CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: NHSMUM

CERPEN: Eliya Elias

[Copy link]
Post time 15-8-2014 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha potong mood btl. Br nk klimaks. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
panjang gileeeeeeeeer..GOOD JOB!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 07:50 AM | Show all posts
selamat pagi TT... yg ni pun takde entry lg ya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Good story...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 07:53 AM | Show all posts
selamat pagi TT... any entry today...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2015 06:41 PM | Show all posts
Edited by NHSMUM at 28-6-2015 07:46 PM

7

Eliya mengeliat malas di atas katil. Hari ini, tok akinya ingin membawa dia pergi ke Cahaya Holdings untuk kenalkan dia kepada semua staff Cahaya Holdings. Malas terasa. Tapi, mengingatkan betapa bersungguhnya Tan Sri Irshad inginkan dia mengambil alih Cahaya Holdings, dia gagahkan jua dirinya untuk bangun. Walaupun perasaan sedih masih membelenggu dalam jiwanya.

Eliya melihat dirinya di dalam cermin. Muka yang sembap. Lingkaran hitam di bawah mata. Hmm, sedih sungguh hidupnya kini.

*************************************

“Morning, tok aki.” Sapa Eliya saat duduk dilabuhkan di kerusi meja makan.

“Eh.. Iya. Morning too, princess.” Terkejut Tan Sri Irshad. Dia kira Eliya telah pulang ke rumah papanya semalam. Melihat kereta cucunya itu tiada di garaj kereta.

“Tok aki ingatkan Iya dah balik rumah papa semalam.”

“Kenapa pula Iya nak balik sana? Iya kan dah cakap kalau Iya akan terus stay dengan tok aki sampai bila-bila.” Atas sebab apa dia ingin pulang ke rumah papanya kalau papanya tidak pernah menanti kepulangannya? Tambahan dengan masalah semalam. Memang taklah.

“Yelah. Your car, tak ada dekat garaj. Tu sebab tok aki ingat Iya balik rumah sana.” Jelas Tan Sri Irshad. Kalau cucunya ada, mana pula perginya kereta Eliya? Tidak mungkin kereta itu bergerak sendiri. Ini bukannya kisah cerita si Herbie tu.

“Iya, where’s your car?” Soal Tan Sri Irshad.

“Err. Err...” Aduh. Apa yang dia nak jawab ni? Tak akan nak ceritakan kejadiaan semalam?  Mahunya mengamuk tok akinya ini jika tahu apa yang Arshad dan Julia telah lakukan kepadanya? Silap hari bulan, ICU mereka berdua.

Tan Sri Irshad masih memandang wajah cucunya yang nampak serba tidak kena itu. Seperti dapat bau ada sesuatu yang telah terjadi semalam. “Iya?” Panggil Tan Sri Irshad.

“Err. Err. Semalam... kereta Iya tak boleh nak hidup. Then, ada kawan Iya yang baik hati tawarkan Iya balik dengan dia semalam.” Maaf tok aki sebab menipu.

“Ohh really? Siapa kawan Iya tu? Arshad ke?”

Mendengar nama Arshad meniti di bibir tok akinya telah membangkitkan kemarahannya. Awal-awal pagi lagi dah kena dengar nama jantan tak guna tu. Huh! Degus Eliya.

Masih terbayang peristiwa semalam. Tidak sangka Arshad sanggup melukakan hatinya dengan cara sebegitu. Bermain di belakangnya bersama betina tak guna itu. Apa yang Arshad nampak dalam diri Julia? Apakah dirinya ini tidak cukup bagus untuk Arshad? Huh! Sebal pula hatinya.

“Eliya!” Tan Sri Irshad mengawankan tangannya di hadapan muka cucunya itu. Mengelamun pula dah. Teringatkan si buah hatilah tu.

Tersentak Eliya dari kenangan pahit semalam. Dia memandang wajah tok akinya itu.

“Ya, tok aki?” Soal Eliya.

“Jauh mengelamun? Teringatkan si buah hati ke?” Senyuman nakal terpamir di wajah Tan Sri Irshad.

“Taklah. Tak ada maknanya nak teringatkan orang yang dah tak nak kat kita, tok aki. Buang masa je.” Ucap Eliya perlahan.

“Ha? Apa dia, Iya? Sorry, tok aki tak dengar Iya cakap apa?”

Eliya hanya menggeleng tanda tiada apa. Tan Sri Irshad memandang wajah cucunya itu. Dia baru perasan, sedikit mendung wajah itu pagi ini. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku semalam.

“Tak ada apalah, tok aki. Hah, semalam tok aki cakap nak bawa Iya pergi Cahaya kan? Baik makan cepat. Iya betul-betul tak sabar ni nak jumpa dengan staffs Cahaya.” Sengaja dia menukar topik. Tidak mahu Tan Sri Irshad hidu kejadian semalam. Nanti makin huru hara pula.

Tan Sri Irshad memandang cucu kesayangannya itu. Dia pasti, ada sesuatu yang telah terjadi semalam. Dan dia akan cari tahu perkara itu.

******************************************************
‘Danial, can you help me?’ - Eliya

Send.  Pesanan ringkas itu dihantar kepada Danial. Tidak mahu menelefon jejaka itu. Takut disoal siasat pula di Tan Sri Irshad nanti. Ini pun dah lain macam dah tengok dari rumah lagi. Macam ada yang tak puas hati je.

‘What, dear? Pagi-pagi lagi dah text I ni, miss me already?’ - Danial

Bulat matanya membaca balasan dari Danial. What? Miss you? Erghh!

‘Bukanlah! Can you take care of my Audi, until this lunch?’ - Eliya

Dia perlu ke Cahaya pagi ini untuk bertemu dengan semua kakitangan Cahaya. Dan dia terpaksa meninggalkan Audinya itu kepada Danial.

‘Laaa, sad. Ingatkan you rindukan I tadi. Baru je nak reply miss you too. Okay dear, no prob. But, why lunch? You tak bangun mandi lagi ke? Hahaha.’ - Danial

Berdecit Eliya setelah membaca balasan daripada Danial. Eh, mamat ni. Dia ingat aku ni apa tak bangun lagi? Uih. Aku wangi cantik macam ni kata tak mandi lagi?

‘Not! I dah bangunlah. I ada hal pagi ni.Tak sempat nak ambil Audi. So, can you? – Danial.
‘ Okay, sure Babe. I will take care good of your Audi. Macam I jaga diri I sendiri’ – Danial

Eh, mamat ni dah kenapa? Termakan gula satu balang ke sarapan tadi? Bukan main manis lagi kata-kata tu. Dengan laju Eliya membalas mesej itu.

‘Thanks Dan. I will text you later. GTG!’ – Eliya.

“Lya. Come. Kita dah sampai.” Kejut Tan Sri Irshad. Bukannya dia tak nampak dari tadi lagi cucunya itu berbalas pesanan dengan seseorang. Kejap-kejap senyum. Kejap-kejap berdecit.

“Sorry. Lya tak sedar kita dah sampai.” Ucap Eliya sambil tersengeh malu. Tahu dia sudah tertangkap dengan Tok Akinya.


“So, Lya dah kenal dengansemua staff kat sini. Sekarang ni tok aki nak kenalkan Iya pada someone yangakan guide Iya nanti.” Ucap Tan Sri Irshad. Tangannya menekan intercom di atasmejanya itu. Beberapa arahan dikeluarkan kepada PAnya yang berada di luarbilik. Eliya hanya menunggu.

“Orang yang akan guideIya tu nanti, lelaki or perempuan?” Soal Eliya selepas Tan Sri Irshad selesaiberbicara dengan Kak Sarah, PAnya itu.

“Lelaki. Dia baru je balik dari New York.”

“Baru balik?”

“Yaaa, dulu dia stay dekat sana. Tapi, sekarang tok aki minta dia balik. Tolong Iya.”

“Amboi. Bunyi macam tokaki rapat je dengan dia.”

“Arwah papa dia kawanbaik tok aki. So, sebab nak balas jasa papa dia, tok aki decide nak bagi diakerja dekat sini.”

Beberapa minit mereka berbual, pintu bilik itu diketuk dari luar. Dan suara seseorang kedengaran.

“Sorry Tan Sri. I’m late.” Ucap lelaki tersebut dengan perasaan bersalah. Sepatutnya dia yang menunggu ketuanya. Bukannya ketua menunggu dirinya itu.

“Here you are. It’s okay.Come. Saya kenalkan kamu dengan satu-satunya cucu perempuan saya, Eliya.” Saat mendengar namanya di sebut, laju dia bangun dari duduknya dan berpalingmemandang lelaki yang dikenalkan oleh Tan Sri Irshad.

Terbuntang matanya saatmelihat lelaki yang diperkenalkan kepadanya itu. Tidak sangka si dia yang akan membantu dirinya nanti.

“Eliya, this is FawwazDanial. Fawaaz, Eliya.”

“You!” Serentak perkataanitu keluar dari mulut masing-masing.

“You buat apa kat sini?”Soal Eliya laju. Danial yang berdiri kaku hanya berdiam tidak menjawab soalan Eliya.

“You guys, dah kenal ke?”Soal Tan Sri Irshad curiga.

“Yaaa. Kitorang pernahberjumpa.” Sahut Danial. “Tapi, tak sangka pula gadis manis ini cucu Tan Sri.” Sambung Danial lagi sambil mengenyitkan sebelah mata kepada Eliya.

Eliya hanya mencebirkanbibirnya tanda menyampah. Depan tok akinya pun lelaki itu berani mengatal.Haih. Dasar buaya daratlah ni.

“Haha. Kalau macam tu,lagi senanglah korang nak berkerjasama. Masing-masing dah kenal. No problemlahkan?” Soal Tan Sri Irshad kepada Danial yang hanya tersenyum mesra dan Eliya yang hanya berpeluk tubuh.

Gotcha, Eliya Elias! Finally, setelah bertahun aku tunggu akhirnya, bertemujuga kita berdua

Bersambung...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2015 07:27 AM | Show all posts
wahhh best....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Danial... Hmmm... Mcm ada niat lain je kat eliya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046851 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list