CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dasatgiler

[Tempatan] Update: Azmin Desak Khalid Batal Pemecatan, Azmin Tak Paham Prosedur

[Copy link]
Post time 8-2-2014 06:10 PM | Show all posts
harimau76 posted on 7-2-2014 06:47 PM
Kita2 ni tgk sambil mkn pop corn ja la.. Kalah drama swasta..

umno wat kacau lg ka ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2014 07:58 AM | Show all posts
dino posted on 8-2-2014 06:10 PM
umno wat kacau lg ka ?

haishh.. UMNO la punya kerja ni.. Azmin musti dah kena bayaq ngan UMNO ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 08:10 AM | Show all posts
harimau76 posted on 9-2-2014 07:58 AM
haishh.. UMNO la punya kerja ni.. Azmin musti dah kena bayaq ngan UMNO ni...

HAHAHAHA....................Bapa jota....??????????

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 08:22 AM | Show all posts
nanti dalam kempen PRK Kajang
Anwar ada cerita tak pasal Azmin-Khalid?

atau Anwar bertanding sebab nak elakkan
BN guna darurat untuk rampas Selangor?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 09:38 AM | Show all posts
ketum posted on 7-2-2014 06:47 PM
Apa azmin ni hang tak tau berjimat ka.dahsave 7 jota tu

kau ingat dia orang dapat kerja gaji puluh-puluh ribu tu free free ke..so bila dah kena pecat..apa lagi..tuntut balik dari azmin lah..gelabah x azmin??
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 09:44 AM | Show all posts
Anwar tu bangang yg jadi punca. Khalid tu dh mcm lombu dah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2014 11:31 AM | Show all posts
sadiq_segaraga posted on 7-2-2014 07:36 PM
Ini semua strategi ni... korang mana boleh faham strategi peringkat tertinggi

betul...bak kata sorang macai tegar tu...Strategy bukan semudah ABCD XYZ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 11:35 AM | Show all posts
ringcat posted on 9-2-2014 08:22 AM
nanti dalam kempen PRK Kajang
Anwar ada cerita tak pasal Azmin-Khalid?

Anwar dah kempen dah...dia tak salahkan Azmin..dia salahkan Khalid tak pandai mentadbir Selangor.

Ko pelik tak...kenapa Anwar tak pernah kaitkan nama Azmin?..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2014 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 9-2-2014 11:35 AM
Anwar dah kempen dah...dia tak salahkan Azmin..dia salahkan Khalid tak pandai mentadbir Selangor.
...

Pebende Khalid tak pandai?

tak pandai bagi macai pkr makan kamsen?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 11:53 AM | Show all posts
kasibiman posted on 9-2-2014 11:45 AM
Pebende Khalid tak pandai?

tak pandai bagi macai pkr makan kamsen?

anwar kata..Khalid hanya pandai bab ekonomi je...

Azmin plak kata.....duit disimpan patut dibelanja utk rakyat..yg ni Anwar sokom...so..apa cerita pun....Anwar tetap sokom Azmin, sebab tu Anwar tak pernah balun Azmin..Khalid jugak yg selalu kena..yg sokom Khalid...Fekah je..

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 11:59 AM | Show all posts
bahaya dia ni,..bukan leh caya sgt. tup tup tup nanti ajak geng lompat si katak lompat....

Musuh Dalam Seluar Dalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2014 12:18 PM | Show all posts
"Apabila saya mengangkat sumpah (sebagai MB) di hadapan Sultan Selangor, baginda telah meminta saya untuk menjalankan tugas saya dengan jujur dan tanggungjawab.

"Saya tidak menjalankan tugas saya dengan memihak kepada rakan-rakan saya, saya menjalankan tugas saya berdasarkan tanggungjawab," kata beliau sambil menegaskan tidak pernah mendiskriminasi sesiapa, termasuk Azmin.

ini lah faktor kenapa selangor perlu MB yg baru.. integriti tidak mengenal kawan, taulan atau pun lawan..  

Azmin Tak Faham Undang-Undang - Khalid
Oleh RAHMAH GHAZALI


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menerima tamparan hebat daripada Tan Sri Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta maaf atau menarik balik surat pemecatan 22 kakitangan kontrak PKNS Holdings Bhd.

Bercakap kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina di Cheras di sini, Menteri Besar berkata Azmin "tidak faham undang-undang" kerana pemberhentian itu dilakukan mengikut prosedur.

"Saya tidak boleh menarik balik (surat-surat pemecatan). Ini bermakna dia tidak memahami undang-undang. Kita tidak boleh mengabaikan kepentingan rakyat Selangor dan PKNS hanya untuk memuaskan hati beberapa orang tertentu," katanya.

Khalid berkata sudah menjadi perkara biasa bagi syarikat untuk memecat kakitangan kontrak dan perkara ini tidak boleh dihadapi dengan terlalu emosi.

"Mereka telah ditamatkan melalui saluran yang betul dan mengikut prosedur. Jika mereka merasakan ia tidak adil, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah perindustrian," kata Khalid.

Pada Jumaat, Azmin menyifatkan perintah pemecatan sebagai "melanggar undang-undang pekerjaan dan sangat tidak berperikemanusiaan".

Beliau menggesa Khalid berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya.

Khalid menafikan berbuat demikian, dan berkata beliau hanya menjalankan tugas sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat.

"Apabila saya mengangkat sumpah (sebagai MB) di hadapan Sultan Selangor, baginda telah meminta saya untuk menjalankan tugas saya dengan jujur dan tanggungjawab.

"Saya tidak menjalankan tugas saya dengan memihak kepada rakan-rakan saya, saya menjalankan tugas saya berdasarkan tanggungjawab," kata beliau sambil menegaskan tidak pernah mendiskriminasi sesiapa, termasuk Azmin.

"Azmin di negeri ini (kerajaan) untuk sekian lama dan beliau adalah kawan saya. Tetapi jika ada perkara yang perlu diperbaiki, kita perlu memperbaikinya," katanya.

Pada Selasa, 22 kakitangan PKNS Holdings Bhd, termasuk kakitangan kanan, dipecat dengan serta-merta, tanpa sebab.

Mereka diberi gaji dua bulan sebagai pampasan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 01:14 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 9-2-2014 12:18 PM
ini lah faktor kenapa selangor perlu MB yg baru..  integriti tidak mengenal kawan,  ...

Apa Khalid sendiri secara tidak sedar tahu bahawa org kuat PKR spt Azmin ni tak faham undang2 ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 01:18 PM | Show all posts
Pernah baca, ada macai PKR cakap yang kena pecat ni dilantik oleh Saudara Khir Toyo .. apa pasal Azmin ni menyalak plak

Asal yang buruk jaa.. tolak tepi salahkan orang laeenn

Apa jua alasan Khalid, dia kena pikir juga rezeki orang.. hanya nak menjimatkan duit yang tidak seberapa kalo compare dgn keuntungan PKNS.. sanggup tendang camtu jaa.. Hidop ini umpama roda ..kadang2 kita di atas, kadang2 kita dibawah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 05:22 AM | Show all posts
MB minta Othman beri maklumat, kerjasama

SHAH ALAM - Keengganan bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Othman Omar memberikan maklumat dan menyertai pendengaran dalaman negeri berkaitan isu penyingkiran Timbalan Pengerusi PKR, Azmin Ali sebagai ahli lembaga punca proses siasatan masih belum selesai.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berikutan itu beliau telah meminta penasihat udang-undang negeri untuk menulis surat kepada Othman meminta beliau memberi kerjasama.

“Mengenai status Azmin, kita telah bincangkan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi  dan beliau masih lagi meneruskan usaha menyelesaikan masalah dalaman yang mana kita diberitahu kerana keengganan Othman memberi maklumat.

“Jadi, saya telah minta penasihat undang-undang negeri tulis surat kepada beliau (Othman) agar beri kerjasama untuk selesaikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu menjadi ahli lembaga pengarah PKNS adalah di atas menteri besar dan Exco negeri.

http://www.sinarharian.com.my/
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057170 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list