CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5798|Reply: 0

[Politik] Kes katak melompat, Zuraida bakal bankrap?

[Copy link]
Post time 3-10-2024 02:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 3-10-2024 06:09 AM

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan, di sini, menetapkan 11 Disember depan bagi menyampaikan keputusan permohonan rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon.


Peguam PKR, Navpreet Singh mengesahkan tarikh itu kepada media selepas pengurusan kes hari ini.


Hakim Datuk Akhtar Tahir yang membenarkan saman parti politik itu selepas mendapati bon tersebut sah dan kontrak yang mengikat, turut mengarahkan bekas menteri itu membayar kos guaman RM50,000 pada 23 Jun tahun lepas.


Ini selepas saman difailkan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada September 2020 yang menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti yang ditandatangi pada 25 April 2018.


Dalam pernyataan tuntutan, Saifuddin mendakwa Zuraida telah menandatangani bon sebanyak RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.


PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.


Parti itu mendakwa pada 24 Februari tahun lepas, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 Ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional.


PKR menuntut agar Zuraida membayar RM12,049,459.20 mengikut Seksyen 71 Akta Kontrak, faedah lima peratus setahun, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Namun ketika membela diri, Zuraida mendakwa, beliau dipaksa menandatangani bon dengan parti itu untuk menjadi calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.


MalaysiaGazette




PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.031531 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list