekali lagi, maafkan aku,” Aiman menyudahkan tawanya yang bersisa bukan separuh, banyak lagi rasanya.
“Dahlah, malas nak layan. Baik aku blah.”
Tanpa banyak soal Safa Hawani mengangkat kaki dari situ. ‘Sembanglah kau dengan Iqbal sampai muak,’ gumamnya.
Safa Hawani menghayun langkah menuju ke kelas. Waktu rehat pun berbaki tidak banyak lagi. Makan, putus seleranya dengan kejadian yang memalukan hari ini. Mujurlah dia ada membawa bekal roti tadi. Sekali lagi, Safa Hawani tiba-tiba merengus. Pantang betul dia jika jalannya dihalang. Tambahan pula penghalangnya adalah seseorang yang memang meluat akan dia sejak dulu lagi.
“Kau ni kenapa Hana?” Matanya dikecilkan, susuk tubuh ramping yang berdiri di depan sambil mencekak pinggang dipandang atas, bawah.
‘Ingat dia model ke, bergaya macam aku hadap sangat.’ Gerutunya. Menyampah pula dia dengan diva sekolahnya yang seorang itu.
“Apa yang Aiman buat kat sana?”
Sambil mata mengerling ke arah Aiman dan Ahmad Iqbal yang sedang bergelak tawa Safa Hawani berkata, “manalah aku tahu.”
Last edited by wipers81 on 13-10-2014 05:16 PM
|