|
lurve82 posted on 15-9-2014 12:36 AM
besttttt...nak lagiiiiii...
masih dalam proses... harap sabar....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kekasih Idaman Hati 3
BAB 3
Masih terlayar diruang matanya, detik-detik cemas yang di hadapinya. Menggigil seluruh badannya. Lelaki itu sedang ditangani oleh doktor dalam bilik kecemasan. Zara sejak tadi menunggu di luar, tak senang duduk. Lama sangat. Sekejab duduk sekejab berdiri.
"Kenapa lama sangat pulak ni? Lama gila. Dah tiga jam, tak keluar-keluar lagi," gumam Zara sendiri. Selang sepuluh minit kemudian, seorang doktor keluar. Zara menghampirinya.
"Macam mana dengan dia, doktor? Ok ke? Teruk ke? Ada patah-patah kat mana?" bertubi-tubi dia bertanya.
"Janganlah puan risau. Keadaan suami encik dah stabil. Dia Cuma mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan tangan kanannya. Kami akan memindahkan suami puan ke wad biasa," terang doktor.
'Suami? Bila masa pulak mamat tu jadi suami aku? Jumpa pun tak pernah?' bisik hatinya. Tapi dia iyakan je.
"Alhamdulillah. Nasib baik takde apa-apa. Terima kasih doktor," ucap Zara.
----------------------------------------
Zara merenung wajah Tengku Naufal yang sedang terbaring. Lelaki itu itu masih belum sedar kerana pengaruh ubat. Dia baru mengetahui nama lelaki itu semasa hendak mendaftar nama Tengku Naufal. Tak sangka betul, lelaki itu berpangkat tengku.
'Matilah aku kalau mamat ni saman aku. Tak pun dia nanti masukkan aku dalam penjara. Huhuhu... aku tak nak masuk penjara.' Pelbagai kemungkinan bermain di fikiran Zara.
"Tapi... mamat ni, kacak juga. Kalau Syikin ada kat sini mesti dia suka." Zara teringat kawannya di kampung dulu. Kawannya itu memang pantang melihat lelaki yang ada rupa sikit. Mula puji melambung.
Perut Zara terasa lapar pulak. Dari tadi perutnya sudah berkeroncong tapi disebabkan rasa cemas, dia terlupa. Jam dinding dilihat sekilas. 'Patutlah lapar gila. Dah pukul empat rupanya. Baik aku pergi cari makanan dulu.'
Zara keluar dari bilik rawatan Tengku Naufal untuk membeli makanan. Dia pergi ke kantin hospital. Terbeliak matanya melihat harga makanan di situ. "Mahalnya makanan kat sini. Mee goreng sepinggan pun harga enam ringgit," katanya perlahan.
Last-last Zara hanya membeli roti dan air mineral. Nak jimat duitlah katakan. Duit dalam dompetnya pun tinggal tiga puluh satu ringgit je. Jadi, tak boleh boros dan memilih sangat.
----------------------------------------
Bau ubat yang agak kuat terasa jelas di rongga hidungnya. Pandangan matanya kabur dengan kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Lama-kelamaan Tengku Naufal dapat melihat sekelilingnya dengan lebih jelas. Dia kini sedang terbaring di atas katil di sebuah bilik yang berwarna putih.
"Hospital? Apa yang jadi kat aku ni?" gumam Tengku Naufal perlahan.
Tengku Naufal cuba mengingati apa yang telah berlaku kepadanya. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia berasa kesakitan yang teramat sangat di bahagian kepalanya. Dapat dirasakan pada waktu itu, cairan hangat mengalir keluar dari kepalanya akibat terhantuk pada stering kereta.
'Shit! Tak guna punya perempuan! Tak pasal-pasal aku masuk hospital,' hatinya mula menyumpah-nyumpah apabila teringat yang dia kemalangan kerana cuba mengelak daripada melanggar seorang perempuan. Itu belum lagi kerana kegagalan Tengku Naufal menemui pelabur yang akan berurusan dengan syarikatnya.
"Melayanglah projek berjuta-juta tu..... Penatnya je aku bersusah-payah."
Tiba-tiba pintu bilik rawatannya dibuka dari luar. Seorang gadis yang memakai baju kurung yang agak lusuh masuk. Tengku Naufal menatap tajam gadis itu.
'Siapa pulak perempuan ni? Serabai betul baju yang dia pakai? Setakat baju macam tu, layak jadi kain lap je kat rumah aku,' kutuk Tengku Naufal. Tak berselera betul dia melihat penampilan Zara itu. Selekeh betul!
'Apa hal mamat ni? Pandang-panjang aku macam tu lak. Aku cucuk mata tu karang,' bisik hatinya. Gerun Zara melihat pandangan mata Tengku Naufal yang seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
"Kau ni siapa?!" soal Tengku Naufal kasar.
"Mmm... ahhh..."
"Boleh tak kau cakap cepat sikit?! Terhegeh-hegeh... Kau ni siapa sebenarnya?!" jerkah lelaki itu.
Pucat habis wajah Zara tika ini. Terasa lemah lututnya. Seumur hidupnya tidak pernah lagi dia dijerkah sebegitu. Arwah ibunya pun tak pernah menengkingnya. Tengku Naufal ni lebih-lebih pulak. Sombong gila!
"Sebenarnya... sebenarnya sayalah yang menyebabkan encik ada kat sini sekarang," ujar Zara perlahan dan takut-takut. Dia menunduk habis kepalanya. Tak sanggup dia melihat wajah Tengku Naufal yang menyingah melihatnya.
"Apa??!!! Kau rupanya! Berani betul kau tunjuk muka kau lagi kat depan aku."
"Saya minta maaf... Saya betul-betul tak sengaja," ucap Zara. Air matanya mulai mengalir keluar. Dia betul-betul rasa bersalah. Zara tahu itu semua memang salahnya. Cuai sangat. Dari dulu lagi sikapnya ini memang tak pernah berubah.
Zara harap hati Tengku Naufal luluh. Berlembut dengannya dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
Last edited by Nur_Allyn on 16-9-2014 05:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 18-9-2014 09:22 PM
Takdak N3 ke?
maybe esok atau lusa post en3 baru...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur_Allyn posted on 18-9-2014 10:37 PM
maybe esok atau lusa post en3 baru...
jangan lupa post ya... kami tunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry sbb x dpat post en3 baru lagi. buzy buat keje sekolah. Nilah padahnya suka buat kerja saat2 akhir. huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Naufal hantaq Zara jadi negotiator business investment !!!
waaa...lady's empowerment
hahahahahah
carry on , i am reading yours untuk senggang masa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-10-2014 01:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mbhcsf posted on 7-10-2014 01:40 AM
Naufal hantaq Zara jadi negotiator business investment !!!
waaa...lady's empowerment
Hahaha... Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-10-2014 01:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dh lama tak post apa2. Huhuhu... Nk buat camne, tak lama lagi nk exam dh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Adeh cik adik dah nak exam mmg la x sempat nak buat apa2 stpm lak tu bz yg ter amat.. X pe la lps abis exam sila sambung ye.. Good lucky 4 your exam... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lg...best cite nie menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2014 08:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Salam semua... Maaf sbb dh lama takde entry baru. Buzy dengan exam.... Entry baru akan diusahakan secepat mungkin... Terima kasih kepada yang sudi cerita merepek ni... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni apa status ?? Gantung tak bertali ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sombongnya tengku naufal tuuu
btw best ! sambung lagiii |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 2-12-2014 02:19 AM
cerita ni apa status ?? Gantung tak bertali ke ni?
Tt sibuk maaaa |
|
|
|
|
|
|
|
mesti best citer nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Kekasih Idaman Hati 4
Air matanya sedari tadi takhenti-henti mengalir keluar. Mulutnya pula membebel mengata Tengku Naufal itu ini. Lelaki itu harap muka je handsome tapi mulut macam puaka. Asyik nak melaser je kerjanya. Tak peduli langsung pasal hati orang lain. Sakit pulak hatinya apabila teringat kata-kata lelaki itu.
Selamba badak lelaki tu je cakap dia mahu mengambil kesempatan dengan berpura-pura buat baik. Geram sungguh rasa hatinya. Dia apa lagi, disepaknya kaki Tengku Naufal sebelum meredar. Biar padam muka lelaki sombong tu. Siapa suruh mulut puaka sangat. Ingat kau tu bagus sangat. Mentang-mentanglah Tengku Naufal tu ada duit dan berkedudukan,sesuka hati je nak menghina orang lain.
Tengku Naufal tu ingat dia hadap sangat ke dengan duit lelaki itu. Satu sen pun dia tak naklah. Dia buat baik pun sebab rasa bersalah je. Takde niat lain pun. Yelah... sebab dia tak pasal-pasal Tengku Naufal tu masuk hospital. Tapi tak sangka pulak, niat baiknya akan disalah erti.
"Alah... Tu semua setakat harta dunia je. Tu pun nak menyombong. Bila-bila masa je nikmat tu semua boleh ditarik balik," kata Zara.
'Takpe Zara. Sabar jelah. Bukannya kau akan jumpa pun dengan mamat sombong tu pun,' bisik hatinya.
Zara mengambil keputusan untuk melupakan saja apa yang berlaku apa hari ni. Buat apa dia mahu menyemakkan otaknya dengan memikirkan perkara yang tidak penting itu. Apa yang penting kini, Zara perlu mencari kerja dengan secepat yang mungkin. Sebelum merempat kat tepi jalan. Tak sanggup dia tidur ditepi jalan. Bahaya.
----------------------------------------
Haris ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Tengku Naufal. Senak betul perutnya kerana banyak ketawa. Tak sangka sahabatnya itu terkena tendangan maut daripada seorang gadis. Cakap yang bukan-bukan lagi.Tak pasal-pasal kan dah kena.
"Malang betul nasib kau hari ni.Macam-macam musibah yang kau dapat. Tulah mulut puaka sangat. Kan dah terkena," kutuknya selamba tanpa mengira perasaan Tengku Naufal. Bukannya dia tak kenal dengan sahabatnya itu. Bercakap ikut sedap dia je. Tak kisah langsung dengan perasaan orang lain. Nasib baik dia dah lali dengan Tengku Naufal tu. Tak kisah dah dengan sikap Tengku Naufal.
"Kau ni bukannya kesian dengan aku. Kawan tengah sakit ni, siap terbaring kat katil ni. Kau boleh pulak gelak macam orang tak betul. Siap kutuk lagi aku ni. Cuba kalau kau bawak buah tangan untuk aku. Kan senang sikit hati aku ni. Ni tak, datang sini buat menyakitkan hati orang je," marah Tengku Naufal.
"Relax lah bro... Asal sentap sangat ni. Macam tak biasa pulak dengan aku. Tapi... betul apa yang aku cakap tadi. Tak salah pun kan?"
"Mmm... Apa-apa jelah. So...macam mana dengan meeting kita tu. Kita dapat tak tender tu?" tanya Tengku Naufal. Gusar hatinya. Takut jika usahanya menjadi sia-sia. Dia dah susah payah membuat kertas kerja untuk dibentangkan dalam meeting tersebut.
"Janganlah kau risau apa-apa.Aku dah handle semuanya. Diorang dah setuju nak berurusan dengan syarikat kita," terang Haris. Dia tahu Tengku Naufal memang mementing kesempurnaan dalam segala aspek. Pantang baginya jika kalah dalam sesuatu perkara. Segala keinginannya pasti akan didapatkan. Tak kiralah sesulit mana pun.
Lega hati Tengku Naufal mendengarya.Dia tahu Haris memang cekap orang. Jadi dia tak perlu risau apa-apa lagi dengan adanya Haris. Haris bukan saja sahabat baik yang memahaminya, malah Haris juga turut serta membantunya dalam menguruskan syarikat.
"Sekarang ni... kau tak payah fikir apa-apa lagi pasal kerja. Fokus je dengan kesihatan kau. Benda lain biar aku yang settle kan."
"Thankslah bro..." ucapTengku Naufal.
"Takde hallah. Biasanyakan kau yang tolong aku. So... sekarang ni giliran aku pulak. Ah... sebelum aku lupa.Tadi Sally ada datang cari kau kat office tau. Dia buat hal pulak tadi. Kecoh betul dibuatnya. Tak percaya langsung aku kata kau tak masuk. Menyampah pulak aku dengan minah tu," kata Haris.
"Sally? Sally mana pulak kau ni?"
"Nyanyuk betullah kau ni. Tulah siapa suruh pasang awek banyak sangat. Kan dah tak ingat yang mana satu."
"Alah kau ni... Terus terangjelah. Sally yang mana satu?" gesa Tengku Naufal.
"Alah yang nama dia Saleha tu.Tapi saja je gedik-gedik nak kita panggil Sally. Kau kenal dia masa kau datang kat fesyen show mama kau. Masa dua minggu lepas." terang Haris.
"Oh... Sally yang tu. Mmm... dia tu rupanya. Aku dah lama tak call dia. Naik boring aku dengan minah tu. Jenis queen control pulak tu. Dibuatnya aku macam dah jadi laki dia je. Telefon aku 24 jam. Tanya aku itu ini. Rimas aku dibuatnya," luah Tengku Naufal.
"Ye ke? Patutlah minah tu datang nak serang kau kat office. Mesti si Sally tu naik berang sebab kau dah lama takcall dia."
"Biarlah Sally tu. Malas aku nak layan dia. Tak penting pun. Buang masa je. Dia ingat aku sangat ke dengan dia?"
"Tahulah kau ada banyak stoklain. Yelah... playboy kelas pertama lah nak dikatakan. Seorang pergi, tiga orang yang lain datang kat kau. Balik-balik aku yang gigit jari. Tak dapat apa-apa. Huhuhu... " Haris berpura-pura sedih.
"Ramai je yang berkenan dengan kau. Tapi saja jual mahal. Memang lah tak dapat," kata Tengku Naufal. Baginya Haris memang seorang yang handsome. Malahan dia adalah anak seorang jutawan yang terkemuka di Malaysia. Tapi Haris tidak mahu menunjuk. Dia lebih suka berdikari sendiri dan tidak bergantung dengan kekayaan milik keluargaannya.
"Alah... Aku gurau je. Aku ni kalau boleh nak cari bini terus. Senang nak jaga aku. Tak mainlah perempuan yang pakai baju terbuka sana sini tu," kata Haris secara tidak langsung memerlih sahabatnya. Tengku Naufal hanya tersenyum.
"Aik... perli nampak. Tahu lah kau suka dengan perempuan yang alim. Tak macam aku ni..." kata Tengku Naufal. Dia tahu dari dulu Haris memang tak suka dengan perangainya yang suka bertukar-tukar perempuan. Tapi sengaja dia bukan pekak je.
"Oklah. Aku nak chow dulu. Ada hal lepas ni. Apa-apa hal nanti jangan lupa call aku." Haris minta diri meredar.
"Yelah... Hati-hati masa memandu nanti," pesan Tengku Naufal.
"Kau tu pun. Rehat banyak-banyak dan jangan fikir sangat pasal kerja kat office tu." kata Haris sebelum beredar.
Tinggallah Tengku Naufal berseorangan di dalam bilik rawatan. Bosan dia. Tak ada benda lain yang boleh dibuat selain berbaring je kat katil. Nak berjalan-jalan, kakinya masih terasa berdenyut-denyut. Ditambah-tambah lagi apabila kakinya ditendang oleh gadis itu. Makin sakit dibuatnya.
Tengku Naufal tahu salah dia jugak sengaja menghina gadis itu. Tapi nak buat macam mana, dia rasa sakit hati sangat. Sebab gadis itu, dia terbaring di hospital sekarang.
Last edited by Nur_Allyn on 17-12-2014 11:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|