CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AwgSagi

Isunya utk PROVOKASI tapi JUJUR mahu tahu :-)

[Copy link]
Post time 25-6-2014 05:41 PM | Show all posts
kajian tentang saintis jepun mengatakan struktur molekul air akan berubah setelah dibacakan ayat tertentu kepadanya...

dia bukan saintis..dapat doktor perubatan alternatif dari india kalau tak silap.. boleh google pasal lelaki itu..nama apa pun tak ingat dah....ramai yang pertikaikan kajian tersebut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2014 06:24 PM | Show all posts
jebat05 posted on 25-6-2014 10:20 AM
saya setuju sgt2 dgn pendapat tuan... kebanyakkan perawat sekarang adalah "commercial orientated". ...

Mahalnya air. Apa yg bagi dia mahal? Kat sini, air RO yg di 'isi' keluaran pusat rawatan ruqyah-based mahal sikit dari air RO biasa.
Air RO tu sebenarnya keluaran kilang yg buat air RO generik iaitu tanpa label. Pusat tu beli bubuh label sendiri, buka tudung botol, dedahkan dihadapan pembaca yg akan 'mengisi' air itu dgn 'khasiat' yg generik hehehe. Sebab generik, air tu boleh diguna merawat pelbagai penyakit, katanya. Lepas habis baca, tudung botol dipasang semula tapi dah tak SEALED lagi dah. Semua air RO pusat tu memang dah terbuka SEALED tudungnya. Kalau nak ikut logik guna standard perbotolan, air tu boleh dianggap contaminated sebelum sampai kepada pembeli yg meminumnya. Yang bestnya, jebat, antara yg dibubuh dlm label yg saya baca:
1. JANGAN DILANGKAH, AIR INI DIBACAKAN AYAT2.
2. Segala macam mineral dlm air ada disenaraikan oleh pengilang air.
3. Tiada senarai surah2 atau zikir2 yg di'isi'kan oleg pusat rawatan.
4. Tiada senarai khasiat2 tambahan yg signifikan akibat dibacakan surah2.
5. Tiada senarai nama2 qari yg membacakan surah2. (saya rasalah, kalau yg baca surah2 tu sheikh saad al-ghamidi ker, pasti diselitkan: surah2 dibaca oleh sheikh saad al-ghamidi secara bertarannum bayati, saba', hijjaz & nahawand dgn qiraat hafs - hehehe saje je nak provoke).

Adakah penting senarai yg tiada tu? Sebenarnya penting, tapi who cares, kalau kita tanya, nanti ditanya balik, awak siapa, apa kepandaian awak, yg baca ni ustaz2 yg telah berkursus jadi perawat dan telah dicertified oleh TOK GURU, awak ada sijil? Hehehe, nanti kita jawab, "saya telah dicertified oleh TOK GURU kepada TOK GURU awak tu melalui Majlis Yaqazah", mungkin mereka akan terpana sekejap hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
k_a_a posted on 25-6-2014 10:31 AM
Ustaz Sharhan cakap kat TV3, ruqyah = jampi (base melayu)... tapi jampi guna ayat al-quran la... sam ...

Betul dari segi bahasanya. Dari segi mindset, kalau kita sebut ruqyah ia merujuk pada surah2 & zikir2, dan, kalau dijampi maka ia merujuk kepada bacaan org melayu yg macam pantun tu.
Bezanya? Ada beza in practical. Kalau minat nak tahu, kena buat observation sendiri antara dua kaedah tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah posted on 25-6-2014 10:37 AM
TT ini dalam maksudnya...takpa mama baca dulu...

Jgn ler selam sampai dasar mama, nanti takde modal saya nak provok hehehe.

Anggaplah thread ni tempat kita luahkan pendapat provokasi pada perkara2 mistik yang kita susah nak chew atau nak kongsikan info tentang mistik yg lari dari what most people already knew.

Perkara mistik seperti jin ni, takde yg boleh gerenti info dialah yg tepat kerana ia self-confess atau masuk bakul sendri mau angkat hehehe, kecuali yg tercatat dlm ALQURAN jer yg mutlak.

Mungkin akan ada nanti readers yg boleh kongsi info yg boleh mencerahkan kalau ada persoalan yg susah nak chew. :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 08:07 PM | Show all posts
palmolive posted on 25-6-2014 10:49 AM
yg hembus pada air tu ada kajian oleh saintis jepun pasal molekul air..

Saya ada buku versi terjemahan tentang kajian tu.

Palmolive pasti pernah tengok org ruqyah/jampi air kan.
Yg biasa, tudung botol atau apa penutup pada bekas dibuka.

Kalau utk umum atau generik, semua bekas dikumpul di hadapan perawat, dibacalah ayat2 tertentu, di hembus, kalau banyak bekas berhimpun, dihembus kiri-kanan.

Kalau khusus utk individu, kalau perawat tradisi, dia minta nama, air penawar tu utk sakit apa, lepas tu dia baca basmalah kemudian utk 1st sentence kalau sakit biasa2, perawat akan sebut ASAL-USUL PENYAKIT seperti "aku tahu asal mu menjadi [nama penyakit]". Part ni yg tricky, kalau tak berminat nak faham memang takkan faham kenapa jampi macam tu dan banyak versi asal-usul walaupun penyakit tu sama. Kemudian ditutup dgn BERKAT muhammad... BERKAT la ilah... Kata perawat yg saya tanya, basmalah & penutup tu walaupun tak baca tak apa sebab dlm diri sudah ada dan sebelum islam dtg kat tanah melayu pun tak baca hehehe...

Persamaan dlm penyediaan air yg dijampi, semua perawat akan buka tudung botol. TAPI, 1st time saya lihat seorang perawat menjampi air tak buka tudung botol air RO yang masih utuh sealed, dia merenung air jer, mungkin guna kesan PANCARAN mata, hehehe. Lepas tu,  dia hembus pada botol sambil mengurut badan botol. That's something  pada knowledge perawat tu.

TAPI, apa beza air biasa dgn air yg dijampi?  Di sini ada perbezaan. Saya tak pernah tau ada perawat ruqyah islam claim ada perubahan pada air, tapi, perawat tradisi ada indikasi samada air penawarnya akan selulu dgn pesakit - katanya kalau rajin, cuba tanya pada perawat ada beza tak. Kalau ada, apa yg signifikan. Perawat tradisi melihat pada 2 tanda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 25-6-2014 12:39 PM
Aku nak komen, tapi tak tau nak komen apa

Hahaha, dia tak kenal PM tempat negara dia tinggal, nak minta halau ke bermuda kot.
Kat tempat saya ni, segala mcm kes saka, rasukan dll seperti thread2 sini tak pernah ada & tak pernah dikenal. Tu yg kadang saya skeptikal, tapi saya tetap kiv manatau ada pencerahan di masa mendatang.

Perawat2 tradisi kat sini iaitu orang2 tua yg dlm umur 60   ke atas, kalau borak2 pasal makhluk halus mcm mereka bercakap tentang golongan yg akan lari jauh dari perkampungan manusia seolah ada perjanjian atau budak dungu yg menganggu orang bila disuruh atau silurus bendul yg tak nak berganjak dari kawasan tu selagi tak menepati arahan atau orang gila talak atau seolah bangsa yg pernah ada pamor yg ditarik balik.

My only close encounter dgn makhluk halus ni ketika menghadiri upacara berubat secara menurun. Lama dah. Upacara dibuat waktu malam di sebuah rumah sawah tepi hutan. Rumah hanya diterangi dgn lampu pelita sebab itu syarat. Agaknya 'makhluk halus' tu sensitif dgn arus elektrik, tapi, very klasiklah, ada pemuzik, mayang pinang tempat bermain dan rokok capstan. Perantara bertanjak dan besamping kuning, mata terpejam sambil duduk atas kerusi seperti raja. Pemuzik memainkan lagu yg mendayu. Tanda perantara di'masuki', kakinya mula bergoyang ikut muzik. Mungkin sebab naik syeh, dia menari sekejap dan berayun pada mayang. Lepas tu baru dia duduk semula. Dia buka mulut, "Ramai jugak. Ada apa ni?". Isteri perantara akan bertanya siapa yg dtg ni, maka dia akan mengenalkan diri. Kalau org biasa mengikuti upacara ini, mereka boleh meneka siapa yg turun dari gayanya merapikan tanjak, menari, duduk dsbnya.

Pengalaman yg dah tak diperolehi sekarang ni, at least kat tempat saya. Orang yang juga seorang bilal masjid dan pandai menempa besi parang tu dah meninggal dunia lama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2014 08:11 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 25-6-2014 02:44 PM
thanks bro sham atas ke'pendek'an cerita. intro panjang giler

ada pun sebut nama lepas tu jin  ...

Hmm mungkin.

Kita panjangkan sikit. A few persoalan:

1. Ulama jenis macammana yg dikatakan besar tu? Cuba bagi contoh sikit dgn menyebut nama yg ada kat Malaysia.

2. Kenapa perlu baca ayat2 yg pelbagai, tak cukup dgn taawudz, basmalah, 3 qul, ayat kursi dll. Tak cukup powder ker ayat tu?

3. Adakah jin itu jin kafir? Kalau jin kafir adakah dia itu syaitan?

4. Kita manusia biasa digoda syaitan utk pelbagai kejahatan seperti mengumpat, khianat dsbnya. Adakah kalau kita bacakan ayat2 ruqyah pada sekumpulan manusia yg mengumpat & bergosip, maka akan timbul lah suara2 garau jin yg sedang merasuk mereka atau perlu ditepuk-ditampar bahagian badan baru jin mengumpat tu keluar?

5. Adakah anda anwa jenis yg "apabila disebutkan nama ALLAH akan mengeletarlah seluruh badan" atau ketika mengcopy/paste ayat2 ALQURAN di forum atau blog utk dibaca org lain anda akan rasa seram-sejuk akibat beban tanggungjawab besar mengguna ayat2 ALLAH?

Tu jer dulu, lebih panjang pulak. Hope u don't mind. :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 08:40 AM | Show all posts
ratna posted on 25-6-2014 02:51 PM
meraga sukma..1st time dgr..

Meraga sukma?

Satu kaedah mengeluarkan roh dari badan untuk tujuan yg dihajatkan dgn kawalan & kesedaran penuh oleh yg empunya badan.

Setakat ni, saya kalau dengar claim yg memiliki kemampuan ni adalah seperti sendiri buat cerita, sendiri jadi bukti dan sendiri mengiyakan kebenarannya.

Yang claim ada kemampuan ini memang ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 09:24 AM | Show all posts
KIsah jin merasuk budak tahfiz, jin Islam tu "melawan" semula dgn membaca ayat2 "counter-attack" apabila dibacakan ayat2 utk menghalau jin.. diceritakan oleh seorang ustaz di USA.. diceritakan dalam Youtube, ada subtitle.

Close encounter dgn Jin Islam (yg hafiz)...


Last edited by k_a_a on 26-6-2014 09:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:04 AM | Show all posts
AwgSagi posted on 26-6-2014 08:11 AM
Hmm mungkin.

Kita panjangkan sikit. A few persoalan:

Ok, aku cuba untuk menjawab persoalan ini walaupun tt tak suruh
Kita panjangkan sikit. A few persoalan:

1. Ulama jenis macammana yg dikatakan besar tu? Cuba bagi contoh sikit dgn menyebut nama yg ada kat Malaysia.
Ulama besar yg diperkatakan di malaysia ini ialah ulama yg juga perawat, jika ulama' saja tapi tak merawat tak dikira . Beberapa tokoh ulama yg besar yg juga perawat ialah Dato Harun Din, Dato Ismail Kamus.... yg tak de title ulama pula seperti ustaz syarhan, ustaz Shuhaimi dll
2. Kenapa perlu baca ayat2 yg pelbagai, tak cukup dgn taawudz, basmalah, 3 qul, ayat kursi dll. Tak cukup powder ker ayat tu?
Mengapa perlu membaca ayat ayat pelbagai seperti manzil(ayat 33), Ruqyah, Mathurat, ayat 25, ayat 7 Bismillah 6 dsb tu adalah disebabkan keyakinan perawat tersebut bahawa ayat tersebut mampu mengalahkan syaitan yg mengganggu. Tanpa membaca ayat tersebut, perawat akan mati kutu, tak tau nak buat apa dah, lagi pula kalau dah dibacakan pun semua ayat tersebut, tapi syaitan(jin) yg mengganggu masih segar bugar sambil mempermainkan perawat.
3. Adakah jin itu jin kafir? Kalau jin kafir adakah dia itu syaitan?
Tak kira jin itu kafir atau islam sekalipun, jika dia dah mengganggu manusia, digelar syaitan, sebab makna syaitan adalah kejahatan(jauh dari kebaikan)
4. Kita manusia biasa digoda syaitan utk pelbagai kejahatan seperti mengumpat, khianat dsbnya. Adakah kalau kita bacakan ayat2 ruqyah pada sekumpulan manusia yg mengumpat & bergosip, maka akan timbul lah suara2 garau jin yg sedang merasuk mereka atau perlu ditepuk-ditampar bahagian badan baru jin mengumpat tu keluar?
Syaitan yg menggoda dan membisikkan kejahatan pada setiap manusia digelar Qarin. Tiada kesan pada jin qarin ini walaupun dibacakan apapun.
5. Adakah anda anwa jenis yg "apabila disebutkan nama ALLAH akan mengeletarlah seluruh badan" atau ketika mengcopy/paste ayat2 ALQURAN di forum atau blog utk dibaca org lain anda akan rasa seram-sejuk akibat beban tanggungjawab besar mengguna ayat2 ALLAH?
Ni aku tak boleh jawab sebab ditujukan pada anwar... hehe
Tapi kalau dibacakan pada aku sendiri, takkan terkesanpun, sebab iman dan taqwa aku amat lemah jugak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:37 AM | Show all posts
k_a_a posted on 26-6-2014 09:24 AM
KIsah jin merasuk budak tahfiz, jin Islam tu "melawan" semula dgn membaca ayat2 "counter-attack" apa ...

Still, orang hanya akan cakap, itu hanya cerita... mungkin benar mungkin tidak. Belum boleh dipanggil True Story.

Secara pengalaman sendiri pernah tak k_a_a hadir ketika rasukan terjadi... rawatan dibuat dan pemulihan berlaku?

Ketika peristiwa rasukan di sekolah menengah perempuan sekitar tahun 2005~6 terjadi (story ni meletup sebab 1st time terjadi dan sultan sendiri datang menyaksikan rawatan dibuat dan ada videonya disebarkan), pada malam kejadian, seluruh kawasan sekolah tu di seal oleh polis kerana dikatakan serangan besar-besaran oleh jin merasuk tu akan terjadi dan orangramai dilarang mendekati kawasan tu. Saya masa tu ada buku Manzil kerana terpengaruh dengan diskusi dalam Forum CVT. Tengah malam tu saya keluar drive kerana sekolah tu dekat benar dengan jalanraya, konon2, saya nak cubalah keampuhan bacaan dalam buku Manzil ni dan nak jadi unsung hero ikut membantu negara hehehe. Sampai kawasan tu, adalah juga few groups yang berada di persekitaran di luar dari kawasan yang di sealed oleh polis. Saya park kereta, dan bacalah ayat-ayat dalam buku Manzil tu. Adalah rasa seram tengkuk dan degupan jantung pun laju sikit sebab mungkin kesan terlebih teruja. Lepas baca, saya pulang. Takde terjadi apa2 yang ganjil malam tu atau hari2 selepasnya. Rawatan guna kaedah ayat2 ALQURAN ni tak popular only known to few people jer rasanya masa tu.

Saya belum pernah melihat lagi orang kena rasuk atau melihat perawat merawat orang kerasukan. Tapi melihat dan berada di upacara latihan Silat Kalimah (silat yang bila dibaca ayat2 tertentu, automatik orang tu boleh bersilat) yang main pukulan atau tolakan jarak jauh boleh terpelanting tu saya pernah. Tak pernah belajar, tapi pernah jadi budak demo jer. Guru silat tu suruh muridnya menyerang saya dengan parang, guru cover saya. Saya diserang dan parang menghala ke muka saya, penyerang terkejang-kejang tak mampu bergerak, guru tu arahkan saya buat aksi menolak, saya tolak tak kena pun, yang menyerang berdebap jatuh. Tak lama lepas tu, silat sebegini dah diharamkan atas sebab2 tertentu.

Kalau kita lihat logik lah... orang kristian... orang thai... orang buddha pun ada teknik merawat orang kerasukan. Mereka juga mengguna buku agama mereka. Dan mereka pun claim mereka boleh memulihkan menggunakan teknik tersebut. Kita boleh assume, jin merasuk tu menipu perawat yang non-muslim dan vice-versa. Kemudian, kita juga ada mendengar kehebatan penangan bomoh siam atau bomoh asli yang amat sukar dirawat oleh perawat yang mengguna ayat-ayat ALQURAN. Dimana kekurangan itu? Adakah pada ayatnya? Adakah pada perawatnya?

My point is, tidakkah kaedah merawat gangguan yang dikatakan gangguan jin mengguna ayat ALQURAN kemudian tak berkesan pula mengakibatkan AL-QURAN boleh dipandang rendah... sedangkan... hakikatnya... orang islam yang mengguna itu yang punya angkara dan penyebab assumption sebegitu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 10:43 AM | Show all posts
hantukiller posted on 26-6-2014 10:04 AM
Ok, aku cuba untuk menjawab persoalan ini walaupun tt tak suruh
Ulama besar yg diperkatakan  ...

Siapa pun boleh jawab... walaupun ia soalan provokasi... tapi ia boleh mengubah persepsi negatif saya kepada persepsi positif.

hehehe jawapan tuan ni: "Tapi kalau dibacakan pada aku sendiri, takkan terkesanpun, sebab iman dan taqwa aku amat lemah jugak". Dalam makna tu . Alhamdulillah... saya pun sama seperti tuan.

Terima kasih jawapan tuan tu.

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 10:51 AM | Show all posts
AwgSagi posted on 26-6-2014 10:37 AM
Still, orang hanya akan cakap, itu hanya cerita... mungkin benar mungkin tidak. Belum boleh dipang ...
My point is, tidakkah kaedah merawat gangguan yang dikatakan gangguan jin mengguna ayat ALQURAN kemudian tak berkesan pula mengakibatkan AL-QURAN boleh dipandang rendah... sedangkan... hakikatnya... orang islam yang mengguna itu yang punya angkara dan penyebab assumption sebegitu.

Saya bersetuju juga dgn pandangan anda disini. Sama mcm "kismis 'didoakan' atau yg telah di 'bacakan alquran'", ada seorang tokoh agama (dr asri [dr Maza]) kata, org Islam duk heboh sangat makan kismis 'jampi' boleh pandai, kalau tak pandai mcm mana? adakah org bukan Islam kata, dia tak makan kismis yg 'jampi' guna al-quran pun lebih pandai, boleh buat roket semua, adakah ia akan menjadi indikator agama mana yg benar?

Pd pandangan saya.. spt kisah tentang "ruqyah" dahulu, sahabat nabi tu cuma baca Al-Fatihah, dgn izinNya, org tu sembuh... begini, ianya bergantung kpd individu atau orang yg membacanya.. jika seseorang itu org yg menjaga solat, menjaga makan/minumnya, menjaga segala sudut, kira orang yg soleh, insyaAllah doanya dimakbul Allah walaupun dibacanya cuma "bismillah".   Bukankah "al-Quran itu penyembuh bagi orang2 beriman", jadi key nya ialah org2 yg beriman. Beriman betul2.

Tentang "histeria", ianya tak semestinya suatu ganguan jin.. Histeria ni adalah "ikut2an"... dalam cerita doktor House dulu tak silap ada pasal histeria ni.. histeria ni "berjangkit" apabila minda yang lemah dlam suatu kelompok.. sebab tu pompuan selalu kena, sebab pompuan ni emosi nya melebihi akal..

Saya pernah tengok sikit2 je org mengubat "kerasukan", sebab pd saya 80% org kerasukan tu cuma "state of mind" dia jer.. yg genuinely kena rasuk tu sikit.. seorang professor UIA asal dari Iraq cakap, kalau mcm tu semua nya disalahkan jin, padahal tindakan manusia... dlm al-quran menyebut nanti di akhirat, syaitan berkata semua itu adalah perbuatan manusia, syaitan hanya "membisik" .. otak manusia yg proses & buat keputusan utk bertindak.. sebab manusia diberi akal sebab tu martabatnya tinggi, dan dgn akal nya juga, manusia dipertanggungjawabkan segala perbuatannya, sebab manusia ada "choice"/pilihan.

wallahualam
Last edited by k_a_a on 26-6-2014 10:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:49 AM | Show all posts
nak komen tak reti sebab rasa tinggi sgt bahasanya..

tapi nak berkongsi satu perkara.. ada seorg alim ulama, beliau ada berkata
org yg merawat pesakit yg terkena buatan org/gangguan jin/syaitan
ni, dia (perawat) hanya boleh mengurangkan sakit/menghalau jin atau menyembuhkan sakit
(dengan izin Allah SWT) tetapi dia tak boleh tahu siapa yang menghantar
atau yang buat perkara tu pd si pesakit..

kalau dia (perawat) claim kata dia tahu siapa yang buat, bermakna, dia jugak
menggunakan jin sebagai khadam dia utk mengintai dan cari tahu..

wallahuallam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:55 AM | Show all posts
lagi satu, bab berubat ni, kita jangan yakin dengan ayat2 atau surah tu yang boleh menyembuhkan penyakit kita, tapi tanamkan dalam hati kita, hanya Allah SWT lah yang Maha Berkuasa, yang mampu menyembuhkan segala penyakit..

membacakan doa2 atau ayat2 atau surah2 tertentu hanyalah usaha kita sahaja, bukan berkeyakinan penuh dengan doa2, ayat2 atau surah2 tersebut..

kalau kita berkeyakinan bahawa doa2, ayat2 atau surah2 tersebut yang menyembuhkan penyakit kita,
tanpa kita sedari, kita telah pun mensyirikkan Allah SWT..

so berhati-hatilah kita yer..

sekadar perkongsian dan peringatan sesama kita.. bergantung harap & yakin sepenuhnya kepada Allah SWT.. insya-Allah, semuanya akan baik2 sahaja..

wallahuallam.. Last edited by bunga_lestari on 26-6-2014 12:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:00 PM | Show all posts
terbace bab histeria... ade betul ape yg dicakap tu... bukan sume yg kene... ade yg buat2.... pasal aku pernah jage budak pkn... kene histeria... ayah aku dtg ngk... hampir lebih separuh tipu... demit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 12:04 PM | Show all posts
histeri ni, yang buat2 pun ada, yang berjangkit pon ada dan selalunya ramai berjangkitlaa sebab semangat dan minda yang lemah..

bila seorg pelajar/insan histeria (menjerit2 mcm kena rasuk), kawan lain yg lemah semangat tu akan turut menjerit dan yang lain-lain pun akan mengikut, samada dibuat2 atau berjangkit2..

saya pon setuju dengan forumer k_a_a, yang histeria ni adalah kawalan diri kita shaja, kdgtu,
xdek apa yg mengganggu pun..

wallahuallam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 12:13 PM | Show all posts
bunga_lestari posted on 26-6-2014 11:49 AM
nak komen tak reti sebab rasa tinggi sgt bahasanya..

tapi nak berkongsi satu perkara.. a ...

taklah tinggi sangat bunga, tu bahasa karangan zaman sekolah dulu hehehe.

Adab baik yang standard terpakai oleh semua tanpa kira bangsa dan agama memang tak boleh tuduh kejahatan tanpa bukti sahih. Sama jer macam perbuatan mencuri atau kita rasa kehilangan benda. Tak boleh tuduh... or at least kalau nak tuduh simpan dalam hati jer tapi lepas tu mesti buat siasatan. Kenapa perlu buat siasatan? Sebab kita dah ada rasa sangsi dalam hati. Kalau kita biarkan rasa sangsi tu tanpa buat siasatan... akan ada yang mengUPkannya nanti, unless, kita jenis yang mudah membunuh rasa sangsi itu dengan berfikiran positif. Kalau hati tak berkata-kata dan sangsi kepada seseorang ketika kejadian menimpa... tak jadi hal.

Kalau dah meluah dari mulut dengan menyebut nama dan kesalahannya tanpa siasatan yang pasti... kalau tuduhan tu tak betul... kita dah buat dosa dan melukakan hati orang. Kalau tersedar ianya berdosa, kena pulak mintak maaf dari orang tu.

Kalau hal yang berkaitan rawatan atau ramalan mistik pulak... dah ler berdosa kerana percaya pada perawat yang tak mampu keluarkan bukti zahir... boleh pulak tercedera dari segi aqidah... mmm... lagi banyak bahayanya.

Kita imagine lah macam ni... saja nak main2 lah... kita pergi kat mana2 perawat with any style lah... kemudian dia cakap... mmm... ni kerja jin buncit perut ni... *pop* menjelma semua jin buncit perut termasuk yang tak berapa nak buncit... nak tunjuk yang mana satu? hehehe... patut tanya perawat tu... boleh scan number IC pensihir atau jin tu tak.

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:20 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 26-6-2014 12:13 PM
taklah tinggi sangat bunga, tu bahasa karangan zaman sekolah dulu hehehe.

Adab baik yang standa ...

haa, tulah pasalnya, sebab tu klu perawat tu kata dia tau angkara siapa yg buat kerja/durjana,
maknanya perawat tu mgkin dah memfitnah org yg mgkin x berdosa/menipu..
atau, perawat tu pon guna jin utk pergi intai siapa tuan punya jin yg hantar jin tu utk rasuk pesakit tu..

mcmni pon dh boleh memesongkan akidah kita tanpa kita sedar.. sangat bahaya kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:53 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 26-6-2014 12:11 AM
Hmm mungkin.

Kita panjangkan sikit. A few persoalan:

ko merepek amende nih tak paham aku

camni. apa yg aku bagitau tu bukan lah pandangan aku..tapi based on apa aku dengar dalam kuliah2 agama tedahulu. aku cuma ulang dan sebar apa yg aku tahu kat sini

so..maaf jika ko nak panjangkan persoalan apa2 kat aku..aku bukan lah org sesuai. aku bukan ahli agama. aku ngaji kat surau je xde ngaji sampai universiti. aku xde ilmu aku xberani cakap mcm ssetengah org suka cakap pakai logik bukan pakai ilmu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.466922 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list