CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Kisah-kisah BENAR

[Copy link]
 Author| Post time 1-9-2014 02:06 AM | Show all posts
Abangcute posted on 31-8-2014 09:48 PM
Hentak kepala hang pa dua ni baru tau. Tak mau beriman kpd Alquran ka?

Apa kesss!!!

biasa la bro..dia hari2 lepak kat Baqi'.....lps tu panggil si Cili padi aka Adam aka Totok aka byk MN......

tu la kejenya...buat MN byk2 dan provok sana sini....

sampaikan IP kat Amerika dgn Afrika pun dikatanya MN aku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2014 02:10 AM | Show all posts
pening aku dgn MN ni...


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 1-9-2014 02:06 AM
biasa la bro..dia hari2 lepak kat Baqi'.....lps tu panggil si Cili padi aka Adam aka Totok aka byk ...

hahaha.

sabo aje ler
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 09:22 AM | Show all posts
Ni lagi apa kes cerita multinick.  Muktinick tu tak ada larangan pun.  Buat la multinick banyak mana pun kalau tak disiplin kena cantas juga.

Bukan ke ini topic KISAH BENAR?  Yang sekarang ni dah ter'pertikai' sebab tetiba ada gambar makam Saidina Fatmah?  Sedangkan bila ditanya sampai Madinah, tak seorang pun boleh confirm di mana!

Mungkin bagus tukar topic jadi KISAH-KISAH BELUM CONFIRM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 12:42 PM | Show all posts
ibnur posted on 1-9-2014 09:22 AM
Ni lagi apa kes cerita multinick.  Muktinick tu tak ada larangan pun.  Buat la multinick banyak mana ...

Setuju. Perkataan BENAR itu akan mengelirukan lebih2 bila ia di bawah tajuk agama islam.

Kadang2 kebenaran yg diterima dlm islam itu boleh pelbagai dan tidak boleh ditetapkan atas alasan berlapang dada pada KHILAF. Ambil ini pun boleh sebab ada ulama muktabar, ambil itu pun boleh pun sebab ada ulama muktabar.

Contoh khilaf: tarikh sebenar maulid nabi, umur Aisyah RA & Fatimah RA berkahwin, jumlah ayat2 AL-QURAN, asbab annuzul, dll.

Hadis2 pun ada statusnya. Ada ulama kata ia sahih, ada ulama kata tidak. Ada ulama kata dhaif tak boleh amal, ada kata boleh amal tak boleh sebar, ada kata amal & sebar tak mengapa malah disebarkan juga amalan/wirid/ratib ciptaan sendiri.

Begitu juga dgn kubur Fatimah RA ni. Ada riwayat mengatakan dikebumikan di waktu mlm di Baqi' tanpa ditandakan dan disembunyikan lokasinya atas menjaga kehormatan, tetapi, ada juga tersebar gambar sekelompok syiah meratap di kubur yg dikatakan kubur Fatimah RA.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:03 AM | Show all posts
Ok, kita sembang rileks-rileks dulu... kes ni mungkin ada khilaf dan ada salah faham.

Janganlah ada pula yang lain cepat tuduh fitnah dan atau kata tak mahu beriman kepada Al-Quran, bagi kes khilaf atau yang melibatkan salah faham...


Kepada tuan @GuaAnakMelaka:
Adakah gambar pada post #8 gambar di perkuburan Al-Baqi? Kalau bukan, boleh jelaskan gambar itu merujuk di mana?

Kepada tuan @ibnur,
Tuan GAM ingat tuan ibnur mempersoalkan pasal tanda, dan gambar tu tak tunjuk tanda pun, cuma boleh dipertikaikan sebab lokasinya macam diketahui.

Sebab ada fakta yang bertentangan, apa kata masing-masing beri pencerahan (dari tuan GAM dan ibnur):
- di mana lokasi kubur Sayyidatina Fatimah Az-Zahra (jika diketahui)
- jika diketahui, adakah kubur itu bertanda?

Orang lain kalau nak masuk beri fakta masing-masing, boleh, tapi jangan buat tuduhan dulu sehingga GAM dan ibnur masing-masing beri fakta mereka

.......

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-9-2014 11:38 AM | Show all posts
mnm77 posted on 2-9-2014 11:03 AM
Ok, kita sembang rileks-rileks dulu... kes ni mungkin ada khilaf dan ada salah faham.

Janganlah a ...

salam.

Sebenarnya ia gambar lama,sekarang kebanyakan kubur di Baqi' sudah diratakan dan memang tiada nama dan hanya berpandukan kepada peta kedudukan kubur para sahabat,isteri dan anak Nabi SAW.





Antara gambar lama adalah :



















begitu juga di Ma'la Mekah.

malah kubur para Syuhada' Uhud juga tiada tanda kecuali kubur Saidina Hamzah yang mempunyai sedikit binaan bangunan berbanding sahabat lain hanya berbatu biasa.

Ketika aku di Madinah 1992,aku membeli buku peta kedudukan perkuburan Baqi' dan bertanya penduduk tempatan untuk mengetahui lokasi kubur2 para sahabat,isteri Nabi,anak Nabi dan lain-lain.








Memang tiada langsung tanda kecuali batu-batu biasa sahaja.Hanya mereka pakar yang boleh mengenal pasti kedudukan tepat terutama sekali penduduk tempatan dan ulama'.

Aku x faham mengapa Ibnur ( Sultan ) tiba2 menyerang aku BERDUSTA DAN BERBOHONG sdgkan aku dah buat kajian.Bahasanya amat biadab kerna mengetahui aku ( rakyat biasa : bukan mod ) tidak mampu melawannya.

Apabila aku bertanya adakah dia Syiah,dia marah pula sdgkan aku sekadar bertanya.Puak Syiah memang marah kesemua tanda2 kubur telah dimusnahkan pemerintah Saudi kerna banyak khurafat berlaku termasuk mengambil tanah atau batu di Baqi'.Aku sendiri pun x berani bertekak dgn ilmuwan kerna sedar ilmuku sedikit,apa lagi kalau sekadar SPM shj.

Sbnrnya aku mmg menyampah dgn Ibnur sejak dulu lagi,caranya yang kurang ajar dan biadab,malah sering mengeji ilmuwan wlupun mereka mempunyai pendidikan lebih baik berbanding dirinya sekadar SPM.Kenyataan ini bukan  menghina,IANYA FAKTA.Jik demikian,mengapa Muftiu tidak dilantik dr mereka hanya ada SPM sahaja?


Sebaiknya jika mahu menjaga bod agama,perlu muhasabah diri sendiri,layak atau tidak.Ada seorang mod bod lain dah berhenti kerna berasa diri tidak layak.

Sekadar pencerahan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 11:47 AM | Show all posts


إسماعيل بن جعفر الصادق بن محمد الباقر بن علي زين العابدين بن الحسين بن علي بن أبي طالب

Ini gambar lama....puak Syiah sering bertafakur dan melakukan perbuatan syirik dan khurafat termasuk mencium dan mengusap batu2 dan binaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 03:51 PM | Show all posts
mnm77 posted on 2-9-2014 11:03 AM
Ok, kita sembang rileks-rileks dulu... kes ni mungkin ada khilaf dan ada salah faham.

Janganlah a ...

Assalamualaikum mnm77,

Saya reply ni sebab tuan bertanya.  Sebab bagi saya, apa yang saya nak sampaikan dah dipost. Terpulang samada nak percaya atau tidak.

seperti mana tuan mnm77 sudah tahu, dalam sejarah dan sirah, Saidina Fatimah r.a. dimakamkan diwaktu malam.  Dan tidak ditandakan.  Ada pendapat kata di AlBaqi Wallahu'alam.  Saya rasa saya tak perlu beri rujukan apa-apa untuk ini sebab saya rasa ilmu tuan mnm77 sudah pasti tahu dimana rujukan riwayat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:38 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 2-9-2014 11:38 AM
salam.

Sebenarnya ia gambar lama,sekarang kebanyakan kubur di Baqi' sudah diratakan dan memang tiada nama dan hanya berpandukan kepada peta kedudukan kubur para sahabat,isteri dan anak Nabi SAW.

Salam Tuan GAM,

Terima kasih. Saya hargai usaha tuan memberi penjelasan berdasarkan ilmu, kajian dan pengalaman tuan. Jadi bolehlah kita buat kesimpulan jika benar makam Fatimah puteri Nabi berada di Al-Baqi', tidak juga diketahui dengan pasti di mana tempat asalnya, dan jika ada pendapat-pendapat yang menyatakan tempat tertentu, pun masih belum dapat kepastian. Boleh setuju tak?

Aku x faham mengapa Ibnur ( Sultan ) tiba2 menyerang aku BERDUSTA DAN BERBOHONG sdgkan aku dah buat kajian.Bahasanya amat biadab kerna mengetahui aku ( rakyat biasa : bukan mod ) tidak mampu melawannya.

Pada hemat saya, tuan ibnur cuba sampaikan mesej (dengan caranya) pasal gambar makam Fatimah R.A, bukannya pasal isu kisah-kisah yang tuan GAM bawa.

Setahu saya, Ahli Sunnah tidak menetapkan tempat kubur Fatimah RA secara spesifik (betulkan saya jika saya salah). Jika ada gambar-gambar yang menetapkan kubur Fatimah RA, dikhuatiri sumber itu dari Syiah. Dan saya rasa itulah mesej ibnur nak sampaikan... (ilmuwan macam tuan GAM mungkin boleh juga tersalah ambil maklumat dari Syiah)

Antara gambar lama adalah :


Contoh gambar di atas bersumber dari alshirazi.net

http://www.alshirazi.net/

Nampak macam dari sumber Syiah, kan?
(kat bawah ada tulis: العراق ـ كربلاء المقدسة ـ شارع قبلة الإمام الحسين عليه السلام    Iraq – Holy Karbala - Imam Hussain street)

Juga yang ini:


Sumber dari:
http://www.alrsool.org/

Juga nampak macam dari sumber Syiah, kan?

Memang ada banyak manfaat dari kisah-kisah benar yang tuan GAM bawa (Alhamdulillah, terima kasih), cuma yang tak pasti pasal makam Fatimah RA tu yang ditegur tuan ibnur...

Saya harap tuan GAM boleh sambung lagi kisah-kisah kebenaran....menarik.... yang mana ada khilaf, bertentangan fakta, atau perlukan perbincangan lanjut sama-sama kita kaji demi kebenaran...

Last edited by mnm77 on 3-9-2014 10:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:45 AM | Show all posts
ibnur posted on 2-9-2014 03:51 PM
Assalamualaikum mnm77,

Saya reply ni sebab tuan bertanya.  Sebab bagi saya, apa yang saya nak s ...

Wa 'alaikumussalam...

Terima kasih atas reply.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:47 PM | Show all posts
mnm77 posted on 3-9-2014 10:38 AM
Salam Tuan GAM,

Terima kasih. Saya hargai usaha tuan memberi penjelasan berdasarkan ilmu, kajia ...

Sebenarnya bukan semua lokasi makam para sahabat Nabi SAW,anak,isteri dan lain-lain bersumberkan Syiah.

Hakikatnya Syiah yang menceduk maklumat dari buku-buku karangan Ahli Sunnah.Buku-buku karangan ulama' muktabar Ahli Sunnah memang menyatakan dengan tepat lokasi kubur.

Jika tidak silap aku,pada zaman Sultan Malik Faisal,tanda dibuat untuk pengenalan lokasi kubur mereka di Baqi'  ,namun dimusnahkan selepas Malik Fahd menjadi Raja.Malik Fahd lebih memihak kepada Amerika,berbanding Malik Faisal yang sering membaca khutbah Jumaat mengutuk Amerika dan sekutunya.Akhirnya Malik Faisal dibunuh anak saudara sendiri melalui perancangan CIA dan Mossad.

Pd pendapat aku,lebih baik kubur ditandakan ,bukan membina bangunan tetap seperti kubur para ulama' dan para Nabi di Syria dan sebagainya.Tanda untuk memudahkan dikenali dan ziarah.

Aku pernah membaca buku Syiah al-Kafi sbg rujukan dan perbandingan,belajar kitab Nailul Author yang ditulis seorang ulama' yang mengikut aliran Imam Syiah Zidiyyah di Masjid Nabawi selepas solat Maghrib,malah pernah membaca Injil dan kitab agama lain di perpustakaan.Aku juga mmbaca banyak buku2 mengenai Falsafah dan Manthiq  karangan Imam Ghazali dan sebagainya.( Ilmu Falsafah dan Manthiq dDIHARAMKAN di Universiti Islam Madinah - aku pun tidak tahu apa sebabnya dan ada seorang  pelajar pernah bertanya pensyarah dan dia menjawab "Falas safah : Ilmu "muflis dan bodoh"  ) .

Contoh mudah Syiah menceduk ilmu dari kitab ulama' Ahli Sunnah adalah lokasi Uhud,di mana Nabi SAW bersembunyi di dalam sebuah lobang akibat serangan dahsyat puak kuffar dalam perang Uhud.

Mereka pergi bermunajat dan bertafakkur di kawasan tersebut.Justeru tiada papan tanda pengenalan.Kita boleh bermuhabalah dan berbeza pendapat,namun BAHASA KASAR DAN BIADAB SEPERTI IBNUR,Maaf,aku tak berkenan.

Aku pernah bertemu ramai manusia biadab,termasuk ketika memberi kuliah Maghrib,mereka menjawab SMS dan panggilan,seakan kuliah Maghrib tidak penting bagi mereka.

Aku amat tegas dan minta sesiapa yang buka henpon agar keluar dari majlis,sdgkan aku ada 4 henpon aku tutup untuk tumpukan pengajian.

Sekadar pencerahan .

Aku baru balik Poliklinik,check fetus 5 minggu,anak ke 5 bakal lahir dgn izin Allah pada 5.5.2015.....skrg amat sibuk dgn pelbagai urusan dunyawi wa ukhrawi....plan restoran antarabangsa dijangka buka  pada 1.1.2016 pun belum siap.





Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 02:51 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 3-9-2014 12:47 PM
Sebenarnya bukan semua lokasi makam para sahabat Nabi SAW,anak,isteri dan lain-lain bersumberkan S ...

Tahniah Ustaz GAM





Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:11 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 3-9-2014 12:47 PM
Sebenarnya bukan semua lokasi makam para sahabat Nabi SAW,anak,isteri dan lain-lain bersumberkan S ...
Aku baru balik Poliklinik,check fetus 5 minggu,anak ke 5 bakal lahir dgn izin Allah pada 5.5.2015.....


Tahniah.. Semoga wife dan baby sihat sentiasa....

so nice..baby...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 05:34 PM | Show all posts
burungantu posted on 3-9-2014 02:51 PM
Tahniah Ustaz GAM

Amin...terima kasih atas doa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 05:35 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 3-9-2014 03:11 PM
Tahniah.. Semoga wife dan baby sihat sentiasa....

so nice..baby...

Thanks Elly...my wife pn berdebar2 sbb dah lama x peknen...anak bgsu dah 6 tahun ( pra-sekolah )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 05:38 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 3-9-2014 12:47 PM
Sebenarnya bukan semua lokasi makam para sahabat Nabi SAW,anak,isteri dan lain-lain bersumberkan Syiah.

Hakikatnya Syiah yang menceduk maklumat dari buku-buku karangan Ahli Sunnah.Buku-buku karangan ulama' muktabar Ahli Sunnah memang menyatakan dengan tepat lokasi kubur.

Saya setuju, bukan semua lokasi para sahabat Nabi, anak isteri dan lain-lain bersumberkan Syiah. Tak timbul isu maklumat yang tuan ustaz GAM bawakan kesemuanya bersumberkan Syiah. Banyak maklumat yang tuan bawa memang BUKAN bersumberkan Syiah, sebabnya jelas, tuan sendiri memang Ahli Sunnah kan? Hanya berkaitan dengan gambar kubur Sayidatina Fatimah RA sahaja yang menjadi isu samada benar atau tidak tentang lokasi tempatnya secara spesifik.

Jika Syiah menceduk maklumat tentang kubur Fatimah RA dari Ulama Ahli Sunnah, tentunya boleh ditemui sumber Ahli Sunnah tentang kubur Fatimah RA. Mungkin tuan boleh sambung penjelasan dari sumber Ahli Sunnah jika ada sedikit masa untuk diluangkan....

Aku baru balik Poliklinik,check fetus 5 minggu,anak ke 5 bakal lahir dgn izin Allah pada 5.5.2015.....skrg amat sibuk dgn pelbagai urusan dunyawi wa ukhrawi....plan restoran antarabangsa dijangka buka  pada 1.1.2016 pun belum siap.

Tahniah!! Moga Allah tambah rezeki tuan.... dan saya doakan kebaikan dunia dan akhirat untuk tuan...... لا تنساني في الدعاء




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 05:58 PM | Show all posts
mnm77 posted on 3-9-2014 05:38 PM
Saya setuju, bukan semua lokasi para sahabat Nabi, anak isteri dan lain-lain bersumberkan Syiah. T ...

Insya-Allah jika ada masa terluang,nak belek2 semula kitab2 yang jumlahnya beribu ...sekarang ni baca dlm Ebook syamela dan internet...

Isu mengenai lokasi kubur di Baqi' dan Ma'la memang kontroversi di mana banyak percanggahan.Malah sejarawan hanya mengesahkan kubur Nabi Mohd saw adalah SAH dan SAHIH berbanding kubur para anbiya' lain.

Kubur Saidina Ali r.a pun ada pertikaian.Ada yang mengatakan jasadnya di Baqi',manakala kepalanya di Karbala Iran.Ada pula mengatakan kesemua jasad di Baqi'.Ibnu Kathir rahimahullah berpendapat jasad Ali sempurna di makamkan di istana Khalifah di Kufah,kemudian istana dirobohkan agar kuburnya tidak dapat dikesan.

Pertikaian berlaku kerna maklumat dan sejarah berlaku ribuan tahun dan sentiasa ada tahkik dan pembetulan.Contohnya dalam sahih Imam Bukhari ada 4 hadis daif di mana pengesahan perawi dibuat semula oleh Imam Albani rahimahullah.

Bukan semua Syiah itu SESAT,Syiah Zaidiyyah contohnya melahirkan ramai ulama' Fekah dan sejarah dan buku mereka dijadikan rujukan ulama' ahli sunnah wal jamaah.

Malah dalam negara kita pun ramai yang mengaku berpegang dengan ahli sunnah wal jamaah ,namun amalan mereka lebih teruk dari kafir dan Munafik.

Cuma aku amat sedih dgn tindakan kerajaan Arab Saudi yang banyak menghapuskan kesan sejarah terutama sekali parit Khandaq,rumah Khadijah bte Khuwailid dan sebagainya dengan alasan ramai menjadikannya tempat memuja dan syirik.Sejak Khalifah pertama Abu Bakar as-Siddik r.a kawasan sejarah dipelihara dengan baik sebagai tatapan generasi akan datang.

Sejarah amat penting...............aku minat sejarah dan sentiasa membaca buku sejarah....sama ada sejarah dunia atau sejarah Islam.



Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae posted on 13-8-2014 12:57 PM
sabar menanti untuk tt menceritakan Kisah 4 pula..

gitu sekli matanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 04:29 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 3-9-2014 12:47 PM
Sebenarnya bukan semua lokasi makam para sahabat Nabi SAW,anak,isteri dan lain-lain bersumberkan S ...

saya yang lemah ini ingin komen sedikit tentang ilmu falsafah....
tak salah untuk mendalami ilmu falsafah utk melihat sudut pandang yang baru dan unik....

cuma untuk menyedari bahaya falsafah, mungkin  anda perlu teruskan berfalsafah mantik dulu, lihat ke mana ia akan membawa kebenaran pergi...

apa penghujungnya.....

setakat yg sy belajar setakat ni, setakat yg saya alami sendiri, falsafah membawa kita kepada atheist....

dan sejarah jugak membuktikan kesemua tokoh2 falsafah, tiada dlm pengetahuan sy yg berjaya bertahan yg sy kenal kecuali imam al-ghazali....

imam al ghazali belajar falsafah utk menyedari dan  menunjukkan bahayanya falsafah....

sy memiliki perjalanan seperti imam al-ghazali dlm falsafah, cuma berbeza dari segi magnitude, kerana imam al-ghazali jauhhhhhh lebih hebat padahal sy adalah pacal hina....

tp pattern dia, di mana, belajar falsafah utk diberi hidayah oleh Allah akan bahayanya...

saya tidak pasti nasihat sy menyuruh anda teruskan belajar falsafah itu nasihat yg tepat atau tidak....

kerana ulamak2 sunnah membenci falsaafah....

tetapi imam al-ghazali, dan sy sendiri belajar falsafah utk lebih memahami....maka sy faham lebih tentang bahanyanya berbanding org yg tidak mendalami falsafah...

begitu jugak bab bidaah...

ada org tidak melakukan bidaah kerana benar2 ikut sunnah...

tetapi sy sendiri tidak melakukan bidaah selepas sy melakukannya dgn bersungguh2......baru sy nmpak bahayanya  dan sy lebih faham dari yg tidak pernah melakukannya....


wallahua'lam....sy tidk tahu berhenti terus lebih baik atau mendalami dahulu yg lebih baik.....

milik Allah lah yg terbaik, kalau sy dapat tahu method Allah dlm hal ini, maka kita katakan itulah yg terbaik...tanpa mempedulikan kepuasan diri...
wallahua'lam...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.076912 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list